Pemimpin Dap Akan Ditangkap Lagi Terlibat Ltte


Pemimpin DAP Akan Ditangkap Lagi Terlibat LTTE? | Polis akan terus menyiasat dan menangkap mana-mana pemimpin atau ahli politik sekiranya terdapat bukti kukuh mengaitkan mereka dengan ideologi perjuangan Kumpulan Pembebasan Harimau Tamil Eelam (LTTE)

Itu tegas Ketua Penolong Pengarah Bahagian Anti Keganasan (E8) Cawangan Khas Bukit Aman, Datuk Ayub Khan Mydin Pitchay menjawab kenyataan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng

Maknanya, tidak ada jaminan mana-mana ahli politik tidak lagi ditahan selepas ini

Beliau berkata demikian sebagai respon kenyataan Guan Eng yanh mendakwa polis sudah memberi jaminan tidak akan ada tangkapan pemimpin politik dari parti DAP selepas ini

“Itu saya tak pasti dari mana input yang dia (Guan Eng) dapat yang mengatakan polis takkan menjalankan siasatan tangkapan. Itu saya tak pasti tapi yang pastinya bukan daripada saya (kenyataan akan hentikan siasatan (pemimpin DAP).Saya tak pernah keluarkan sebarang kenyataan yang mengatakan kita akan hentikan siasatan…tidak

“Adakah ini oleh kerana melibatkan parti DAP dan perlu menghentikan siasatan..tiada..tidak daripada saya. Mungkin ada daripada pihak lain..saya tak pasti (tapi) tidak ada sebab kenapa kita (polis) perlu hentikan siasatan

Pemimpin DAP Akan Ditangkap Lagi Terlibat LTTE? 
“Apa yang pasti, ia bukan daripada saya (hentikan siasatan),” katanya dalam sidang media khas Cawangan Khas berhubung kejayaan penangkapan lima suspek berhubung kait dengan LTTE dalam operasi susulan daripada penangkapan tujuh suspek dalam isu yang sama pada 9 Oktober lalu

Ayob menambah, polis tidak tunduk kepada desakan atau kritikan pelbagai pihak di luar sama ada akan meneruskan siasatan dan tindakan pasti akan menyusul sekiranya wujud bukti-bukti kukuh

Tujuh orang – termasuk dua wakil rakyat dari DAP – ditahan polis mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 atau Sosma pada 10 Okt lalu kerana disyaki terlibat dalam aktiviti LTTE

Sebelum ini, Guan Eng dilaporkan mengeluarkan kenyataan mendakwa dimaklumkan tiada lagi pemimpin DAP yang akan ditahan atas dakwaan berkenaan

Untuk rekod, LTTE disenaraikan sebagai pertubuhan pengganasdi 30 negara seluruh dunia termasuk di Kesatuan Eropah, Kanada, India, AS dan Malaysia
Dalam pada itu, Ayub Khan juga menegaskan polis tidak akan menangkap Menteri Sumber Manusia yang juga pemimpin DAP, M. Kula Segaran hanya kerana pemimpin itu bergambar dengan pemimpin parti politik India Selatan yang merupakan penyokong tegar LTTE, Seeman Senthamilan

Beliau juga tanpa mendedahkan sekiranya terdapat mana-mana wakil rakyat tidak kira daripada mana-mana parti sekalipun akan dipantau jika terlibat dalam aktiviti menyokong keganasan

“Tangkapan ini tiada kaitan dengan DAP, Pas, PKR atau mana mana parti pun, tangkapan dibuat kerana menyokong atau mempromosi mana-mana aktiviti keganasan tidak kira parti mana pun, tiada tolak ansur, mana-mana terlibat cukup bukti kukuh dan ada asas, ingat anda ada dalam radar Cawangan Khas Bukit Aman dan akan ditangkap,” katanya

Pemimpin DAP Akan Ditangkap Lagi Terlibat LTTE? 
Mengulas kenyataan Presiden MIC, Tan Sri, S.A.Vikneswaran yang menganggap rasa simpati terhadap pembunuhan komuniti Tamil Di Sri Lanka tidak semestinya menyokong keganasan, Ayob Khan menjawab;
“Ada dua isu di sini, adakah kita bersimpati perjuangan kaum Tamil atau perjuangan LTTE? Kalau perjuangan kaum Tamil tidak jadi isu. Isu kemanusiaan kita faham, kalau LTTE yang disenaraikan sebagai sebagai pengganas itu mana boleh dia menggunakan keganasan menyerang dan sebagainya..dia ada dua pendekatan berbeza

“Saya pun sebagai Islam bersimpati juga kaum Tamil di sana adakah simpati saya jadi perjuangan atau menyokong pergerakan LTTE

“Dengan kita simpati kaum Tamil di Sri Lanka dan mempromosi perjuangan Tamil Eelam itu satu kesalahan,”  tegasnya. - mg





Berminat beriklan di web Addin?Jika berminat sila send ke http://beriklandiwebaddin.wasap.my/http://beriklandiwebaddin.wasap.my/http://beriklandiwebaddin.wasap.my/

Iklan

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.addindeen.com/2019/10/pemimpin-dap-akan-ditangkap-lagi.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Peguam Negara Perlu Telus Dakwa Pemimpin Terlibat Ltte Mufti Perlis

Peguam Negara Perlu Telus Dakwa Pemimpin Terlibat Ltte Mufti Perlis

papar berkaitan - pada 14/10/2019 - jumlah : 343 hits
IPOH Jabatan Peguam Negara diminta melakukan proses pendakwaan secara telus terhadap pemimpin yang disiasat terlibat dengan aktiviti kumpulan pengganas Harimau Pembebasan Tamil Eelam Mufti Perlis Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkata pih...
Isu Ltte Dua Pemimpin Dap Di Tangkap

Isu Ltte Dua Pemimpin Dap Di Tangkap

papar berkaitan - pada 11/10/2019 - jumlah : 597 hits
Dua Pemimpin DAP Di Tangkap berhubung isu LTTE di mana sorang dari melaka dan sorang dari seremban Polis menahan exco Melaka G Saminathan dan anggota Dewan Undangan Negeri Seremban Jaya P Gunasekaran atas dakwaan mempunyai hubungan dengan H...
Tahniah Pdrm Bongkar Dan Tangkap Pemimpin Dap Yang Terlibat Dengan Pengganas

Tahniah Pdrm Bongkar Dan Tangkap Pemimpin Dap Yang Terlibat Dengan Pengganas

papar berkaitan - pada 11/10/2019 - jumlah : 659 hits
Tahniah kita ucapkan kepada PDRM kerana bertindak tegas menahan 2 orang pemimpin DAP peringkat negeri yang terlibat dengan pengganas LTTE G Saminathan ADUN Gadek dari parti DAP merangkap Exco Sumber Manusia Kerajaan Negeri Melaka ditahan di...
Terbukti Ramai Pemimpin Dap Ada Kaitan Dengan Ltte Bukti Apa Lagi Yang Dr Mahathir Dan Kdn Mahu

Terbukti Ramai Pemimpin Dap Ada Kaitan Dengan Ltte Bukti Apa Lagi Yang Dr Mahathir Dan Kdn Mahu

papar berkaitan - pada 17/10/2019 - jumlah : 623 hits
P Ramasamy Kulasegaran Saminathan Gunasegaran adalah pemimpin kanan parti DAP yang dikaitkan dengan pengganas LTTE 2 dah kena cekup Saminathan ADUN Gadek merangkap Exco Negeri Melaka dan Gunasegaran ADUN Seremban Jaya dah ditangkap Kulasega...
Exco Dap Melaka Terlibat Pengganas Ltte Kini Ditahan

Exco Dap Melaka Terlibat Pengganas Ltte Kini Ditahan

papar berkaitan - pada 11/10/2019 - jumlah : 517 hits
Gambar atas Peta Tamil Eelam menunjukkan Malaysia adalah salah satu negara yang termasuk dalam tanah tuntutan mereka atas nama The Greater Tamil State Exco Melaka disyaki terlibat LTTE ditahan AYER KEROH Seorang Ahli Dewan Undangan Negeri y...
Pelik Reaksi Dap Dalam Isu Ltte Belum Apa Apa Dah Melompat Murugiah

Pelik Reaksi Dap Dalam Isu Ltte Belum Apa Apa Dah Melompat Murugiah

papar berkaitan - pada 14/10/2019 - jumlah : 461 hits
KUALA LUMPUR Naib Presiden MIC Datuk T Murugiah terkejut kerana belum apa apa DAP sudah terlebih dahulu mengeluarkan pelbagai kenyataan menjurus kepada seolah olah ianya salah polis melakukan tangkapan berkait Harimau Pembebasan Tamil Eelam...
Pengganas Ltte Diburu Dap Tidak Setuju Tindakan Polis

Pengganas Ltte Diburu Dap Tidak Setuju Tindakan Polis

papar berkaitan - pada 14/10/2019 - jumlah : 472 hits
Polis menahan lima lagi suspek dipercayai terlibat dengan pengganas LTTE Lim Kit Siang tidak setuju dengan tindakan polis yang menahan pemimpin parti itu mengikut SOSMA Dakwanya tindakan itu tidak demokratik tidak adil dan boleh disalah gun...
Guru Ditahan Terlibat Aktiviti Pengganas Ltte

Guru Ditahan Terlibat Aktiviti Pengganas Ltte

papar berkaitan - pada 14/10/2019 - jumlah : 438 hits
GURU sebuah sekolah di Banting Selangor Ahli Majlis pihak berkuasa tempatan negeri dan ketua pegawai eksekutif perbadanan anak syarikat kerajaan Melaka antara lima individu ditahan dipercayai mempunyai kaitan dengan kumpulan pengganas Harim...
Isu Ltte Exco Melaka Adun Dap Ditahan Polis

Isu Ltte Exco Melaka Adun Dap Ditahan Polis

papar berkaitan - pada 10/10/2019 - jumlah : 612 hits
News Diterbitkan Hari ini 1 41 tengahariPolis menahan exco Melaka G Saminathan dan anggota Dewan Undangan Negeri Seremban Jaya P Gunasekaran atas dakwaan mempunyai hubungan dengan Harimau Pembebasan Tamil Eelam Ketua Penolong Pengarah Bahag...
Sah Kes Najib Razak Cacat

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Farhan Mustapha Mutiara Hati Chord

The West Isn T Dying But It S Working On It

Malaysian Muslims Baffled How Having A Pic With Christmas Tree Santa Claus Can Shake Their Faith

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner

Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids