Maszlee Letak Jawatan Bukan Sebab Banyak Buat Silap Pm


PUTRAJAYA: Peletakan jawatan Dr Maszlee Malik sebagai Menteri Pendidikan bukan disebabkan beliau melakukan banyak kesalahan, kata Tun Dr Mahathir Mohamad.

Perdana Menteri menjelaskan, sepanjang memegang jawatan, Maszlee juga melakukan perkara baik namun beliau menasihati Ahli Parlimen Simpang Renggam itu supaya berundur daripada Kabinet.

"Seperti yang dapat dilihat, (peletakkan jawatan Maszlee) ada banyak alasan. Saya tidak mengatakan bahawa semua perkara yang dilakukannya adalah salah. Ada juga perkara baik yang dilakukannya.

"Tetapi disebabkan oleh alasan lain itu, saya merasakan beliau perlu meletakkan jawatan dan beliau setuju. Jadi beliau meletakkan jawatan.

“Setakat ini, surat yang saya tulis kepada beliau, disiarkan oleh orang yang tidak bertanggungjawab," katanya.

Dr Mahathir berkata demikian pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Khas Kabinet Mengenai Anti Rasuah (JKKMAR) di sini, hari ini.

Turut hadir, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail; Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali; Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Liew Vui Keong; Ketua Pengarah Pusat Governans, Integriti dan Antirasuah Nasional (GIACC), Tan Sri Abu Kassim Mohamed dan Ketua Setiausaha Negara, Datuk Seri Mohd Zuki Ali.

Mengulas mengenai pengganti Maszlee, Dr Mahathir berkata jawatan Menteri Pendidikan akan ditentukan olehnya.

"Pengganti Maszlee akan ditentukan oleh saya kerana itu adalah prerogatif saya," katanya.

Perdana Menteri turut menafikan peletakan jawatan Maszlee disebabkan kononnya bekas Menteri Pendidikan itu cuba membuka semula Pusat Keamanan Antarabangsa Raja Salman (KSCIP) seperti dilaporkan sebuah portal berita dalam talian hari ini.

Maszlee yang juga Ahli Pimpinan Tertinggi (MPT) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) meletakkan jawatannya sebagai Menteri Pendidikan berkuat kuasa Khamis lalu selepas mendapat nasihat Dr Mahathir dalam satu pertemuan sehari sebelum itu.

Katanya, peletakan jawatan itu dibuat selepas beliau dilihat banyak menimbulkan krisis kepada kepemimpinan terutama membabitkan isu tulisan Jawi, internet sekolah dan program sarapan percuma.

Maszlee juga berkata, dalam tempoh 20 bulan menerajui Kementerian Pendidikan dengan pelbagai pencapaian, malangnya ia tidak dijadikan tajuk utama tetapi tajuk yang sensasi lebih mewarnai media massa.

Beliau berkata, banyak isu sensitif dan sengaja diperbesarkan lebih menjadi pilihan utama sehingga menjadikan dirinya menteri yang menimbulkan banyak krisis dalam pendidikan.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.cikgushare.com/2020/01/maszlee-letak-jawatan-bukan-sebab.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Saya Dilihat Banyak Timbulkan Krisis Terutama Isu Tulisan Jawi Dr Maszlee Letak Jawatan Sebagai Menteri Pendidikan

Saya Dilihat Banyak Timbulkan Krisis Terutama Isu Tulisan Jawi Dr Maszlee Letak Jawatan Sebagai Menteri Pendidikan

papar berkaitan - pada 2/1/2020 - jumlah : 822 hits
Dr Maszlee Malik hari ini mengumumkan perletakan jawatan sebagai Menteri Pendidikan yang akan berkuat kuasa mulai esok selepas mendapat nasihat dari Perdana Menteri Saya dengan taat setia dan reda walaupun berat dengan nasihat ayahanda Perd...
Maszlee Malik Letak Jawatan Dalam Keadaan Berat Hati Selepas Terima Nasihat Dari Tun Mahathir

Maszlee Malik Letak Jawatan Dalam Keadaan Berat Hati Selepas Terima Nasihat Dari Tun Mahathir

papar berkaitan - pada 2/1/2020 - jumlah : 758 hits
MENTERI Pendidikan Malaysia Dr Maszlee Malik sebentar tadi membuat pengumuman rasmi meletak jawatan berkuatkuasa 3 Januari 2020 Dalam pengumuman sidang media khas yang dihadiri oleh ramai wartawan itu Dr Maszlee memberitahu keputusan itu di...
Maszlee Diarah Letak Jawatan Kerana Sering Ingkar Arahan Kabinet

Maszlee Diarah Letak Jawatan Kerana Sering Ingkar Arahan Kabinet

papar berkaitan - pada 6/1/2020 - jumlah : 602 hits
KUALA LUMPUR Peletakan jawatan bekas Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik didakwa disebabkan beliau sering mengingkari arahan Kabinet Menurut laporan The Malaysian Insight sepucuk surat mengandungi 17 perenggan ditulis sendiri Perdana Menter...
Tidak Adil Maszlee Sahaja Teoh Nie Ching Juga Perlu Letak Jawatan

Tidak Adil Maszlee Sahaja Teoh Nie Ching Juga Perlu Letak Jawatan

papar berkaitan - pada 2/1/2020 - jumlah : 429 hits
TIDAK adil buat Maszlee Malik sahaja yang perlu memikul segala tanggungjawab di atas kegagalan Kementerian Pendidikan Sedang timbalannya Teoh Nie Ching boleh lepas laku Peletakkan jawatan Teoh Nie Ching akan membuktikan bahawa parti DAP yan...
Pas Kata Maszlee Letak Jawatan Sarawak Rugi

Pas Kata Maszlee Letak Jawatan Sarawak Rugi

papar berkaitan - pada 3/1/2020 - jumlah : 403 hits
PELETAKAN jawatan oleh Dr Maszlee Malik sebagai Menteri Pendidikan adalah satu berita yang mengejutkan semua pihak di hari pertama persekolahan Menteri Pendidikan itu antara Menteri yang rajin turun ke Sarawak malah telah berusaha untuk men...
Dr Maszlee Malik Sah Letak Jawatan Menteri Pendidikan

Dr Maszlee Malik Sah Letak Jawatan Menteri Pendidikan

papar berkaitan - pada 2/1/2020 - jumlah : 661 hits
Tular di media sosial berkenaan dengan dakwaan bahawa Dr Maszlee Malik iaitu Menteri Pendidikan Malaysia bakal mengumumkan yang dipegangnya itu pada hari ini Terkini siaran langsung bersama Dr Maszlee Malik tentang perletakan jawatannya seb...
Nutp Kecewa Maszlee Letak Jawatan

Nutp Kecewa Maszlee Letak Jawatan

papar berkaitan - pada 4/1/2020 - jumlah : 291 hits
Kerajaan Persekutuan diharap dapat meneruskan dan mempertimbangkan usaha usaha Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik dalam meningkatkan isu pendidikan di negara ini Gesaan itu dibuat Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Malaysia dalam s...
Tamatkan Projek Taikun Ytl 1bestarinet Isu Utama Dr Maszlee Diarah Letak Jawatan Menteri Kpm

Tamatkan Projek Taikun Ytl 1bestarinet Isu Utama Dr Maszlee Diarah Letak Jawatan Menteri Kpm

papar berkaitan - pada 3/1/2020 - jumlah : 779 hits
Tamatkan projek taikun YTL 1BestariNet isu utama Dr Maszlee diarah letak jawatan Menteri KPM16 01 Jan 02 2020 By SabahKini2 21Sekalipun banyak isu dikaitkan dengan Dr Maszlee namun isu paling besar ialah menamatkan kontrak 1BestariNet milik...
Maszlee Bukan Dipecat Atau Letak Jawatan Saya Cuma Patuh Arahan Pm

Maszlee Bukan Dipecat Atau Letak Jawatan Saya Cuma Patuh Arahan Pm

papar berkaitan - pada 5/1/2020 - jumlah : 495 hits
Beliau juga mengulangi kesetiaannya terhadap perdana menteri dan Bersatu
Pos Malaysia Drops Fossil Stamps To Celebrate Dino Era Finds

Momen Yang Tidak Akan Terhilang

Bullying Case Expulsions A Lesson For Mara College Students Says Asyraf

Man City Bergaya Bedal Juventus

Lunch Asam Pedas Kepala Ikan Merah Dan Lemak Telur Itik

Be A Critic But Don T Be Lazy With Your Facts Hannah Yeoh S Pol Sec Lambasts Mca Youth S Neow Over Fam Issue

The Traffic School That Works Around Your Life Not The Other Way Around

Travel Tips To Bali From Malaysia Don T Buy Your Ticket To Bali Without This Guide


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Tarif Letrik Naik

Autoimmune Disease

Hassle Free Estate Liquidation Let Us Handle The Heavy Lifting

Dikecam Gara Gara Halau Lelaki Dari Surau Jmb Halaman 11 Akhirnya Bersuara Itu Video Lama Perkara Tu Dah Selesai

Hiburan Kieda Crepe Akui Bisnes Terjejas Tak Sangka Video Peribadi Undang Kritikan Saya Lupa Saya Influencer

21 Rumah Musnah Dalam Kebakaran Di Hutan Melintang