Hari Pertama Pun Sudah Jadi Lauk Hari2 Seterusnya Pasti Ismail Sabri Adalah Makanan Kemarahan Rakyat


 
Semalam adalah hari pertama Ismail Sabri Yaakob memulakan tugasnya sebagai Perdana Menteri menggantikan Mahiaddin Md Yasin.
Sepatutnya hari pertama memulakan tugas sebagai ketua kerajaan, satu jawatan yang barangkali tidak pernah diimpikan mampu dipegangnya, ia adalah ibarat malam pertama selepas melangsungkan perkahwinan dengan seorang puteri Raja.
Tentulah yang diharapkan tidak lain melainkan keceriaan, keseronokan dan perkara yang indah-indah belaka.
Malangnya, tidak begitu yang dilalui Ismail Sabri dalam pengalaman hari pertamanya sebagai Perdana Menteri semalam.
Kunjungannya ke Kedah sebagai tanda prrihatinnya selaku ketua kerajaan yang baru untuk meninjau kawasan banjir yang disebabkan fenomena kepala air dari Gunung Jerai rupa-rupanya adalah malapetaka buat dirinya dengan jawatan baru yang disandangnya itu.
Silapnya dalam hal ini ialah Ismail Sabri sendiri nampaknya terlalu ghairah dengan jawatan baru yang dipegangnya serta tidak cermat dalam bertindak, lalu membawa bersamanya “Rombongan Che Kiah” untuk menaiki jet eksekutif kerajaan yang diperuntukkan kepadanya atas kelayakannya sebagai Perdana Menteri.
Beberapa pemimpin dan Ahli Parlimen UMNO yang sedang melobi jawatan menteri turut bersamanya dalam lawatan itu, selain selebihnya adalah kenalan serta penyokongnya dalam parti itu.
Gambar-gambar yang tersebar luas di media sosial bukan saja menunjukkan peserta “Rombongan Che Kiah” itu sedang bergembira, berfoto sesama sendiri di atas kayangan, bahkan terpapar juga gambar Ismail Sabri sedang dihidangkan makanan ringan.
Sementara kebenaran dine in di restoran di atas muka bumi hanya dibenarkan untuk dua orang saja bagi satu meja, mereka di atas kayangan nampaknya boleh duduk berempat dan berapat-rapat tanpa penjarakan fizikal.
Tersebarnya gambar-gambar tersebut beserta pelbagai bentuk kecaman dan kritikan terhadapnya, Ismail Sabri pada hakikatnya telah menjadi “lauk” kemarahan netizen di media sosial sejak semalam hinggalah sekarang.
Hampir tidak ada yang tidak mengkritik tindakannya membawa ramai pemimpin UMNO menaiki jet eksekutif milik kerajaan itu yang sekaligus menampakkan kecenderungan beliau menjadikan harta kerajaan seperti harta UMNO.
Baru sehari jadi Perdana Menteri, itu pun sebenarnya UMNO tidak menang PRU14 lalu, perlakuan menjadikan jet eksekutif sebagai tumpangan ramai dan menukarnya menjadi bas ekspress atau bas rapid KL yang bebas dinaiki sesiapa saja benar-benar tidak boleh diterima serta menunjukkan adanya unsur salah guna.
Tiada Perdana Menteri sebelum ini yang menunjukkan perlakuan sebegini kerana semua mereka tahu jet eksekutif berkenaan adalah untuk kemudahan dan kelayakan seorang Perdana Menteri, bukannya untuk penyokong, pelobi jawatan dan pencacai dalam parti menumpang sama nikmatnya.
Bersama kemampuan dan keupayaan Ismail Sabri yang selama ini memang diragui untuk memimpin negara, terutama dalam krisis kesihatan dan ekonomi seperti sekarang, kegelojohan dan tidak cermatnya beliau dalam penggunaan jet eksekutif ini dengan sendirinya menambahkan lagi ketidakyakinan rakyat terhadapnya.
Sebenci-benci orang kepada Najib Razak dan Mahiaddin sebelum ini, ia tidaklah disebabkan “kepoyoan” membawa kawan-kawan bermeriah jet eksekutif milik kerajaan.
Malah, tidak pernah Perdana Menteri sebelum ini dijadikan “lauk” belasahan netizen pada hari pertama lagi hanya dalam soal-soal yang jelas menggambarkan ketidakmampuan berfikir serta menimbang secara rasional, matang dan waras dalam tindakan yang mahu diambil dalam sesuatu perkara.
Bayangkan jika jet eksekutif yang hanya untuk kelayakan dirinya sebagai Perdana Menteri pun boleh ditukarnya menjadi bas ekspress untuk mengangkut”Rombongan Che Kiah”, apa yang boleh diharapkan untuk beliau mampu menimbang dalam hal-hal yang lebih besar berkaitan ekonomi, dasar kerajaan dan sebagainya?
Mahu tidak mahu, duduknya Ismail Sabri sebagai Perdana Menteri, dengan perlakuan yang ditunjukkan di hari pertama lagi, sepertinya ini adalah petanda malang buat UMNO untuk mendepani PRU15 akan datang.
Hari-hari seterusnya pasti lebih banyak lagi kesilapan, kegelojohan dan ketidak-cermatan beliau dalam tindakannya yang akan terus menjadikannya “makanan” untuk dibelasah rakyat dan netizen di media sosial.
Jika kerajaan pimpinan Mahiaddin sebelum ini dibebankan dengan aspek kegagalan yang teruk, khususnya dalam menangani Covid19, Ismail Sabri pada hari pertamanya lagi telah memperlihatkan beliau adalah pengganti yang lebih teruk berbanding pendahulunya itu.
Dengan itu, rakyat selepas ini bakal menikmati “makanan” yang sedap-sedap setiap hari bersama keinginan yang pastinya lebih tinggi untuk menumbangkan UMNO sekali lagi pada PRU akan datang. – 


ShahbudinHusin 24/08/2021.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2021/08/hari-pertama-pun-sudah-jadi-lauk-hari2.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Lawatan Kerja Rasmi Pertama Ismail Sabri Ke Kuala Muda Yan Hari Ini

Lawatan Kerja Rasmi Pertama Ismail Sabri Ke Kuala Muda Yan Hari Ini

papar berkaitan - pada 24/8/2021 - jumlah : 554 hits
BH ONLINE Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri ALOR SETAR Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang baru mengangkat sumpah jawatan sebagai Perdana Menteri pada Sabtu lalu dijadual mengadakan lawatan kerja rasmi pertamanya ke daerah Kuala Muda ...
Seblum Ucapan Awam Pertama Ismail Sabri Sebagai Pm Petang Ini Muhyydin Telah Mempengerusikan Mesyuarat Mt Parti Pn

Seblum Ucapan Awam Pertama Ismail Sabri Sebagai Pm Petang Ini Muhyydin Telah Mempengerusikan Mesyuarat Mt Parti Pn

papar berkaitan - pada 22/8/2021 - jumlah : 365 hits
Perdana menteri yang baru dilantik Ismail Sabri Yaakob akan menyampaikan ucapan kepada negara hari ini pada jam 5 30 petang ini melalui siaran langsung lapor Astro Awani
100 Hari Ismail Sabri Sengaja Bunuh Diri

100 Hari Ismail Sabri Sengaja Bunuh Diri

papar berkaitan - pada 31/8/2021 - jumlah : 237 hits
SHAHBUDIN HUSINSebelum mengumumkan senarai kabinetnya pada Jumaat 27 Ogos lalu Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob mahu setiap menterinya membuktikan pencapaian awal mereka dalam tempoh 100 hari pertama menjalankan tugas Untuk itu katanya s...
Ismail Sabri Bersemuka Dengan Muhyiddin Pertama Kali Sebagai Perdana Menteri

Ismail Sabri Bersemuka Dengan Muhyiddin Pertama Kali Sebagai Perdana Menteri

papar berkaitan - pada 22/8/2021 - jumlah : 309 hits
Ismail Sabri bertentang mata dengan Muhyiddin sebagai Perdana Menteri PETALING JAYA Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sempat mengadakan pertemuan empat mata dengan Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin selepas pulang dari I...
Pemimpan Sabah Harap Ismail Sabri Tangani Masalah Rakyat Tidak Lupakan Ma63

Pemimpan Sabah Harap Ismail Sabri Tangani Masalah Rakyat Tidak Lupakan Ma63

papar berkaitan - pada 21/8/2021 - jumlah : 349 hits
Datuk Seri Maximus Ongkili menyifatkan pengalaman dimiliki Ismail Sabri sebagai Menteri Kanan selama 17 bulan dalam pentadbiran sebelum ini nyata menyerlahkan kepimpinan dan kemampuannya GAMBAR FAIL KUALA LUMPUR Parti Solidariti Tanah Airku...
Ismail Sabri Hampir Pasti Pm Ke 9

Ismail Sabri Hampir Pasti Pm Ke 9

papar berkaitan - pada 20/8/2021 - jumlah : 296 hits
Naib Presiden Umno Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob KUALA LUMPUR Naib Presiden Umno Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob semakin pasti dilantik ke jawatan Perdana Menteri Kesembilan berdasarkan sokongan 114 Ahli Parlimen mewakili parti politik yang...
Gencatan Politik Ismail Sabri Ph Hanya Bertahan Dua Hari

Gencatan Politik Ismail Sabri Ph Hanya Bertahan Dua Hari

papar berkaitan - pada 29/8/2021 - jumlah : 193 hits
Gencatan politik Datuk Seri Ismail Sabri dengan blok pembangkang nampaknya bertahan setakat dua hari apabila pengumuman senarai kabinet pada Jumaat yang tidak menampilkan sebarang pembaharuan mendapat kritikan keras pemimpin pemimpin pemban...
Sah Calon Tunggal Pm Adalah Ismail Sabri

Sah Calon Tunggal Pm Adalah Ismail Sabri

papar berkaitan - pada 18/8/2021 - jumlah : 215 hits
AGENDA DAILY Datuk Seri Ismail Sabri calon Perdana Menteri bagi UMNO disokong rakan parti Perikatan Nasional Majlis Tertinggi UMNO memutuskan calon tunggal bagi jawatan Perdana Menteri baharu adalah Naib Presidennya Datuk Seri Ismail Sabri ...
Momen Yang Tidak Akan Terhilang

Pos Malaysia Drops Fossil Stamps To Celebrate Dino Era Finds

Bullying Case Expulsions A Lesson For Mara College Students Says Asyraf

Man City Bergaya Bedal Juventus

Be A Critic But Don T Be Lazy With Your Facts Hannah Yeoh S Pol Sec Lambasts Mca Youth S Neow Over Fam Issue

Lunch Asam Pedas Kepala Ikan Merah Dan Lemak Telur Itik

The Traffic School That Works Around Your Life Not The Other Way Around

Travel Tips To Bali From Malaysia Don T Buy Your Ticket To Bali Without This Guide


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Autoimmune Disease

Hassle Free Estate Liquidation Let Us Handle The Heavy Lifting

Dikecam Gara Gara Halau Lelaki Dari Surau Jmb Halaman 11 Akhirnya Bersuara Itu Video Lama Perkara Tu Dah Selesai

Hiburan Kieda Crepe Akui Bisnes Terjejas Tak Sangka Video Peribadi Undang Kritikan Saya Lupa Saya Influencer

21 Rumah Musnah Dalam Kebakaran Di Hutan Melintang

Anwar Gagal Kawal Kes Serangan Seksual