Pembangkang Sabah Rancang Gabungan Politik Baru


Executive Editor        MINDA RAKYAT   

KOTA KINABALU: Beberapa pemimpin utama pembangkang Sabah bertemu di Penampang hari ini dalam satu perkembangan yang dilihat sebagai percubaan baru untuk membentuk satu pakatan politik, dan dipercayai bersetuju untuk bergabung dalam sebuah parti baru.

Pertemuan selama 2 jam menggunakan slogan “Perpaduan Rakyat” itu dipercayai dipengerusikan oleh Anifah Aman, bekas menteri luar dan ahli Parlimen Kimanis.

Hanya Parti Bersatu Sabah tidak hadir dalam pertemuan hari ini.

Selepas pilihan raya umum Mei 2018, satu percubaan dibuat bagi membentuk pakatan pembangkang yang dinamakan Gabungan Sabah, tetapi rancangan itu kemudiannya ditangguhkan.

FMT difahamkan bahawa pertemuan hari ini di bangunan Kinsabina Sdn Bhd Di Penampang, merupakan pertemuan kali ke-2 melibatkan pemimpin pembangkang negeri itu bagi meneroka kemungkinan untuk mengadakan kerjasama sesama mereka.

Turut hadir hari ini ialah Jeffrey Kitingan, presiden Parti Solidariti Tanah Airku; Yong Teck Lee, presiden Parti Progresif Sabah; Wilfred Bumburing, yang mengetuai Parti Cinta Sabah; Henrynus Amin, presiden Parti Kerjasama Anak Negeri; Francis Goh, penasihat Parti Gagasan Rakyat Sabah dan Pamela Yong, ketua Wanita MCA Sabah.

Turut hadir adalah Adun Bingkor Robert Tawik; Ewon Ebin daripada Upko; bekas pemimpin Upko Marcus Mojigoh; anggota Majlis Tertinggi Upko, Ewon Ebin; Adun Nabawan, Ellron Angin; bekas ahli Parlimen Putatan, James Ligunjang dan pemimpin politik kanan Sabah lain.

Ligunjang memberitahu FMT selepas itu bahawa perbincangan hari ini berkait usaha mencapai kata sepakat untuk bergabung dalam satu parti yang namanya akan ditentukan kemudian.

“Ideanya ialah untuk menggabungkan semua parti untuk menjadi satu parti. Semua telah bersetuju,” katanya.

Bagaimanapun beliau tidak dapat mengesahkan atau mengiyakan sama ada perbincangan tersebut akan menjurus kepada pembubaran semua parti terbabit bagi membolehkan sebuah parti baru ditubuhkan.

“Masih terlalu awal untuk menentukan bagaimana parti baru itu akan lahir,” katanya.

Anifah juga tidak menafikan bahawa semua parti harus dibubarkan terlebih dahulu bagi membolehkan rancangan itu menjadi kenyataan.

Walaupun PBS tidak diwakili dalam pertemuan hari ini, pengerusi Star Sabah, Jeffrey Kitingan mengesahkan parti itu dijemput, tetapi wakilnya gagal hadir kerana masalah kesihatan.

Pembangkang Sabah bercempera berikutan pilihan raya umum 2018 yang menyaksikan Barisan Nasional (BN), yang merupakan bekas kerajaan sebelum ini, lumpuh sama sekali.

Parti seperti Upko, PBS, PBRS dan parti Demokratik Liberal bertindak meninggalkan BN satu persatu, sementara MIC Sabah pula dibubarkan, meninggalkan hanya MCA dan Umno negeri itu dalam BN.

PBS, Star Sabah dan Umno mengambil langkah untuk membentuk satu Gabungan Sabah bagi menggantikan Umno dengan syarat Umno mesti dibubarkan di negeri itu.

Berikutan itu, ramai pemimpin dan ahli Umno meninggalkan parti itu untuk menyertai PPBM sekali gus membuka jalan kepada penubuhan parti itu di Sabah.

PPBM Sabah bekerjasama dengan parti pemerintah Sabah, iaitu Warisan, DAP Sabah, PKR Sabah dan Upko.

Ketika ditanya tentang peranannya dalam gabungan baru itu, Anifah, yang tidak menganggotai mana-mana parti berkata, adalah terlalu awal untuk membuat komentar kerana terdapatnya pemimpin lain yang tidak berparti yang akan menyertai parti baru itu.

Anifah kini berusaha menubuhkan partinya sendiri.



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2020/02/pembangkang-sabah-rancang-gabungan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Setiausaha Politik Timbalan Ketua Menteri Sabah Dipecat

Setiausaha Politik Timbalan Ketua Menteri Sabah Dipecat

papar berkaitan - pada 14/2/2020 - jumlah : 456 hits
Ketua PKR Sabah Raymond Ahuar mengesahkan beliau dipecat sebagai setiausaha politik Timbalan Ketua Menteri Christina Liew KOTA KINABALU Setiausaha politik Timbalan Ketua Menteri Sabah Christina Liew dipecat daripada tugasnya tanpa alasan ya...
Google Maps Menyambut Ulang Tahun Ke 15 Dengan Ikon Dan Ciri Ciri Baru

Google Maps Menyambut Ulang Tahun Ke 15 Dengan Ikon Dan Ciri Ciri Baru

papar berkaitan - pada 7/2/2020 - jumlah : 397 hits
Google Maps merupakan salah satu perkhidmatan pemetaan yang sangat popular pada masa kini Ia telah dimulakan pada tahun 2005 yang lepas dan kini hari ini Google menyambut ulang tahun ke 15 untuk perkhidmatan berkenaan Perkhidmatan yang dimu...
Setiap No Ibu Ayah Cakap Kena Ada Alternatif Baru Anak Dengar Kata

Setiap No Ibu Ayah Cakap Kena Ada Alternatif Baru Anak Dengar Kata

papar berkaitan - pada 7/2/2020 - jumlah : 482 hits
Ibu bapa perasan tak setiap perkataan NO atau TAK BOLEH yang kita cakap pada anak kita tak bagi jawapan yang tepat pada mereka atau hanya tergantung begitu sahaja Akhirnya anak memang akan hentikan apa yang dia lakukan tapi selepas itu past...
Pakatan Baru Tanpa Restu Pengundi Akan Terima Padah Mohamad

Pakatan Baru Tanpa Restu Pengundi Akan Terima Padah Mohamad

papar berkaitan - pada 7/2/2020 - jumlah : 230 hits
Ura ura kerjasama politik antara Umno dan Bersatu yang kononnya akan membentuk kerajaan baharu akan mendapat tentangan pengundi dalam pilihan raya umum ke 15 Timbalan Presiden UMNO Datuk Seri Mohamad Hasan memberi amaran tindakan tersebut b...
Apa Perlunya Pakatan Baru

Apa Perlunya Pakatan Baru

papar berkaitan - pada 7/2/2020 - jumlah : 375 hits
BERITAULASAN l Tular bahawa esok 7 Februari Umno akan buat keputusan pada mesyuarat majlis tertingginya sama ada akan bersama dengan Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad bagi membentuk kerajaan baru Katanya PAS sudah membuat keputusan atas n...
Pemandangan Mula Menghijau Harapan Baru Australia Selepas Memori Hitam Hutan Terbakar

Pemandangan Mula Menghijau Harapan Baru Australia Selepas Memori Hitam Hutan Terbakar

papar berkaitan - pada 7/2/2020 - jumlah : 442 hits
Kebakaran hutan di Australia yang dipercayai tercetus penghujung tahun lepas telah menyaksikan berjuta juta ekar kawasan hutan musnah dijilat api Kebakaran yang telah membunuh lebih 480 juta hidupan liar yang tinggal di hutan sekitar New So...
Ini Penampakan Tas Baru Nagita Slavina Di Spanyol Berukuran Kecil Tapi Seharga Mobil

Ini Penampakan Tas Baru Nagita Slavina Di Spanyol Berukuran Kecil Tapi Seharga Mobil

papar berkaitan - pada 7/2/2020 - jumlah : 321 hits
Baru baru ini Nagita Slavina mengenakan tas barunya di Eropa tepatnya saat berada di Spanyol Tas baru tersebut diketahui berharga fantastis Berikut penampakannya
Menpan Rb Pns Yang Pindah Ke Ibu Kota Baru Harus Diuji Kompetensi

Menpan Rb Pns Yang Pindah Ke Ibu Kota Baru Harus Diuji Kompetensi

papar berkaitan - pada 7/2/2020 - jumlah : 321 hits
Uji kompetensi itu dilakukan untuk menyesuaikan kebutuhan yang cocok dengan tugas tugas kementerian dan lembaga ketika mulai beraktivitas di ibu kota baru
Nik Nazmi Selar Cubaan Tubuh Kerajaan Baru

Nik Nazmi Selar Cubaan Tubuh Kerajaan Baru

papar berkaitan - pada 7/2/2020 - jumlah : 208 hits
Ahli parlimen Setiawangsa Nik Nazmi Nik Ahmad mengkritik apa apa percubaan bagi mengkhianati Pakatan Harapan melalui penubuhan kerajaan pintu belakang Tegasnya tindakan seperti itu secara jelas satu bentuk pengkhianatan kepada undi rakyat d...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3


10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Razer Umum Koleksi Squid Game