Covid 19 Pembukaan Sekolah Di Seluruh Negara Pada 20 Januari Ditangguh Kpm


Astro Awani
Semua murid sekolah rendah dan murid Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5 di sekolah menengah pula akan mengikuti pembelajaran melalui kaedah PdPR mengikut kesesuaian guru dan murid mulai 20 Januari 2021. KUALA LUMPUR: Kementerian Pendidikan (KPM) mengumumkan sesi persekolahan secara bersemuka yang dijadualkan bermula 20 Januari di seluruh negara ditangguhkan berikutan keadaan semasa jangkitan COVID-19
 Menurut satu kenyataan hari ini, KPM memaklumkan sesi persekolahan bersemuka hanya akan melibatkan murid yang akan menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil Vokasional Malaysia (SVM), Sijil Kemahiran Malaysia (SKM), Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM), Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) dan Diploma Vokasional Malaysia (DVM) tahun 2020 serta peperiksaan antarabangsa yang setara
 "Semua murid sekolah rendah dan murid Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5 di sekolah menengah pula akan mengikuti pembelajaran melalui kaedah Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) mengikut kesesuaian guru dan murid mulai 20 Januari 2021," kata kenyataan berkenaan
 Selain itu, kenyataan itu turut menyebut, memandangkan ada murid sudah mula mendaftar masuk di asrama mulai 16 Januari 2021, KPM telah membuat dua ketetapan masing-masing membabitkan sekolah berasrama penuh dan asrama sekolah harian seperti berikut: Sekolah Berasrama Penuh 
*Murid Tingkatan 4 dan Tingkatan 5:
• boleh kekal di asrama dan mengikuti PdP secara dalam talian di sekolah; atau• boleh pulang ke rumah dan mengikuti PdPR. Ibu bapa atau penjaga dibenarkan mengambil anak atau anak jagaan pulang pada bila-bila masa yang sesuai dengan mematuhi garis panduan yang ditetapkan
 *Murid Tingkatan 5 (2020) dan Tingkatan 6:
• mengikuti PdP secara bersemuka di sekolah sehingga selesai peperiksaan
 Asrama Sekolah Harian *Murid Tingkatan 1, Tingkatan 4 dan Tingkatan 5:
• boleh kekal di asrama dan mengikuti PdP secara dalam talian di sekolah; atau• boleh pulang ke rumah dan mengikuti PdPR. Ibu bapa atau penjaga dibenarkan mengambil anak atau anak jagaan pulang pada bila-bila masa yang sesuai dengan mematuhi garis panduan yang ditetapkan
 *Murid Tingkatan 5 (2020) dan Tingkatan 6:
• mengikuti PdP secara bersemuka di sekolah sehingga selesai peperiksaan
 Selain itu, kenyataan itu juga menyebut, keperluan makan dan minum murid di asrama akan disediakan oleh pihak sekolah
 BACA: Sekolah di negeri PKPB, PKPP dibuka 20 Januari, tadika swasta beroperasi macam biasaBACA: Murid kelas peperiksaan di negeri PKP dibenarkan ke sekolah 20 JanuariBACA: COVID-19: 4,029 jangkitan, kes harian paling tinggi! Bagi tujuan pengoperasian sekolah pula, kenyataan itu menyebut, semua guru hendaklah kembali ke stesen tempat bertugas masing-masing sebelum 20 Januari 2021
 "Guru yang terlibat dengan kelas peperiksaan SPM/SVM/SKM/STPM/STAM/DVM tahun 2020 perlu hadir ke sekolah untuk tujuan PdP secara bersemuka. Guru yang lain akan melaksanakan PdPR dan kehadiran ke sekolah adalah berdasarkan keperluan yang ditetapkan oleh ketua jabatan," kata kenyataan itu
 Kata kenyataan itu lagi, bagi pelajar Kolej Matrikulasi, mereka perlu kekal di kolej masing-masing untuk terus mengikuti pembelajaran secara hibrid
 Sementara itu, semua pelajar Institut Pendidikan Guru (IPG) yang telah berada di asrama perlu kekal berada di asrama kampus
 "Pelajar yang masih belum mendaftar di asrama boleh memilih untuk masuk ke asrama atau kekal berada di rumah masing-masing. PdP untuk semua pelajar IPG akan dilaksanakan secara dalam talian mulai 17 Januari 2021
 "Perincian berkaitan pelaksanaan praktikum dan internship IPG akan dimaklumkan kelak," katanya
 Pada masa yang sama, keyataan itu menyebut, semua tadika swasta yang berdaftar dengan KPM boleh terus beroperasi secara bersemuka
 "KPM menyarankan agar semua ketetapan ini turut diikuti oleh sekolah-sekolah yang tidak berdaftar dengan KPM, termasuk sekolah di bawah kerajaan negeri
 "KPM sentiasa komited membantu usaha kerajaan dalam melandaikan keluk penularan wabak COVID-19," katanya
 Pada 12 Januari lalu, Menteri Kanan Pendidikan, Dr Mohd Radzi Md Jidin, berkata semua murid Tingkatan 1, 4 dan 6 serta murid Tahun 1 hingga 6 selain IPG di negeri dilaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) dibenarkan ke sekolah bermula 20 Januari
 Menurutnya, bagaimanapun murid-murid Tingkatan 2 dan 3 di negeri terbabit hanya dibenarkan ke sekolah pada 8 Mac depan
 "Untuk negeri-negeri PKPB, sekolah rendah dibuka dan proses PdP dijalankan secara bersemuka," katanya ketika itu
 Sementara itu, hari ini, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata Malaysia merekodkan kes COVID-19 harian paling tinggi apabila sejumlah 4,029 kes positif dilaporkan dalam tempoh 24 jam lalu


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2021/01/covid-19-pembukaan-sekolah-di-seluruh.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pembukaan Sekolah Ditangguh Pelajar Asrama Boleh Terus Kekal Atau Balik Rumah Kpm

Pembukaan Sekolah Ditangguh Pelajar Asrama Boleh Terus Kekal Atau Balik Rumah Kpm

papar berkaitan - pada 19/1/2021 - jumlah : 299 hits
Kementerian Pendidikan mengumumkan sesi persekolahan secara bersemuka yang dijadualkan bermula 20 Januari di seluruh negara ditangguhkan berikutan keadaan semasa jangkitan COVID 19 Menurut satu kenyataan hari ini KPM memaklumkan sesi persek...
Pembukaan Sekolah Ditunda Ini Jawapan Kpm

Pembukaan Sekolah Ditunda Ini Jawapan Kpm

papar berkaitan - pada 12/1/2021 - jumlah : 391 hits
Murid sekolah rendah dan pelajar sekolah menengah dari Tingkatan 1 hingga Tingkatan 4 yang belajar di negeri negeri yang akan dikuatkuasakan perintah kawalan pergerakan kedua akan meneruskan pembelajaran secara dalam talian di rumah Bagaima...
Kerajaan Putuskan Pkp Di Seluruh Negara 22 Januari Sehingga 4 Februari Kecuali Sarawak

Kerajaan Putuskan Pkp Di Seluruh Negara 22 Januari Sehingga 4 Februari Kecuali Sarawak

papar berkaitan - pada 19/1/2021 - jumlah : 309 hits
PUTRAJAYA Kerajaan memutuskan untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan selama 14 hari di enam negeri berkuat kuasa jam 12 01 tengah malam 22 Januari hingga 4 Februari Menteri Kanan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata enam negeri te...
Pkp Di Seluruh Negara Kecuali Sarawak Bermula 22 Januari Ismail Sabri

Pkp Di Seluruh Negara Kecuali Sarawak Bermula 22 Januari Ismail Sabri

papar berkaitan - pada 20/1/2021 - jumlah : 329 hits
Seluruh negara bermula 22 Januari ini berada di bawah Perintah Kawalan Pergerakan kecuali negeri Sarawak selepas Kedah Perak Negeri Sembilan Pahang Terengganu dan Perlis turut dikenakan perintah berkenaan Menteri Kanan Pertahanan Datuk Seri...
Pkp Kini Di Seluruh Negara Kecuali Sarawak

Pkp Kini Di Seluruh Negara Kecuali Sarawak

papar berkaitan - pada 19/1/2021 - jumlah : 301 hits
Oleh ZULKIFLI MANZOR19 Januari 2021 6 16 pmGambar hiasanPETALING JAYA Perintah Kawalan Pergerakan akan dilaksanakan di Kedah Perak Negeri Sembilan Pahang Terengganu dan Perlis selama 14 hari bermula Khamis ini Menteri Kanan Datuk Seri Ismai...
Gagal Isytihar Pkp Seluruh Negara Kerajaan Pn Lemah

Gagal Isytihar Pkp Seluruh Negara Kerajaan Pn Lemah

papar berkaitan - pada 20/1/2021 - jumlah : 290 hits
GAGAL ISYTIHAR PKP SELURUH NEGARA KERAJAAN PN LEMAHGagal isytihar PKP seluruh negara kerajaan PN lemahOleh January 20 2021Perintah Kawalan Pergerakan fasa kedua yang membingungkan rakyat mendapat kritikan mantan Timbalan Menteri Kesihatan D...
Sekolah Di Negeri Pkpb Amp Pkpp Tetap Dibuka 20 Januari 2021

Sekolah Di Negeri Pkpb Amp Pkpp Tetap Dibuka 20 Januari 2021

papar berkaitan - pada 12/1/2021 - jumlah : 437 hits
Menerusi sidang media hari ini Menteri Kanan Pendidikan Dr Radzi Jidin memaklumkan bahawa bagi kawasan negeri yang menjaalani Perintah Kawalan Pergerakkan hanya pelajar yang akan menduduki peperiksaan utama sahaja akan ke sekolah Untuk kawa...
Murid Sekolah Rendah Tingkatan Satu Hingga Empat Ikuti Pengajaran Dan Pembelajaran Di Rumah Mulai 20 Januari 2021

Murid Sekolah Rendah Tingkatan Satu Hingga Empat Ikuti Pengajaran Dan Pembelajaran Di Rumah Mulai 20 Januari 2021

papar berkaitan - pada 12/1/2021 - jumlah : 497 hits
Semua murid sekolah rendah dan Tingkatan Satu hingga Empat di kawasan Perintah Kawalan Pergerakan akan mengikuti pembelajaran melalui kaedah Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah mulai 20 Januari ini Kementerian Pelajaran Malaysia dalam satu...
13 Guru Positif Covid 19 Lima Sekolah Di Solok Selatan Diliburkan

13 Guru Positif Covid 19 Lima Sekolah Di Solok Selatan Diliburkan

papar berkaitan - pada 19/1/2021 - jumlah : 342 hits
Lima sekolah tersebut berada di Kecamatan Koto Parik Gadang Diateh Pauah Duo Sangir Jujuan dan Sangir Batang Hari Kelima sekolah diliburkan agar tidak terjadi penyebaran Covid 19
Term Limit Culture Emerging With Veteran Dap Trio S Exit Says Analyst

Who Else Nazri Backs Anwar For Second Term As Pm

Sprm Reman 4 Pegawai Ismail Sabri Kes Keluarga Malaysia

Punca Nahas Maut Isteri Tentera Menurut Polis

Sambut Raya Dengan Gaya Di Melawati Mall

Siti Kasim Schools Living Under Coconut Shell Muslim Preachers I Owe It To Kafir Britain For Who I M Today

25 Orang Penting Yang Wajib Diketahui

Macc Arrests Ismail Sabri S Officers


echo '';
Senarai Keputusan Pemenang Calon Top 5 Kategori Persembahan Penyampai Trofi Undian Tarikh Tiket Gempak Most Wanted Awards 2024 2025 Live Di Astro Ria Sooka

10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria


It S My Life I M Taking It Back

Advertise Up To 200 Million Emails

Burung Jatuhkan Tangan Manusia Di Halaman Sekolah

Pergi Luar Negara Isytihar Berbilion Balik Tarik Subsidi

Fadillah Sertai 4 000 Lebih Peserta Larian Kesedaran Autisme

Kepada Azalea Yang Dihormati Surat Terbuka Untukmu Hentikan Serangan Terhadap Fra