Tunggulah Parti Akan Musnah Beri Kesan Kepada Pkr Negeri Pecat Ahli Lantang Kritik Pemimpin




Pemecatan Ahli Majlis Pimpinan Pusat PKR, Zakaria Abdul Hamid yang didakwa berniat jahat ekoran kelantangan pemimpin itu mengkritik segelintir pemimpin akan memberi kesan kepada parti khususnya PKR negeri.
Zakaria yang merupakan antara pemimpin awal PKR di negeri ini dilihat sebahagian ahli dan pemimpin akar umbi mempunyai pengaruh besar sekali gus pemecatan beliau akan memudaratkan PKR negeri.
Pengerusi Gabungan Ketua Cabang dan Persatuan Penggerak Muafakat Pahang, Albakri Salim yang juga Ketua PKR Cabang Paya Besar, berkata, pemecatan Zakaria bagi membunuh kerjaya politik beliau tidak dilakukan dengan adil dan di dakwa berniat jahat kerana kelantangan beliau mengkritik segelintir pemimpin.
“Kami beranggapan tindakan memecat terus tanpa dipanggil membela diri adalah berniat jahat ditunjangi perasaan benci dan dendam kesumat oleh segelintir pimpinan.
“Oleh itu kami beranggapan tindakan memecat beliau sebagai anggota parti adalah lebih mendatangkan mudarat kepada parti sedangkan beliau belum didapati bersalah kerana tiada tahanan dan pendakwaan dilakukan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sehingga kini,”katanya dalam sidang akhbar di Pejabat Persatuan Muafakat Pahang Temerloh, malam semalam.
Yang hadir sama, Ketua PKR Cabang Pekan, Jefri Jaafar; Ketua PKR Cabang Bentong, Dasimah Zainudin; Ketua Wanita PKR negeri, Sitarunisah Ab. Kadir dan Exco Angkatan Muda Keadilan, Wan Mohamad Fitri Wan Abdul Rahim serta wakil-wakil cabang PKR negeri.
Zakaria yang juga Ketua Cabang Bera bersama seorang lagi ahli parti PKR dipecat daripada parti itu berkuatkuasa kelmarin atas dakwaan terbabit dalam rasuah ketika pemilihan parti itu tahun lalu.
Pemecatan mereka disahkan oleh Pengerusi Lembaga Disiplin PKR, Datuk Ahmad Kassim hasil mesyuarat bulanan Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR kelmarin.
Albakri yang juga Ketua Cabang Paya Besar berkata, tindakan yang dilihat tergesa-gesa dan melanggar prinsip keadilan itu amat mengelirukan menimbulkan keadaan tidak harmoni serta memudaratkan parti.
Justeru beliau berharap tindakan pemecatan itu ditarik balik malah Biro Disiplin PKR perlu melakukan permohonan secara terbuka bagi memperbetulkan keadaan.
Dalam pada itu, Ketua Cabang PKR Pekan, Jefri Jaafar berkata, tindakan pemecatan yang tidak mengikut peraturan itu merupakan satu budaya negatif yang akan memberikan kesan perpecahan dalam parti seterusnya memusnahkan parti itu.
Katanya, perkara ini amat mengecewakan kerana dalam usaha PKR mendukung prinsip keadilan, biro disiplin sendiri telah menyaalah guna kuasa dalam perkara ini.
“Kalau teguran ini juga tidak dapat diguna pakai atau dianggap teguran yang remeh temeh maka tunggulah parti akan musnah, ini yang kita bimbang ini yang kita hendak sedarkan pimpinan.
“Jangan leka dan terpedaya dengan nasihat yang tidak tentu hala, kembalikan pada prinsip dan kedudukan parti kalau hak kata hak kalau batil katakan batil,”ujarnya.
Suara Merdeka





Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2019/11/26/tunggulah-parti-akan-musnah-beri-kesan-kepada-pkr-negeri-pecat-ahli-lantang-kritik-pemimpin/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Zuraida Kecam Pkr Pilih Bulu Pecat 2 Ahli

Zuraida Kecam Pkr Pilih Bulu Pecat 2 Ahli

papar berkaitan - pada 25/11/2019 - jumlah : 313 hits
Naib Presiden PKR Zuraida Kamaruddin mengecam tindakan berani partinya memecat Ahli Majlis Pimpinan Pusat Zakaria Abdul Hamid dan seorang lagi ahli di Pahang yang disifatkannya pilih bulu Saya katakan berani kerana tindakan ini benar benar ...
Dr M Dakwa Ahli Parlimen Bn Jumpa Azmin Mengadu Parti Hilang Arah

Dr M Dakwa Ahli Parlimen Bn Jumpa Azmin Mengadu Parti Hilang Arah

papar berkaitan - pada 23/11/2019 - jumlah : 450 hits
November 22 2019 7 49 PMDr Mahathir Mohamad berucap pada Konvensyen Alumni Malaysia Future Leaders Schools di Universiti Kebangsaan Malaysia di Bangi hari ini BANGI Dr Mahathir Mohamad mendakwa ahli Parlimen Barisan Nasional mengadu bekas p...
Lagi Ahli Parlimen Umno Lompat Parti Dan Azmin Ali Terperangkap

Lagi Ahli Parlimen Umno Lompat Parti Dan Azmin Ali Terperangkap

papar berkaitan - pada 23/11/2019 - jumlah : 644 hits
Ramai juga ahli parlimen UMNO yang dipermainkan oleh atok Mahathir hingga mereka terpaksa buat kenyataan akhbar Mereka nafi dakwaan Mahathir yang kata parti mereka hilang arah dan sedang mempertimbangkan kemungkinan lompat ke parti lain Seb...
Azmin Kata Ada Pemimpin Umno Hilang Parti Tun M

Azmin Kata Ada Pemimpin Umno Hilang Parti Tun M

papar berkaitan - pada 24/11/2019 - jumlah : 447 hits
Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad bercakap pada sidang media pada Majlis Perasmian Konvensyen Alumni Malaysia Future Leaders School di Universiti Kebangsaan Malaysia Bangi Selangor foto IQBAL BASRI BANGI Tun Dr Mahathir Mohamad telah ...
Ada Pemimpin Pkr Takut Malu Hendak Sebut Reformasi

Ada Pemimpin Pkr Takut Malu Hendak Sebut Reformasi

papar berkaitan - pada 24/11/2019 - jumlah : 291 hits
Ada pemimpin PKR takut malu hendak sebut reformasiBy 24 November 2019Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim berucap pada Kovensyen Reformis 2 0 di IDCC Shah Alam Selangor foto SYAFIQ AMBAK 24 NOVEMBER 2019 SHAH ALAM PKR akan memberi tempat k...
Anwar Luah Rasa Tak Puas Hati Dengan Pemimpin Pkr

Anwar Luah Rasa Tak Puas Hati Dengan Pemimpin Pkr

papar berkaitan - pada 24/11/2019 - jumlah : 444 hits
By 24 November 2019Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim berucap pada Kovensyen Reformis 2 0 di IDCC Shah Alam Selangor foto HAZROL ZAINAL 24 NOVEMBER 2019 SHAH ALAM Konvensyen Reformasi 2019yang dihadiri kira kira 1 000 otai dan ahlireform...
Ahli Makin Cerdik Pemimpin Makin Dangkal

Ahli Makin Cerdik Pemimpin Makin Dangkal

papar berkaitan - pada 2/12/2019 - jumlah : 249 hits
pecat untuk pengurusan lebih cekap bagaimana agaknya lagak pemimpin ini jika ada kuasa kerajaan menteri perdana menteri
Airlangga Pecat Tenaga Ahli Dpr Yang Pro Bamsoet

Airlangga Pecat Tenaga Ahli Dpr Yang Pro Bamsoet

papar berkaitan - pada 21/11/2019 - jumlah : 274 hits
Persaingan antara Airlangga Hartarto dan Bambang Soesatyo merambat kemana kemana Ketua Tim Sukses Bambang Soesatyo Ahmadi Noor Supit menyebut banyak pendukung Bamsoet yang dipecat hingga tingkat Tenaga Ahli di DPR
Pkr Kini Berantakan Kerana Ada Pemimpin Mempunyai Agenda Peribadi

Pkr Kini Berantakan Kerana Ada Pemimpin Mempunyai Agenda Peribadi

papar berkaitan - pada 2/12/2019 - jumlah : 309 hits
Menjelang kongres pemimpin Pemuda mahu undi tak percaya terhadap Anwar selepas surat Azmin sekutu FMT Reporters PETALING JAYA Sekumpulan pemimpin Pemuda PKR mahu usul undi tidak percaya terhadap presiden mereka Anwar Ibrahim selepas Timbala...
Filem Martabat Misi Berdarah

Nasihat Perihal Solat Dan Kematian

Hari Lautan Sedunia Jangan Bawa Balik Kulit Siput Jika Ke Pantai

Bas Bawa Pelajar Upsi Dipercayai Hilang Kawalan Dan Terlanggar Belakang Alza Jadi Punca Kemalangan

Fleeting Yet Functional The Rise Of Transient Electronics

Fancy Owning A Private Island Or Uninhabited Land

Chronology Of Tragic Gerik Bus Crash That Claimed 15 Lives

Saya Hargai Dikritik Muat Naik Spoiler Squid Game 3 Ini Respon Park Gyuyoung


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


7 Kerja Sampingan Guna Alat Ai Paling Menguntungkan Di Tahun 2025

Raya Aidiladha Di Bukit Tinggi

Raya Kedua Tapi Masih On Duty

Understanding Insurance Estimates For Car Repairs A Comprehensive Guide

Maiwp Mohon Maaf Atas Kesilapan Pemberian Pampers Tape Ppim Mohon Hentikan Kecaman

Pelajar Umpsa Berdepan Detik Cemas Bas Ekspres Rempuh Belakang Treler Di Lpt