Pembentukan Kerajaan Ph Mungkin Dilakukan Segera



Pertukaran kerajaan daripada Perikatan Nasional (PN) kepada Pakatan Harapan (PH) mungkin tidak menunggu sehingga sesi sidang Parlimen Julai dan melalui Undi Tidak Percaya.
Hal ini berikutan, beberapa petanda perubahan politik melibatkan sekutu dalam PN dan kekuatan PH dalam melakukan rundingan.
Semalam, Ahli-Ahli Parlimen KEADILAN dalam satu kenyataan sepakat di atas usaha untuk mengembalikan kerajaan PH di Putrajaya dalam tempoh segara.
Menurut kenyataan bersama yang dikeluarkan oleh 39 para Ahli parlimen KEADILAN itu, langkah berkenaan bertujuan mengembalikan kuasa kepada pemerintah yang berhak agar Malaysia tidak terus dimusnahkan ekonomi dan pentadbirannya oleh kerajaan PN.
“Kami mengambil maklum bahawa proses rundingan dan perbincangan dengan semua pihak masih berterusan demi mengembalikan mandat rakyat ke tempat yang sepatutnya pada kadar segera.
“Ini bukan pertarungan elit politik untuk merebut kuasa tetapi adalah usaha membawa agenda Reformasi sebenar yang mengutamakan kepedulian rakyat.
“Sebarang peralihan kuasa perlu berlaku – sepertimana yang dijanjikan – berjalan dengan tertib dan aman, serta mengikut lunas undang-undang,” kata Ahli Parlimen Sungai Petani, Datuk Johari Abdul yang bertindak sebagai jurucakap kumpulan itu dalam satu kenyataan.
Selain itu, Johari berkata, Ahli-Ahli Parlimen KEADILAN juga menekankan keperluan bermuhasabah dan meneliti usaha selama ini untuk menepati janji-janji yang dibuat serta mengelak dari mengulangi kesilapan-kesilapan yang telah berlaku.
“Kami berpendirian bahawa PH perlu terus diperkukuh kerana mandat rakyat telah diberi kepada PH dengan jelas pada PRU14 lalu.
“Kami juga membincangkan usaha penelitian dan penggubalan dasar-dasar yang mengutamakan nasib rakyat, serta keperluan untuk mengemaskini gerak langkah memperkukuh agenda Reformasi di dalam dan di luar Parlimen,” katanya lagi.
Sehubungan itu, Ahli Parlimen KEADILAN, kata Johari, turut diingatkan agar menitikberatkan kebajikan rakyat terutama yang terkesan akibat Covid-19, termasuk yang kehilangan pendapatan dan pekerjaan, di mana usaha menyeluruh diperlukan bagi memulihkan kehidupan mereka.
Beberapa hari ini, situasi politik Malaysia kembali memanas apabila media-media atas talian dan sosial mula meramal akan berlakunya peralihan kuasa sekali lagi apabila wujud tanda-tanda penarikan sokongan beberapa Ahli Parlimen daripada PN.
Salah satu yang menjadi tumpuan adalah Gabungan Parti Sarawak (GPS) yang mempunyai 18 kerusi dan telah menyatakan pendirian tidak akan terlibat dalam kerjasama mendalam atau mengikat dengan PN.
Ahli-Ahli Parlimen Bebas dari Malaysia Timur juga mungkin tidak lagi menyokong PN selepas melihat sikap Pas dan Umno yang memainkan isu agama sempit seperti mahu menghalang penjualan arak kepada bukan Islam bagi mengatasi isu pemandu mabuk. Cadangan yang dilontarkan oleh pemimpin Pas itu juga menimbulkan serangan balas daripada pimpinan GPS baru-baru ini.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://suarapakatandaily.com/archives/27901

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kerajaan Pasir Dua Butir Muhyiddin Tak Mungkin Dapat Berfungsi Baik Wajar Berundur Segera

Kerajaan Pasir Dua Butir Muhyiddin Tak Mungkin Dapat Berfungsi Baik Wajar Berundur Segera

papar berkaitan - pada 19/5/2020 - jumlah : 544 hits
Jika pada sebelah pagi di Dewan Rakyat semalam sokongan Ahli Ahli Parlimen terhadap Muhyiddin Yassin didapati berjumlah 114 berdasarkan jumlah yang duduk di barisan kerajaan hanya beberapa jam kemudian ia telah berkurangan menjadi 113 Ia be...
Hubungan Najib Dan Syarikat Israel Kerajaan Pn Perlu Siasat Segera

Hubungan Najib Dan Syarikat Israel Kerajaan Pn Perlu Siasat Segera

papar berkaitan - pada 31/5/2020 - jumlah : 672 hits
Oleh FAIZ FADZIL Laporan media Israel Calcalist pada 28 Mei 2020 mendedahkan bahawa rejim Najib Razak pada April 2018 telah menjalankan transaksi komersial bernilai US 1 5 juta dengan syarikat Israel Senpai Technologies Ltd Merujuk dokumen ...
Peralihan Kerajaan Mungkin Sebelum Sidang Parlimen Pada Julai Salahuddin

Peralihan Kerajaan Mungkin Sebelum Sidang Parlimen Pada Julai Salahuddin

papar berkaitan - pada 31/5/2020 - jumlah : 396 hits
Diterbitkan Hari ini 10 35 pmTimbalan Presiden Amanah Salahuddin Ayub memberi gambaran bahawa Pakatan Harapan mungkin dapat merampas semula Putrajaya daripada kerajaan Perikatan Nasional sebelum persidangan parlimen akan datang yang dijangk...
Kemelut Pn Ph Pru Mungkin Pilihan Terakhir Bentuk Kerajaan Kukuh

Kemelut Pn Ph Pru Mungkin Pilihan Terakhir Bentuk Kerajaan Kukuh

papar berkaitan - pada 23/5/2020 - jumlah : 306 hits
PAS UMNO dijangka boleh menang selesa melalui Muafakat NasionalBANGI 29 Ramadan 1441H Jumaat Meskipun negara kini diuruskan dengan baik oleh Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin namun kedudukan kerajaan dilihat masih lagi tidak stabil k...
Kerajaan Perlu Bertindak Segera Atas Kes Buli

Kerajaan Perlu Bertindak Segera Atas Kes Buli

papar berkaitan - pada 22/5/2020 - jumlah : 437 hits
BUKIT MERTAJAM Seorang wanita berusia 20 tahun dipercayai menggantung dirinya Selasa lalu selepas satu video TikTok beliau dengan seorang rakan sekerjanya menjadi bahan cemuhan di Facebook Thivyaanayagi Rajendran 20 dalam satu nota dikataka...
Awas Anda Mungkin Dalam Bahaya Jika Kehilangan Salinan Ic

Awas Anda Mungkin Dalam Bahaya Jika Kehilangan Salinan Ic

papar berkaitan - pada 1/6/2020 - jumlah : 1311 hits
BANGI 9 Syawal 1441H Isnin Naib Pengerusi Pertubuhan Pembela Pembela Islam Cikgu Izzat Johari hari ini sekali mengingatkan orang ramai agar berhati hati dan menjaga salinan kad pengenalan masing masing Ini kerana katanya kehilangan salinan ...
Realme Mungkin Muncul Dengan Fon Telinga Tanpa Wayar Seakan Apple Airpods Pro

Realme Mungkin Muncul Dengan Fon Telinga Tanpa Wayar Seakan Apple Airpods Pro

papar berkaitan - pada 2/6/2020 - jumlah : 358 hits
Fon telinga tanpa wayar adalah menjadi trend pada masa kini Ianya amat sesuai untuk golongan yang benci akan fon telinga dengan wayar berselirat Selepas muncul dengan 3 fon telinga tanpa wayar iaitu Realme Buds Air Buds Air Neo dan Buds Q R...
Malaysiakini Guna Perkataan Mungkin Untuk Menjadi Laman Psywar Ph

Malaysiakini Guna Perkataan Mungkin Untuk Menjadi Laman Psywar Ph

papar berkaitan - pada 2/6/2020 - jumlah : 277 hits
Dulu Malaysiakini adalah portal terbaik dan dibanyak paling ramai Dulu berada diranking Alexa antara 13 15 tapi kini berada sekitar 40 Laman kini berada ditangga terbaik dan semasa saya menulis ini kedudukan MalaysiaGazette adalah ke 16 Mal...
Elderly Woman Killed In Hit And Run Accident At Traffic Light

The Evolution Of Gaming Technology How Video Games Have Transformed Over The Years

Madani Wins Ayer Kuning But Psm Makes Waves While Pn S Pig Agenda Fails

Powering Up Zambia A Look Into The Electricity Sector

Kempen Ladang Babi Pn Gagal Sekat Madani Psm Ganda Undi

Encouraging Movement From A Young Age Promises A Bright Future

Bn Menang Besar

Paul Rudd Kembali Bersama Nintendo Dalam Iklan Switch 2 Terbaru


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


100 Jenis Style Gambar Lukisan Kartun Yang Boleh Dihasilkan Menerusi Chatgpt

Kaedah Relaksasi Otot Kurangkan Stress

Ai Team Subscribers April 27 2025

Skmm Diperalatkan Nurul Izzah Nafi Buat Laporan Skmm Terhadap Aliff Ahmad

Jdt Dinobatkan Juara Unifi Piala Malaysia Selepas Sewaskan Sri Pahang Fc 2 1 Di Stadium Nasional Bukit Jalil

Sarapan Pengantin Rumah Terbuka Aidilfitri Mengopi Di Hari Sabtu