Serangan Terbaru Pemimpin Dap Terhadap Dr Maszlee


Kamarul Zaman Yusoff 

ULASAN | Saya memerhatikan dengan penuh minat serangan terbaru pemimpin DAP terhadap Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik, dalam isu kuota pelajar matrikulasi universiti awam.

Perit sekali tentunya membaca cercaan Ahli CCC DAP merangkap Ahli EXCO Kerajaan Selangor, Datuk Teng Chang Khim, bahawa Dr Maszlee bodoh ('foolish' dan 'idiot').

Turut keras adalah kenyataan Ahli CCC DAP merangkap Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang, Dr P Ramasamy, bahawa Dr Maszlee tidak berbeza dengan pemimpin UMNO.

Apatah lagi apabila cercaan dan kenyataan ini dilaporkan oleh media massa, termasuk oleh media antarabangsa berpengaruh seperti Channel News Asia pada 17 Mei lalu.

Sebenarnya ini bukanlah kali pertama Dr Maszlee selaku Menteri Pendidikan berhadapan dengan serangan pemimpin DAP kerana sebelum ini pun ia pernah beberapa kali berlaku.

Kali pertama adalah bila Dr Maszlee memaklumkan di parlimen mengenai tiadanya peruntukan bagi SMPC kerana SMPC tidak termasuk dalam sistem pendidikan nasional.

Paling kuat menyerang beliau pada waktu itu adalah Ketua Dapsy Kebangsaan merangkap Anggota Parlimen Ipoh Timur, Wong Kah Woh dan Adun Bercham, Ong Boon Piow.

Didesak letak jawatan

Ong Boon Piow, dalam kenyataan beliau pada 26 Julai 2018, malah menggesa perdana menteri agar meneliti semula kesesuaian Dr Maszlee untuk menjadi Menteri Pendidikan.

Kali kedua adalah bila Dr Maszlee menasihatkan di parlimen supaya guru-guru agama dari Semenanjung yang bertugas di Sarawak menjadikan negeri itu sebagai “medan dakwah”.

Menyerang beliau adalah Adun Bukit Assek, Irene Mary Chang dan Setiausaha Publisiti Dapsy Sarawak merangkap Pembantu Khas Pengerusi DAP Sarawak, Abdul Aziz Isa.
Abdul Aziz Isa, dalam kenyataan beliau pada 21 Disember 2018, juga mendesak Dr Maszlee yang 'incompetent' dan 'insensitive' meletakkan jawatan sebagai menteri pendidikan.

Dengan lonjakan dalam nada serangan pemimpin DAP ini, bolehlah dijangkakan bahawa akan ada tindakan yang lebih agresif bagi menggugat kedudukan Dr Maszlee selepas ini.

Ditambah dengan bakaran rakan seperarakan 1969 (Gerakan) supaya DAP mendesak perdana menteri memecat Dr Maszlee yang 'rasis' dan 'di bawah prestasi'.

Petisyen pecat Maszlee

Malah, tiga minggu lalu 'Stephen Ng' telah membuat satu petisyen yang kini telah mengumpul lebih 48,000 tandatangan bagi mendesak perdana menteri memecat Dr Maszlee.

Dua hari lalu pula 'No Hope Malaysia' telah membuat satu lagi petisyen yang kini telah mengumpul lebih 12,000 tandatangan bagi mendesak Dr Maszlee meletakkan jawatan.

Agak memeranjatkan bila masih ramai yang seperti belum sedar mengenai tema asas semua serangan ini dan bila hampir tidak ada yang berani mempertahankan Dr Maszlee.

Oleh itu, walau apa perbezaan atau sungutan yang ada, sebagaimana mereka dapat bersatu, eloklah jika kita membela beliau atas sifat beliau sebagai mangsa kerakusan.

KAMARUL ZAMAN YUSOFF adalah pengarah Institut Kajian Politik Malaysia (Mapan) Universiti Utara Malaysia dan penulis rencana di Harakadaily.

Artikel ini pertama kali disiarkan di Facebook beliau. Ia adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pendirian rasmi Malaysiakini.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wak-labu.blogspot.com/2019/05/serangan-terbaru-pemimpin-dap-terhadap.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Dr Maszlee Malik Akan Diserang Lebih Agresif Oleh Pemimpin Dap

Dr Maszlee Malik Akan Diserang Lebih Agresif Oleh Pemimpin Dap

papar berkaitan - pada 21/5/2019 - jumlah : 387 hits
Tekanan demi tekanan nampaknya semakin dihadapi oleh Dr Maszlee Malik yang merupakan Menteri Pendidikan dan serangan ini dilihat akan lebih agresif diberikan oleh beberapa pemimpin politik setelah Maszlee dilihat bertegas untuk mempertahank...
Singkir Maszlee Adun Dap Buat Laporan Polis

Singkir Maszlee Adun Dap Buat Laporan Polis

papar berkaitan - pada 23/5/2019 - jumlah : 339 hits
Singkir Maszlee Adun DAP buat laporan polisPosted By on May 22 2019Seorang Adun DAP membuat laporan polis hari ini tentang dakwaan partinya menuntut perdana menteri menggantikan Menteri Pendidikan Maszlee Malik dengan timbalannya Teo Nie Ch...
Retract Mandarin Requirement Remark Dap Youth Urges Maszlee

Retract Mandarin Requirement Remark Dap Youth Urges Maszlee

papar berkaitan - pada 23/5/2019 - jumlah : 411 hits
DAP Youth has urged Education Minister Maszlee Malik to retract his remark linking the matriculation intake quota to the Chinese language requirement for some jobs DAP Youth chief Howard Lee who said Maszlee s view was a personal opinion ra...
Kit Siang Denies Dap Seeking Maszlee S Ouster Says It S Umno Psy War Against Pakatan

Kit Siang Denies Dap Seeking Maszlee S Ouster Says It S Umno Psy War Against Pakatan

papar berkaitan - pada 23/5/2019 - jumlah : 509 hits
DAP adviser Lim Kit Siang today cautioned his Pakatan Harapan allies not to believe allegations that his party is pushing for the removal of Education Minister Maszlee Malik and for deputy Teo Nie Ching to take over The Iskandar Puteri MP b...
Adun Dap Lapor Polis Dakwaan Cuba Singkir Maszlee

Adun Dap Lapor Polis Dakwaan Cuba Singkir Maszlee

papar berkaitan - pada 23/5/2019 - jumlah : 296 hits
PETALING JAYA Seorang Adun DAP membuat laporan polis hari ini tentang dakwaan partinya menuntut perdana menteri menggantikan Menteri Pendidikan Maszlee Malik dengan timbalannya Teo Nie Ching Wakil rakyat Seri Delima Syerleena Abdul Rashid b...
The Maszlee Dilemma Kit Siang Realises Dap Is In Danger Of Losing Chinese Support

The Maszlee Dilemma Kit Siang Realises Dap Is In Danger Of Losing Chinese Support

papar berkaitan - pada 23/5/2019 - jumlah : 396 hits
As far as I am concerned Kit Siang can take his New Malaysia concept and shove it right up his It is despicable that his DAP got Ramasamy to whack Maszlee for stating what every sane minded right thinking Malaysian already knows regarding t...
Continuous Learning In Business

Feeding Pigeons Could Cost You Rm250 Penang City Council Warns

Xiaomi Dilapor Akan Bekerjasama Dengan Huawei Dan Bbk Lancar Os Bebas Google

Anaheim Car Owners Are Turning To This Hassle Free Option

Thomas Arya Feat Shinta Angely Berat Rindu Terpisah Chord

Ea Raja Pips Layanan Sistem Manajemen Dalam Bisnis Trading Forex

Rafizi Nak Tunggu Jatuh Sendiri Atau Nak Turun Dengan Hormat

Timely Cpr Intervention By Woman At Kuching Airport Saves Man S Life


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Semuanya Dibalas Sempurna

10 Bukti Sains Dalam Al Quran Tentang Alam Semesta

Now Pkr Youth Chief Backs Nurul Izzah As Deputy President

Former Pm Ismail Sabri Late For Macc Questioning In Corruption Case

Why Is Dragon Fruit So Famous

Paip Penapis Air Cuckoo Bocor