Kerajaan Perlu Bertindak Segera Atas Kes Buli




BUKIT MERTAJAM: Seorang wanita berusia 20 tahun dipercayai menggantung dirinya Selasa lalu selepas satu video TikTok beliau dengan seorang rakan sekerjanya menjadi bahan cemuhan di Facebook.
Thivyaanayagi Rajendran, 20, dalam satu nota dikatakan bunuh diri memberitahu, beliau menamatkan riwayat hidupnya selepas diserang kerana “berdating” dengan seorang lelaki Bangladesh yang bekerja dengannya sebagai juruwang di kedai 7-Eleven di Auto City, Juru, di sini.
Menurut keluarganya, tanggapan “berdating” itu datang daripada satu video menunjukkan beliau dengan seorang pekerja asing, yang cuba melakonkan satu adegan dalam sebuah lagu berbahasa Hindi. Video itu dirakamkan ketika kedua-duanya kelihatan duduk di belakang kaunter juruwang.
Video yang dimuat naik rakan sekerja wanita itu kemudiannya dimuat naik semula oleh seorang pengguna Facebook bernama “Joker Oruvan” dengan satu catatan bahasa Tamil yang ditukar kepada bahasa rumi: “Bagaimana gadis ini jatuh cinta dengan seorang Bangla…semua orang tentu merestui anda.”
Pakcik Thivyaanayagi, K Sathyaseelan berkata catatan itu, yang terus menyerang anak saudaranya, mendapati lebih 300 komen yang kebanyakannya mencemuh beliau kerana “berdating” dengan warga asing.
Catatan itu dipadamkan kemudian.
Sathyaseelan berkata, fikiran anak saudaranya terganggu disebabkan komen itu dan laporan polis dibuat pada 19 Mei lalu.
Katanya, polis memaklumkan perkara itu akan dirujuk kepada unit jenayah siber.
“Tetapi, catatan itu masih ada hari itu dan masih ada orang yang memberikan komen. Kami meminta polis menghentikannya.
“Kami kemudian menghantar satu mesej kepada pengendali laman itu meminta mereka memadamkan video itu.
“Pengendali itu meminta kami membuat rakaman video ‘mohon maaf’ jika mahu video itu diturunkan. Kami tidak tahu kenapa perlu minta maaf. Mereka biadab ketika kami minta mereka padam catatan itu,” kata Sathyaseelan.
Katanya, Thivyaanayagi kembali ke biliknya kira-kira 8 malam dan apabila panggilan telefon tidak dijawab, abangnya Taran memecah masuk ke biliknya dan mendapati beliau menggantung diri dengan dupatta (selendang) di lehernya pada 9.30 malam.
Thivyaanayagi diisytiharkan meninggal dunia setibanya di hospital.
Doktor yang melakukan bedah siasat di Hospital Seberang Jaya memberitahu Taran, pemandu lori berusia 25 tahun, yang Thivyaanayagi meninggal dunia kerana asfiksia dan leher patah. Mayat adiknya dibakar semalam.
Sathyaseelan berkata, Thivyaanayagi meninggalkan satu nota bunuh diri meminta maaf kerana terbabit dalam video yang “memalukan” keluarganya.
“Sebab saya mengambil keputusan ini kerana Joker Oruvan memuat naik video saya ke Facebook dan merosakkan nama saya dan keluarga saya,” demikian sebahagian nota yang ditulis dalam bahasa Inggeris itu.
Sathyaseelan berkata, anak saudaranya sudah bertunang dengan teman lelakinya selama 3 tahun dan mereka merancang berkahwin pada Disember ini.
Katanya, Thivyaanayagi akan genap 21 tahun pada Julai ini.
“Kami mahukan keadilan. Beliau hanya berusia 20 tahun. Mereka yang memuat naik catatan itu untuk mempersendakannya perlu dipenjarakan. Disebabkan serangan mereka, beliau mengambil nyawanya sendiri.”
Ahli Majlis Perbandaran Seberang Perai, P David Marshel, yang pertama kali menangani perkara sedemikian, berkata isu itu sebahagian daripada budaya buli siber lebih besar yang sering diabaikan.
Katanya, kerajaan perlu bertindak segera kerana mungkin ada kes buli lain yang tidak dikesan.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Shafee Abd Samad berkata kes itu diklasifikasikan sebagai kematian mengejut.

MR :  Buli apa sekali pun sangat dilarang


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
[email protected]


©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mindarakyat.blogspot.com/2020/05/kerajaan-perlu-bertindak-segera-atas.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Harga Barang Meningkat Ph Gesa Kerajaan Tangkas Bertindak

Harga Barang Meningkat Ph Gesa Kerajaan Tangkas Bertindak

papar berkaitan - pada 18/5/2020 - jumlah : 278 hits
Majlis Setiausaha Pakatan Harapan menggesa kerajaan bertindak tegas melaksanakan tindakan kawalan agar tiada pencatutan mahupun kenaikan harga yang berlaku ketika diambang Syawal Majlis Setiausaha berkata ketika ini harga barangan basah dan...
Kerajaan Pasir Dua Butir Muhyiddin Tak Mungkin Dapat Berfungsi Baik Wajar Berundur Segera

Kerajaan Pasir Dua Butir Muhyiddin Tak Mungkin Dapat Berfungsi Baik Wajar Berundur Segera

papar berkaitan - pada 19/5/2020 - jumlah : 504 hits
Jika pada sebelah pagi di Dewan Rakyat semalam sokongan Ahli Ahli Parlimen terhadap Muhyiddin Yassin didapati berjumlah 114 berdasarkan jumlah yang duduk di barisan kerajaan hanya beberapa jam kemudian ia telah berkurangan menjadi 113 Ia be...
Kes Rasuah Dan Salah Guna Kuasa Kerajaan Pakatan Harapan Negeri Selangor

Kes Rasuah Dan Salah Guna Kuasa Kerajaan Pakatan Harapan Negeri Selangor

papar berkaitan - pada 11/5/2020 - jumlah : 534 hits
Baru baru ini heboh tentang siasatan SPRM mengenai kontrak RM 30 juta Kementerian Kesihatan Malaysia Perkara ini menjadi peluru kepada ahli ahli politik PH menyerang KKM yang sedang bertarung siang dan malam untuk membendung penularan COVID...
Pendedahan Berkenaan Kes Saman Haji Hadi Ke Atas Sarawak Report

Pendedahan Berkenaan Kes Saman Haji Hadi Ke Atas Sarawak Report

papar berkaitan - pada 21/5/2020 - jumlah : 480 hits
Semalam Tulang Besi mengikuti temuramah Iswardy Morni dengan Claire Brown Antara isu paling utama yang dibincangkan adalah berkenaan kes saman Haji Hadi Awang ke atas Claire Brown Beberapa perkara utama yang perlu disebut dari temuramah ter...
Pembentukan Kerajaan Ph Mungkin Dilakukan Segera

Pembentukan Kerajaan Ph Mungkin Dilakukan Segera

papar berkaitan - pada 29/5/2020 - jumlah : 272 hits
Pertukaran kerajaan daripada Perikatan Nasional kepada Pakatan Harapan mungkin tidak menunggu sehingga sesi sidang Parlimen Julai dan melalui Undi Tidak Percaya Hal ini berikutan beberapa petanda perubahan politik melibatkan sekutu dalam PN...
Tiada Kematian Covid 19 Kes Baharu 15

Tiada Kematian Covid 19 Kes Baharu 15

papar berkaitan - pada 28/5/2020 - jumlah : 339 hits
PUTRAJAYA Tiada kematian Covid 19 dilaporkan hari ini manakala kes baru pula menurun daripada 3 angka kepada 2 angka Angka korban kekal pada 115 orang sementara 15 kes baru dicatatkan hari ini menjadikan keseluruhan 7 619 orang dijangkiti C...
Tiada Kes Positif Covid 19 Lain Dikesan Daripada Mesyuarat Pasca Kabinet

Tiada Kes Positif Covid 19 Lain Dikesan Daripada Mesyuarat Pasca Kabinet

papar berkaitan - pada 28/5/2020 - jumlah : 315 hits
PUTRAJAYA 27 MEI Tidak ada kes positif Covid 19 yang lain dikesan daripada mesyuarat pasca Kabinet Rabu lepas kata Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah Mengenai mesyuarat pasca Kabinet semua yang menghadiri atau anggota me...
Pengajaran Dari Kes Puding Beracun

Pengajaran Dari Kes Puding Beracun

papar berkaitan - pada 28/5/2020 - jumlah : 1682 hits
Pengajaran dari kes puding buih ini ialah apa jua yang kita buat perlu ada ilmu dan melakukan pembelajaran secara berterusan Dapatkan panduan lengkap untuk menjalankan perniagaan makanan dan penghantaran dari rumah agar usaha anda tidak sia...
Siti Mastura Pays Rm830k Pending Appeal In Dap Leaders Defamation Case

Mengapa Sholat Sebaiknya Dilakukan Di Awal Waktu

All The Android Updates Coming To The Samsung Galaxy S25 Series And More

Ringgit Strengthens After Bnm Maintains Opr At 3

Skills Of Nursing A Guide To Success In The Healthcare Field

Sarawak Enforces New Anti Rabies Vaccination Order

Buffet Ramadan 2025 Bangi Golf Resort

Dari Sekolah Sam Bestari Subang Jaya Ke Kampus Uia Kuantan Pahang


echo '';
4 Tanda Ketagihan Yang Jelas Pada Wajah Seorang Penagih Syabu Ice

Biodata Putra Abdullah Atlet Muay Thai Boxing Malaysia Seangkatan Johan Ghazali Jojo Team Jordan Boy

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Akad Yang Terlindung Slot Samarinda TV3


Lirik Lagu Mungkin Harith Zazman Alex Ungku

Trends In The Domain Industry

Ku Sangkakan 2 Je Rupanya

Aktiviti Lawatan Ppim Ke Gardenia Bakeries Bakers Maison Ppim 23 01 2025

Makan Malam Di Dapur Tomyam Kempas Indah

Resipi Nasi Jagung Sedap Ikut Cara Masak Kenduri