Pembeli Melambatkan Pemulangan Barangan Cacat Adakah Masih Memiliki Hak Khiyar



Soalan:
Saya baru sahaja berpindah ke rumah baru dan telah menempah satu set meja makan untuk digunakan di rumah baru tersebut. Setelah menerima set meja makan itu, saya dapati bahawa salah satu daripada kaki meja tersebut telah bengkok. Namun selepas lima bulan baharu saya memberitahu tuan kedai tersebut. Bagaimana dengan keadaan tersebut? Mohon penjelasan.

Jawapan:
Isu yang diajukan ini adalah termasuk dalam bab khiyar pada bab jual beli. Khiyar bermaksud pilihan untuk meneruskan atau membatalkan akad yang telah dipersetujui oleh mereka yang berakad dalam tiga keadaan iaitu khiyar majlis, khiyar syarat dan khiyar ‘aib. (Lihat al-Fiqh al-Manhaji, 6/21)

Secara umumnya, hak khiyar diberikan bertujuan untuk menjaga kepentingan serta kebajikan pihak-pihak yang berakad. Ianya juga bertujuan untuk memastikan bahawa terdapatnya keredhaan dan kerelaan dalam hati pihak yang berakad sebelum akad dilaksanakan atau diteruskan. Allah SWT berfirman:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لَا تَأْكُلُوا أَمْوَالَكُم بَيْنَكُم بِالْبَاطِلِ إِلَّا أَن تَكُونَ تِجَارَةً عَن تَرَاضٍ مِّنكُمْ
“Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu makan (gunakan) harta-harta kamu sesama kamu dengan jalan yang salah (tipu, judi dan sebagainya), kecuali dengan jalan perniagaan yang dilakukan secara suka sama suka di antara kamu.” (Surah al-Nisa’: 29)

Syeikh al-Maraghi menyebut bahawa jual beli mesti dijalankan dengan prinsip redha-meredhai antara penjual dan pembeli. Oleh itu, kecurangan, pendustaan dan pemalsuan merupakan perbuatan yang diharamkan dalam jual beli. (Lihat Tafsir al-Maraghi, 3/1169)

Secara khususnya, permasalahan di atas melibatkan khiyar ‘aib. Di dalam Matan Abi Syuja menyebut:

وإذا وجد بالمبيع عيب فللمشتري رده
“Dan sekiranya terdapat dalam barangan yang dijual itu kecacatan, pembeli berhak mengembalikannya.” (Lihat al-Tazhib fi Adillat Matan ak-Ghayah wa al-Taqrib, /127)

Khiyar ‘aib bermaksud pembeli diberikan pilihan sama ada merelakan kecacatan yang ada atau memulangkan semula barangan tersebut kepada penjual dengan dia membatalkan jual beli tersebut mengambil semula bayaran yang telah dibuat. Dia dibenarkan berbuat demikian sekiranya dia tidak mengetahui kecacatan tersebut wujud ketika akad dimeterai mahupun ketika penerimaan. (Lihat Hasyiata Qalyubi wa Umairah, 7/3 dan al-Fiqh al-Manhaji, 6/26)

Demikian dalam satu hadith yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah R.A, Nabi SAW telah bersabda:

وَلاَ تُصَرُّوا الإِبِلَ وَالْغَنَمَ فَمَنِ ابْتَاعَهَا بَعْدَ ذَلِكَ فَهُوَ بِخَيْرِ النَّظَرَيْنِ بَعْدَ أَنْ يَحْلُبَهَا فَإِنْ رَضِيَهَا أَمْسَكَهَا وَإِنْ سَخِطَهَا رَدَّهَا وَصَاعًا مِنْ تَمْرٍ
“Dan janganlah kalian menahan susu unta dan kambing (agar kelihatan gemuk). Barangsiapa membeli binatang tersebut dan setelah diperah susunya (ternyata kelihatan tidak gemuk), maka dia boleh memilih dua pilihan yang terbaik, dia boleh memilikinya atau mengembalikannya dengan tambahan kurma satu sha’.” [Riwayat Muslim (1515), Abu Daud (3443) dan al-Nasa’i (4487)]

Antara syarat yang membolehkan khiyar aib ialah:

Dapat dibuktikan kecacatan tersebut sememangnya sedia ada.Berdasarkan amalan perniagaan, kecacatan tersebut dianggap sebagai kecacatan yang boleh menjejaskan nilai barangan.Pada kebiasaannya, kecacatan tersebut tidak wujud.
(Lihat Mughni al-Muhtaj, 2/43 dan I'anah al-Thalibin, 3/30)

Menjawab kepada persoalan di atas, tempoh had masa yang diberikan kepada pembeli untuk memulangkan semula barang yang dibeli disebabkan kecacatan yang ditemui adalah sebaik sahaja dia menemukan kecacatan tersebut. Disebutkan di dalam kitab al-Fiqh al-Manhaji:

يثبت حق الرد بخيار العيب فور الاطّلاع على العيب، حسب العُرْف والعادة
“Hak bagi memulangkan kembali barang yang dibeli disebabkan khiyar ‘aib adalah sebaik sahaja kecacatan tersebut dikenalpasti, namun ia juga perlu menurut ‘uruf dan amalan setempat yang digunapakai.” (Lihat al-Fiqh al-Manhaji, 6/27)

Setiap pembeli perlu bertindak segera dalam memulangkan barangan yang terdapat kecacatan kepada penjual. Tempoh masa yang lama seperti lima bulan atau setahun sebelum memulangkan barangan tersebut menunjukkan seperti pembeli telah redha dengan pembelian tersebut walaupun barang tersebut cacat. Begitu juga, tempoh yang lama memungkinkan juga bahawa barangan yang rosak dan cacat tersebut adalah ketika mana digunakan oleh pembeli sendiri.

Kesimpulan

Islam mengharuskan amalan jual beli kepada manusia bagi memenuhi keperluan dan kehendak kehidupan seharian. Secara umumnya, barangan jualan perlulah sempurna dan mempunyai nilai kepada pembeli sebelum pembeli melaksanakan bayaran penuh. Dengan itu, barulah pembeli mendapat manfaat serta pulangan di atas pembayaran yang telah dibuat. Sekiranya pembeli menyedari terdapat kecacatan atau kekurangan yang menghilangkan manfaat barangan tersebut, maka Islam memberikan ruang khiyar kepada pembeli untuk memulangkan kembali barangan tersebut kepada penjual dan mengambil kembali bayaran yang dibuat.

Tempoh masa yang diberikan kepada pembeli untuk memulangkan kembali barangan yang cacat adalah sebaik sahaja menyedari kecacatan tersebut. Tempoh masa yang lama menurut uruf dan adat menjadikan hak khiyar pembeli akan gugur. Mengambil masa yang lama sebelum memulangkan barang tersebut menunjukkan pembeli memilih untuk meneruskan jual beli walaupun menyedari wujudnya kecacatan. Hak khiyar juga akan gugur sekiranya pembeli menggunakan barangan tersebut padahal pembeli tahu bahawa barang tersebut adalah cacat dan dia mampu untuk memulangkannya.

Semoga penjelasan yang diberikan ini mempu membuka minda dan memberi kefahaman kepada kita semua bagi memudahkan urusan seharian kita seterusnya mengamalkan syariat Islam yang sebenarnya. Amin.

Oleh: Ustaz Dr. Zulkifli Mohamad Al Bakri | Mufti Wilayah Persekutuan
+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media

Oh! Makan
Sumber: Oh! Media

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.terengganu11.com/2019/08/pembeli-melambatkan-pemulangan-barangan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pembeli Bersetuju Membeli Barangan Rosak Atau Cacat

Pembeli Bersetuju Membeli Barangan Rosak Atau Cacat

papar berkaitan - pada 3/8/2019 - jumlah : 193 hits
Soalan Semalam saya ada membeli sebiji durian dengan harga yang murah Sebelum membeli penjual telah memberitahu kepada saya bahawa durian tersebut telah ditebuk oleh tupai Kerana itu penjual telah menjual kepada saya dengan harga yang murah...
Pemerintah Masih Kumpulkan Informasi Untuk Pemulangan Wni Bekas Anggota Isis

Pemerintah Masih Kumpulkan Informasi Untuk Pemulangan Wni Bekas Anggota Isis

papar berkaitan - pada 19/7/2019 - jumlah : 128 hits
Kementerian Luar Negeri RI mengatakan upaya pemulangan sejumlah WNI dari Suriah termasuk yang diduga terlibat dalam aktivitas ISIS di negara itu masih dalam proses
Remaja 17 Tahun Tak Mampu Pergi Sekolah Tetapi Masih Tetap Belajar Dengan Harapan Dapat Ambil Spm 2019

Remaja 17 Tahun Tak Mampu Pergi Sekolah Tetapi Masih Tetap Belajar Dengan Harapan Dapat Ambil Spm 2019

papar berkaitan - pada 24/7/2019 - jumlah : 1115 hits
The ReporterKisah keluarga ini mula mencuri tumpuan ramai apabila kisah kesusahan hidup mereka dikongsikan oleh Nur Asfaridah Umar Penolong Pegawai Sosio Ekonomi Yayasan Kemajuan Insan Sarawak di Twitter Apa yang menyedihkan melalui perkong...
Jefri Nichol Ditangkap Karena Narkoba Padahal Masih Terlibat Habibie Ainun 3 Gimana Lanjutannya

Jefri Nichol Ditangkap Karena Narkoba Padahal Masih Terlibat Habibie Ainun 3 Gimana Lanjutannya

papar berkaitan - pada 24/7/2019 - jumlah : 262 hits
Selama ini dikenal sebagai aktor yang baik rendah hati dan sopan Jefri Nichol dibanjiri dukungan atas kasus narkoba yang kini menjeratnya
Ucapan Putus Cinta Tapi Masih Sayang

Ucapan Putus Cinta Tapi Masih Sayang

papar berkaitan - pada 23/7/2019 - jumlah : 750 hits
Video ucapan kata kata putus cinta tapi masih sayang Putus cinta itu menyakitkan Amat sukar untuk melupakan bekas kekasih Apatah lagi disaat masih bercouple terlalu banyak memori manis terbina Jadi terhasillah ucapan putus cinta romantis Uc...
Sarawak Masih Ada Talian Hayat Kekal Liga Premier Malaysia 2020

Sarawak Masih Ada Talian Hayat Kekal Liga Premier Malaysia 2020

papar berkaitan - pada 23/7/2019 - jumlah : 461 hits
PEMAIN Sarawak kelihatan sedih selepas tamat Perlawanan akhir Liga Perdana 2019 selepas menewaskan Selangor United dan bermungkinan akan bermain playoffs untuk kekal dalam Liga Perdana musim hadapan di Stadium Negeri Kuching NSTP Hazreen Mo...
Terungkap Ternyata Rossa Masih Menyimpan Barang Milik Yoyo Di Rumahnya

Terungkap Ternyata Rossa Masih Menyimpan Barang Milik Yoyo Di Rumahnya

papar berkaitan - pada 24/7/2019 - jumlah : 264 hits
Youtuber Atta Halilintar berkesempatan untuk menyambangi rumah milik penyanyi Rossa Hal itu terungkap dari tayangan video terbaru Atta di channel youtube miliknya
Absen Rapat 4 Ketum Parpol Pdip Pastikan Megawati Surya Paloh Masih Mesra

Absen Rapat 4 Ketum Parpol Pdip Pastikan Megawati Surya Paloh Masih Mesra

papar berkaitan - pada 25/7/2019 - jumlah : 121 hits
Eriko menjelaskan kala itu Megawati sedang berada di luar kota Sehingga tidak bisa menghadiri pertemuan tersebut
Mamat Exists Masih Aktif Sedih Banyak Cerita Buruk

Mamat Exists Masih Aktif Sedih Banyak Cerita Buruk

papar berkaitan - pada 25/7/2019 - jumlah : 186 hits
Bekas penyanyi kumpulan Exists sedih dan kesal apabila pelbagai khabar angin muncul mendakwa karier seninya kian malap dan tenggelam timbul dalam industri hiburan tanah air Pemilik nama Mohd Ali Kamarudin 42 atau lebih dikenali sebagai mama...
Sah Kes Najib Razak Cacat

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Skill Up Steam Curator

Dua Sahabat Makan Ikan Mentah Minum Air Laut Sepanjang Hanyut

Godox Perkenalkan Lampu Led Knowled Ms60r Bi Yang Sangat Fleksibel

Adi Putra Alami Jangkitan Kuman Di Paru Paru Kini Dalam Keadaan Baik

Jangan Risau Gadis M Sia Bimbang Bf Terlalu Akrab Dengan Sepupu Perempuannya