Peguam Negara Perlu Telus Dakwa Pemimpin Terlibat Ltte Mufti Perlis





 
IPOH – Jabatan Peguam Negara diminta melakukan proses pendakwaan secara telus terhadap pemimpin yang disiasat terlibat dengan aktiviti kumpulan pengganas Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE).
Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkata, pihaknya mahu Jabatan Peguam Negara dilihat adil kepada semua rakyat di negara ini.
Menurutnya, rakyat tidak mahu tindakan meragukan oleh Peguam Negara, Tan Sri Tommy Thomas terhadap kes anggota bomba, Muhammad Adib Mohd Kassim, 26, sebelum ini berulang.
“Saya juga mengharapkan Jabatan Peguam Negara akan melakukan proses yang telus terhadap pendakwaan pengganas LTTE ini. Kita sudah ada keraguan dan menjadi persoalan kepada masyarakat sebelum ini berhubung kes Adib, umpamanya kenyataan Peguam Negara yang tidak wajar.
“Kita tidak mahu perkara ini berlaku kepada LTTE apabila ia membabitkan kaum tertentu kerana sepatutnya Jabatan Peguam Negara perlu dilihat bebas dalam hal ini.
“Itu yang kita harap berlaku. Saya percaya rakyat memerhatikan hal ini. Apabila LTTE diisytiharkan sebagai kumpulan pengganas maka mereka perlu dilayan sebagai pengganas,” katanya ketika ditemui pada Majlis Penutupan Liqa’ Mahabbah Jabatan-Jabatan Mufti Se-Malaysia 2019 di Pusat Konvenyen Casuarina @ Meru, Bandar Meru Raya di sini hari ini.
Dr Mohd Asri berkata demikian sebagai mengulas mengenai siasatan dan tangkapan terkini pihak polis membabitkan beberapa pemimpin politik termasuk dari DAP disyaki terlibat kumpulan pengganas LTTE.
Majlis tersebut disempurnakan oleh Exco Komunikasi, Multimedia dan NGO Perak, Hasnul Zulkarnain Abd Munaim mewakili Menteri Besar Perak.
Dalam pada itu, Mohd Asri turut hairan melihat terdapat beberapa pemimpin politik khususnya DAP mengeluarkan kenyataan mempertahankan kumpulan pengganas LTTE itu.
“Ada sejarah mereka membunuh orang di dalam masjid, bunuh orang bukan Islam, pemimpin-pemimpin negara seperti di India, mencederakan duta seperti yang dimaklumkan pihak polis.
“Saya sangat hairan apabila ada ahli-ahli politik boleh mempertahankan LTTE dan saya lihat mereka ini kalau satu dua orang tidak mengapa tetapi berbelas-belas orang ahli politik yang mengeluarkan kenyataan mempertahankan LTTE,” katanya.
Sementara itu, beliau turut menggesa kerajaan menggunakan kaedah terbaik menggunakan undang-undang sedia ada termasuk Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) dalam usaha mengekang kumpulan pengganas berkenaan.
Katanya, Islam jelas menolak sebarang bentuk keganasan bukan sahaja kepada orang Islam tetapi kepada orang bukan Islam.
“Saya ucap terima kasih dan tahniah kepada PDRM kerana bertindak sewajarnya dalam hal ini dan terima kasih juga dengan pendirian Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang menyerahkan siasatan kepada PDRM.
“Tapi bagaimana menteri boleh membuat kenyataan mendahului pihak polis. Pihak kerajaan mesti mengambil apa-apa mekanisme yang ada untuk mengekang keganasan ini,” katanya.
Dalam perkembangan lain, pada Majlis Penutupan Liqa’ Mahabbah Jabatan-Jabatan Mufti Se-Malaysia 2019 itu, Jabatan Mufti Perlis diumumkan johan keseluruhan bagi edisi pertama membabitkan hampir semua Jabatan-jabatan Mufti seluruh negara.
Liqa’ Mahabbah merupakan acara sukan dwi tahunan melibatkan kakitangan Jabatan Mufti seluruh negara bermula pada tahun 2010 dengan hanya melibatkan tiga Jabatan Mufti di Perak, Kedah dan Perlis sebelum disertai beberapa Jabatan Mufti negeri-negeri lain pada edisi berikutnya.
SH




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2019/10/14/peguam-negara-perlu-telus-dakwa-pemimpin-terlibat-ltte-mufti-perlis/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pemimpin Dap Akan Ditangkap Lagi Terlibat Ltte

Pemimpin Dap Akan Ditangkap Lagi Terlibat Ltte

papar berkaitan - pada 15/10/2019 - jumlah : 391 hits
Pemimpin DAP Akan Ditangkap Lagi Terlibat LTTE Polis akan terus menyiasat dan menangkap mana mana pemimpin atau ahli politik sekiranya terdapat bukti kukuh mengaitkan mereka dengan ideologi perjuangan Kumpulan Pembebasan Harimau Tamil Eelam...
Isu Ltte Polis Sila Tumpu Pada Siasatan Jangan Putar Belit Kenyataan Pemimpin Negara Guan Eng

Isu Ltte Polis Sila Tumpu Pada Siasatan Jangan Putar Belit Kenyataan Pemimpin Negara Guan Eng

papar berkaitan - pada 15/10/2019 - jumlah : 469 hits
Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng memohon pihak polis agar menumpukan usaha melengkapkan siasatan berhubung penahanan dua wakil rakyatnya di bawah Akta Kesalahan Keselamatan Menteri Kewangan itu berkata tindakan itu dirasakan lebih wajar da...
Polis Akan Sekat Pemimpin Selatan India Sokong Ltte Masuk Malaysia

Polis Akan Sekat Pemimpin Selatan India Sokong Ltte Masuk Malaysia

papar berkaitan - pada 14/10/2019 - jumlah : 529 hits
Senthamizhan Seeman dikesan menyokong perjuangan kumpulan pengganas Harimau Pembebasan Tamil Eelam dan dilihat kerap masuk ke dalam negara ini KUALA LUMPUR Seorang ahli politik dari Selatan India Senthamizhan Seeman yang dikesan menyokong p...
Kit Siang Guan Eng Restu Ltte Dalam Parti Dakwa Ramesh Rao

Kit Siang Guan Eng Restu Ltte Dalam Parti Dakwa Ramesh Rao

papar berkaitan - pada 18/10/2019 - jumlah : 318 hits
Kalau betul hormat undang undang negara dah lama mereka nasihat BANGI Presiden Pertubuhan Minda dan Sosial Prihatin Datuk Ramesh Rao mendakwa Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng sebenarnya mengetahui pergerakan kumpulan pengganas Pembebasan Hari...
Pemimpin Pas Dakwa Ada Konspirasi Halang Kosovo Sertai Euro 2020

Pemimpin Pas Dakwa Ada Konspirasi Halang Kosovo Sertai Euro 2020

papar berkaitan - pada 16/10/2019 - jumlah : 167 hits
Kekalahan England kepada Republik Czech pada perlawanan kelima pusingan kelayakan Euro 2020 rupanya menarik perhatian salah seorang pemimpin kanan parti PAS Menurut Bendahari PAS Iskandar A Samad kekalahan England tersebut sebenarnya dipali...
Pakar Dakwa Ideologi Ltte Berselindung Di Sebalik Organisasi Politik

Pakar Dakwa Ideologi Ltte Berselindung Di Sebalik Organisasi Politik

papar berkaitan - pada 12/10/2019 - jumlah : 262 hits
PETALING JAYA Pakar anti keganasan menepis dakwaan kumpulan pemisah di Sri Lanka Harimau Pembebasan Tamil Eelam sudah terkubur di Malaysia dengan mendedahkan penyebaran ideologi itu giat dijalankan Pakar Kajian Strategik dan Ancaman Keganas...
Pemimpin Dap Dakwa Akta Keselamatan Sosma Tidak Munasabah Desak Dihapuskan

Pemimpin Dap Dakwa Akta Keselamatan Sosma Tidak Munasabah Desak Dihapuskan

papar berkaitan - pada 14/10/2019 - jumlah : 270 hits
KUALA LUMPUR Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang P Ramasamy meneruskan desakan supaya Akta Kesalahan Keselamatan 2012 dimansuhkan kerajaan secepat mungkin Selain itu pemimpin DAP itu turut menuntut kesemua 12 individu ditahan termasuk du...
Ibrahim Ali Dakwa Motif Operasi Isu Ltte Raih Undi Melayu Tg Piai

Ibrahim Ali Dakwa Motif Operasi Isu Ltte Raih Undi Melayu Tg Piai

papar berkaitan - pada 15/10/2019 - jumlah : 346 hits
Presiden Putra Ibrahim AliPETALING JAYA Presiden Putra Ibrahim Ali mendakwa penahanan 12 orang termasuk dua Adun DAP berhubung isu Harimau Pembebasan Tamil Eelam kemungkinan ada kaitan dengan usaha menarik sokongan pengundi Melayu dalam pil...
Gesa Siasat 16 Pemimpin India Pertahan Pemberontak Ltte

Gesa Siasat 16 Pemimpin India Pertahan Pemberontak Ltte

papar berkaitan - pada 13/10/2019 - jumlah : 420 hits
Bila kena bangsa mereka semua mulia dan suci tapi bila muslim ditangkap kerana ISIS boleh pula puji polis sindir Firdaus WongBANGI Pihak polis perlu menyiasat 16 ahli politik Pakatan Harapan yang mengeluarkan kenyataan bersama mengutuk tind...
Epf Account 3 Can Help Contributors During Emergencies Expert

Work Harder At Communicating Achievements On Reforms Govt Told

Apabila Sang Profesor Datang Melawat

Selepas Menjadi Penumpang Umno Bakal Terkubur Pada Pru16

Azmin Pledges To Tell All On May 11

Isn T Akmal S Call To Reject Passport Renewal Based On Bm Fluency A Disservice Amid Looming Kkb Polls

Honor X7b Telefon Pintar 5g Kini Di Kedai Seluruh Negara Pada Rm899

Utilizing Crowdfunding For Business



10 Istilah Hampir Serupa Bahasa Inggeris Yang Kita Keliru Penggunaannya

5 Trend Bodoh Netizen Yang Nampaknya Semakin Menjadi Jadi

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Puaka Cuti Semester Slot Lestary TV3

Biodata Rozana Rozek TV Youtuber Resipi

8 Istilah Jerman Yang Kita Rakyat Malaysia Kerap Gunakan


Kemeriahan Aidilfitri Bila Anak Anak Pulang Beraya Bersama Keluarga

Beraya Di Kuantan Dan Melaka

Lirik Lagu Katakan Saja Nabila Razali

Jadual Dan Keputusan Piala Thomas Piala Uber 2024

Reaching Out

Iddah Wanita Kematian Suami