Pemimpin Dap Minta Maaf Hantar Mesej Ugut Ocpd



Pemimpin DAP bahagian Jerantut, Loo Why Leong yang ditangkap kerana menghantar mesej berbau ugutan kepada ketua polis daerah pada Ahad lalu tampil untuk menjernihkan keadaan.

Loo dalam suatu kenyataan hari ini mengakui menghantar mesej kontroversi tersebut kepada OCPD Jerantut Mazlan Hassan pada 17 Mei lalu.

Katanya, mesej tersebut dihantar kerana dirinya dan rakan ahli DAP telah "ditangkap secara salah" sehari sebelum itu kerana dituduh terlibat dalam penyeludupan rokok yang ditemui dalam sebuah kereta.

Loo berkata episod itu berlaku pada Khamis lalu apabila dia pergi ke kedai rakannya, selepas menerima panggilan telefon daripada isteri kawannya itu mengenai penemuan rokok seludup berkenaan.

Jelasnya, dia cuba membantu rakannya yang menafikan bukan pemilik kereta yang ditemukan rokok seludup itu. Kereta berkenaan, kata Loo lagi diletakkan di belakang jalan di kedai rakannya itu.

Namun, menurutnya, bantahan mereka tidak diendahkan polis dan kedua-dua mereka ditangkap.

Loo juga mendakwa polis melayan rakannya secara kasar ketika soal siasat dan bertindak seolah-olah mereka penjahat.

Selepas itu kedua-dua mereka ditahan selama 24 jam sebelum dibebaskan.

Loo berkata dia kemudiannya menghubungi Mazlan untuk meminta bertemu dengannya pada pagi 17 Mei, tetapi pegawai itu tidak hadir.

Pada petang hari yang sama, katanya, pegawai polis yang dihantar oleh mahkamah muncul dan memberitahu mahu menahan reman mereka selama empat hari.

'Tak akan aman'

Bagaimanapun, Loo berkata kedua-dua mereka dibebaskan sekitar 3 petang pada hari itu selepas menjelaskan hal tersebut kepada pegawai mahkamah.

Selanjutnya, pada petang itu, jelas Loo lagi, dia menjadi marah dan mengunakan kata-kata yang tidak sewajarnya ketika menghantar mesej teks kepada Mazlan, berkata: "Sesiapa nak lawan PH, masa akan datang dia akan tak aman."

"Saya menghantar mesej teks melalui WhatsApp berharap moga-moga beliau (Mazlan) dan pegawai polis akan bertindak berdasarkan apa yang dikatakan Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad, supaya setia kepada kerajaan baru.

"Bagaimanapun, pada pagi hari berikutnya 18 Mei, saya risau Mazlan mungkin salah faham maksud saya kerana pemilihan kata-kata saya yang tidak wajar," katanya.

Loo berkata kenyataannya bukan bersifat peribadi kepada OCPD itu.

"Saya kemudian menghantar satu lagi mesej memohon maaf dan menarik semula kenyataan saya yang tidak wajar itu. Saya harap beliau akan memaafkan saya.

"Saya, Loo Why Leong, seorang ahli perniagaan yang sah. Saya akan bertegas apabila rakyat memerlukan bantuan saya," jelasnya lagi.

[Baca berita penuh]

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wak-labu.blogspot.com/2019/05/pemimpin-dap-minta-maaf-hantar-mesej.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ugut Ocpd Saya Hanya Mahu Dia Hormat Kerajaan Baru Pemimpin Dap

Ugut Ocpd Saya Hanya Mahu Dia Hormat Kerajaan Baru Pemimpin Dap

papar berkaitan - pada 22/5/2019 - jumlah : 603 hits
PEMIMPIN DAP Bahagian Jerantut Loo Why Leong yang ditahan kerana menghantar teks mesej berbaur ugutan kepada Ketua Polis Daerah Jerantut Mazlan Hassan tampil menjelaskan perbuatannya UGUT OCPD Saya Hanya Mahu Dia Hormat Kerajaan Baru Pemimp...
Pengerusi Dap Jerantut Ditahan Kes Ugut Ocpd

Pengerusi Dap Jerantut Ditahan Kes Ugut Ocpd

papar berkaitan - pada 20/5/2019 - jumlah : 463 hits
POLIS mengesahkan penahanan Pengerusi DAP Jerantut Loo Why Leong hari ini bagi membantu siasatan kerana dipercayai mengugut Ketua Polis Daerah Jerantut Superintendan Mazlan Hassan pada Khamis lalu Ketua Polis Pahang Datuk Seri Mohd Zakaria ...
Why Leong Mengaku Hantar Mesej Dakwa Telah Minta Maaf

Why Leong Mengaku Hantar Mesej Dakwa Telah Minta Maaf

papar berkaitan - pada 22/5/2019 - jumlah : 308 hits
TEMERLOH Selepas mendiamkan diri berhubung isu menghantar mesej yang dikatakan mengugut Ketua Polis Daerah Jerantut Superintenden Mazlan Hassan pada Khamis lalu Pengerusi DAP Jerantut Loo Why Leong akhirnya membuat pengakuan menghantar mese...
Dr Maszlee Malik Akan Diserang Lebih Agresif Oleh Pemimpin Dap

Dr Maszlee Malik Akan Diserang Lebih Agresif Oleh Pemimpin Dap

papar berkaitan - pada 21/5/2019 - jumlah : 363 hits
Tekanan demi tekanan nampaknya semakin dihadapi oleh Dr Maszlee Malik yang merupakan Menteri Pendidikan dan serangan ini dilihat akan lebih agresif diberikan oleh beberapa pemimpin politik setelah Maszlee dilihat bertegas untuk mempertahank...
Serangan Terbaru Pemimpin Dap Terhadap Dr Maszlee

Serangan Terbaru Pemimpin Dap Terhadap Dr Maszlee

papar berkaitan - pada 20/5/2019 - jumlah : 289 hits
ULASAN Saya memerhatikan dengan penuh minat serangan terbaru pemimpin DAP terhadap Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik dalam isu kuota pelajar matrikulasi universiti awam Perit sekali tentunya membaca cercaan Ahli CCC DAP merangkap Ahli EXC...
Pemimpin Parti Ditahan Ugut Ketua Polis Daerah

Pemimpin Parti Ditahan Ugut Ketua Polis Daerah

papar berkaitan - pada 20/5/2019 - jumlah : 282 hits
Pemimpin parti ditahan ugut ketua polis daerah Dikemas kini 1 jam yang lalu Diterbitkan pada 19 May 2019 11 00PM
Police Arrest Dap Division Leader Over Alleged Threat To Ocpd

Police Arrest Dap Division Leader Over Alleged Threat To Ocpd

papar berkaitan - pada 20/5/2019 - jumlah : 352 hits
A Pahang DAP division leader was arrested earlier today and had his mobile phone seized over an allegedly threatening message sent to Jerantut district police chief Mazlan Hassan via Whatsapp When contacted Pahang state police chief Mohd Za...
Bantahan Dap Beri Mesej Jelas Buat Maszlee

Bantahan Dap Beri Mesej Jelas Buat Maszlee

papar berkaitan - pada 24/5/2019 - jumlah : 271 hits
Bantahan DAP terhadap kenyataan Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik berkenaan isu matrikulasi dan keperluan fasih berbahasa Mandarin untuk memohon pekerjaan memberikan mesej jelas bahawa parti itu tidak bersetuju dengan hak hak keistimewaan...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

Watercolor Apartment For A Young Family With A Maine Coon

10 Myanmar Nationals Found In Car After Crash

Actress S Car Household Items To Be Auctioned Tomorrow To Pay Off Debt

Muslims May Wish Non Muslims On Religious Holidays Says Penang Mufti

The Benefits Of A Learning Management System For Every Organization