Pemilihan Bersatu Pun Kecoh Macamana Nak Perintah Boleh Lingkup Kalau Serah Semula Ke Pn
Bersatu dijangka mengadakan pemilihannya Oktober ini selepas ditangguhkan sejak Mei tahun lalu untuk fokus PRN enam negeri. (Gambar Facebook)
Calon pemilihan Bersatu kena bayar RM1,000 hingga RM100,000?
FMT Reporters-04 Jul 2024, 05:23 PM
Sumber berkata bayaran tidak akan dikembalikan itu
dikatakan dikenakan untuk menampung kos pemilihan Bersatu Oktober ini.
Bersatu
dijangka mengadakan pemilihannya Oktober ini selepas ditangguhkan sejak Mei
tahun lalu untuk fokus PRN enam negeri. (Gambar Facebook)
PETALING
JAYA: Pemimpin dan ahli Bersatu yang ingin menawarkan diri bertanding pemilihan
parti Oktober ini perlu membayar antara RM1,000 hingga RM100,000 bergantung
jawatan ditandingi.
Sumber
berkata, perkara itu dicadangkan Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bersatu
Ahmad Faizal Azumu yang juga timbalan presiden pada mesyuarat malam tadi,
mengejutkan ramai ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) termasuk Presiden
Muhyiddin Yassin.
Faizal
atau Peja memaklumkan mereka yang ingin bertanding jawatan presiden dan
timbalan perlu membayar RM100,000, RM50,000 bagi naib presiden, RM5,000 ahli
MPT dan bayaran sehingga RM1,000 bagi pertandingan peringkat bahagian.
“Wang itu
‘hangus’, bukan deposit dan tidak dikembalikan kepada calon, ramai ahli MPT
hairan mengapa tiba-tiba perkara itu diumumkan…presiden (Muhyiddin) pun kata
beliau tidak pernah dimaklumkan sebelum ini.
“Tetapi
yang bersuara hanya dua orang, ada minta jumlah untuk tiga jawatan utama
(presiden, timbalan dan naib) dikurangkan kerana terlalu tinggi. Seorang lagi
bantah kerana bimbang ia menyekat ahli tidak mampu bayar untuk jawatan ketua
serta ahli jawatankuasa bahagian,” katanya kepada FMT.
“Bila
orang bantah Faizal minta MPT turunkan kuasa membuat keputusan kepada
jawatankuasa pengurusan dipengerusikannya, alasannya juga bayaran itu untuk
tampung kos pemilihan.”
Sumber
itu berkata, ‘syarat’ baharu tersebut dibantah kerana hanya akan menguntungkan
segelintir pemimpin dan boleh mewujudkan suasana tidak adil pada pemilihan.
“Pemimpin
yang ada duit boleh pilih untuk menaja kumpulan tertentu di peringkat bahagian,
kemudian mereka akan memilihnya bagi jawatan tertinggi di pusat…kalau beginilah
boleh rosak parti.
“Harap
pimpinan tertinggi termasuk presiden dapat hentikannya, elak keadaan lebih
buruk,” katanya.
FMT
sedang mendapatkan maklum balas Faizal mengenai perkara itu.
Pertandingan
bagi jawatan timbalan presiden dijangka menjadi tumpuan pada pemilihan Bersatu
Oktober ini selepas Muhyiddin disah mengekalkan kedudukannya.
Faizal,
penyandang sejak 2020 dikatakan bakal dicabar Setiausaha Agung Hamzah Zainudin
yang dijangka dibenarkan bertanding mengikut Fasal 14.14 dan 14.16 walaupun
sebelum ini tidak layak bertanding lima jawatan utama atau ‘top 5’ kerana belum
cukup dua penggal sebagai MPT.
Bagi
jawatan naib presiden Bersatu, sekurang-kurangnya 10 pemimpin berhasrat
mengintai kerusi itu antaranya Ketua Penerangan Razali Idris, Ahli MPT Wan
Saiful Wan Jan, Saifuddin Abdullah dan Rafiq Abdullah.
Ahli
Parlimen Putrajaya Radzi Jidin dan Ahli Parlimen Beluran Ronald Kiandee
dijangka bertanding mempertahankan jawatan naib presiden.
Sementara
itu, Ahli Parlimen Masjid Tanah Mas Ermieyati Samsudin dijangka mencabar Rina Harun
sebagai ketua Wanita manakala Adun Gombak Setia Hilman Idham dikatakan calon
utama mengisi jawatan ketua sayap Pemuda, menggantikan Wan Ahmad Fayshal Wan
Ahmad Kamal.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://wrlr.blogspot.com/2024/07/pemilihan-bersatu-pun-kecoh-macamana.html