Pembuangan Sisa Tidak Dibenarkan Didakwa Punca Pencemaran Sungai Semenyih


SHAH ALAM, 29 Sept (Bernama) —  Pencemaran bau di sumber air yang menyebabkan Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Semenyih terpaksa ditutup selama kira-kira 10 jam bermula pukul 5 petang semalam disyaki berpunca daripada tindakan pihak tidak bertanggungjawab membuang sisa tidak dibenarkan ke dalam sistem pembentungan.
Pengerusi Jawatankuasa Tetap Alam Sekitar, Teknologi Hijau, Sains, Teknologi dan Inovasi (STI) dan Hal Ehwal Pengguna Selangor, Hee Loy Sian berkata lokasi pembuangan sisa tidak dibenarkan itu dikesan oleh Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) dan Jabatan Alam Sekitar (JAS) yang menjalankan siasatan ke atas sistem  ‘manhole’ atau lurang jaringan pembentung awam di Bandar Bukit Mahkota, Bangi dekat sini.
“Hasil siasatan mendapati satu lurang berbau pelarut di sekitar kawasan perumahan Bandar Bukit Mahkota yang berkemungkinan menjadi lokasi utama kemasukan pelarut sebelum ke loji kumbahan milik Indah Water Konsortium Sdn Bhd (IWK).
“Sisa pembuangan ini tidak dapat dirawat oleh loji kumbahan dan menyebabkan bau pelarut yang kuat dari pelepasan efluen loji IWK ini yang mengalir ke Sungai Beranang sebelum ke Sungai Semenyih yang merupakan sumber air kepada LRA Sungai Semenyih,” katanya.
Hee berkata bagi mengatasi masalah pencemaran bau berkenaan, pihaknya telah membuat pendosan ‘activated carbon’ atau karbon diaktifkan sebanyak 575 kilogram pada sekitar 3 pagi tadi di loji berkenaan dan berjaya menurunkan kadar bau kepada satu ton di pelepasan efluen loji.
“Hujan lebat pada malam semalam dan awal pagi tadi telah meningkatkan kadar pencairan sungai dan menyebabkan penurunan bau di Sungai Semenyih.
“Berikutan itu LRA Sungai Semenyih telah mula beroperasi sepenuhnya pada 4.30 pagi tadi,” katanya.
Hee berkata LUAS bersama pihak terlibat sedang berusaha mengenal pasti pihak yang melakukan pencemaran berkenaan dan mengambil tindakan yang sewajarnya untuk menangani isu berkenaan.
“Pihak terbabit yang melakukan pencemaran ini boleh dikenakan hukuman berdasarkan Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 oleh JAS atau Seksyen 79 Enakmen LUAS 1999 tertakluk kepada hasil analisa pensampelan daripada Jabatan Kimia Malaysia,” katanya.
Semalam, Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd dalam kenyataan berkata LRA Sungai Semenyih terpaksa dihenti tugas sepenuhnya akibat  pencemaran bau dengan bacaan lima ton, di sumber air mentah Sungai Semenyih.
Gangguan tidak berjadual itu menyebabkan sebanyak 204 kawasan melibatkan 372,031 akaun pelanggan berdaftar di Wilayah Petaling, Hulu Langat, Kuala Langat dan Sepang terjejas.
— BERNAMA


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2019/09/29/pembuangan-sisa-tidak-dibenarkan-didakwa-punca-pencemaran-sungai-semenyih/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Segarakan Laporan Pencemaran Sungai Segaliud

Segarakan Laporan Pencemaran Sungai Segaliud

papar berkaitan - pada 6/10/2019 - jumlah : 404 hits
Penduduk kampung merayu kepada Jabatan Alam Sekitar Sabah mempercepatkan laporan siasatan berhubung kejadian pencemaran di Sungai Segaliud Sandakan Sabah Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung Kampung Segaliud John Until berkata sejak...
Pencemaran Udara Jerebu Mummy Guna Pembersih Muka Neutrogena Deep Clean Foaming Cleanser

Pencemaran Udara Jerebu Mummy Guna Pembersih Muka Neutrogena Deep Clean Foaming Cleanser

papar berkaitan - pada 20/9/2019 - jumlah : 562 hits
Pencemaran Udara Jerebu Mummy Guna Pembersih Muka Neutrogena Deep Clean Foaming Cleanser Assalamualaikum dan selamat sejahtera Bila jerebu ini kulit muka mummy lain macam sket lah Berpasir dan cepat gatal Nasib baik mummy jumpa pembersih ya...
Air Selangor Hentitugas 4 Logi Rawatan Akibat Pencemaran Diesel 21 Julai 2019

Air Selangor Hentitugas 4 Logi Rawatan Akibat Pencemaran Diesel 21 Julai 2019

papar berkaitan - pada 20/9/2019 - jumlah : 594 hits
Rakyat Selangor akan mengalami gangguan bekalan air 21 Julai 2019 Kurang dari 3 hari masalah gangguan ini berlaku di kawasan Petaling Klang Shah Alam Gombak dan Kuala Langat Air Selangor The post appeared first on
Pencemaran Bau 204 Kawasan Di Selangor Bakal Hadapi Masalah Bekalan Air

Pencemaran Bau 204 Kawasan Di Selangor Bakal Hadapi Masalah Bekalan Air

papar berkaitan - pada 29/9/2019 - jumlah : 480 hits
AHMAD SHAHERMAN SHAMSURI 28 September 2019 8 37 PM SHAH ALAM Seramai 372 031 akaun pelanggan berdaftar di empat buah daerah di Selangor mengalami gangguan air tidak
Darurat Pencemaran Udara Di Riau Segera Dicabut

Darurat Pencemaran Udara Di Riau Segera Dicabut

papar berkaitan - pada 30/9/2019 - jumlah : 229 hits
Menurut Syamsuar pertimbangan untuk mencabut status darurat hingga akhir bulan tersebut telah mendengarkan berbagai masukan dari beberapa pihak antara lain dari Pusat Pengendalian Pembangunan Ekoregion Kementerian Lingkungan Hidup dan Kehut...
Malaysia Di Tempat Pertama Pencemaran Udara Tertinggi Dunia

Malaysia Di Tempat Pertama Pencemaran Udara Tertinggi Dunia

papar berkaitan - pada 19/9/2019 - jumlah : 786 hits
Amat malang sekali apabila negara menjuarai statistik global dalam perkara yang tidak diingini Susulan epidemik jerebu yang melanda negara sejak beberapa minggu lalu Malaysia kini berada di kedudukan teratas dalam senarai negara dengan penc...
Indeks Pencemaran Udara Malaysia Terkini

Indeks Pencemaran Udara Malaysia Terkini

papar berkaitan - pada 18/9/2019 - jumlah : 325 hits
Indeks Pencemaran Udara Malaysia TerkiniNak tahu Indeks Pencemaran Udara Malaysia Terkini
Pemprov Jabar Siapkan Payung Hukum Untuk Menindak Puluhan Pabrik Cemari Sungai

Pemprov Jabar Siapkan Payung Hukum Untuk Menindak Puluhan Pabrik Cemari Sungai

papar berkaitan - pada 3/10/2019 - jumlah : 258 hits
Kepala Dinas Lingkungan Hidup Jabar Bambang Riyanto menjelaskan penanganan sungai tersebut sudah diambil alih oleh Pemprov Jabar dari Pemkab Bogor
Selepas Lebih Setahun Di Dalam Sungai Iphone Milik Seorang Wanita Ditemui Penyelam Dan Masih Berfungsi Dengan Baik

Selepas Lebih Setahun Di Dalam Sungai Iphone Milik Seorang Wanita Ditemui Penyelam Dan Masih Berfungsi Dengan Baik

papar berkaitan - pada 5/10/2019 - jumlah : 418 hits
Reading Time 2 minutesiPhone tersebut dipulangkan semula kepada pemiliknya Seorang YouTuber bernama Michael Bennett telah menemui sebuah iPhone 6s ketika membuat selaman dan pencarian di dalam sungai Edisto yang terletak Carolina Selatan De...
Ultimate Recipe For Beef Cheeks In Pressure Cooker

Hiburan Move On Lah Tak Akan Berkawan Dah Tular Video Bekas Suami Makan Bersama Pelakon Wanita Puteri Zarith Bersuara

Hari Terbuka Tvet Yrms Ilkbs 2025 Memperkasa Belia Melalui Kemahiran Dan Peluang

Pesta Rona Kata Di Bank Negara Malaysia Museum And Art Gallery

Cuktech Perkenal Keperluan Pengecasan Pintar Untuk Setiap Peranti Moden

Score Massive Savings On Your Tech Wishlist Because The Huawei 11 11 Grand Sale Is Here

Situs Pkv Games Menyediakan Pengalaman Bermain Yang Tak Terlupakan

Kerajaan Diseru Untuk Menaikkan Gaji Penterjemah Mahkamah Bagi Mengatasi Kekurangan Mereka


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Kejayaan Arsitektur Dan Warisan Budaya Di Paw Singa Sigiriya

Senarai Pemain Skuad Harimau Malaysia Untuk Pertandingan Terkini

Belum Terlewat Untuk Fam Kembali Ke Pangkal Jalan

From Romans Learn Shipbuilding From Malays To Flying Malays Top 10 Mockeries Levelled At Prof Sambal Belacan

Maritim Malaysia Aktifkan Operasi Carilamat Mangsa Bot Karam Di Perairan Langkawi

4 Hari Test Drive Hyundai Tucson Hybrid Ini Perkara Luar Biasa Berlaku Kat Aku