Pembukaan Sekolah Ditangguh Pelajar Asrama Boleh Terus Kekal Atau Balik Rumah Kpm





Kementerian Pendidikan (KPM) mengumumkan sesi persekolahan secara bersemuka yang dijadualkan bermula 20 Januari di seluruh negara ditangguhkan berikutan keadaan semasa jangkitan COVID-19.

Menurut satu kenyataan hari ini, KPM memaklumkan sesi persekolahan bersemuka hanya akan melibatkan murid yang akan menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil Vokasional Malaysia (SVM), Sijil Kemahiran Malaysia (SKM), Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM), Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) dan Diploma Vokasional Malaysia (DVM) tahun 2020 serta peperiksaan antarabangsa yang setara.

“Semua murid sekolah rendah dan murid Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5 di sekolah menengah pula akan mengikuti pembelajaran melalui kaedah Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) mengikut kesesuaian guru dan murid mulai 20 Januari 2021,” kata kenyataan berkenaan.

Selain itu, kenyataan itu turut menyebut, memandangkan ada murid sudah mula mendaftar masuk di asrama mulai 16 Januari 2021, KPM telah membuat dua ketetapan masing-masing membabitkan sekolah berasrama penuh dan asrama sekolah harian seperti berikut:

Sekolah Berasrama Penuh

Murid Tingkatan 4 dan Tingkatan 5:

• boleh kekal di asrama dan mengikuti PdP secara dalam talian di sekolah; atau
• boleh pulang ke rumah dan mengikuti PdPR. Ibu bapa atau penjaga dibenarkan mengambil anak atau anak jagaan pulang pada bila-bila masa yang sesuai dengan mematuhi garis panduan yang ditetapkan.

Murid Tingkatan 5 (2020) dan Tingkatan 6:

• mengikuti PdP secara bersemuka di sekolah sehingga selesai peperiksaan.

Asrama Sekolah Harian

Murid Tingkatan 1, Tingkatan 4 dan Tingkatan 5:

• boleh kekal di asrama dan mengikuti PdP secara dalam talian di sekolah; atau
• boleh pulang ke rumah dan mengikuti PdPR. Ibu bapa atau penjaga dibenarkan mengambil anak atau anak jagaan pulang pada bila-bila masa yang sesuai dengan mematuhi garis panduan yang ditetapkan.

Murid Tingkatan 5 (2020) dan Tingkatan 6:

• mengikuti PdP secara bersemuka di sekolah sehingga selesai peperiksaan.

Selain itu, kenyataan itu juga menyebut, keperluan makan dan minum murid di asrama akan disediakan oleh pihak sekolah.

Bagi tujuan pengoperasian sekolah pula, kenyataan itu menyebut, semua guru hendaklah kembali ke stesen tempat bertugas masing-masing sebelum 20 Januari 2021.

“Guru yang terlibat dengan kelas peperiksaan SPM/SVM/SKM/STPM/STAM/DVM tahun 2020 perlu hadir ke sekolah untuk tujuan PdP secara bersemuka. Guru yang lain akan melaksanakan PdPR dan kehadiran ke sekolah adalah berdasarkan keperluan yang ditetapkan oleh ketua jabatan,” kata kenyataan itu.

Kata kenyataan itu lagi, bagi pelajar Kolej Matrikulasi, mereka perlu kekal di kolej masing-masing untuk terus mengikuti pembelajaran secara hibrid.

Sementara itu, semua pelajar Institut Pendidikan Guru (IPG) yang telah berada di asrama perlu kekal berada di asrama kampus.

“Pelajar yang masih belum mendaftar di asrama boleh memilih untuk masuk ke asrama atau kekal berada di rumah masing-masing. PdP untuk semua pelajar IPG akan dilaksanakan secara dalam talian mulai 17 Januari 2021.
“Perincian berkaitan pelaksanaan praktikum dan internship IPG akan dimaklumkan kelak,” katanya.

Pada masa yang sama, keyataan itu menyebut, semua tadika swasta yang berdaftar dengan KPM boleh terus beroperasi secara bersemuka.

“KPM menyarankan agar semua ketetapan ini turut diikuti oleh sekolah-sekolah yang tidak berdaftar dengan KPM, termasuk sekolah di bawah kerajaan negeri.

“KPM sentiasa komited membantu usaha kerajaan dalam melandaikan keluk penularan wabak COVID-19,” katanya.

Pada 12 Januari lalu, Menteri Kanan Pendidikan, Dr Mohd Radzi Md Jidin, berkata semua murid Tingkatan 1, 4 dan 6 serta murid Tahun 1 hingga 6 selain IPG di negeri dilaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) dibenarkan ke sekolah bermula 20 Januari.

Menurutnya, bagaimanapun murid-murid Tingkatan 2 dan 3 di negeri terbabit hanya dibenarkan ke sekolah pada 8 Mac depan.

“Untuk negeri-negeri PKPB, sekolah rendah dibuka dan proses PdP dijalankan secara bersemuka,” katanya ketika itu.

Sementara itu, hari ini, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata Malaysia merekodkan kes COVID-19 harian paling tinggi apabila sejumlah 4,029 kes positif dilaporkan dalam tempoh 24 jam lalu.




Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
[email protected]


©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.mindarakyat.net/2021/01/pembukaan-sekolah-ditangguh-pelajar.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Covid 19 Pembukaan Sekolah Di Seluruh Negara Pada 20 Januari Ditangguh Kpm

Covid 19 Pembukaan Sekolah Di Seluruh Negara Pada 20 Januari Ditangguh Kpm

papar berkaitan - pada 17/1/2021 - jumlah : 256 hits
Astro AwaniSemua murid sekolah rendah dan murid Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5 di sekolah menengah pula akan mengikuti pembelajaran melalui kaedah PdPR mengikut kesesuaian guru dan murid mulai 20 Januari 2021 KUALA LUMPUR Kementerian Pendid...
Kpm Lancar Buku Teks Digital Untuk Memudahkan Pelajar Sekolah

Kpm Lancar Buku Teks Digital Untuk Memudahkan Pelajar Sekolah

papar berkaitan - pada 14/1/2021 - jumlah : 310 hits
Sekarang negara kita dibawah pemerintahan darurat dan Perintah Kawalan Pergerakan 2 0 jadi banyak aktiviti ekonomi akan terjejas termasuk sesi pemelajaran di sekolah Bagi mereka yang tinggal di kawasan PKP sesi pembelajaran dilakukan sepenu...
Pembukaan Sekolah Ditunda Ini Jawapan Kpm

Pembukaan Sekolah Ditunda Ini Jawapan Kpm

papar berkaitan - pada 12/1/2021 - jumlah : 401 hits
Murid sekolah rendah dan pelajar sekolah menengah dari Tingkatan 1 hingga Tingkatan 4 yang belajar di negeri negeri yang akan dikuatkuasakan perintah kawalan pergerakan kedua akan meneruskan pembelajaran secara dalam talian di rumah Bagaima...
Sekolah Mama Bagus Idea Ibu Ini Penuhi Aktiviti Anaknya Di Rumah Musim Pkp

Sekolah Mama Bagus Idea Ibu Ini Penuhi Aktiviti Anaknya Di Rumah Musim Pkp

papar berkaitan - pada 15/1/2021 - jumlah : 557 hits
Memandangkan kes Covid masih lagi tinggi langkah kerajaan dengan menutup dulu sekolah di beberapa negeri berisiko adalah jalan terbaik untuk mengekang penularan wabak ini Bagaimanapun ibu bapa risau apabila anak duduk saja di rumah masa mer...
Plan Program Literasi Dan Numerasi Sekolah Rendah Atau Primary Literacy And Numeracy

Plan Program Literasi Dan Numerasi Sekolah Rendah Atau Primary Literacy And Numeracy

papar berkaitan - pada 16/1/2021 - jumlah : 713 hits
Salam semua Kali ini saya ingin berkongsi info tentang PLaN iaitu Program Literasi dan Numerasi Sekolah Rendah Saya ada kongsikan info ini di Facebook Page BLOG CIKGU HIJAU BACA PLaN Program Literasi Numerasi Sekolah Rendah1 PLaN Primary Li...
Kedai Gunting Rambut Tak Beroperasi Murid Boleh Berambut Panjang Ke Sekolah

Kedai Gunting Rambut Tak Beroperasi Murid Boleh Berambut Panjang Ke Sekolah

papar berkaitan - pada 16/1/2021 - jumlah : 282 hits
Pelajar dibenar memasuki ke sekolah dengan berambut panjang ekoran perkhidmatan gunting rambut masih belum dibenarkan beroperasi lapor Astro Awani
Selepas Kess C0 Vid Hari Ini Cecah Pada Empat Rlbu Menteri Pendidikan Terus Umum Apa Yang Akan Jadi Dengan Sesi Sekolah

Selepas Kess C0 Vid Hari Ini Cecah Pada Empat Rlbu Menteri Pendidikan Terus Umum Apa Yang Akan Jadi Dengan Sesi Sekolah

papar berkaitan - pada 17/1/2021 - jumlah : 250 hits
Di PUTRAJAYA Pada Semua murid sekolah rendah dan pelajar Tingkatan 1 hingga 5 di sekolah menengah perlu mengikuti pembelajaran melalui kaedah Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah mengikut kesesuaian guru dan murid mulai 20 Januari ini Keput...
Lelaki Ini Kongsi Cara Cetak Kerja Sekolah Anak Terus Ke Printer Guna Handphone Tak Perlu Laptop Mudah Jimat

Lelaki Ini Kongsi Cara Cetak Kerja Sekolah Anak Terus Ke Printer Guna Handphone Tak Perlu Laptop Mudah Jimat

papar berkaitan - pada 19/1/2021 - jumlah : 477 hits
Apabila kerajaan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan bukan hanya mereka yang bekerja terlibat bahkan anak anak turut menerima tempias Ini kerana mereka tidak menjalani pembelajaran seperti biasa di sekolah Terbaru Pihak Kementerian Pel...
Investigation Reveals Millions Of Ringgit Transferred Into Najib S Account Testifies Former Io

Follow Up Dengan 2 Doktor Pakar Di Kpj Seremban

Pbakl 2025 Peta Lokasi Acara Pesta Buku Antarabangsa Kl

The Enigmatic Voynich Manuscript Unraveling A Century Old Puzzle

Trump S Tariffs Market Jitters But Impact Likely Limited

Kuih Raya Homemade By Nieyl

Adakah Sabah Senyap Senyap Maju Bawah Pimpinan Hajiji

Why Every Homeowner In Katoomba Needs A Reliable Electrician On Speed Dial


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Raya Aidilfitri 2025

Menceraikan Istri Demi Wanita Lain Ini Kisah Cinta Khalid Bin Yazid Dan Ramlah

Night Side Songs A Pioneering Palliative Care Musical

5 Jenis Ujian Emosi Di Hari Raya

Wading Into Winter Here S Why Snow Waders Matter

Anggota Polis Parah Tertembak Diri Sendiri