Pembeli Bersetuju Membeli Barangan Rosak Atau Cacat



Soalan:
Semalam saya ada membeli sebiji durian dengan harga yang murah. Sebelum membeli, penjual telah memberitahu kepada saya bahawa durian tersebut telah ditebuk oleh tupai. Kerana itu penjual telah menjual kepada saya dengan harga yang murah dan saya telah bersetuju dengan perkara tersebut. Soalan saya, bolehkah saya mengembalikan durian tersebut selepas membelinya kerana timbul rasa menyesal selepas pembelian tersebut dilakukan? Mohon penjelasan.

Jawapan:
Konsep utama yang telah digariskan di dalam Islam bagi amalan jual beli adalah perlu kepada saling redha-meredhai antara penjual dan pembeli dalam mensahihkan sesuatu akad jual beli. Perkara ini ada dinyatakan di dalam al-Quran dan hadith berikut:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لَا تَأْكُلُوا أَمْوَالَكُم بَيْنَكُم بِالْبَاطِلِ إِلَّا أَن تَكُونَ تِجَارَةً عَن تَرَاضٍ مِّنكُمْ
“Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu makan (gunakan) harta-harta kamu sesama kamu dengan jalan yang salah (tipu, judi dan sebagainya), kecuali dengan jalan perniagaan yang dilakukan secara suka sama suka di antara kamu.” (Surah al-Nisa’: 29)

Imam al-Qurtubi menjelaskan bahawa kalimah ‘batil’ ini bermaksud dengan cara yang bukan hak seperti riba, judi, kezaliman serta perkara-perkara lain yang dilarang kecuali dengan jalan perniagaan yang terdapat padanya redha di antara penjual dan pembeli. (Lihat Jami’ li Ahkam al-Quran, 5/151)

Begitu juga dalam satu hadith yang diriwayatkan oleh Dawud bin Salih al-Madani daripada ayahnya telah berkata bahawa dia telah mendengar Abu Sa'id al-Khudri R.A berkata bahawa Nabi SAW bersabda:

إِنَّمَا الْبَيْعُ عَنْ تَرَاضٍ
“Sesungguhnya jual beli itu dengan cara sukarela.” [Riwayat Ibn Majah (2185)]

Jual beli yang harus dan menepati syarak akan memberi kesan dan implikasi iaitu bertukarnya pemilikan dengan syarat berlakunya keredaan antara penjual dan pembeli. Ianya akan dikira sebagai muktabar. (Lihat Masabih al-Tanwir 'ala Sahih al-Jami' al-Saghir, 1/425)

Imam al-Son’ani menyebut, keredhaan adalah perkara yang tersembunyi dan tidak dapat dilihat. Justeru itu, ianya perlu disandarkan kepada perkara-perkara yang jelas secara zahir seperti lafaz yang menunjukkan kepada rasa redha dan lain-lain. (Lihat Subul al-Salam, 1/2)

Menjawab kepada persoalan di atas, sekiranya pihak peniaga telah memberitahu kepada pembeli tentang kecacatan yang ada pada barang jualan tanpa menyembunyikan sebarang kecacatan, namun pembeli tetap mahu melakukan pembelian ke atas barang tersebut, maka pembeli sudah tidak ada hak khiyar selepas pembelian tersebut. Ini kerana, pembeli dikira melakukan pembelian tersebut dengan kerelaannya dan telah redha terhadap kecacatan yang ada itu. Dalam satu kaedah fiqh menyebut:

الرِّضَا بِالشَّيْءِ رِضًا بِمَا يَتَوَلَّدُ مِنْهُ
“Redha dengan sesuatu adalah redha dengan apa yang terbit daripadanya.”

Demikian itu, mereka yang meredhai di atas sesuatu perkara atau perintah, maka mereka dikira telah redha di atas kesan yang mendatang daripada semua perkara yang dihasilkan daripada perkara atau perintah tersebut. (Lihat al-Qawaid al-Fiqhiyyah wa Tatbiqatuha fi al-Mazahib al-Arbaah, 2/727)

Kesimpulan

Tuntasnya, amalan jual beli perlulah didasari dengan saling redha-meredhai antara penjual dan pembeli. Seseorang yang melakukan penjualan atau pembelian di atas sesuatu barangan, maka dia perlulah melakukan dengan kerelaan hati sendiri dengan penuh kebebasan memilih dan kemahuan diri sendiri. Seperti isu di atas, sekiranya penjual telah menjelaskan tentang kecacatan yang ada pada barang yang dijual, dan pembeli bersetuju untuk membelinya walaupun mengetahui tentang kecacatan tersebut, maka tidak ada lagi hak khiyar kepada pembeli selepas akad dibuat. Ini kerana, perkara perbuatan tersebut telah menunjukkan bahawa pembeli telah redha terhadap kecacatan yang ada itu sekaligus menghilangkan hak khiyar kepada pembeli.

Semoga penjelasan ini memberi kefahaman kepada kita semua dalam bermuamalah menurut syariat Islam yang sebenar. Amin.

Oleh: Ustaz Dr. Zulkifli Mohamad Al Bakri | Mufti Wilayah Persekutuan
+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media

Oh! Makan
Sumber: Oh! Media

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.terengganu11.com/2019/08/pembeli-bersetuju-membeli-barangan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pembeli Melambatkan Pemulangan Barangan Cacat Adakah Masih Memiliki Hak Khiyar

Pembeli Melambatkan Pemulangan Barangan Cacat Adakah Masih Memiliki Hak Khiyar

papar berkaitan - pada 1/8/2019 - jumlah : 254 hits
Soalan Saya baru sahaja berpindah ke rumah baru dan telah menempah satu set meja makan untuk digunakan di rumah baru tersebut Setelah menerima set meja makan itu saya dapati bahawa salah satu daripada kaki meja tersebut telah bengkok Namun ...
Pembeli Kini Ada Tempoh 15 Tahun Untuk Saman Pemaju Sekiranya Rumah Dibeli Rosak Peguam Kongsi Caranya

Pembeli Kini Ada Tempoh 15 Tahun Untuk Saman Pemaju Sekiranya Rumah Dibeli Rosak Peguam Kongsi Caranya

papar berkaitan - pada 21/7/2019 - jumlah : 271 hits
Hancur harapan apabila rumah idaman yang dibeli pada harga ratusan ribu ringgit akhirnya berakhir dengan keretakan setelah beberapa tahun dihuni Kes keretakan bangunan seringkali berlaku antaranya daripada pergerakan tanah dan foundation ba...
Homestay Rumah Tamu Atau Hotel

Homestay Rumah Tamu Atau Hotel

papar berkaitan - pada 29/7/2019 - jumlah : 439 hits
Rasanya ramai akan lebih pilih rumah tamu berbanding hotel terutama jika ramai ia lebih jimat dan selalunya lebih selesa sebab ada pelbagai kemudahan yang tiada di hotel contoh ada tempat memasak mesin basuh penyidai dan kadang kala ruang y...
Boleh Ke Seseorang Diangkat Jadi Pm Untuk Partinya Sahaja Atau Satu Parti Yang Sokongnya

Boleh Ke Seseorang Diangkat Jadi Pm Untuk Partinya Sahaja Atau Satu Parti Yang Sokongnya

papar berkaitan - pada 29/7/2019 - jumlah : 283 hits
PM mesti seseorang yang boleh diterima semua kawan dan lawan Dalam hal ini jika disenaraikan dari Wan Azizah hinggalah ke Ku Li siapa agaknya yang boleh diterima semua selepas Mahathir tiada Kerajaan hari ini perlu dibubar sebaik sahaja Mah...
Fakta Tentang Renminbi Atau Yuan Untuk Perdagangan Internasional

Fakta Tentang Renminbi Atau Yuan Untuk Perdagangan Internasional

papar berkaitan - pada 29/7/2019 - jumlah : 218 hits
Renminbi atau yuan menjadi mata uang untuk transaksi perdagangan internasional bagaimana penjelasannya
Kpm Jamin Penstrukturan Tidak Melibatkan Pegawai Hilang Jawatan Turun Pangkat Atau Gred

Kpm Jamin Penstrukturan Tidak Melibatkan Pegawai Hilang Jawatan Turun Pangkat Atau Gred

papar berkaitan - pada 29/7/2019 - jumlah : 503 hits
Imej hiasan via Kementerian Pendidikan MalaysiaKementerian Pendidikan Malaysia melalui satu kenyataan media memberi jaminan kepada semua pegawai yang terlibat dalam penstrukturan baru kementerian tersebut tidak akan kehilangan jawatan penur...
Jangan Tanya Soalan Ini Kepada Lim Kit Siang Atau Anwar

Jangan Tanya Soalan Ini Kepada Lim Kit Siang Atau Anwar

papar berkaitan - pada 30/7/2019 - jumlah : 472 hits
Jangan ada sesiapa yang cuba sanggah kenyataan Azmin ini kerana dia sedang luka Azmin hanya sedang sediakan lubang jerangkap samar untuk yang mencuba YB Kapar sudah jadi mangsa pertama Beranikah parti mengambil tindakan disiplin ke atasnya ...
Lebih Utama Berdzikir Dengan Jari Atau Alat Tasbih Ini Penjelasannya

Lebih Utama Berdzikir Dengan Jari Atau Alat Tasbih Ini Penjelasannya

papar berkaitan - pada 29/7/2019 - jumlah : 340 hits
Berzikir termasuk hal yang dianjurkan dilakukan oleh setiap Muslim Berzikir menggunakan alat tasbih juga termasuk hal yang sunah dilakukan sebagaimana fatwa Syekh Ali Jum ah ulama Mesir berikut ini Namun di sisi lain Nabi juga pernah bersab...
Madani Gov T Sending Palestinian Kids To International School Are The Expenses Borne By M Sian Taxpayers

Explainer What Is Opr And How Bank Negara S Decision Affects You

Ramkarpal Wants Preacher S Offensive Post Against Hindus Removed

Nikmati Sajian Eratkan Jalinan At Hilton Garden Inn Puchong Ramadan Buffet 2025

Mat Sabu Menteri Gagal

Pegawai Tribunal Kastam Ditemukan M Ti Dengan Leher Kaki Terjerut Pengikat Kabel

Ole Ole Dari Dubai

Banyak Kali Terkena Datang Makan Tapi Tak Bayar Wanita Luah Kecewa


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Braces Friendly Delights A Mouthwatering Guide To Enjoying Food With Braces

Memorial Day Feast Celebrate With Delicious Food And Meaningful Remembrance

Polis Siasat Vijayan Savarinathan Didakwa Hina Agama Islam

Menu Khairul Aming Telur Bungkus

Wujud Usaha Jahat Tanam Persepsi K Jaan Diam Islam Dihina Pmo

How To Conduct A Reliable Bank Employee Background Check In Malaysia