Guru Ditahan Terlibat Aktiviti Pengganas Ltte


GURU sebuah sekolah di Banting, Selangor, Ahli Majlis pihak berkuasa tempatan (PBT) negeri dan ketua pegawai eksekutif (CEO) perbadanan anak syarikat kerajaan Melaka antara lima individu ditahan dipercayai mempunyai kaitan dengan kumpulan pengganas Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE) semalam.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Anti Pengganas (E8) Cawangan Khas Bukit Aman, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, mereka ditahan dalam operasi selepas penahanan tujuh individu lain 10 Oktober lalu bermula 10 pagi hingga 5 petang.

Menurutnya, penahanan itu membabitkan seorang di Selangor, dua di Melaka dan dua di Pulau Pinang.

“Jumlah mereka ditahan setakat ini adalah seramai 12 orang kerana disyaki mempromosi, menyokong, menghasut, menggalak, mencari dana dan memiliki item berkaitan LTTE.

“Tangkapan pertama di Teluk Panglima Garang, kita menahan guru lelaki sebuah sekolah menengah di Banting berusia 52 tahun kerana disyaki menyokong dan mempromosi LTTE menerusi media sosial selain memiliki dan menyimpan item berkaitan kumpulan itu,” katanya kepada pemberita pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, hari ini.

Ayob Khan berkata, Ahli Majlis PBT negeri berumur 38 tahun dan CEO perbadanan anak syarikat kerajaan Melaka berusia 43 tahun ditahan di Durian Tunggal, Melaka kerana bertindak sebagai penganjur sambutan hari perwira LTTE pada 28 November tahun lalu di negeri itu.

“Di Bukit Mertajam, Pulau Pinang, kita menahan dua lelaki iaitu pekerja kilang berusia 26 tahun dan penyelia keselamatan berusia 29 tahun kerana disyaki menyokong dan mempromosi LTTE menerusi media sosial.

“Siasatan juga mengesan transaksi kewangan dalam jumlah besar disyaki digunakan untuk membiayai aktiviti, mempromosi, merekrut dan menggerakkan program berkaitan pengganas antarabangsa,” katanya.

Beliau berkata, mereka yang ditahan juga saling mengenali dan operasi susulan akan terus dijalankan bagi memburu saki baki kumpulan LTTE di negara ini


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.cikgushare.com/2019/10/guru-ditahan-terlibat-aktiviti.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Exco Dap Melaka Terlibat Pengganas Ltte Kini Ditahan

Exco Dap Melaka Terlibat Pengganas Ltte Kini Ditahan

papar berkaitan - pada 11/10/2019 - jumlah : 1139 hits
Gambar atas Peta Tamil Eelam menunjukkan Malaysia adalah salah satu negara yang termasuk dalam tanah tuntutan mereka atas nama The Greater Tamil State Exco Melaka disyaki terlibat LTTE ditahan AYER KEROH Seorang Ahli Dewan Undangan Negeri y...
Sudah 12 Ditahan Berkait Pengganas Ltte Transaksi Kewangan

Sudah 12 Ditahan Berkait Pengganas Ltte Transaksi Kewangan

papar berkaitan - pada 14/10/2019 - jumlah : 1163 hits
Bercakap pada sidang media di Bukit Aman pagi ini Ayob Khan menjelaskan kesemua lima individu yang ditahan semalam mempunyai hubung kait dengan tujuh yang ditahan sebelum ini NSTP Aizuddin SaadPolis kesan transaksi kewangan untuk gerakkan L...
7 Ditahan Cubaan Hidupkan Ltte Di Malaysia

7 Ditahan Cubaan Hidupkan Ltte Di Malaysia

papar berkaitan - pada 11/10/2019 - jumlah : 911 hits
FMT Reporters Ketua Penolong Pengarah Bahagian Counter Terrorism Cawangan Khas Bukit Aman Ayob Khan Mydin Pitchay KUALA LUMPUR Polis hari ini berkata tujuh individu termasuk dua Adun DAP ditahan hari ini kerana ada pihak dari luar cuba meng...
Adun Ditahan Sosma Kerana Ltte Apakah Majlis Pakatan Harapan Hanya Diam Membisu

Adun Ditahan Sosma Kerana Ltte Apakah Majlis Pakatan Harapan Hanya Diam Membisu

papar berkaitan - pada 10/10/2019 - jumlah : 707 hits
Polis menahan exco Melaka G Saminathan dan anggota Dewan Undangan Negeri Seremban Jaya P Gunasekaran atas dakwaan mempunyai hubungan dengan Harimau Pembebasan Tamil Eelam Ketua Penolong Pengarah Bahagian Antikeganasan Cawangan Khas Bukit Am...
Isu Ltte Exco Melaka Adun Dap Ditahan Polis

Isu Ltte Exco Melaka Adun Dap Ditahan Polis

papar berkaitan - pada 10/10/2019 - jumlah : 894 hits
News Diterbitkan Hari ini 1 41 tengahariPolis menahan exco Melaka G Saminathan dan anggota Dewan Undangan Negeri Seremban Jaya P Gunasekaran atas dakwaan mempunyai hubungan dengan Harimau Pembebasan Tamil Eelam Ketua Penolong Pengarah Bahag...
7 Suspek Ltte Ditahan Di Operasi 6 Negeri Polis

7 Suspek Ltte Ditahan Di Operasi 6 Negeri Polis

papar berkaitan - pada 11/10/2019 - jumlah : 523 hits
Seorang Suspek LTTE Rancang Serang Kedutaan Sri Lanka POLIS menjangkakan lebih ramai penyokong Harimau Pembebasan Tamil Eelam akan ditangkap dan memberi amaran tiada tolak ansur terhadap pihak yang mengancam keselamatan negara Ketua Penolon...
Isultte 5 Lagi Individu Ditahan Terbabit Gerakan Ltte

Isultte 5 Lagi Individu Ditahan Terbabit Gerakan Ltte

papar berkaitan - pada 13/10/2019 - jumlah : 430 hits
Ketua Penolong Pengarah Bahagian Counter Terrorism Cawangan Khas Bukit Aman Ayob Khan Mydin Pitchay mengesahkan penahahan lima individu lain yang didapati terlibat dengan kumpulan pengganas Harimau Pembebasan Tamil Eelam Ayob Khan berkata l...
Dah Larang Sebelum Ni Tapi 8 Anggota Polis Tentera Ditahan Disyaki Terlibat Penyalahgunaan Dadah

Dah Larang Sebelum Ni Tapi 8 Anggota Polis Tentera Ditahan Disyaki Terlibat Penyalahgunaan Dadah

papar berkaitan - pada 15/10/2019 - jumlah : 743 hits
Lapan anggota polis termasuk seorang wanita ditahan kerana disyaki terlibat dengan penyalahgunaan dadah dalam serbuan di sebuah pusat hiburan Jalan Raja Chulan di Kuala Lumpur awal pagi tadi Kesemua lapan anggota terbabit adalah antara 47 o...
12 Ditahan Disyaki Ada Kaitan Dengan Ltte Bukti Transaksi Kewangan Turut Ditemui

12 Ditahan Disyaki Ada Kaitan Dengan Ltte Bukti Transaksi Kewangan Turut Ditemui

papar berkaitan - pada 14/10/2019 - jumlah : 394 hits
Kuala Lumpur 13 Okt Menurut Ketua Penolong Pengarah Counter Terrorism DCP Dato Ayob Khan Mydin Pitchay antara 12 individu yang ditahan disyaki terlibat dengan kumpulan keganasan telah dikenalpasti memberi sumbangan kewangan dalam jumlah yan...
M Nasir Gemakan Axiata Arena Dengan Puisi Keinsafan Palestin

Tng Ewallet Explains How To Use Budi95 With One App At All Stations

Homesoy Launches Stop That Dot Together To Continue Driving Breast Cancer Awareness

New Contractor To Be Appointed For Delayed Pulau Mabul Base By Oct 16 Home Ministry

Basmi Kemiskinan Perlu Kerjasama Semua Pihak Bukan Kerajaan Sahaja Nurul Izzah

Sarapan Di Kedai Nasi Lemak Hussain Tukar Meter Elektrik Digital

Zakir Naik Tuntut Rm10 Juta Daripada Portal Wartawan Berhubung Dakwaan Hiv

Lirik Lagu Teristimewa Pu Fendi Ustaz Fadhil Abdul Rahman Ustaz Huri


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Teruja Mendapat Hadiah Sebegini Menawan Hati

Delicious Topside Beef Cubes Recipe

T20f282 Travelog Pantai Teluk Batek Lumut

Senaman 10 Minit Dalam Rumah Untuk Mak Mak Yang Sibuk

Celebrity Legs And Feet In Tights Variety Pack 163 All Red Pantyhose Edition

Lirik Lagu Mengemis Kasih Yabang The Zikr