Bukan Semua Masalah Boleh Selesai Segera Pm


bharian.com.my
Oleh Muhammad Zulsyamini Sufian Suri
[email protected] Julai 8, 2024 @ 7:21pm
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bersalaman dengan orang ramai ketika hadir pada Program Santai Bersama Komuniti India Parlimen Tambun di Dewan Komuniti Chemor, Ipoh - Foto NSTP/L MANIMARAN
IPOH: Datuk Seri Anwar Ibrahim meminta rakyat tidak tergesa-gesa menuntut perubahan yang dijanjikan kerajaan serta mengemukakan apa juga permasalahan yang timbul secara berhemah agar ia boleh diselesaikan.

Perdana Menteri berkata, rakyat perlu faham bahawa bukan semua masalah boleh segera diselesaikan, justeru sebarang tuntutan yang dikemukakan secara baik dan berhemah akan diteliti dan cuba diselesaikan.

Ahli Parlimen Tambun itu mengemukakan beberapa contoh seperti keputusan Kabinet baru-baru-baru ini yang memutuskan pelajar bukan Melayu yang mendapat keputusan cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 10A dan ke atas layak melanjutkan pengajian ke peringkat matrikulasi.

Anwar berkata, kemungkinan daripada 10 orang yang layak hanya dua orang yang belum mendapat tawaran memasuki matrikulasi itu justeru tidak sepatutnya mereka yang belum mendapat tawaran itu berkata buruk mengenainya jika belum tampil secara berhemah.

"Kita bagi arahan semua mesti dapat (tawaran), tetapi ada satu atau dua belum dapat kemudian katakan 'tengok ini kerajaan tipu, kerajaan zalim'. Keputusan itu untuk seluruh negara bahawa siapa dapat 10A mesti automatik dapat (matrikulasi), tetapi ada sudah dua orang Cina tak dapat, bising bukan main.

"Cakap baik-baik, bawa bincang dengan baik kerana apabila kita dengar kalau boleh selesai, selesai.... jadi sebab itu saya kata komplen boleh tetapi jangan timbul cakap seolah-olah Anwar tak ada ambil tahu semua. Itu tak betul," katanya sewaktu berucap ketika menghadiri Program Santai Bersama YAB Perdana Menteri dengan Komuniti India Parlimen Tambun di Dewan Komuniti Chemor, di sini petang ini.

Hadir sama Exco Sumber Manusia, Kesihatan, Hal Ehwal Masyarakat India dan Integrasi Nasional Perak, A Sivanesan dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Hulu Kinta, Muhamad Arafat Varisai Mahamad.

Anwar dalam pada itu mengemukakan beberapa perkara yang menunjukkan kerajaan pimpinannnya tidak pernah meminggirkan masyarakat India antaranya menerusi tambahan RM50 juta bagi program pembiayaan di bawah Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN) Nasional selain RM50 juta Dana Khas Pemerkasaan Wanita India (PENN) bawah Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM).

"Jangan bermusuh, jangan bawa perpecahan, kalau masyarakat India cakap pada saya dengan baik, saya tengok dan cuba selesaikan.

"Kemudian mengenai pemberian Biasiswa PETRONAS pelajar India yang dahulunya hanya tumpukan pada pelajar Melayu. Sekarang PETRONAS menggajikan lebih 1,000 kakitangan daripada kalangan kaum India," katanya.

Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata, kini berbaki tiga tahun sebelum berakhir penggal pentadbirannya selaku Perdana Menteri, beliau perlu menunjukkan contoh yang baik kepada rakyat dengan tidak memberi tender kepada keluarga sendiri selain berpenampilan sederhana.

"Saya tak mahu buat begitu, dari dapat RM10 juta, RM1 juta diserahkan kepada isteri, RM1 juta diberi kepada anak, menantu. Saya sudah kerja satu setengah tahun, saya tak beri tender untuk keluarga saya malah tak ambil gaji sekarang (sebagai Perdana Menteri).

"Kereta mahal berharga RM2 juta pun saya tolak walaupun kalau saya ambil pun okay, bukan sebab apa melainkan saya mahu tunjukkan (bahawa) bukan semua Perdana Menteri macam itu, agar menjadi inspirasi buat rakyat.

"Rakyat sekarang ini susah, harga barang naik, sesetengahnya kalau hendak makan pun tak cukup, begitu juga sekolah anak-anak. Jadi kalau menjadi pemimpin mesti fikir bagaimana boleh selesaikan, tetapi kalau kita pemimpin fikir anak, menantu, kawan maka jadi rakyat (bagaimana) mahu tolong?" katanya


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wak-labu.blogspot.com/2024/07/bukan-semua-masalah-boleh-selesai.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Siapa Saja Boleh Mulakan Perniagaan Tapi Tak Semua Mampu Bertahan Terus Berniaga

Siapa Saja Boleh Mulakan Perniagaan Tapi Tak Semua Mampu Bertahan Terus Berniaga

papar berkaitan - pada 27/6/2024 - jumlah : 187 hits
Data tentang jumlah syarikat dan perniagaan yang gagal bertahan setelah memulakan perniagaan sangat banyak di kongsikan oleh mereka yang buat kajian Hasil kajiannya berbeza beza secara perinciannya namun menceritakan perkara yang sama Iaitu...
Bela Talapia Depan Rumah Selesai Masalah Rakyat

Bela Talapia Depan Rumah Selesai Masalah Rakyat

papar berkaitan - pada 1/7/2024 - jumlah : 259 hits
Foto ihsan Facebook Datuk Seri Mohamad Sabu1 Ternak tilapia di halaman rumah Mat Sabu teruja tuaian pertamaKUALA LUMPUR Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu menzahirkan perasaan teruja apabila usahanya menterna...
Tip Simpan Tepung Supaya Tahan Lama Tak Berulat Boleh Guna Untuk Semua Jenis Tepung

Tip Simpan Tepung Supaya Tahan Lama Tak Berulat Boleh Guna Untuk Semua Jenis Tepung

papar berkaitan - pada 2/7/2024 - jumlah : 218 hits
Tepung antara stok yang kena ada di dapur Ramai juga yang membelinya dalam dua atau tiga pek supaya tak putus bekalan Selalunya kita akan simpan tepung ini dalam kabinet Tapi kemungkinan besar tepung yang disimpan sebegini tidak tahan lama ...
Masalah Air Di Sg Bakap Utara Perak Akan Selesai Secara Bersepadu

Masalah Air Di Sg Bakap Utara Perak Akan Selesai Secara Bersepadu

papar berkaitan - pada 27/6/2024 - jumlah : 153 hits
Masalah air di DUN Sungai Bakap yang menjadi senjata politik Menteri Besar Kedah Datuk Seri Sanusi Md Nor dalam ceramah menghentam Kerajaan Perpaduan hakikatnya telah pun dibincangkan dalam mesyuarat di kalangan Menteri sejak tahun lalu Cum...
Hasil Judi Boleh Disucikan Fatwa Dari Guru Ajaran Sesat

Hasil Judi Boleh Disucikan Fatwa Dari Guru Ajaran Sesat

papar berkaitan - pada 1/7/2024 - jumlah : 109 hits
BharianonlineSINGAPURA Sekurang kurangnya lima saksi pendakwaan tampil memberi keterangan terhadap seorang lelaki yang didakwa menyebar doktrin yang menyeleweng daripada ajaran Islam Mohd Razif Radi warga Singapura berusia 66 tahun dibicara...
Berita Yang Boleh Dikaitkan

Berita Yang Boleh Dikaitkan

papar berkaitan - pada 1/7/2024 - jumlah : 74 hits
Nazri HamdanSebelum ni sebuah organisasi yang bernama Malaysian Corruption Watch mendakwa bahawa banyak stesen minyak berhampiran sempadan menjadi mastermind menjual minyak seludup ke Thailand Adakah ini sesuatu yang benar
Tiada Apa Apa Yang Boleh Halang Untuk Kami Berhubung Aliff Aziz

Tiada Apa Apa Yang Boleh Halang Untuk Kami Berhubung Aliff Aziz

papar berkaitan - pada 3/7/2024 - jumlah : 232 hits
Pelakon kelahiran Singapura Aliff Aziz luah rasa syukur apabila prosiding kes khalwat pada 9 Mac lalu di Mahkamah Tinggi Syariah Wilayah Persekutuan berjalan dengan lancar Menurut laporan Berita Harian aktor yang berusia 33 tahun itu berkat...
Boleh Kena Sihir Kalau Tak Angkat Kain Di Ampaian Waktu Maghrib Ini Jawab Ustazah Asmak Husin

Boleh Kena Sihir Kalau Tak Angkat Kain Di Ampaian Waktu Maghrib Ini Jawab Ustazah Asmak Husin

papar berkaitan - pada 30/6/2024 - jumlah : 109 hits
Selalu kita dengar orang orang tua akan berpesan untuk tidak lupa untuk mengangkat kain jemuran sebelum tiba waktu maghrib kerana percaya ia boleh menjadi faktor hal hal yang tidak baik Baru baru ini tular di platform Facebook apabila seora...
Isu Papan Tanda Aneh Dan Pelik Menteri Wilayah Masih Diam

Coffee Is For Closers The Motivational Phrase From Quot Glengarry Glen Ross

Hopes Of The Chinese For Pn

Mara Beli Hartanah Terlebih Nilai Di Uk Australia Meskipun Ditolak Mof

Orbit Labels The Parent S Choice For Safe And Sanitary Feeding

Leveraging Zero Click Searches

Ibu Bapa Elak Pilih Kasih Dengan Anak Anak

Elak Kenyataan Merugikan Kerajaan Perpaduan Pemuda Umno Wp


echo '';
Resepi Salad Sayur Rangup dan Berkhasiat

Memahami Fasa Renjatan Elektrik Yang Selamat dan Berbahaya Untuk Manusia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Dog Owner Ignored Sign And Brought Pup To Park

Intel Arc Battlemage Gpu Dikhabarkan Akan Dilancar Tahun Ini

Hujan Sangat Lebat Berterusan Dijangka Berlaku Di Kelantan Terengganu Dan Pahang Sehingga 29 November Ini

Amboi Pandai Bodek Guna Lagu K Pop Ketika Lawatan Rasmi Di Korea Selatan Ig Pmx Raih Perhatian

Sesak Nafas Nak Tampung Pelanggan Pemilik Kafe Tak Jadi Gulung Tikar Selepas Zizan Razak Datang Makan Di Kedai

Why Shouldn T Young Malays Reject Equal Rights