Pemenjaraan Najib Tidak Membantu Ph Kata Pemerhati



PEMENJARAAN Najib Razak tidak akan melemahkan pengaruh media sosial bekas perdana menteri itu mahupun Umno, kata pakar.
Liew Wui Chern, pensyarah di Jabatan Komunikasi Massa di Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR) berkata Najib masih ada pasukan untuk mengekalkan kehadiran media sosialnya semasa beliau dipenjara.
“Dari segi peperangan media sosial, tidak ada kesan kepada Umno dan Barisan Nasional (BN),” kata Liew.
“Hanya kerana Najib dalam penjara tidak bermakna mereka kurang bernasib baik. Malah, beliau boleh gunakan ini untuk meraih undi simpati dan memberi gambaran buruk kepada Pakatan Harapan (PH) dalam pilihan raya umum akan datang.”
Katanya PH juga mungkin tidak ada strategi untuk atasi simpati yang ditunjukkan pengundi terhadap Najib.
Tambah Liew sabitan Najib mungkin beri kesan berbeza di beberapa kawasan pilihan raya.
“Di kawasan luar bandar, PH tidak ada jalan, tetapi di kawasan bandar, ia mungkin boleh dapatkan semula beberapa kerusi yang hilang.”
Minggu lepas, Mahkamah Persekutuan membatalkan rayuan Najib dan mengekalkan hukumannya dalam kes SRC International.
Mahkamah tertinggi memerintahkan ahli Parlimen Pekan itu memulakan hukuman penjara 12 tahunnya serta-merta.
Bekas perdana menteri itu juga perlu membayar denda RM210 juta dan jika gagal akan dikenakan tambahan lima tahun penjara.
Lau Zhe Wei, penolong profesor di Jabatan Sains Politik di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia juga bersetuju dengan Liew yang Najib akan kekal popular.
“Melalui akaun media sosial Najib, Umno boleh menarik lebih ramai penyokong dan undi,” kata Lau.
“Pemenjaraan Najib akan tarik undi simpati buat Umno.”
Awal bulan lepas, Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi menggesa partinya bersolidariti dengan Najib yang digelarnya sebagai “raja media sosial.”
Zahid berkata Najib telah banyak menyumbang kepada Umno dan BN.
“Beliau ialah raja media sosial dan berjaya membantu memulihkan Umno lebih cepat hingga mereka yang pernah menjauhi dan memperlekeh Umno sebelum ini dilihat bukan sahaja mahu mendekati malah mahu menguasai Umno pula sekarang.”
Sementara itu, pengurus penyelidikan Merdeka Center Tan Seng Keat berkata media sosial telah membantu memudahkan aliran maklumat dan membentuk naratif.
“Kebangkitan Internet dari 1998 hingga 1999 telah membantu membentuk setiap gelombang politik di Malaysia,” kata Tan.
“PH, apabila ia berkuasa, terpaksa menapis dirinya sendiri dan oleh itu tidak dapat berkomunikasi dengan baik.
“Ini memberi kelebihan kepada Najib dan Umno. Sebagai contoh, di Taiwan, apabila bekas presiden Ma Ying Jeo berkuasa, beliau tidak lagi boleh bercakap seperti yang beliau buat ketika jadi pembangkang.”
Sama ada pasukan media sosial Najib akan main peranan selepas beliau dipenjarakan, Tan berkata ia masih belum dapat dilihat.
“Ia mungkin terjejas, kerana kita tahu ia bukan Najib,” kata Tan.
“Jika ada, pemenjaraan Najib akan beri kesan kepada akar umbi Umno. Walaupun begitu, pengaruhnya mungkin merosot dari semasa ke semasa.
“Kita perlu tunggu dan lihat,” tambahnya ~ The Malaysian Insight

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.anaksungaiderhaka.com/2022/09/pemenjaraan-najib-tidak-membantu-ph.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Korang Ni Kenapa Tak Turun Support Najib Kata Bossku Hmmm

Korang Ni Kenapa Tak Turun Support Najib Kata Bossku Hmmm

papar berkaitan - pada 23/8/2022 - jumlah : 188 hits
Persoalannya mana semua pergi MP UMNO yang team najib Mana pergi zahid hamidi Member nak masuk bicara kali terakhir tu Mana semua pergi jemaah masjid yang hadir masa najib buat sumpah laknat Mana korang semua Mana Lokman mana Lokman Mana MP...
Ismail Tak Pernah Janji Segerakan Kes Mahkamah Zahid Najib Kata Pegawai Khas

Ismail Tak Pernah Janji Segerakan Kes Mahkamah Zahid Najib Kata Pegawai Khas

papar berkaitan - pada 3/9/2022 - jumlah : 205 hits
Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob tidak pernah berjanji dengan mana mana pihak untuk menyegerakan kes mahkamah melibatkan Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi dan bekas perdana menteri Najib Razak kata pegawai khas perdana menteri Kamarul Zam...
Najib Sukar Cabar Sabitan Hukuman Kata Anwar

Najib Sukar Cabar Sabitan Hukuman Kata Anwar

papar berkaitan - pada 25/8/2022 - jumlah : 172 hits
August 24 2022 Anwar Ibrahim percaya Najib Razak akan ditempatkan dalam penjara lebih baik daripadanya pada awal 2000 selepas bekas timbalan perdana menteri itu dinafikan mendapatkan buku dan lawatan keluarga ketika menjalani hukuman PETALI...
Pru15 Umno Ada Pelbagai Skandal Tak Mampu Dapat Majoriti Mudah Kata Ku Li

Pru15 Umno Ada Pelbagai Skandal Tak Mampu Dapat Majoriti Mudah Kata Ku Li

papar berkaitan - pada 31/8/2022 - jumlah : 334 hits
Veteran Umno Tengku Razaleigh Hamzah berkata partinya tidak mampu meraih majoriti mudah untuk membentuk kerajaan selepas berdepan berbagai skandal menjelang pilihan raya umum ke 15 Katanya semua parti termasuk Barisan Nasional akan berdepan...
Shahrir Tak Tahu Sumber Rm1 Juta Diterima Daripada Najib Kata Saksi

Shahrir Tak Tahu Sumber Rm1 Juta Diterima Daripada Najib Kata Saksi

papar berkaitan - pada 6/9/2022 - jumlah : 250 hits
freemalaysiatoday com September 5 2022 8 25 PMBekas pengerusi Felda Shahrir Samad berdepan tuduhan gagal mengisytiharkan RM1 juta yang diterima daripada Najib Razak kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri KUALA LUMPUR Seorang pengurus bank member...
Rosmah Campuri Urusan Kerajaan Ketika Najib Jadi Pm Kata Hakim

Rosmah Campuri Urusan Kerajaan Ketika Najib Jadi Pm Kata Hakim

papar berkaitan - pada 2/9/2022 - jumlah : 222 hits
freemalaysiatoday com September 1 2022 9 45 PMHakim Zaini Mazlan berkata rakaman audio dikatakan perbualan antara Rosmah Mansor dan Najib Razak berkaitan 1MDB jelas menunjukkan dia memberi arahan kepada bekas perdana menteri itu berhubung h...
Perubahan Politik Dr M Bawa Najib Ke Penjara Kata Gta

Perubahan Politik Dr M Bawa Najib Ke Penjara Kata Gta

papar berkaitan - pada 24/8/2022 - jumlah : 208 hits
Dr Mahathir Mohamad diangkat Gabungan Tanah Air sebagai pencetus perubahan politik sehingga membawa bekas perdana menteri Najib Razak ke muka pengadilan PETALING JAYA Keputusan Mahkamah Persekutuan melibatkan kes SRC International terhadap ...
Umno Tak Bersih Walaupun Najib Sudah Dipenjara Kata Dr Mahathir

Umno Tak Bersih Walaupun Najib Sudah Dipenjara Kata Dr Mahathir

papar berkaitan - pada 7/9/2022 - jumlah : 169 hits
agendaily com06 09 2022Bekas Presiden UMNO selama 22 tahun Tun Dr Mahathir Mohamad Bekas Presiden UMNO paling lama dalam sejarah politik negara yang kini menjadi pembangkang Tun Dr Mahathir Mohamad berkata parti itu tidak lagi bersih walaup...
The Right Types Of Bets For Beginners On Slot Deposit Qris Sites

Bufet Ramadan 2025 Tradisi Warisan Di Four Points By Sheraton Puchong

Term Limit Culture Emerging With Veteran Dap Trio S Exit Says Analyst

Tiada Syarat Sokong Pm Untuk Dapat Peruntukan Anwar Beritahu Pn

Wan Fayhsal Soundly Defeated In Race For Machang Bersatu Chief S Post

Who Else Nazri Backs Anwar For Second Term As Pm

Trump Revives Probe Over Digital Taxes

Guru Tuisyen Ditemukan Maut Berlumuran Darah


echo '';
Senarai Keputusan Pemenang Calon Top 5 Kategori Persembahan Penyampai Trofi Undian Tarikh Tiket Gempak Most Wanted Awards 2024 2025 Live Di Astro Ria Sooka

10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria


Hantar Kucing Kampung Buat Grooming

Lirik Lagu Biar Syafiq Reez Ft Zulhadi

Van Kelvin Feat Iera Milpan Dalam Sampiku Chord

Kah Kah Kah Dia Punya Ampu Anwar Level Dewa Hahahaha

Wet World Pedas Adventure Park Harga Tiket Waktu Operasi Dan Lokasi

Jpjebid Mobile Cara Muat Turan Daftar Aplikasi