Pembeli Kini Ada Tempoh 15 Tahun Untuk Saman Pemaju Sekiranya Rumah Dibeli Rosak Peguam Kongsi Caranya


Hancur harapan apabila rumah idaman yang dibeli pada harga ratusan ribu ringgit akhirnya berakhir dengan keretakan setelah beberapa tahun dihuni.
Kes keretakan bangunan seringkali berlaku antaranya berpunca daripada pergerakan tanah dan foundation bangunan yang tidak kukuh.
Hal ini semestinya boleh membahayakan anda yang menghuni rumah berkenaan di samping mungkin menyebabkan masalah lain seperti saluran paip pecah serta tingkap atau pintu tersangkut pada rel dan tidak dapat dibuka.
Penduduk Pangsapuri Taman Keramat Permai pernah diancam keretakan lantai yang teruk hingga ada yang boleh melihat rumah bawah. (Kredit: Bernama) Di sebabkan kerosakan ini lazimnya berlaku setelah beberapa tahun, anda selalunya tidak dapat mengesan bibit-bibit kerosakan dengan lebih awal. Oleh itu, undang-undang liabiliti kerosakan sehingga 15 tahun pasti membuatkan anda dapat menarik nafas lega.
Jom kita baca huraian oleh Jumpa Kat Mahkamah di bawah.
Ada undang-undang baru; kini anda mempunyai tempoh sehingga 15 tahun untuk saman pemaju jika rumah anda cacat atau rosak. Bayangkan lepas duduk rumah baru, semuanya nampak okey, tanpa anda ketahui sebenarnya ada keretakan atau kerosakan yang anda tak nampak pada bahagian rumah anda.
Tempoh defect liability period (biasanya 2 tahun sahaja) yang mewajibkan pemaju untuk membaiki rumah anda jika terdapat kerosakan sudah pun tamat tetapi anda masih tidak tahu tentang kerosakan ‘tersembunyi’ pada rumah anda.
Namun secara tiba-tiba selepas 6 tahun anda menduduki rumah anda, anda dapati terdapat keretakan yang serius pada bahagian rumah anda akibat kecuaian pemaju! Adakah anda masih boleh mengambil tindakan terhadap pemaju?
Secara umumnya, had masa untuk mengambil tindakan sivil dalam mahkamah adalah terhad kepada 6 tahun sahaja. Ini diperuntukkan dalam seksyen 6 Akta Had Masa 1953. Namun, pada tahun lalu, Parlimen bersetuju untuk meminda undang-undang ini dengan memasukkan seksyen 6A. Apakah seksyen 6A ini?
Seksyen 6A memanjangkan tempoh had masa anda untuk menyaman pemaju sehingga 15 tahun. Ini kerana banyak kes kecacatan rumah hanya dikenalpasti selepas tempoh yang lama.
Jika menurut undang-undang had masa yang lama, ramai yang tidak dapat mengambil tindakan terhadap pemaju. Namun selepas seksyen 6A ini digubal, ia memberikan tempoh masa yang lebih lama untuk pembeli berbuat demikian.
Seksyen 6A ini hanya terpakai kepada kecuaian yang melibatkan harta benda sahaja dan tidak melibatkan kecacatan pada tubuh badan (personal injuries).
Rumah orang Asli di Pos Slim tidak selamat akibat rekahan tanah berpunca dari hujan lebat dan jarak rumah yang dekat dengan sungai. (Kredit: Bernama) Mari lihat illustrasi dalam seksyen 6A(2);
a) C membeli rumah daripada D pada tahun 2000. Pada 2010, C mendapati terdapat keretakan teruk pada dinding rumah. Laporan bangunan oleh perunding mendapati keretakan tersebut berlaku sejak 2002, dua tahun setelah C berpindah masuk ke rumah itu. C mempunyai tiga tahun dari 2010 untuk mendakwa D di mahkamah atas kerosakan itu.
Perlu diingat sebaik sahaja anda menyedari kerosakan pada rumah anda, anda mempunyai 3 tahun sahaja untuk membawa pemaju ke muka pengadilan (bukan 15 tahun).
Tempoh 15 tahun adalah tempoh maksimum undang-undang melindungi anda dari kerosakan yang anda tidak sedari. Lihat illustrasi seterusnya dalam seksyen 26A(3);
C membeli rumah dari D pada 2000. Pada 2017, C mendapati ada keretakan teruk pada dinding rumah. Laporan bangunan oleh perunding mendapati keretakan itu berlaku sejak 2001, setahun selepas C berpindah ke rumah tersebut. C tidak boleh memulakan tindakan kerana dia telah melebihi tempoh 15 tahun.
Undang-undang seperti seksyen 26A ini adalah sangat bagus kerana ia mendorong pemaju supaya mempastikan kualiti bahan binaan yang digunakan adalah berkualiti dan boleh bertahan untuk suatu tempoh yang lama.
Pemaju juga akan lebih berhati-hati kerana tidak mahu berdepan dengan tuntutan daripada pembeli di masa hadapan akibat kerosakan yang tidak sepatutnya berlaku.
Sumber: Jumpa Kat Mahkamah


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2019/07/21/pembeli-kini-ada-tempoh-15-tahun-untuk-saman-pemaju-sekiranya-rumah-dibeli-rosak-peguam-kongsi-caranya/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Azmin Setuju Dengan Mukhriz Tiada Tempoh Muktamad 2 Tahun

Azmin Setuju Dengan Mukhriz Tiada Tempoh Muktamad 2 Tahun

papar berkaitan - pada 14/7/2019 - jumlah : 409 hits
Diterbitkan Hari ini 12 29 tengahari Menteri Hal Ehwal Ekonomi Mohamed Azmin Ali hari ini membayangkan beliau setuju dengan kenyataan Menteri Besar Kedah Mukhriz Mahathir bahawa tiada persetujuan muktamad untuk peralihan kuasa berlaku dalam...
Video Syukur Kini Jaga Solat Hafal Quran Ebit Lew Kongsi Ziarah Dakwah Aliff Aziz

Video Syukur Kini Jaga Solat Hafal Quran Ebit Lew Kongsi Ziarah Dakwah Aliff Aziz

papar berkaitan - pada 13/7/2019 - jumlah : 512 hits
Ustaz Ebit Lew memang terkenal dengan cara dakwahnya yang lemah lembut dan tidak hanya berceramah di masjid atau surau tetapi beliau sendiri turun padang bagi menyampaikan ilmu Terbaru menerusi perkongsian di Facebook Ebit Lew telah menziar...
Yusof 4 Tahun Dah Kenal Ciri Ciri Planet Lelaki Ini Kongsi Pentingnya Berkahwin Bila Kewangan Stabil

Yusof 4 Tahun Dah Kenal Ciri Ciri Planet Lelaki Ini Kongsi Pentingnya Berkahwin Bila Kewangan Stabil

papar berkaitan - pada 20/7/2019 - jumlah : 218 hits
Pada hujung Jun lalu selebriti terkenal Hanis Zalikha telah berkongsi video anak sulungnya Yusuf Iskandar yang bijak mengenal nama nama dan kedudukan planet dalam sistem solar Kecerdikan Yusuf pada usia 4 tahun itu membuatkan ramai netizen ...
Nak Beli Rumah Pertama Semak Senarai Hitam Pemaju Projek Perumahan Bermasalah Elak Jadi Mangsa

Nak Beli Rumah Pertama Semak Senarai Hitam Pemaju Projek Perumahan Bermasalah Elak Jadi Mangsa

papar berkaitan - pada 26/7/2019 - jumlah : 385 hits
The ReporterRumah merupakan satu aset keperluan yang harus dimiliki lebih lebih lagi di usia muda kerana harga rumah semakin lama semakin meningkat nak mati Tidak dinafikan ramai yang pernah menjadi mangsa kepada pemaju perumahan yang tidak...
Rumah Bangunan Kerajaan Rosak Akibat Ribut Di Temerloh

Rumah Bangunan Kerajaan Rosak Akibat Ribut Di Temerloh

papar berkaitan - pada 16/7/2019 - jumlah : 411 hits
KUANTAN Sebanyak 16 rumah dan dua bangunan kerajaan di beberapa kawasan di Temerloh dekat sini rosak akibat ribut yang berlaku pada petang semalam Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia Pahang Kolonel Zainal Yusoff berkata kejadian berl...
Jumlah Kemasukan Ahli Umno Bagi 6 Bulan Jauh Melebihi Bilangan Seluruh Ahli Ppbm Untuk Tempoh 2 Tahun

Jumlah Kemasukan Ahli Umno Bagi 6 Bulan Jauh Melebihi Bilangan Seluruh Ahli Ppbm Untuk Tempoh 2 Tahun

papar berkaitan - pada 9/7/2019 - jumlah : 344 hits
Dah dua tahun penubuhan PPBM tak boleh mengatasi jumlah kemasukan ahli UMNO untuk 6 bulan bagi tahun 2019 Ahli baru umno utk tahun 2019 Sehinga hari ni 77 000 orang 77 000 itu pastikan mendaftar sebagai pemilih SPR Syabas untuk anak Melayu ...
Dari Bertulisan Tangan Hingga Bertaip Ini Evolusi Sijil Kelahiran Dari Tahun 1955 Hingga Kini

Dari Bertulisan Tangan Hingga Bertaip Ini Evolusi Sijil Kelahiran Dari Tahun 1955 Hingga Kini

papar berkaitan - pada 22/7/2019 - jumlah : 849 hits
Pernah tengok sijil lahir ibu bapa anda Bagi yang belum pernah tengok kompilasi evolusi sijil lahir sejak tahun 1955 ini mungkin dapat mengimbau kembali detik kelahiran mereka pada hari ini Jika dahulu sijil lahir direkodkan secara manual m...
Umur 18 Tahun Kini Boleh Mengundi Di Malaysia

Umur 18 Tahun Kini Boleh Mengundi Di Malaysia

papar berkaitan - pada 20/7/2019 - jumlah : 548 hits
Usul pindaan Perlembagaan Persekutuan yang dibentangkan di Dewan Rakyat bagi menurunkan had umur layak mengundi daripada 21 kepada 18 tahun kini telah diluluskan menjadikan Malaysia menyertai majoriti negara di dunia yang memberikan hak men...
Kerajaan Beri Rm200 Setiap Bulan Selama 2 Tahun Untuk Rumah Pertama Belia

Kerajaan Beri Rm200 Setiap Bulan Selama 2 Tahun Untuk Rumah Pertama Belia

papar berkaitan - pada 13/7/2019 - jumlah : 332 hits
Berita baik buat anda yang bercadang untuk membeli rumah pertama kerajaan akan memberikan subsidi sebanyak RM200 setiap bulan di bawah Skim Perumahan Belia Walaupun bayaran RM200 ini hanya untuk selama 2 tahun ianya pasti dapat membant
Sah Kes Najib Razak Cacat

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Redha Di Dalam Rumah Tangga

Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

Farhan Mustapha Mutiara Hati Chord

The West Isn T Dying But It S Working On It

Malaysian Muslims Baffled How Having A Pic With Christmas Tree Santa Claus Can Shake Their Faith

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner