Pembangkang Tuntut Suruhanjaya Khas Siasat Pengurusan Banjir Kerajaan



MALAYSIA POST

AHLI Parlimen pembangkang menuntut Suruhanjaya Khas untuk menyiasat mengenai pengurusan banjir diuruskan kerajaan kerana disifatkan membingungkan.
Seramai 77 Ahli Parlimen tersebut diketuai Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim turut meminta laporan banjir dibentang di Parlimen bagi menjelaskan kelemahan kerajaan bagi menangani situasi bencana itu khususnya di Selangor.
“Bencana banjir yang melanda negara baru-baru ini adalah peringatan menyedihkan bahawa kita harus sentiasa bersedia untuk kejadian iklim yang luar biasa seperti itu.
“Ketidaksediaan kerajaan untuk menangani akibatnya dan tidak mempunyai rancangan yang bersedia untuk mengurangkan bencana adalah membingungkan.
“Sungguh mendukacitakan bahawa 46 nyawa terkorban di Selangor dan Pahang setakat ini kerana ketidakberkesanan dan sikap kerajaan Persekutuan yang tidak berdaya,” menurut kenyataan bersama itu.
Menurut kenyataan itu, terdapat juga masalah komunikasi antara kerajaan Persekutuan dan kerajaan Selangor dalam menangani misi mencari dan menyelamat.
Selain itu katanya, terdapat media melaporkan bahawa angkatan tentera mengerahkan diri mereka sendiri, oleh kerana banjir telah terlalu tinggi untuk terus menunggu arahan pihak atasan.
“Jadi ini membimbangkan rakyat kerana daripada menyelamatkan nyawa, kerajaan Persekutuan memilih untuk bermain politik kecil.
“Terdapat 32 menteri dalam Kabinet tetapi bukannya mengerahkan diri mereka untuk membantu rakyat, mereka sebaliknya berpura-pura “membantu” untuk peluang bergambar,” kata kenyataan itu.
Sehubungan itu, menurut kesemua Ahli Parlimen tersebut, memandangkan kini keadaan banjir telah surut di kebanyakan tempat, maka perlu ada bedah siasat menyeluruh tentang apa yang salah, dan yang mana bidang penambahbaikan perlu ditangani.
Justeru, katanya, mereka bersetuju dengan beberapa cadangan dikemukakan Gabungan Darurat Iklim Malaysia (GDIMY) dan sekumpulan 44 masyarakat awam dan individu Malaysia.
Cadangan itu, antara lain kerajaan perlu mengisytiharkan banjir sebagai bencana negara, selain harus memulakan dasar pro-iklim seperti pelan penyesuaian nasional, pelan pengurangan risiko bencana dan mendesak pendakwaan lebih tinggi bagi mereka yang menyumbang kepada perubahan iklim seperti penebangan hutan.
“Kerajaan Persekutuan juga harus melibatkan semua pihak berkepentingan termasuk ahli pembangkang dan kumpulan masyarakat sivil untuk membangunkan pelan holistik untuk mengurangkan bencana serta kesan alam sekitar bergerak ke hadapan.
“Kerajaan perlu bertindak pantas! Kita perlu mengelak kehilangan nyawa yang tidak perlu disebabkan oleh ketidakcekapan, kelewatan dan kecuaian yang boleh dielakkan dari awal.
“Jadi, sebagai Ahli Parlimen kami menuntut supaya membentuk suruhanjaya khas untuk menyiasat pengurusan banjir dan laporannya mesti dibentangkan di Parlimen,” katanya.- Malaysiapost

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://dialograkyat.blogspot.com/2021/12/pembangkang-tuntut-suruhanjaya-khas.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kerajaan Pahang Umum Bantuan Khas Rm500 Kepada Setiap Ketua Keluarga Terjejas Banjir

Kerajaan Pahang Umum Bantuan Khas Rm500 Kepada Setiap Ketua Keluarga Terjejas Banjir

papar berkaitan - pada 25/12/2021 - jumlah : 241 hits
KUANTAN Kerajaan Pahang mengumumkan Bantuan Khas Bencana Banjir sebanyak RM500 kepada setiap ketua keluarga yang terjejas dengan bencana banjir di negeri ini Menteri Besar Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail dalam kenyataan hari ini berkata ban...
Pasca Banjir 2021 Kerajaan Sedia Selaraskan Semula Bajet 2022 Maxisbiggestsales

Pasca Banjir 2021 Kerajaan Sedia Selaraskan Semula Bajet 2022 Maxisbiggestsales

papar berkaitan - pada 25/12/2021 - jumlah : 332 hits
Kerajaan sedia selaraskan semula Bajet 2022 jika diperlukan untuk usaha pemulihan pasca banjir untuk membangunkan semula penempatan dan infrastruktur Kata Pengarah Belanjawan Negara Datuk Johan Mahmood Merican peruntukan untuk pemulihan itu...
Anwar Pun Setuju Kerajaan Mesti Beri Rm10 Ribu Kepada Mangsa Banjir

Anwar Pun Setuju Kerajaan Mesti Beri Rm10 Ribu Kepada Mangsa Banjir

papar berkaitan - pada 4/1/2022 - jumlah : 164 hits
Pada 24 Disember lalu saya telah mencadangkan agar kerajaan memberi bantuan sebanyak RM10 ribu kepada mangsa banjir yang terkesan teruk akibat bencana itu Ini berikutan ramai yang mengalami kerosakan harta benda seperti perabot peralatan le...
Hanya Yg Terlibat Dengan Banjir Langsung Dan Tidak Langsung Akan Kenal Hati Budi Serta Sikap Kerajaan Atau Pemimpin

Hanya Yg Terlibat Dengan Banjir Langsung Dan Tidak Langsung Akan Kenal Hati Budi Serta Sikap Kerajaan Atau Pemimpin

papar berkaitan - pada 25/12/2021 - jumlah : 222 hits
Kali ini kerajaan dan pemimpin akan berdepan dengan realiti Dugaan pada rakyat yang jadi mangsa dugaan yang lebih besar ke atas pemimpin jika mereka curang tidak amanah dan tidak jujur kepada rakyat Yang jadi mangsa balaslah budi pada yang ...
Mangsa Banjir Selangor Mengadu Kerajaan Pusat Lembab

Mangsa Banjir Selangor Mengadu Kerajaan Pusat Lembab

papar berkaitan - pada 22/12/2021 - jumlah : 244 hits
Tular di media sosial mangsa banjir di Hulu Langat Selangor mempersoalkan di manakah agensi Kerajaan Persekutuan ketika mereka ditenggelami banjir Klip video berdurasi 2 minit 46 saat berkenaan memaparkan seorang wanita yang menerangkan kep...
Bencana Banjir Pecah Tembelang Kerajaan Keluarga Malaysia Tidak Ada Kerjasama Antara Menteri

Bencana Banjir Pecah Tembelang Kerajaan Keluarga Malaysia Tidak Ada Kerjasama Antara Menteri

papar berkaitan - pada 22/12/2021 - jumlah : 289 hits
1 Bencana Banjir pecahkan tembelang Kerajaan Keluarga Malaysia Sebenar tidak ada kerjasama sesama Menteri antara Menteri BN UMNO dengan Menteri PN 2 Malah Menteri dari PN PAS pun ikut senyap sunyi Walhal dua Menteri PAS jaga Alam Sekitar da...
Banjir Jumlah Mangsa Di Sabah Johor Melaka Pahang Meningkat

Banjir Jumlah Mangsa Di Sabah Johor Melaka Pahang Meningkat

papar berkaitan - pada 3/1/2022 - jumlah : 488 hits
Oleh Jumlah mangsa banjir di pusat pemindahan sementara di Sabah Johor Melaka dan Pahang mencatatkan peningkatan petang ini GAMBAR Bernama JUMLAH mangsa banjir yang berada di pusat pemindahan sementara di Sabah Johor Melaka dan Pahang menca...
Kerajaan Bn Perlu Guna Formula Lebih Saintifik Tangani Banjir

Kerajaan Bn Perlu Guna Formula Lebih Saintifik Tangani Banjir

papar berkaitan - pada 4/1/2022 - jumlah : 157 hits
Kerajaan BN perlu menggunakan kaedah lebih saintifik dalam pengurusan banjir mendepani era perubahan iklim serta menggunakan formula terkini bagi mengelakkan kehilangan jiwa sebagaimana peristiwa banjir besar pada pertengahan Disember lalu ...
Selangor Aktifkan Unit Pengurusan Bencana Negeri Hadapi Banjir Luar Biasa

Selangor Aktifkan Unit Pengurusan Bencana Negeri Hadapi Banjir Luar Biasa

papar berkaitan - pada 19/12/2021 - jumlah : 315 hits
Hujan yang turun tidak berhenti henti di hampir keseluruhan negeri Selangor sejak semalam menyebabkan beberapa daerah dinaikki air dan menyebabkan sebilangan mangsa perlu dipindahkan Menurut Menteri Besar Selangor Datuk Seri Aminuddin Shari...
Rajab Keutamaan Amalan Tanggal Berapa 2025

Masya Allah Ribuan Tentera As Masuk Islam Ini Kunci Hamas

Addressing Flaws In Mrt3 S Strategy

Lirik Lagu Rasa Lia Aziz Ft Treehill

Yoursay Will Anything Come Out Of Ayer Keroh Accident Probe

Makan Tengah Hari Di Jeti Nelayan Kesang

Comment On Nasihat Untuk Mereka Yang Ingin Berkunjung Ke Sungai Kedondong Batang Kali Selangor By Zul

Merry Christmas And Happy New Year


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Era Baru Kecemerlangan Penjagaan Kesihatan Di Pusat Damansara

Bagaimana Menggunakan Diary Planner Untuk Menjadi Lebih Produktif Di 2025

10 Menu Sarapan Ringkas Yang Disukai Anak Anak

Jangan Zalimi Haiwan Ihsanlah Terhadap Binatang

Drama Seribu Tahun

Repvblik Suara Hati Chord