Pemilihan Timbalan Speaker Sebagai Usul Percaya Kepada Pm


agendadaily.com12/9/2021
Keabsahan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai Perdana Menteri membayangi pengundian untuk memilih Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Ahmad Maslan sebagai Timbalan Speaker Dewan Rakyat, kerana pencalonan Ahli Parlimen Pontian itu dikatakan dibuat Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN).

Menjelang sidang Dewan Rakyat pada Isnin, walaupun tanpa usul undi percaya yang akan dibentang, pemilihan Timbalan Speaker baharu boleh dianggap sebagai ujian bagi menguji keabsahan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Sekiranya pencalonan Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan tidak mendapat jumlah undian majoriti untuk dilantik sebagai Timbalan Speaker, ia berkemungkinan memberi implikasi yang cukup besar kepada kerajaan baharu di bawah pimpinan Ismail Sabri.

Untuk rekod, pemilihan Timbalan Speaker memerlukan pengundian dijalankan untuk menentukan individu yang memiliki majoriti tertinggi dilantik bagi jawatan tersebut.

Secara tidak langsung, isu pemilihan Timbalan Speaker boleh dianggap ujian litmus terhadap pentadbiran Ismail Sabri walaupun tiada usul undi percaya kali ini.

Ahli Parlimen (MP) Pontian itu dicalonkan oleh Ismail Sabri sebagai Ketua Majlis, sementara blok pembangkang mencalonkan MP Teluk Intan, Nga Kor Ming sebagai calon mereka.

Terdahulu, Speaker Dewan Rakyat Datuk Azhar Azizan Harun mengumumkan tiada usul undi percaya yang dibawa terhadap Ismail Sabri pada sidang kali ini.

Susulan itu, pembangkang membuat kritikan keras terhadap Ismail Sabri atas alasan Yang di-Pertuan Agong sudah bertitah agar usul percaya dibawa ke Dewan Rakyat sebaik mengangkat sumpah sebagai PM Kesembilan.

Isu pencalonan Ahmad sebagai Timbalan Speaker juga mengundang kritikan memandangkan beliau juga sedang berdepan beberapa kes pendakwaan di mahkamah ketika ini.

Ahmad sudah didakwa di mahkamah kerana memberikan maklumat palsu kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), selain turut didakwa bersabit tuduhan Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram (AMLA) selepas menerima sebanyak RM2 juta daripada bekas PM Datuk Seri Najib Razak.

Semalam, Ahmad membuat 20 tawaran kepada MP pembangkang dan Bebas bagi mendapatkan sokongan untuk menjadi Timbalan Speaker.

Antara ‘sogokan terbuka’ dikemukakan oleh Ahmad – MP yang bersama Zahid menarik sokongan kepada Kerajaan PN dan Muhyiddin – ialah memperuntukkan RM60,000 setahun dengan kiraan RM5,000 sebulan kepada MP pembangkang dan Bebas untuk menguruskan Pusat Khidmat di kawasan masing-masing.

Peruntukan itu dianggap mencukupi untuk elaun dua staf dan sewa sebuah pejabat.

Ahmad juga menawarkan kepada setiap MP penyokong kerajaan dan pembangkang diberi peruntukan khas untuk sesi libat urus dengan rakyat dan pemegang taruh di kawasan bagi mendapatkan pandangan untuk isu pembangunan, kebajikan rakyat dan Rang Undang-Undang baru. Tetapi beliau tidak menyatakan berapa jumlah peruntukan itu.

Setiausaha Agung UMNO itu juga mencadangkan agar Ahli Jawatankuasa Pilihan Khas diberi elaun kehadiran mesyuarat atau apa-apa elaun khas dengan jumlah yang kecil namun munasabah dengan kekerapan mesyuarat yang sesuai.

Pada masa sama, Ahmad juga menyokong tujuh cadangan kerajaan untuk transformasi Parlimen sebagaimana diumumkan Ismail Sabri, sedangkan itulah juga tawaran yang dibuat oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin tetapi ditolak oleh UMNO dan pembangkang.

Apapun, semua 20 tawaran yang dibuat oleh Setiausaha Agung UMNO itu adalah sogokan terbuka untuk meraih undi MP pembangkang dan penyokong kerajaan, bagi membolehkan dirinya – yang sedang berdepan dua tuduhan di Mahkamah Tinggi – dilantik menjadi Timbalan Speaker Dewan Rakyat


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wak-labu.blogspot.com/2021/09/pemilihan-timbalan-speaker-sebagai-usul.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pas Tetap Sokong Ahmad Maslan Sebagai Timbalan Speaker Walau Kluster Mahkamah

Pas Tetap Sokong Ahmad Maslan Sebagai Timbalan Speaker Walau Kluster Mahkamah

papar berkaitan - pada 11/9/2021 - jumlah : 282 hits
Pas memberikan sokongan kepada Ahli Parlimen Pontian Datuk Seri Ahmad Maslan untuk dilantik Timbalan Speaker Parlimen baharu pada persidangan Parlimen Isnin ini Naib Presiden Pas Senator Idris Ahmad berkata beliau yakin 18 ahli Parlimen dar...
Sidang Dewan Rakyat Tumpu Pemilihan Timbalan Speaker

Sidang Dewan Rakyat Tumpu Pemilihan Timbalan Speaker

papar berkaitan - pada 14/9/2021 - jumlah : 204 hits
BERNAMA Ahli Parlimen Pontian Ahmad Maslan dan Ahli Parlimen Teluk Intan Nga Kor Ming disebut sebagai calon bagi jawatan itu Sidang Dewan Rakyat bermula dengan titah diraja oleh Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah semalam Gambar Bernama Pemil...
Sidang Parlimen Pemilihan Timbalan Speaker Tumpuan Hari Kedua

Sidang Parlimen Pemilihan Timbalan Speaker Tumpuan Hari Kedua

papar berkaitan - pada 15/9/2021 - jumlah : 197 hits
Madiha AbdullahSeptember 14 2021 06 00 MYTSidang Parlimen ini adalah yang pertama di bawah kerajaan pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob Gambar failKUALA LUMPUR Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Parlimen ke 14 bersambung ...
Parlimen Jadi Bahan Jenaka Jika Timbalan Speaker Dari Kluster Mahkamah

Parlimen Jadi Bahan Jenaka Jika Timbalan Speaker Dari Kluster Mahkamah

papar berkaitan - pada 9/9/2021 - jumlah : 231 hits
Abdul Aziz BariIPOH Cadangan melantik Ahli Parlimen Pontian Datuk Seri Ahmad Maslan sebagai Timbalan Speaker Dewan Rakyat akan meninggalkan kesan kepada kemuliaan dan ketinggian Parlimen sebagai badan perundangan negara Ketua Pembangkang De...
Kenapa Sampai Jawatan Speaker Dan Timbalan Speaker Pun Nak Berebut Apa Punya Tahap Ni

Kenapa Sampai Jawatan Speaker Dan Timbalan Speaker Pun Nak Berebut Apa Punya Tahap Ni

papar berkaitan - pada 8/9/2021 - jumlah : 184 hits
Kalau diganti gantian pun speaker rosak tentulah telinga yang mendengar pun boleh bingit
Pembangkang Calonkan Nga Jadi Timbalan Speaker Dewan Rakyat

Pembangkang Calonkan Nga Jadi Timbalan Speaker Dewan Rakyat

papar berkaitan - pada 10/9/2021 - jumlah : 280 hits
Malaysiakini Pakatan Harapan menamakan ahli parlimen Teluk Intan Nga Kor Ming sebagai calon mereka untuk mengisi kekosongan jawatan timbalan speaker Dewan Rakyat Ketika dihubungi Nga mengesahkan dia adalah calon tunggal dinamakan pihak pemb...
Pm Ismail Sabri Dikecam Rakyat Jika Lengah Usul Undi Percaya Pada Sidang Parlimen Sesi September

Pm Ismail Sabri Dikecam Rakyat Jika Lengah Usul Undi Percaya Pada Sidang Parlimen Sesi September

papar berkaitan - pada 5/9/2021 - jumlah : 263 hits
Perdana Menteri ke 9 Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob diingatkan agar melaksanakan usul Undi Percaya pada sidang Parlimen sesi September ini atau menghadapi kehilangan keyakinan rakyat terhadap pentadbirannya seperti bekas PM Mahiaddin Yassin...
Bekas Timbalan Speaker Dewan Negara Meninggal Dunia

Bekas Timbalan Speaker Dewan Negara Meninggal Dunia

papar berkaitan - pada 11/9/2021 - jumlah : 203 hits
Bekas Timbalan Speaker Dewan Negara Datuk Gapar Gurrohu meninggal dunia akibat jangkitan paru paru selamat dikebumikan di Kampung Bentong Kluang Johor NSTP Mohamad Fahd Rahmat KLUANG Bekas Timbalan Speaker Dewan Negara Datuk Gapar Gurrohu m...
Ahmad Maslan Dicalon Timbalan Speaker Parlimen Tidakkah Ini Melanggar Sokongan Bersyarat Pn

Ahmad Maslan Dicalon Timbalan Speaker Parlimen Tidakkah Ini Melanggar Sokongan Bersyarat Pn

papar berkaitan - pada 11/9/2021 - jumlah : 242 hits
Setiausaha Agung UMNO Ahmad Maslan dilaporkan akan dicalonkan sebagai Timbalan Speaker Dewan Rakyat dalam sidang Parlimen yang bermula Isnin depan Pencalonan beliau adalah bagi mengisi kekosongan jawatan itu yang sebelum ini dipegang oleh A...
Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

The West Isn T Dying But It S Working On It

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids

Fort Kemar Pusat Operasi Di Tengah Belantara

Lepas Misi Selawat Ruhainies Sertai Majlis Agama Uai

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Pemberian Tol Percuma Sempena Perayaan Hari Krismas 2024

Kulit Tampak Berseri Selepas Rawatan Pico Plus Laser Di Mbh Medispa Flagship Boutique Johor Bahru

Divulgue Para At 200 Milh Es De Emails Boom De Vendas

Memahami Hukum Transaksi Forex Dan Kripto Menurut Fatwa Mui

Beli Antibiotik Dalam Online

Bercuti Ke Thailand