Kalau Hishammudin Dilabel Pengecut Cuba Halang Jawatan Presiden Umno Ditandingi Juga Jadikan Zahid Hamidi Sama Pengecut


 
Berdasarkan rekod sejarah, Zahid Hamidi adalah pemimpin yang berani dan tidak pernah kalah apabila bertanding dalam UMNO di peringkat pusat.
Beliau berani bertanding jawatan Ketua Pemuda UMNO pada 1996 walaupun lawannya ketika itu ada yang berjawatan menteri dan menteri besar.
Dengan hanya berjawatan Pengerusi BSN, Zahid Hamidi akhirnya berjaya menewaskan Rahim Tamby Chik, Annuar Musa dan Isa Samad pada pemilihan tahun 1996 itu.
Daripada situ, beliau kemudian menjadi Naib Presiden, Timbalan Presiden dan akhirnya Presiden UMNO pada 2018.
Pada pertandingan pada 2018 dan dalam keadaan UMNO tiada lagi kuasa ketika itu, Zahid Hamidi tetap berani menawarkan diri bertanding jawatan Presiden UMNO.
Beliau akhirnya berjaya memimpin UMNO setelah menewaskan Khairy Jamaluddin dan Tengku Razaleigh Hamzah.
Sebelum PRU15 lalu, pemilihan UMNO telah ditangguhkan dan sehingga dipinda perlembagaan parti bagi mengelakkan berlakunya perpecahan untuk menghadapi PRU tersebut.
Dalam keadaan UMNO perlu bangkit dan bersatu bagi menghadapi PRU15, keperluan mengelakkan pertandingan itu adalah boleh diterima kewajarannya.
Di sebalik keputusan PRU15 tidak cemerlang buat UMNO, tetapi BN akhirnya berjaya berada dalam kerajaan perpaduan dengan kedudukan yang lebih kukuh, bahkan Zahid Hamidi sendiri beroleh jawatan Timbalan Perdana Menteri.
Sepatutnya ketika ini, oleh kerana PRU15 sudah berakhir, ditambah dengan Zahid Hamidi berkedudukan Timbalan Perdana Menteri, tiada keperluan lagi untuk menghalang pertandingan bagi jawatan Presiden UMNO.
Kalau pertandingan sebelum PRU ditakuti boleh membawa perpecahan untuk menghadapi PRU, tapi sekarang hendak takut apa lagi kepada pertandingan dalam UMNO?
Sebab itu dalam hal ini, pengampu-pengampu Zahid Hamidi harus segera berhenti mengeluarkan kenyataan atau gesaan yang menjurus agar dielakkan pertandingan bagi jawatan Presiden UMNO.
Gesaan sedemikian sudah tidak relevan dan bertentangan dengan prinsip meminda perlembagaan yang menetapkan pemilihan UMNO hendaklah diadakan enam bulan selepas PRU dilangsungkan.
Jika sebelum dan selepas PRU tetap cuba dihalang pertandingan, lebih baik UMNO pinda saja perlembagaannya dengan mengharamkan sama sekali pertandingan?
Jangan juga jadikan Zahid Hamidi seolah-olah seorang yang pengecut dan takut untuk berlawan dengan gesaan seperti itu, sedangkan sejarah perjalanan politiknya telah membuktikan beliau seorang yang berani dan tidak pernah takut.
Bro, janganlah bagi malu Panglima Jawa itu!!
Selain itu, jika Nur Jazlan Mohamed yang merupakan seorang penyokong kuat Zahid Hamidi berani melabel Hishammuddin Hussein, pemimpin yang diwar-warkan akan mencabar Zahid Hamidi bagi jawatan Presiden UMNO sebagai seorang pengecut, apa bezanya dengan beliau sendiri?
Tidakkah dengan gesaannya agar jawatan Presiden UMNO tidak ditandingi turut merupakan tindakan pengecut dan ingin menjadikan Zahid Hamidi sebagai pemimpin yang pengecut?
Jika Zahid Hamidi masih ada jiwa berani dalam dirinya, keberanian pertama yang harus ditunjukkannya ialah mempersetankan segala gesaan pengampunya itu dan tunjukkan beliau tidak pernah takut untuk bertanding. – ShahbudinHusin 03/01/2023.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2023/01/kalau-hishammudin-dilabel-pengecut-cuba.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Zahid Yakin Pertahan Jawatan Presiden Jika Dicabar Bukan Takbur

Zahid Yakin Pertahan Jawatan Presiden Jika Dicabar Bukan Takbur

papar berkaitan - pada 5/1/2023 - jumlah : 139 hits
Nora MahparPUTRAJAYA Ahmad Zahid Hamidi membayangkan keyakinannya mempertahankan jawatan presiden jika dicabar pada pemilihan Umno akan datang Beliau menyuarakan keyakinan itu berdasarkan senario pemilihan Umno pada 2018 yang mana berlaku p...
Mustahil Zahid Hamidi Boleh Kalah Kenapa Perlu Takut Dengan Lawan Yang Tiada Jawatan

Mustahil Zahid Hamidi Boleh Kalah Kenapa Perlu Takut Dengan Lawan Yang Tiada Jawatan

papar berkaitan - pada 6/1/2023 - jumlah : 150 hits
Ikut logik dan hukum akal dengan jawatan Timbalan Perdana Menteri yang disandangnya sekarang tiada sebab dan hampir mustahil Ahmad Zahid Hamidi tidak mampu mengekalkan jawatan Presiden UMNO yang sedang disandangnya Jawatan tersebut adalah n...
Pemilihan Umno Siapa Pencabar Zahid Hamidi

Pemilihan Umno Siapa Pencabar Zahid Hamidi

papar berkaitan - pada 29/12/2022 - jumlah : 160 hits
Andainya jawatan presiden dipertandingkan pada pemilihan Umno tahun depan adakah Zahid Hamidi akan mempertahankannya Hampir pasti ya Maka persoalan seterusnya adakah beliau akan dicabar Jika iya siapakah pencabarnya Sebelum itu persoalan ya...
Rentasan 1283 Gempar Usaha Pemimpin Umno Singkirkan Zahid Hamidi Bak

Rentasan 1283 Gempar Usaha Pemimpin Umno Singkirkan Zahid Hamidi Bak

papar berkaitan - pada 5/1/2023 - jumlah : 199 hits
1 UNTUK PEMBANGUNAN JANGAN TANYA KARTEL 2 APA LAGI PEMIMPIN UMNO MAHU 3 IKAN BUSUK MULA DARI KEPALA
Zahid Hamidi Usah Layani Kehendak Gunting Dalam Lipatan Dalam Umno

Zahid Hamidi Usah Layani Kehendak Gunting Dalam Lipatan Dalam Umno

papar berkaitan - pada 10/1/2023 - jumlah : 159 hits
MALAYSIADATELINEAgenda memperkukuh semula UMNO perlu diutamakan setelah terpukul pada Pilihan Raya Umum ke 15 berbanding melayani kehendak individu yang bersifat gunting dalam lipatan kata Presiden parti itu Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi...
Lirik Lagu Biar Syafiq Reez Ft Zulhadi

Van Kelvin Feat Iera Milpan Dalam Sampiku Chord

Perak Cops Raid Job Scam Call Centre In Pangkor 15 Arrested

Hantar Kucing Kampung Buat Grooming

Kepada Azalea Yang Dihormati Surat Terbuka Untukmu Hentikan Serangan Terhadap Fra

6 Fakta Mengejutkan Pada Zaman Pertengahan

Misi 2025 Tingkatkan Kemahiran Untuk Pencapaian Peribadi

Wet World Pedas Adventure Park Harga Tiket Waktu Operasi Dan Lokasi


echo '';
Senarai Keputusan Pemenang Calon Top 5 Kategori Persembahan Penyampai Trofi Undian Tarikh Tiket Gempak Most Wanted Awards 2024 2025 Live Di Astro Ria Sooka

10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria


13 Lagu Raya Evergreen Yang Wajib Didengar Setiap Kali Aidilfitri

Cara Mudah Menjaga Mata Agar Sentiasa Cerah Dan Sihat

The 11 Best Pet Fish To Start Your Freshwater Aquarium Purewow

Verandas Outdoor Living Creating A Relaxing Space In Your Garden

Penyanyi Sambilan Dibunuh Disyaki Kerana Cemburu

Bekas Kp Sprm Sekolahkan Azam Suntingan Video Rasuah Sabah Adalah Bukti