Hishamuddin Parasit Azmin Perosak Ph Keduanya Harus Diambil Tindakan




Dalam suatu tindakan cepat dan pantas, Lembaga Disiplin UMNO dilaporkan akan menyiasat perbuatan sekumpulan Ahli Parlimen UMNO yang mengadakan perjumpaan sulit dengan Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali, malam tadi.Pengerusi Lembaga Disiplin UMNO, Apandi Ali berkata, siasatan itu dilakukan berikutan pihaknya menerima aduan berhubung pertemuan yang menjadi perbualan ramai itu.Selepas siasatan, tambah beliau, tindakan sewajarnya akan diputuskan berkenaan dengan perkara tersebut.Sebagaimana yang ditulis dalam posting sebelum ini, tindakan Ahli-Ahli Parlimen UMNO itu memang suatu kesalahan kerana mereka mengadakan pertemuan sulit dengan pihak musuh tanpa pengetahuan atau memaklumkan kepada parti.Lebih daripada itu, jika ada perkomplotan yang sedang dirancang melalui pertemuan sulit di kediaman Azmin itu, bererti mereka juga sedang mensabotaj UMNO yang ketika ini telah bekerjasama dengan Pas melalui Muafakat Nasional.Maka itu, tindakan disiplin, secara logiknya, tidak dapat lagi dielakkan untuk dikenakan kepada Ahli-Ahli Parlimen terbabit, terutama terhadap Hishammuddin Hussein yang dipercayai ketua kepada kumpulan Ahli-Ahli Parlimen terbabit.Membiarkan mereka terus bebas tanpa tindakan akan lebih membahayakan masa depan UMNO kerana mereka ini bila-bila masa boleh menjual diri kepada pihak musuh demi mengejar kepentingan peribadi serta menjadikan impian BN bersama Muafakat Nasional untuk menjadi kerajaan musnah sama sekali.Sebagai bekas pemimpin kanan UMNO, perbuatan ini, khususnya oleh Hishammuddin umpama parasit yang mahu memusnahkan masa depan parti sendiri.Tetapi, bagaimana dengan Azmin yang menganjurkan pertemuan sulit di kediamannya itu?Walaupun Tun Mahathir sebelum ini mengatakan penggantinya tetap Anwar Ibrahim dan bukan Azmin, tindakan beliau menganjurkan pertemuan sulit dengan Ahli-Ahli Parlimen UMNO di rumahnya itu seolah-olah suatu cubaan untuk menggagalkan peralihan kuasa yang sememangnya merupakan konsensus PH sejak sebelum PRU14 lagi.Kalau bukan berkomplot, untuk apakah pertemuan itu diadakan?Bermakna, tindakan Azmin adalah suatu kesalahan disiplin kerana bukan saja mengengkari konsensus PH, malah cuba untuk menggagalkannya.Sekaligus, Azmin melalui tindakan terbarunya ini terang-terangan mahu memecah-belahkan PH dan menjadikan kedudukan kerajaan tidak lagi diyakini rakyat.Dalam hal ini, jika Tun Mahathir benar-benar ikhlas mahu memastikan PH terus stabil sebagai gabungan yang menguasai kerajaan serta jujur kepada janji konsensus peralihan kuasa kepada Anwar, beliau mesti tiada halangan untuk sesuatu tindakan diambil terhadap Azmin.Kalau Tun Mahathir cuba mempertahan, mempengaruhi atau melindungi Azmin, sebagaimana Menteri Hal Ehwal Ekonomi itu dilindungi dalam kes video Haziq, bermakna pada tanggapan ramai, Perdana Menteri mungkin dalang di sebalik semua permainan ini.Persoalan utama, mengapakah Tun Mahathir membiarkan saja pertemuan itu diadakan dan tidak cuba menasihatkan Azmin agar tidak meneruskan pertemuan tersebut?Lantaran itu, oleh kerana kesalahan Azmin adalah serius iaitu cuba menggagalkan peralihan kuasa, engkar kepada konsensus, serta bertindak ke arah memecah-belahkan PH, beliau semestinya perlu diambil tindakan disiplin atas perbuatannya itu.PKR, dalam hal ini, boleh memulakan siasatan dan kemudian mengenakan tindakan disiplin keatas Azmin, sebagaimana UMNO sudah mengesahkan akan menyiasat Hishammuddin.Kenyataan Anwar bahawa pihaknya akan meminta penjelasan Azmin tidaklah memadai dan seseorang mesti membuat aduan kepada Lembaga Disiplin PKR.Berdasarkan situasi dan perkembangan terbaru sekarang ini, Hishammuddin dan Azmin, kedua-duanya adalah parasit dan perosak kepada masa depan UMNO dan Muafakat Nasional serta juga kepada PKR dan PH.Hishammuddin dan Azmin tidak boleh dibiarkan terus berada dalam UMNO dan PKR dan tanpa mereka, kedua-dua parti akan jadi aman serta selamat meneroka pilihan yang dipersetujui demi masa depan masing-masing. (ShahbudinHusin 19/11/2019)

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wrlr.blogspot.com/2019/11/hishamuddin-parasit-azmin-perosak.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kredibiliti Spr Sprm Hilang Jika Tiada Tindakan Diambil

Kredibiliti Spr Sprm Hilang Jika Tiada Tindakan Diambil

papar berkaitan - pada 8/11/2019 - jumlah : 240 hits
Asyraf Wajdi Dusuki KUALA LUMPUR Suruhanjaya Pilihan Raya dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia diharap dapat mengambil tindakan segera susulan berlaku rasuah politik pada Pilihan Raya Kecil Tanjung Piai Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Da...
Bela Jemaah Jaksa Agung Harus Ajukan Pk Agar Aset First Travel Tak Diambil Negara

Bela Jemaah Jaksa Agung Harus Ajukan Pk Agar Aset First Travel Tak Diambil Negara

papar berkaitan - pada 20/11/2019 - jumlah : 255 hits
Berdasarkan keputusan MK pasal 263 ayat KUHAP adalah hak narapidana Namun menurutnya dalam konteks penegakan hukum pidana yang bertujuan mencari kebenaran materiil seharusnya hak para pihak terkait tidak dibatasi
Pemimpin Senior Pkr Mahu Hilman Diambil Tindakan

Pemimpin Senior Pkr Mahu Hilman Diambil Tindakan

papar berkaitan - pada 25/11/2019 - jumlah : 311 hits
Pelanggaran displin Timbalan Ketua AMK Hilman Idham dan segelintir pemimpin lain yang tidak menghormati keputusan rasmi pergerakan pemuda itu harus ditangani dengan lebih tegas Tindakan beliau memanggil mesyuarat berasingan memutuskan untuk...
Hishamuddin Bawa 17 Mp Umno Sujud Di Kaki Azmin Ada Dapat Restu Majlis Tertinggi Ker

Hishamuddin Bawa 17 Mp Umno Sujud Di Kaki Azmin Ada Dapat Restu Majlis Tertinggi Ker

papar berkaitan - pada 20/11/2019 - jumlah : 475 hits
Portal ini ada menyiarkan mengenai konspirasi antara Anwar dannDAP untuk menjatuhkan Dr Mahathir selama 2 hari berturut turut dan Portal ini juga pernah mengecam tindakan segelintir pemimpin UMNO yang mengenepikan suara dan kehendak akar um...
Perawatan Yang Harus Kamu Tahu Untuk Universal Joint

Perawatan Yang Harus Kamu Tahu Untuk Universal Joint

papar berkaitan - pada 18/11/2019 - jumlah : 420 hits
Suspensi kendaraan menyebabkan posisi deferensial yang berubah ubah terhadap transmisi propeller pun harus menyesuaikan baik perubahan sudut maupun perubahan jarak sehingga mampu meneruskan putaran dengan lancar Mekanisme yang bekerja atau ...
Wamenag Soal Sukmawati Tokoh Bangsa Harus Lebih Hati Hati Menyampaikan Pernyataan

Wamenag Soal Sukmawati Tokoh Bangsa Harus Lebih Hati Hati Menyampaikan Pernyataan

papar berkaitan - pada 18/11/2019 - jumlah : 210 hits
Wakil Menteri Agama Zainut Tauhid Saadi mengimbau para tokoh bangsa menjaga lisannya dan menghindari ucapan yang membuat kontraproduktif Apalagi menyangkut hal agama
Ini Hal Paling Penting Yang Harus Dipahami Penderita Diabetes Dalam Memilih Makanan

Ini Hal Paling Penting Yang Harus Dipahami Penderita Diabetes Dalam Memilih Makanan

papar berkaitan - pada 18/11/2019 - jumlah : 426 hits
Dokter spesialis gizi Dr dr Fiastuti Witjaksono MS MSc SpGK mengatakan pasien diabetes tetap bisa makan seperti biasanya yang terpenting harus gizi seimbang yang mengandung karbohidrat baik dengan indeks glikemik rendah tinggi serat vitamin...
5 Hal Yang Harus Kamu Perhatikan Untuk Mencegah Timbulnya Migrain

5 Hal Yang Harus Kamu Perhatikan Untuk Mencegah Timbulnya Migrain

papar berkaitan - pada 19/11/2019 - jumlah : 234 hits
Migrain merupakan salah satu masalah kesehatan yang kerap muncul dengan intensitas yang beragam Masalah sakit kepala ini bisa sangat menusuk dan menyebabkan gangguan kesehatan lain seperti mual muntah serta tidak sensitif pada suara dan cah...
Bnpt Nilai Asn Terlibat Terorisme Fenomena Baru Antarkementerian Harus Koordinasi

Bnpt Nilai Asn Terlibat Terorisme Fenomena Baru Antarkementerian Harus Koordinasi

papar berkaitan - pada 17/11/2019 - jumlah : 322 hits
Direktur Deradikalisasi BNPT Prof Irfan Idris membuktikan keterlibatan seorang dalam gerakan radikal tidak bisa hanya karena dugaan kecurigaan masyarakat Negara katanya sudah mempunyai regulasi sendiri dalam mengatur ASN yang terpapar radik...
Thee Bold Stories Pilihan Beg Travel Untuk Pengembara Moden

Cuba Carik Dimana Dajjal Dalam Ini Gambar

Sendiri Buat Cerita Sendiri Bersorak Gila Betul Pemuda Pas Ni

Apa Jenama Tayar Yang Lembut Untuk Serap Hentakan Kereta

Breakthrough Insights New Clinical Trial Results Unveil Potential Of Incretin Therapies

Demam Denggi Simptom Rawatan Petua Sokongan

Smm Says Conditional Nod For Farhash Linked Firm Scrapped To Sue Media

Consumer Credit Law Risks Squeezing Poorer Households Further Says Think Tank


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Seorang Wanita Melecur 5 Rumah Atas Air Musnah Dalam Kebakaran Di Tawau

Drama Epok

Bila Dua Hati Belajar Memaafkan

Mykad Rosak Panduan Lengkap Cara Ganti Dengan Mudah Dan Cepat

Thailand Kemboja Bertempur Masuk Hari Ketiga 33 Terbunuh Phnom Penh Desak Gencatan Segera

Peserta Wanita Himpunan Turun Anwar Alami Sesak Nafas Dikejarkan Ke Hospital