Pelik Reaksi Dap Dalam Isu Ltte Belum Apa Apa Dah Melompat Murugiah


Admin SuaraTVOctober 14, 2019

KUALA LUMPUR – Naib Presiden MIC, Datuk T Murugiah (gambar, tengah) terkejut kerana ‘belum apa-apa’ DAP sudah terlebih dahulu mengeluarkan pelbagai kenyataan menjurus kepada seolah-olah ianya salah polis melakukan tangkapan berkait Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE) itu.

“Saya tidak faham mengapa ada pemimpin DAP yang sudah melompat dan bercakap sesuka hati mereka. Sebenarnya adakah mereka faham bahawa polis yang cuba mereka salahkan itu juga di bawah kerajaan mereka?

“Malah lebih mengejutkan apabila seseorang yang bergelar menteri boleh pula mendakwa insiden tangkapan ini sebenarnya berkaitan dengan agenda Pilihan Raya Kecil (PRK) di Tanjung Piai kelak.

“Macam-macam kamu ini, bercakap seolah-olah masih lagi pembangkang. Biarlah polis jalankan siasatan dengan telus dan rapi terlebih dahulu. Itu tanggungjawab mereka. Dan kita jangan sesekali lupa, ini berkait rapat dengan keselamatan negara,” katanya kepada MalaysiaGazette semalam.

Mengulas lanjut, Murugiah berkata, sebagai ahli Parlimen dan menteri Kabinet, pemimpin DAP sepatutnya tahu mereka, dan tindakan mengeluarkan pelbagai kenyataan akan mewujudkan rasa tidak harmoni dan keadaan kucar kacir dalam kalangan rakyat sendiri.

“Biarkan polis jalankan tanggungjawab mereka. Jika tidak bersalah, bebaskan mereka. Jika dakwaan itu benar, kemukakan bukti dan bawa ke muka pengadilan. Janganlah melampau batas dan keluarkan segala macam ‘cerita’ hanya kerana parti kamu sudah terkena.

“Lagipun, polis sendiri termasuk Ketua Polis Negara sudah memberikan jaminan tangkapan-tangkapan ini mengikut lunas yang betul dan pengadilan akan diberikan,” katanya.

Berita berkaitan;
LTTE: Pemimpin PH Pertikai Polis Tahan Dua Adun DAP, Desak Hapus Akta Keselamatan SOSMA
Elak Terlibat Majlis Berkaitan Pengganas LTTE, Jangan Cabar Polis – Datuk Ayob Khan
Polis Perlu Siasat Lebih Terperinci, Jangan Biar DAP Jadi Sarang Pengganas – NGO

Kelmarin, Menteri Sumber Manusia, M Kula Segaran mendakwa tangkapan suspek LTTE berkemungkinan berkaitan dengan Pilihan Raya Kecil Tanjung Piai 16 November depan.

Bagaimanapun, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Anti Pengganas (E8) Cawangan Khas Bukit Aman, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay menolak dakwaan Kula sambil menyifatkan ianya hanya sekadar pandangan peribadi Menteri itu.

Selain Kula, Menteri Kewangan merangkap Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng pula mengeluarkan kenyataan bahawa polis telah memberikan jaminan tidak akan ada pemimpin dalam kalangan parti itu akan di tahan lagi.

Kata Murugiah lagi, adalah lebih baik supaya pemimpin-pemimpin ini tidak mengeluarkan apa-apa kenyataan ‘membelakangi’ pihak berkuasa sebaliknya menyerahkan tanggungjawab itu kepada polis sahaja.

“Apabila sudah diberi mandat sebagai pemerintah, perlu bertindak sebagai kerajaan. Jangan memandai kerana rakyat sedang memerhati. Anda adalah pemimpin dalam kerajaan. Kena tunjuk contoh baik. Jangan tunjuk hero.

“Alasan mereka menyalahkan kerajaan menggunakan isu LTTE ini untuk menang PRK Tanjung Piai tidak sesuai. Jangan cuba tambahkan kekeruhan ini, sudahlah rakyat bimbang dengan keadaan terkini dengan tangkapan-tangkapan ini. Cukuplah,” tegasnya.

Murugiah juga senada dengan Presiden MIC, Tan Sri SA Vigneswaran yang menggesa supaya siasatan menyeluruh dan telus dilakukan oleh polis bagi memastikan isu ini dapat ditangani dengan cara terbaik tanpa sesiapa teraniaya. 
– Malaysia Gazette

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wak-labu.blogspot.com/2019/10/pelik-reaksi-dap-dalam-isu-ltte-belum.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Isu Ltte Dua Pemimpin Dap Di Tangkap

Isu Ltte Dua Pemimpin Dap Di Tangkap

papar berkaitan - pada 11/10/2019 - jumlah : 597 hits
Dua Pemimpin DAP Di Tangkap berhubung isu LTTE di mana sorang dari melaka dan sorang dari seremban Polis menahan exco Melaka G Saminathan dan anggota Dewan Undangan Negeri Seremban Jaya P Gunasekaran atas dakwaan mempunyai hubungan dengan H...
Isu Ltte Exco Melaka Adun Dap Ditahan Polis

Isu Ltte Exco Melaka Adun Dap Ditahan Polis

papar berkaitan - pada 10/10/2019 - jumlah : 612 hits
News Diterbitkan Hari ini 1 41 tengahariPolis menahan exco Melaka G Saminathan dan anggota Dewan Undangan Negeri Seremban Jaya P Gunasekaran atas dakwaan mempunyai hubungan dengan Harimau Pembebasan Tamil Eelam Ketua Penolong Pengarah Bahag...
Ibrahim Ali Dakwa Motif Operasi Isu Ltte Raih Undi Melayu Tg Piai

Ibrahim Ali Dakwa Motif Operasi Isu Ltte Raih Undi Melayu Tg Piai

papar berkaitan - pada 15/10/2019 - jumlah : 381 hits
Presiden Putra Ibrahim AliPETALING JAYA Presiden Putra Ibrahim Ali mendakwa penahanan 12 orang termasuk dua Adun DAP berhubung isu Harimau Pembebasan Tamil Eelam kemungkinan ada kaitan dengan usaha menarik sokongan pengundi Melayu dalam pil...
Dap Indians Protest Ltte Terrorist Arrests

Dap Indians Protest Ltte Terrorist Arrests

papar berkaitan - pada 11/10/2019 - jumlah : 443 hits
The arrest and detention of two DAP state assemblymen and five others for alleged links with the LTTE by the police is beyond comprehension The LTTE as a Tamil liberation force was decimated in Sri Lanka during the final stage of civil war ...
Bukti Kukuh Kata Muhyiddin Pertahan Polis Dalam Isu Ltte

Bukti Kukuh Kata Muhyiddin Pertahan Polis Dalam Isu Ltte

papar berkaitan - pada 13/10/2019 - jumlah : 349 hits
Polis mempunyai bukti dan asas kukuh bagi menjalankan siasatan terhadap gerakan kumpulan pengganas Harimau Pembebasan Tamil Eelam berdasarkan risikan yang dilakukan dalam jangka masa panjang sebelum ini Menteri Dalam Negeri Muhyiddin Yassin...
Isu Graduan Um Biadab Petanda Campur Tangan Dap

Isu Graduan Um Biadab Petanda Campur Tangan Dap

papar berkaitan - pada 21/10/2019 - jumlah : 335 hits
Oleh Nurul Atikah Mohd Rosli20 10 2019Rakyat makin sangsi dengan keupayaan Maszlee kawal timbalannyaBANGI 21 Safar 1441H Ahad Tiada tindakan yang diambil ke atas graduan biadab yang bertindak mencetuskan provokasi pada Istiadat Konvokesyen ...
Jangan Kaitkan Ltte Dengan Isu Agama

Jangan Kaitkan Ltte Dengan Isu Agama

papar berkaitan - pada 12/10/2019 - jumlah : 403 hits
Shahir Adnan KUALA LUMPUR Penglibatan pemimpin DAP yang menyokong gerakan Liberation Tigers of Tamil Eelam yang diklasifikasikan sebagai kumpulan pengganas oleh kerajaan Malaysia adalah membimbangkan Tambahan pula DAP merupakan antara parti...
Isu Ltte Polis Sila Tumpu Pada Siasatan Jangan Putar Belit Kenyataan Pemimpin Negara Guan Eng

Isu Ltte Polis Sila Tumpu Pada Siasatan Jangan Putar Belit Kenyataan Pemimpin Negara Guan Eng

papar berkaitan - pada 15/10/2019 - jumlah : 511 hits
Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng memohon pihak polis agar menumpukan usaha melengkapkan siasatan berhubung penahanan dua wakil rakyatnya di bawah Akta Kesalahan Keselamatan Menteri Kewangan itu berkata tindakan itu dirasakan lebih wajar da...
Pm Beritahu Kabinet Serah Pada Polis Siasat Isu Ltte Sumber

Pm Beritahu Kabinet Serah Pada Polis Siasat Isu Ltte Sumber

papar berkaitan - pada 13/10/2019 - jumlah : 341 hits
Kabinet pada mesyuarat mingguannya Jumaat lepas telah membincangkan penahanan dua Adun DAP kerana dikatakan terlibat dengan kumpulan pengganas Harimau Pembebasan Tamil Eelam kata sumber Sumber berkata menteri kabinet khususnya dari DAP meny...
Sah Kes Najib Razak Cacat

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Redha Di Dalam Rumah Tangga

Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

Farhan Mustapha Mutiara Hati Chord

The West Isn T Dying But It S Working On It

Malaysian Muslims Baffled How Having A Pic With Christmas Tree Santa Claus Can Shake Their Faith

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner