Harap Ismail Sabri Tidak Abai Hak Sabah Sarawak


Ismail Sabri Yaakob mengangkat sumpah jawatan perdana menteri kesembilan di hadapan Yang di-Pertuan Agong Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah.


KUALA LUMPUR: Perdana Menteri kesembilan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan kepimpinan baharu Persekutuan yang bakal dibentuk diharap dapat memberi tumpuan terhadap hak-hak Sabah dan Sarawak seperti termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan dan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

Rata-rata pemimpin dan ahli politik dari Sabah dan Sarawak turut menzahirkan harapan dengan pelantikan itu juga dapat menghentikan kemelut politik, seterusnya kerajaan baharu dapat memberi fokus sepenuhnya terhadap usaha menangani pandemik Covid-19.

Ketua Menteri Sabah Datuk Hajiji Noor berkata, kerajaan negeri menyokong penuh pelantikan Ismail Sabri sebagai perdana menteri dan mengharapkan hubungan dengan kerajaan persekutuan akan membuahkan hasil, bukan hanya untuk mempercepatkan usaha membangunkan negeri itu, malah antara lain mengambil kira hak-hak Sabah.

“Kami akan meneruskan perjuangan ini dan isu-isu berkenaan dengan hak, keutamaan dan keperluan Sabah juga akan diteruskan. Sekarang pergolakan kepimpinan di peringkat Persekutuan telah diselesaikan.

“Marilah kita semua bersatu, mengetepikan perbezaan dan terus bergerak untuk memerangi pandemik Covid-19 serta membangun kembali ekonomi kita,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Presiden Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) yang juga Timbalan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Dr Jeffrey Kitingan berharap tiada lagi kemelut politik atau perebutan jawatan akan berlaku selepas ini dan kepimpinan baharu yang bakal dilantik kekal sehingga pilihan raya umum akan datang.

“Kita mahu perdana menteri dan menteri yang akan dilantik akan mengutamakan perkara yang paling penting pada masa kini iaitu masalah Covid-19… bagaimana membantu rakyat yang dalam kesusahan akibat pandemik ini,” katanya kepada pemberita di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu, hari ini.

Timbalan Presiden Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) Datuk Arthur Joseph Kurup dalam satu kenyataan berkata, parti itu sebagai komponen Barisan Nasional (BN) menyokong penuh pelantikan itu dan yakin dengan kemampuan Ismail Sabri berdasarkan pengalaman luas beliau dalam pentadbiran kerajaan.

Parti Bersatu Sabah (PBS) Presiden Datuk Seri Dr Maximus Ongkili menyifatkan Ismail Sabri sebagai pilihan tepat bagi mengisi kekosongan kepimpinan dan sebagai perdana menteri beliau telah menunjukkan keupayaan kepimpinannya dalam tempoh 17 bulan dalam kerajaan terdahulu.

“PBS berharap dapat bekerjasama rapat dengan beliau terutama mengenai keperluan pembangunan dan keselamatan Sabah serta menyelesaikan perkara tertangguh berkaitan MA63,” katanya dalam kenyataan.

Sementara itu, Ahli Parlimen Santubong Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, semua parti politik yang menyokong pencalonan Ismail Sabri sebagai Perdana Menteri tidak boleh mendesak jawatan dalam pembentukan Jemaah Menteri baharu.

Sebaliknya, katanya, mereka perlu terus bersatu dalam membantu Ismail Sabri menangani isu-isu semasa kerana beliau memikul tanggungjawab besar dalam menyelesaikan pandemik COVID-19. “Justeru, saya menggesa semua parti politik memberi kerjasama penuh dan sokong perkenan Yang di-Pertuan Agong supaya Ismail Sabri dapat memberi tumpuan sepenuhnya kepada tugas penting mentadbir negara pada masa yang mencabar ini,” katanya dalam kenyataan.

Dalam pada itu, Kelab Penyokong Gabungan Parti Sarawak (GPS) yakin dengan kemampuan Ismail Sabri untuk menerajui negara ketika dalam suasana sukar ketika ini.

Timbalan Pengerusinya Aidel Lariwoo berharap dengan kepimpinan Ismail Sabri, Malaysia mampu memerangi pandemik COVID-19 yang semakin meruncing serta menyelaras pemulihan ekonomi.

“Adalah menjadi harapan kami agar kerajaan Persekutuan baharu akan bersatu dan mempunyai kepentingan terbaik untuk rakyat.

“Ini bersama-sama dengan meneruskan usaha kerajaan terdahulu dalam mengembalikan hak-hak Sarawak yang termaktub dalam MA63, Persekutuan Perlembagaan dan Laporan Jawatankuasa Antara Kerajaan 1962,” katanya. – BERNAMA


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://sabahup2date.blogspot.com/2021/08/harap-ismail-sabri-tidak-abai-hak-sabah.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pemimpan Sabah Harap Ismail Sabri Tangani Masalah Rakyat Tidak Lupakan Ma63

Pemimpan Sabah Harap Ismail Sabri Tangani Masalah Rakyat Tidak Lupakan Ma63

papar berkaitan - pada 21/8/2021 - jumlah : 305 hits
Datuk Seri Maximus Ongkili menyifatkan pengalaman dimiliki Ismail Sabri sebagai Menteri Kanan selama 17 bulan dalam pentadbiran sebelum ini nyata menyerlahkan kepimpinan dan kemampuannya GAMBAR FAIL KUALA LUMPUR Parti Solidariti Tanah Airku...
Gps Sokong Ismail Sabri Sebagai Pm Kata Pemimpin Sarawak

Gps Sokong Ismail Sabri Sebagai Pm Kata Pemimpin Sarawak

papar berkaitan - pada 18/8/2021 - jumlah : 202 hits
GPS sokong Ismail kata pemimpin SarawakPemimpin Gabungan Parti Sarawak dalam satu acara di Kuching pada 2019 KUALA LUMPUR Gabungan Parti Sarawak akan menyokong Naib Presiden Umno Ismail Sabri Yaakob yang dinamakan sebagai calon perdana ment...
Wakil Umno Sabah Dijangka Barisi Kabinet Baharu Pimpinan Ismail Sabri

Wakil Umno Sabah Dijangka Barisi Kabinet Baharu Pimpinan Ismail Sabri

papar berkaitan - pada 22/8/2021 - jumlah : 628 hits
Esok Ismail Sabri secara rasmi bakal memulakan tugasnya di pejabat Perdana Menteri dan mulai esok juga kemelut baharu pula menyusul dalam politik kerajaan baharu pimpinan Ismail Sabri iaitu mencari calon anggota Kabinet Kota Kinabalu Naib P...
Raja Perlis Harap Pelantikan Ismail Sabri Bawa Kestabilan Negara

Raja Perlis Harap Pelantikan Ismail Sabri Bawa Kestabilan Negara

papar berkaitan - pada 25/8/2021 - jumlah : 177 hits
KANGAR Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail berharap pelantikan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai Perdana Menteri kesembilan akan membawa kepada kestabilan negara Baginda juga berharap Ismail Sabri mampu mengurus dan me...
Setakat Ini Hanya Muhyiddin Pm Yang Peka Hak Hak Sabah Sarawak Dr Jeffrey

Setakat Ini Hanya Muhyiddin Pm Yang Peka Hak Hak Sabah Sarawak Dr Jeffrey

papar berkaitan - pada 15/8/2021 - jumlah : 288 hits
Presiden Parti Solidariti Tanah Airku Datuk Seri Panglima Dr Jeffrey Kitingan Presiden Parti Solidariti Tanah Airku Datuk Seri Panglima Dr Jeffrey Kitingan menyatakan kekecewaannya berhubung isu kestabilan politik banyak dibincangkan di Sem...
First 2 Batches Of 114 Mps Supporting Ismail Sabri Arrive At Istana

First 2 Batches Of 114 Mps Supporting Ismail Sabri Arrive At Istana

papar berkaitan - pada 19/8/2021 - jumlah : 312 hits
The first bus arriving at the palace gates at 10 37am PETALING JAYA The first two batches of MPs supporting Umno vice president Ismail Sabri Yaakob as the ninth prime minister have arrived for an audience with the Yang di Pertuan Agong Sult...
With Ismail Sabri And Anwar As Frontrunners Kit Siang Proposes Pm Dpm Combo

With Ismail Sabri And Anwar As Frontrunners Kit Siang Proposes Pm Dpm Combo

papar berkaitan - pada 19/8/2021 - jumlah : 291 hits
Iskandar Puteri MP Lim Kit Siang has proposed that the two prime ministerial candidates from opposing coalitions form an alliance with one occupying the prime minister position and the other the deputy prime minister seat The DAP supremo di...
Chief Secretary Ag Arrive At Istana Negara Ahead Of Mps Summoned To Reconfirm Support For Ismail Sabri

Chief Secretary Ag Arrive At Istana Negara Ahead Of Mps Summoned To Reconfirm Support For Ismail Sabri

papar berkaitan - pada 19/8/2021 - jumlah : 352 hits
A vehicle believed to be ferrying Attorney General Tan Sri Idrus Harun is seen arriving at Istana Negara in Kuala Lumpur August 16 2021 Picture by Yusof Mat IsaKUALA LUMPUR Aug 19 Attorney General Tan Sri Idrus Harun was the first to arrive...
Shahrir Up To Ismail Sabri To Prove He Can Do Better Than Pn Harapan

Shahrir Up To Ismail Sabri To Prove He Can Do Better Than Pn Harapan

papar berkaitan - pada 19/8/2021 - jumlah : 232 hits
Umno veteran Shahrir Abdul Samad said it is now up to party vice president Ismail Sabri Yaakob to prove that he can do better than the previous Pakatan Harapan and Perikatan Nasional governments Ismail is presently the frontrunner to become...
Tattoos Raised And Itchy

Khutbah Jumat Jumadil Awal Tangis Ibnu Rawahah Jelang Perang Mu Tah

Bersatu Man Demands Dnb Exit Strategy For U Mobile

Tattoos Portland Maine

Bertolak Ansurlah

Kisah Adv 160 Pengajaran Dari Bateri Lemah

Flexibility In Business Operations

Kawan Kawan Cik B Sebaya Dato Seri Vida


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3

Biodata Terkini Reshmonu Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Hey Waley

Gegar Vaganza 2024 GV 11 Hadiah Tiket Peserta Juri Format Pemarkahan Dan Segala Info Tonton Live Di Astro Ria Dan Sooka

6 Janji Donald Trump Kalau Dia Naik Jadi Presiden Semula


Air Terjun Tujuh Puteri Bukit Sri Permata

Dayang Nurfaizah Mencintai Cinta Chord

10 Influencer Terkenal Di Malaysia

Kerajaan Pahang Tingkatkan Bantuan Prihatin Pahang Siswa Kepada Rm14 18 Juta Berbanding Rm8 Juta Tahun Lepas

Kyrkoherden Och Draken En F Rh Xande Saga Om Mod Och V Nskap Fr N Antika Spanien

How To Survive Thanksgiving Travel