Rosmah Campuri Urusan Kerajaan Ketika Najib Jadi Pm Kata Hakim


freemalaysiatoday.com
V Anbalagan
-September 1, 2022 9:45 PM
Hakim Zaini Mazlan berkata rakaman audio dikatakan perbualan antara Rosmah Mansor dan Najib Razak berkaitan 1MDB jelas menunjukkan dia memberi arahan kepada bekas perdana menteri itu berhubung hal ehwal kerajaan.
KUALA LUMPUR: Rosmah Mansor mencampuri hal ehwal kerajaan ketika suaminya Najib Razak menjadi perdana menteri antara 2009 hingga 2018, kata Mahkamah Tinggi.

Hakim Zaini Mazlan berkata, ini berdasarkan rakaman audio dikatakan perbualan antara Rosmah dan Najib mengenai isu berkaitan 1MDB, dan turut disokong keterangan saksi pendakwaan.

“Jelas daripada rakaman itu, tertuduh memberi arahan kepada Najib mengenai hal ehwal kerajaan,” katanya dalam penghakiman sepanjang 116 muka surat ketika mendapati Rosmah bersalah atas tiga tuduhan rasuah berkaitan projek tenaga solar sekolah di luar bandar Sarawak bernilai RM1.25 bilion.

Katanya, nada Rosmah adalah memerintah, dan bertentangan dengan dakwaannya bahawa dia mematuhi arahan Najib supaya tidak mencampuri hal ehwal kerajaan.

“Saya menyatakan perkara ini dengan penuh hormat, namun jelas tertuduh mendominasi Najib. Dia mempunyai kawalan terhadapnya. Dia tidak patut mencampuri tugas atau hal ehwal Najib, tetapi berbuat demikian,” katanya.

Bagaimanapun, katanya, Rosmah cuba menggambarkan perbualan itu sebagai borak biasa antara suami isteri.

Zaini berkata, bekas pembantu Rosmah, Rizal Mansor bercakap benar apabila memberi keterangan bahawa tertuduh dilihat sebagai garang dan mampu mempengaruhi keputusan berkaitan perkhidmatan awam.

Katanya, ini kerana Rizal telah berkhidmat lama dengan Rosmah seterusnya mampu melihat sendiri sikap itu.

Zaini berkata, beliau juga tiada sebab untuk curiga dengan keterangan bekas menteri pendidikan Mahdzir Khalid dan bekas ketua setiausaha Kementerian Pendidikan Madinah Mohamed yang mengesahkan suara dalam rakaman itu sebagai milik Najib serta Rosmah.

Ketika soal balas oleh pendakwa ad-hoc Gopal Sri Ram, Rosmah menolak isi kandungan rakaman itu sebagai “merepek”.

Pendakwaan mengemukakan rakaman itu bagi menyokong dakwaannya bahawa Rosmah cukup berpengaruh kerana garang, walaupun tidak memegang sebarang jawatan rasmi.

Ia juga bagi menunjukkan Rosmah mendesak pegawai kanan Kementerian Pendidikan supaya memberikan projek itu kepada Jepak Holdings Sdn Bhd.

Rosmah didapati bersalah meminta RM187.5 juta daripada Saidi menerusi Rizal, sebagai dorongan untuk membantu syarikat itu mendapatkan projek bernilai RM1.25 bilion berkenaan.

Dia menerima rasuah RM5 juta daripada Saidi menerusi Rizal di Seri Perdana di Putrajaya pada 20 Disember 2016, dan RM1.5 juta lagi daripada Saidi di Jalan Langgak Duta pada 7 September 2017.

Zaini memerintahkan Rosmah dipenjara 10 tahun bagi setiap satu tuduhan terhadapnya, dengan kesemua hukuman itu berjalan serentak.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wak-labu.blogspot.com/2022/09/rosmah-campuri-urusan-kerajaan-ketika.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tindakan Kerajaan Harapan Mulakan Dakwaan Ke Atas Najib Rosmah Berikan Hasil Hari Ini

Tindakan Kerajaan Harapan Mulakan Dakwaan Ke Atas Najib Rosmah Berikan Hasil Hari Ini

papar berkaitan - pada 3/9/2022 - jumlah : 133 hits
Tindakan kerajaan Pakatan Harapan memulakan tindakan undang undang terhadap Datuk Seri Najib Razak dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor telah membolehkan rakyat mendengar apa sebenarnya yang berlaku ketika kedua duanya menjadi pengemudi n...
Rasuah Harus Dibendung Sebelum Jadi Pandemik Kata Hakim Kes Rosmah

Rasuah Harus Dibendung Sebelum Jadi Pandemik Kata Hakim Kes Rosmah

papar berkaitan - pada 2/9/2022 - jumlah : 150 hits
Rasuah harus dibendung sebelum jadi pandemik kata hakim kes Rosmah Dikemas kini 11 minit yang lalu Diterbitkan pada 1 Sep 20
Rosmah Kawal Najib Hakim

Rosmah Kawal Najib Hakim

papar berkaitan - pada 1/9/2022 - jumlah : 102 hits
KUALA LUMPUR Datin Seri Rosmah Mansor mengawal suaminya Datuk Seri Najib Razak demikian dinyatakan Hakim Mohamed Zaini Mazlan dalam penghakimannya ketika menyabitkan Rosmah bagi tiga tuduhan kes rasuah membabitkan projek solar hibrid bagi s...
Simpati Najib Rosmah Kena Denda Tinggi Najib Tpm Ketika Akta Sprm Diluluskan

Simpati Najib Rosmah Kena Denda Tinggi Najib Tpm Ketika Akta Sprm Diluluskan

papar berkaitan - pada 3/9/2022 - jumlah : 144 hits
Rakyat atau penyokong Umno yang simpati berlebihan terhadap bekas Perdana Menteri Najib Razak dan isterinya Rosmah dikenakan denda amat tinggi selepas didapati bersalah di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia seharusnya membuat...
Rm6 5 Juta Memang Untuk Rosmah Kata Hakim

Rm6 5 Juta Memang Untuk Rosmah Kata Hakim

papar berkaitan - pada 2/9/2022 - jumlah : 78 hits
RM6 5 juta memang untuk Rosmah kata hakim Dikemas kini 2 jam yang lalu Diterbitkan pada 1 Sep 2022 11 20PM
Rentasan 1192 Gempar Kini Pemimpin Umno Cuba Campuri Urusan Mahkamah

Rentasan 1192 Gempar Kini Pemimpin Umno Cuba Campuri Urusan Mahkamah

papar berkaitan - pada 19/8/2022 - jumlah : 118 hits
MENARIK DALAM RENTASAN 11921 PEMIMPIN UMNO SANGGAH KEPUTUSAN MAHKAMAH PERSEKUTUAN 2 BUKAN MAHKAMAH BERAT SEBELAH TETAPI PERBUATAN SENDIRI 3 LCS HALIMUNAN IKAN BILIS DIDAKWA
Tanpa Pengorbanan Bersatu Umno Tak Mungkin Jadi Kerajaan Hari Ini Kata Pas

Tanpa Pengorbanan Bersatu Umno Tak Mungkin Jadi Kerajaan Hari Ini Kata Pas

papar berkaitan - pada 1/9/2022 - jumlah : 146 hits
Timbalan Presiden PAS Tuan Ibrahim Tuan Man menegaskan parti itu akan berkawan di waktu susah dan senang dalam situasi gawat atau senang bersama parti yang membentuk kerajaan selepas PH tumbang ALOR SETAR PAS tidak boleh mengetepikan Bersat...
The Evolution Of Adult Entertainment

Epf Account 3 Can Help Contributors During Emergencies Expert

Berjalan Bersama Pengguna Inovasi Pengalaman Interaktif Zuhyx

Menambat Selera Rakyat Malaysia Dengan Kebaikan Berasaskan Tumbuhanterbaharu Dari Nestl

Work Harder At Communicating Achievements On Reforms Govt Told

Fahmi Fadzil Perlu Beri Penjelasan Bukan Beri Alasan

Pm Akan Umum Sspa Terbaik Pernah Diperkenalkan Kerajaan

Prof As Dakwa Tak Selamat Kunjungi Malaysia Selepas Sebar Propaganda Sokong Zionis



10 Istilah Hampir Serupa Bahasa Inggeris Yang Kita Keliru Penggunaannya

5 Trend Bodoh Netizen Yang Nampaknya Semakin Menjadi Jadi

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Puaka Cuti Semester Slot Lestary TV3

Biodata Rozana Rozek TV Youtuber Resipi

8 Istilah Jerman Yang Kita Rakyat Malaysia Kerap Gunakan


What Is The Lifespan Of Vinyl Windows And How Can You Prolong It

Brauninhas House By Pablo Lanza Arquitetura In Itu Brazil

Banteras Isu 3r Manivanan Cadang 10 Langkah Percepat Siasatan Polis

Analysis Harapan S Uphill Battle To Defend Kuala Kubu Baharu

Kkb By Election Will Be A Confidence Vote For The Anwar Administration

Azmin Pledges To Tell All On May 11