Dr Maszlee Malik Akan Diserang Lebih Agresif Oleh Pemimpin Dap



Tekanan demi tekanan nampaknya semakin dihadapi oleh Dr. Maszlee Malik yang merupakan Menteri Pendidikan dan serangan ini dilihat akan lebih agresif diberikan oleh beberapa pemimpin politik setelah Maszlee dilihat bertegas untuk mempertahankan kuota matrikulasi dan mempertikaikan tindakan majikan menetapkan syarat fasih bahasa Mandarin di negara ini.

Hasil pemerhatian Dr. Kamarul Zaman Yusof dari Universiti Utara Malaysia, antara tekanan yang dihadapi Maszlee sekarang adalah agar melepaskan jawatannya sebagai Menteri Pendidikan yang mendakwa telah mengeluarkan kenyataan bersifat perkauman.

Berikut merupakan kenyataan penuh Kamarul Zaman yang dimuat naik dalam status Facebook hari ini;
“Saya memerhatikan dengan penuh minat serangan terbaru pemimpin DAP terhadap Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik, dalam isu kuota pelajar matrikulasi universiti awam.

Perit sekali tentunya membaca cercaan Ahli Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CCC) DAP merangkap Ahli Exco Kerajaan Selangor, Datuk Teng Chang Khim bahawa Maszlee bodoh.

Turut keras adalah kenyataan Ahli CCC DAP merangkap Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang, Dr. P. Ramasamy, bahawa Maszlee tidak berbeza dengan pemimpin UMNO.

Apatah lagi bila cercaan dan kenyataan ini dilaporkan oleh media massa termasuk oleh media antarabangsa berpengaruh seperti Channel News Asia pada 17 Mei lalu.

Sebenarnya ini bukanlah kali pertama Maszlee selaku Menteri Pendidikan berhadapan dengan serangan pemimpin DAP kerana sebelum ini pun ia pernah beberapa kali berlaku.

Kali pertama adalah bila Maszlee memaklumkan di Parlimen mengenai tiadanya peruntukan bagi sekolah menengah persendirian Cina (SMPC) kerana SMPC tidak termasuk dalam sistem pendidikan nasional.

Paling kuat menyerang beliau pada waktu itu adalah Ketua Pemuda Sosialis (DAPSY) Kebangsaan merangkap Ahli Parlimen Ipoh Timur, Wong Kah Woh, dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bercham, Ong Boon Piow.

Boon Piow dalam kenyataan pada 26 Julai 2018 menggesa Perdana Menteri agar meneliti semula kesesuaian Maszlee menjadi Menteri Pendidikan.

Kali kedua adalah bila Maszlee menasihatkan di Parlimen supaya guru-guru agama dari Semenanjung yang bertugas di Sarawak menjadikan negeri itu sebagai ‘medan dakwah’.

Menyerang beliau pada ketika itu adalah ADUN Bukit Assek, Irene Mary Chang dan Setiausaha Publisiti DAPSY Sarawak merangkap Pembantu Khas Pengerusi DAP Sarawak, Abdul Aziz Isa.

Abdul Aziz dalam kenyataan pada 21 Disember 2018 juga mendesak Maszlee yang ‘incompetent’ dan ‘insensitive’ ini supaya meletakkan jawatan sebagai Menteri Pendidikan.

Dengan lonjakan dalam nada serangan pemimpin DAP ini, bolehlah dijangkakan bahawa akan ada tindakan yang lebih agresif bagi menggugat kedudukan Maszlee selepas ini.

Ditambah dengan bakaran rakan seperarakan 1969 (Gerakan) supaya DAP mendesak Perdana Menteri memecat Maszlee yang rasis dan di bawah prestasi.

Malah, tiga minggu lalu, Stephen Ng telah membuat satu petisyen yang kini telah mengumpul lebih 48,000 tandatangan bagi mendesak Perdana Menteri memecat Maszlee.

Dua hari lalu pula gerakan No Hope Malaysia telah membuat satu lagi petisyen yang kini telah mengumpul lebih 12,000 tandatangan bagi mendesak Maszlee meletakkan jawatan.

Agak memeranjatkan bila masih ramai yang seperti belum sedar mengenai tema asas semua serangan ini dan bila hampir tidak ada yang berani mempertahankan Maszlee.

Oleh itu, walau apa perbezaan atau sungutan yang ada, sebagaimana mereka dapat bersatu, eloklah jika kita membela beliau atas sifat beliau sebagai mangsa kerakusan.”-

Sumber: utusan Online
Sumber: Oh! Media

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.terengganu11.com/2019/05/dr-maszlee-malik-akan-diserang-lebih.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kuota Matrikulasi Dap Dijangka Serang Dr Maszlee Lebih Agresif

Kuota Matrikulasi Dap Dijangka Serang Dr Maszlee Lebih Agresif

papar berkaitan - pada 21/5/2019 - jumlah : 319 hits
KUALA LUMPUR Beberapa pemimpin politik dijangka lebih agresif menyerang Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik yang mempertahankan kuota matrikulasi dan mempertikaikan tindakan majikan menetapkan syarat fasih bahasa Mandarin di negara ini Peng...
Tidak Pelik Maszlee Diserang Dap Peringatan Telah Diberi Lama Dahhh

Tidak Pelik Maszlee Diserang Dap Peringatan Telah Diberi Lama Dahhh

papar berkaitan - pada 23/5/2019 - jumlah : 277 hits
Oleh Anuar Shaari 1 Sebelum PRU ke 14 ada yang telah mengingatkan bahawa DAP ini adalah jenis parti yang kuat gigit kawan PAS yang pernah bersekutu dengan DAP dalam Pakatan Rakyat telah disingkirkan hanya kerana tidak bersetuju dengan cara ...
Serangan Terbaru Pemimpin Dap Terhadap Dr Maszlee

Serangan Terbaru Pemimpin Dap Terhadap Dr Maszlee

papar berkaitan - pada 20/5/2019 - jumlah : 318 hits
ULASAN Saya memerhatikan dengan penuh minat serangan terbaru pemimpin DAP terhadap Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik dalam isu kuota pelajar matrikulasi universiti awam Perit sekali tentunya membaca cercaan Ahli CCC DAP merangkap Ahli EXC...
Kaabah Diserang Oleh Pengebom Berani Mati

Kaabah Diserang Oleh Pengebom Berani Mati

papar berkaitan - pada 24/5/2019 - jumlah : 1541 hits
Menurut laporan di laman Youtube seorang lelaki yg mengikat badannya dengan bom dalam cubaan utk meletupkan Kaabah akhirnya hancur berkecai apabila bom itu meletup di hadapan Hajarul Aswad tanpa sedikit pun merosakkan Baitullah Malah ketika...
Audit Skpmg2 Oleh Jemaah Nazir Diberhentikan Ringan Beban Guru Maszlee

Audit Skpmg2 Oleh Jemaah Nazir Diberhentikan Ringan Beban Guru Maszlee

papar berkaitan - pada 17/5/2019 - jumlah : 366 hits
Pulau Pinang 16 Mei Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik hari ini mengumumkan beberapa lagi inisiatif untuk memastikan guru guru tidak lagi dibebani dengan tugasan pengkeranian serta menumpukan sepenuhnya dalam pembelajaran dan pengajaran di...
Kit Siang Nafi Kempen Dap Singkirkan Maszlee

Kit Siang Nafi Kempen Dap Singkirkan Maszlee

papar berkaitan - pada 21/5/2019 - jumlah : 301 hits
MALAYSIAKINI Anggota Parlimen Iskandar Puteri Lim Kit Siang menafikan spekulasi yang cuba menggambarkan DAP berusaha untuk menyingkirkan Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik Lim merujuk beberapa portal politik yang melaporkan DAP dikatakan m...
Cool Heads Must Prevail In These Difficult Times

Touch N Go And Wwf Malaysia Launch Charms For Change To Raise Awareness About Malaysia S Endangered Wildlife

Must Present Your Ic To Purchase Subsidized Local White Rice

Kelantan Peniaga Boleh Saman Susulan Arahan Tutup Kedai Pada 1 Syawal

20 Ucapan Idul Fitri 2025 Bahasa Jawa

Pasaran As Cuba Untuk Pulih Prospek Serangan As Terhadap Iran Menyokong Harga Minyak

Sebelum Ini Ajak Boikot Sekarang Ustazah Ini Kena Sindir

Masalah Isu Biasa Honda Odyssey Rc1


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Aktif Libatkan Diri Sertai Ngo

Nasib Ahli Perniagaan Didakwa Pukul Pengawal Peribadi Kerana Berpuasa Diketahui Jumaat Ini

Allahuakbar Baru Baru Ni Ada Laporan Matahari Terbenam Dengan Cara Yang Aneh Di P

Dewi Pengapit India Batalkan Kehadiran Majlis Kahwin Selepas Diberitahu Perlu Bayar Rm3 6k Melalui Email

Pmx Maklum Mahb Diserang Penggodam Tuntut Wang Tebusan Rm45 Juta Malaysia Tidak Akan Tunduk Dengan Kemahuan Mereka

Buat Agar Agar Pandan Santan Untuk Berbuka