Bukan Senang Jadi Ismail Sabri Yaakob


 

Oleh kerana saya tidak bersama wakil media di pintu Istana Negara semalam ketika Raja-Raja Melayu bermesyuarat untuk membincangkan soal siapa akan dilantik Perdana Menteri yang ke-9, saya perlu berpandukan laporan berita untuk memulakan artikel ini.
Menurut Malay Mail, “pada 3.30 petang (semalam), kenderaan yang membawa Sultan Johor, Raja Perlis, dan Sultan Kelantan tidak melalui pintu masuk utama Istana Negara”.
Bolehlah disimpulkan mereka tidak hadir mesyuarat yang dipengerusikan Yang di-Pertuan Agong.
Menurut laporan media, yang kelihatan masuk perkarangan Istana Negara ialah Raja Muda Pahang, yang tiba awal, diikuti Sultan Kedah, Sultan Selangor, Sultan Terengganu, Sultan Perak, dan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan.
Ketidakhadiran Sultan Johor, Sultan Kelantan, dan Raja Perlis tidak wajar dipertikaikan. Tentunya baginda bertiga ada sebab tersendiri yang kemungkinan besar sudah dimaklumkan kepada Majlis Raja-Raja.
Cuma, menurut The Malaysian Insight, “beberapa kenyataan Istana Johor mengenai pemilihan pemimpin menunjukkan keraguan Raja pemerintah negeri itu dalam isu pelantikan Perdana Menteri baharu”.
Kenyataan di platform media sosial Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, antara lain memetik hadis diriwayatkan Abu Hurairah mengenai sifat munafik.
Hantaran yang dimaksudkan ialah di Facebook, berbunyi: “Daripada Abu Hurairah berkata bahawa Rasulullah bersabda bermaksud: Tanda-tanda orang munafik ada tiga iaitu apabila dia bercakap dia berdusta, dan apabila dia berjanji dia memungkiri, dan apabila dia diberi amanah dia telah mengkhianati.”
Tidak boleh dipastikan apa yang tersurat dan yang tersirat atau siapa ia ditujukan.
Apa pun, sebaik mesyuarat Raja-Raja selesai, Istana Negara mengeluarkan kenyataan memberitahu Agong memperkenan pelantikan Naib Presiden Umno, Ismail Sabri Yaakob, sebagai Perdana Menteri yang baharu menggantikan Muhyiddin Yassin yang melepaskan jawatan itu Isnin lalu.
Ini selaras dengan Perkara 40(2)(a) dan Perkara 43(2)(a) Perlembangaan. Menurut kenyataan, Istana Negara menerima pencalonan nama-nama bakal Perdana Menteri daripada 220 Ahli Parlimen menerusi surat akuan dan daripada surat-surat itu sejumlah 114 wakil rakyat mencalonkan Ismail, jumlah majoriti yang cukup untuk membentuk kerajaan.
Sebelum ini kita sudah dengar sokongan 114 untuk Ismail menerusi media yang memetik sumber yang rapat dengan Ismail. Lantas pelantikan beliau bukan sesuatu yang memeranjatkan walaupun saingan Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim dikatakan sengit.
Sejak tersebarnya berita kemungkinan Ismail dilantik Perdana Menteri, ada petisyen mengumpul tandatangan menentang beliau dijalankan. Dilaporkan ribuan tandatangan dipungut.
Ada juga pihak tertentu yang ‘mengingatkan’ akan kata-kata yang disifatkan “berbaur perkauman” yang pernah keluar dari mulut Ismail beberapa tahun lalu, semasa menjadi menteri kerajaan Barisan Nasional dulu, khususnya berhubung insiden Low Yat.
“Peringatan” juga ditonjolkan akan langkah beliau mewujudkan pusat beli-belah IT khusus untuk peniaga Melayu untuk bersaing dengan peniaga Plaza Low Yat.
Namun pada waktu ini, ‘peringatan’ seperti itu boleh membawa sokongan orang Melayu untuk Ismail kerana boleh dilihat pernah memperjuangkan peniaga Melayu. Namun pihak anti-Ismail tidak juga lupa untuk ‘mengingatkan’ pusat beli-belah yang dibuka sekadar kejayaan jangka pendek kerana kebanyakannya ditutup akhirnya.
Apa pun, itu semua bak kata Inggeris, “water under the bridge” – sesuatu yang sudah berlalu – dan tidak boleh diambil kira sekarang. Hakikatnya, Ismail Sabri ialah Perdana Menteri. Namun, tidak dinafikan beliau mesti bertindak sebagai Perdana Menteri untuk semua, bukan orang Melayu sahaja.
Cabaran utama ialah mengotakan kata-kata mahu memerangi wabak Covid-19 yang terus menakutkan dan memperbetul ekonomi – demi rakyat yang sedang derita.
Itu menjadi keutamaan walaupun sudah ada tuntutan lain.
Umpamana bagi Suhakam, hak asasi manusia perlu menjadi teras pentadbiran baharu ini. Ada juga yang mahu kerajaan Ismail melahirkan undang-undang anti lompat parti, tidak kurang yang mahu Undi18 dikuatkuasakan segera.
Namun keutamaan mestinya krisis kesihatan dan ekonomi yang meruncing. Tetapi Ismail melangkah sebagai seorang pemimpin daripada kerangka yang dilihat ramai sebagai kerajaan gagal.
Dalam kerajaan Perikatan Nasional pimpinan Muhyiddin, beliau bermula sebagai menteri kanan dan dinaikkan ke jawatan Timbalan Perdana Menteri. Maka, apa pun kelemahan, kesilapan, serta kepincangan kerajaan PN tidak boleh hanya dipertanggungjawabkan kepada Muhyididn. Ismail, sebagai orang kuat Muhyiddin, tidak dapat lari daripada tanggungjawab “to share the blame”.
Untuk membantunya melancarkan perang ke atas masalah yang dihadapi, Ismail perlu satu tim yang mantap. Maknanya Jemaah Menteri yang cekap.
Bagaimanapun, yang membimbangkan, jika Ismail juga, seperti bosnya dulu, tunduk kepada tekanan parti yang menyokongnya, terutama Umno iaitu partinya sendiri. Tidak lupa Bersatu parti pimpinan Muyddin serta PAS. Sokongan mereka membolehkan beliau dilantik sebagai Perdana Menteri.
Ramai tidak mahukan kerajaan PN 2.0 terus menampilkan muka-muka lama.
Ringkasnya kita (baca rakyat) tidak mahu Ismail mengamalkan dasar “accommodate” atau dasar “ambil hati” penyokong untuk balas budi. Negara tidak mahu malah tidak mampu satu Jemaah Menteri yang besar. Kita tidak mahu 70 Menteri dan Timbalan Menteri. Pelantikan politik di agensi dan syarikat berkaitan kerajaan untuk meraih sokongan jangan diulangi.
Dalam pada itu, beliau mesti mengambi kira titah Agong: “yang menang jangan menang semua, yang kalah jangan kalah semua”.
Cabaran Ismail ialah memastikan beliau tidak diugut mahupun diancam rakan sendiri. Bukan senang mengatasi itu. Soal ancaman pembangkang masalah lain. Musuh dalaman yang mesti ditangani terlebih dahulu.
Hari ini, Ismail akan mengambil sumpah jawatan di Istana Negara. Beliau mesti secepat mungkin menguji majoritinya di Parlimen melalui undi percaya seperti dititah Agong. Realitinya, 114 sokongan yang dimiliki berbanding 109 yang dipercayai milik pembangkang bukan sesuatu yang melegakan.
Kata Azlan Zainal dari Ilham Centre: “Cuma yang belum pasti ini kerajaan BN atau PN? Walau ada pihak yang dilihat menang, hakikatnya dalaman masih tegang. Jemaah Menteri perlu segera dibentuk. Sama ada pasukan perang melawan Covid-19 atau gerak khas menyambung pertempuran sesama sendiri.”
Bagi saya kesimpulan terbaik dibuat aktivis media Fathi Aris Omar, “Ingatlah cogan kata kita: Bersekutu Bertambah Mutu, bukannya Berseteru Bertambah Buntu”. - FMT
Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mewakili MMKtT.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2021/08/bukan-senang-jadi-ismail-sabri-yaakob.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+MalaysiansMustKnowTheTruth+%28Malaysians+Mu

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pas Sahkan Semua 18 Ahli Parlimennya Sokong Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob Sebagai Calon Perdana Menteri

Pas Sahkan Semua 18 Ahli Parlimennya Sokong Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob Sebagai Calon Perdana Menteri

papar berkaitan - pada 19/8/2021 - jumlah : 453 hits
Timbalan Presiden Parti Islam Se Malaysia iaitu Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man telah mengesahkan bahawa kesemua 18 Ahli Parlimennya menyokong Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai calon tunggal untuk jawatan Perdana Menteri Malaysia yang...
Umno Vice President Ismail Sabri Yaakob On Course To Be Malaysia S Next Pm

Umno Vice President Ismail Sabri Yaakob On Course To Be Malaysia S Next Pm

papar berkaitan - pada 18/8/2021 - jumlah : 265 hits
Shannon Teoh Malaysia Bureau ChiefUPDATED 3 HOURS AGO KUALA LUMPUR Umno vice president Ismail Sabri Yaakob is on the cusp of becoming Malaysia s ninth Prime Minister after his party s 38 lawmakers decided late Tuesday to throw their support...
Dilantik Sebagai Pm Ke 9 Malaysia Kenali Siapa Ismail Sabri Yaakob

Dilantik Sebagai Pm Ke 9 Malaysia Kenali Siapa Ismail Sabri Yaakob

papar berkaitan - pada 21/8/2021 - jumlah : 728 hits
Foto Facebook ismailsabri60 Anak penoreh getah jadi Perdana Menteri Malaysia Tular di media sosial baru ini di mana Dato Seri Hishammuddin Hussein memberi ucapan tahniah kepada Dato Sri Ismail Sabri kerana berjaya dilantik sebagai Perdana M...
Wan Junaidi Urges Political Parties To End Feud With Ismail Sabri S Appointment As Pm

Wan Junaidi Urges Political Parties To End Feud With Ismail Sabri S Appointment As Pm

papar berkaitan - pada 21/8/2021 - jumlah : 223 hits
Entrepreneur Development and Cooperatives Minister Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar is pictured at Parliament Kuala Lumpur July 29 2021 Bernama picKUCHING Aug 20 Santubong MP Datuk Sri Wan Junaidi Tuanku Jaafar urged political parties t...
Anwar Gesa Semua Terima Keputusan Agong Lantik Ismail Sabri

Anwar Gesa Semua Terima Keputusan Agong Lantik Ismail Sabri

papar berkaitan - pada 21/8/2021 - jumlah : 269 hits
tuncarlos comKenyataan Media21 Ogos 2021Dengan penuh takzimnya saya mewakili Pembangkang keseluruhannya menjunjung kasih ke atas titah DYMM Seri Paduka Baginda Yang di Pertuan Agong di atas pelantikan Dato Sri Ismail Sabri Yaakob sebagai Pe...
Kerajaan Baharu Bn Calonkan Ismail Sabri Sebagai Pm Usahawira

Kerajaan Baharu Bn Calonkan Ismail Sabri Sebagai Pm Usahawira

papar berkaitan - pada 18/8/2021 - jumlah : 215 hits
Dalam perkembangan sama Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dinamakan calon tunggal Perdana Menteri daripada Barisan Nasional BN Keputusan konsensus itu dicapai dalam Mesyuarat Ahli Parlimen BN yang berakhir lewat malam tadi SUBSCRIBE now Astro ...
Ismail Sabri Berdepan Tiga Cabaran Utama

Ismail Sabri Berdepan Tiga Cabaran Utama

papar berkaitan - pada 21/8/2021 - jumlah : 173 hits
Ismail Sabri berdepan tiga cabaran utama Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berdepan tiga cabaran utama yang perlu diatasi terutama pandemik Covid 19 dan kestabilan politik Ketua UMNO Bahagian Kluang Datuk Md Jais Sarday berkata...
Umno Hopes Ismail Sabri Can Realise Party S Aspirations

Umno Hopes Ismail Sabri Can Realise Party S Aspirations

papar berkaitan - pada 21/8/2021 - jumlah : 187 hits
Umno president Ahmad Zahid Hamidi said his main focus would be on the party s future and hoped Ismail Sabri Yaakob would help the party achieve its aspirations PETALING JAYA Umno this evening expressed hope that incoming prime minister Isma...
Pesanan Buat Sang Suami

Politikus Merosakkan Nama Raja Raja Melayu

Thousands Rally On Labour Day Demand Better Rights

Pesanan Datin Thalia Kepada Wanita Jadilah Wanita Yang Mahal

Set Up Gig Workers Commission Quickly Says Anwar

Continuous Learning

Embark On The Journey Of Family Togetherness With Sharp This Parents Day

Pengangguran Hilang Kerja Dan Kerja Luar Bidang



Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Bercakap Dengan Jun Slot DramaVaganza Astro Ria

5 Amalan Muslim Yang Sering Dijadikan Bahan Lawak di Malaysia

6 Fungsi Kereta Yang Sepatutnya Ada Tapi Tak Dijadikan Standard

5 Perkhidmatan Yang Kini Entah Kenapa Kita Langgan Bulanan

5 Tumbuhan Penghalau Kucing Yang Turut Mencantikkan Laman Rumah


Beyond The Buzz Exploring The Science Behind Mushroom Gummie

Senandung Buruh Kasar

Dibunuh Kerana Tak Mahu Rujuk Selepas Bercerai Mayat Disumbat Dalam Bagasi

Pertahan Keharmonian Bagi Mengukuhkan Ekonomi Negara Mohamad Sabu

Jangan Nanti Plot Twist Didakwa Ambil Barang Terlarang Sarah Yasmine Tak Takut Buat Ujian Air Kencing

Cina Pun Main Sihir David Teo Hampir Mat Disantau Keluarga Terdekat Jumpa Ustaz Untuk Berubat