Apa Perlunya Pakatan Baru


Mujahid Yusof

BERITA

ULASAN l Tular bahawa esok, 7 Februari, Umno akan buat keputusan pada mesyuarat majlis tertingginya sama ada akan bersama dengan Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad bagi 'membentuk kerajaan baru'.

Katanya PAS sudah membuat keputusan atas nama Muafakat Nasional dan kini hanya menunggu Umno sahaja. Semua yang ditularkan ini membentuk beberapa persepsi untuk menggambarkan beberapa mesej iaitu:-
Dr Mahathir ada rundingan di balik tabir dengan PAS dan Umno lantas menggambarkan beliau sebagai seorang yang 'khianat' perjanjian dengan Pakatan Harapan (PH).
Semuanya kerana DAP dan survival Melayu- seolah PH gagal tangani isu Melayu dan Islam sebab itulah satu pakatan alternatif diperlukan

DAP, Amanah dan PKR adalah rakan yang tidak layak dan menteri-menterinya gagal mentadbir negara. Maka pakatan baru akan selesaikan masalah tidak kompeten ini

Menerima Umno dalam pakatan baru bukan menerima Najib sebab Umno rosak kerana Najib. Tanpa Najib, Umno dah ok

PAS boleh terima pimpinan Dr Mahathir tetapi tak boleh terima DAP, Amanah dan PKR. Sebab itu pakatan baru ini akan menyisihkan parti-parti tersebut.
Hakikatnya soal bentuk pakatan baru hanya gimik untuk pembangkang mensasarkan komponen PH supaya goyah dan hilang kepercayaan kepada Dr Mahathir.

'Take home message' ialah meremehkan PH dengan menjadikan perdana menteri sebagai 'bahan' utama ramuan mereka.

'Pintu belakang'

Mengambil kira pengalaman Pakatan Rakyat sebelum ini, taktik yang serupa di Selangor, Kedah dan Pulau Pinang pernah dimainkan dengan teori 'pintu belakang'.

Semasa itu PAS dan beberapa tokoh dijadikan 'bahan' untuk 'melemahkan' Pakatan Rakyat dengan menggunakan isu yang sama iaitu isu 'Melayu', 'Islam' dan sentimen anti DAP dan Presiden PKR Anwar Ibrahim.

Namun taktik Umno/BN gagal kecuali PAS sahaja yang telah kecundang dan terbuai dengan sentimen yang dimainkan Umno malah 'mempercayai' bahawa ini adalah sebenarnya.

Sehingga kini PAS masih belum sedar mereka hanyalah umpan untuk mengekalkan hegemoni Umno dan kebobrokannya.
Lahirnya Amanah adalah untuk mengekalkan momentum rakyat untuk menolak regim bobrok BN sekaligus menjadi 'gam penyatu' antara komponen Pakatan Rakyat iaitu DAP dan PKR setelah PAS cabut lari mendapatkan kekasih barunya Umno.

Pembangkang terlalu 'penting diri'

Dr Mahathir muncul dengan Gerakan Selamatkan Malaysia sebagai gerakan madani dan kemudian muncul membentuk parti baru Bersatu yang berjaya memecahkan kubu Umno. Pakatan Harapan menerima anggota baru dan berjaya menerima mandat rakyat pada PRU ke-14.

Tularan tentang rundingan pintu belakang bukan baru bagi kami. Bezanya kali ini mereka melakukannya dalam skala besar melibatkan kerajaan persekutuan.

Bezanya juga ialah bahannya kali ini ialah individu yang memimpin PH dan Perdana Menteri iaitu Dr Mahathir dan tidak Abdul Hadi Awang dan PAS-nya.
Faktor tularan ini hanya tinggal gimik dengan melihat faktor Dr Mahathir sendiri. Sebagai negarawan Dr Mahathir membawa dirinya 'beyond politic', menjangkau keperluan negara dan masa depannya yang mencabar.

Sebagai negarawan Dr Mahathir bertemu dengan sesiapa sahaja untuk mendapatkan sokongan kepada ide besar negara seperti Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB 2030).

Pembangkang terlalu 'penting diri' dan hanya berfikir tentang survival partinya maka sebab itu lontaran Dr Mahathir terhadap isu Melayu, Islam dan lain-lain ditanggap dalam dimensi Umno dan PAS yang sangat sempit dan terus dikaitkan dengan pakatan baru.

Syok sendiri

Mereka syok sendiri dalam alam masing-masing. Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi and the gang lebih penting selamatkan diri mereka dari melihat politik berwawasan.

Hadi and the gang masih dalam alam utopia mereka menyangka mereka diperlukan. Maka dicanang seluruh kampung pakatan baru!

Mandat rakyat, walau apapun persepsi mereka terhadap kerajaan PH rakyat Malaysia semuanya bersepakat mereka mahukan Malaysia tanpa korupsi, tanpa perkauman sempit dan tanpa kelompok yang tunggang agama untuk kepentingan kepartian.
Tularan pakatan baru adalah aktornya yang sama menyuburkan budaya korup, mereka belum 'bertaubat' daripada 'dosa' penunggang kaum dan agama.

Tularan pakatan baru seolah memusing jarum jam ke belakang untuk rakyat Malaysia khususnya orang Melayu.

Tidak terbayang Dr Mahathir 'tunduk' kepada kelompok ini setelah berganding tenaga membanting urat membawa Malaysia Baru dalam kempen PRU lalu.

Saya harus akui Dr Mahathir adalah seorang yang unpredictable tetapi saya percaya Dr Mahathir adalah seorang yang berperinsip kerana PH terbentuk atas prinsip-prinsip menentang kleptokrasi dan pemikiran yang progresif serta nilai-nilai reformis dalam pemerintahan.

Sebagai kritikan untuk bersikap introspektif, PH patut berhenti daripada menimbulkan polemik Perdana Menteri ke-8.

Rakyat mahu merasai dasar yang dapat meringankan kos sara hidup. Sebenarnya kita telah berjaya melakukannya dengan penurunan 18 peratus bayaran tol, polisi menentang rasuah yang berjaya dan kawalan harga barang lebih berkesan.

Malangnya isu pelan penggantian kepimpinan menggangu fokus utama PH termasuklah diheret dengan tularan pakatan baru.

DR MUJAHID YUSOF adalah naib presiden Amanah dan ahli parlimen Parit Buntar. Beliau juga adalah anggota jemaah menteri.
Artikel ini pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pendirian rasmi Malaysiakini.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wak-labu.blogspot.com/2020/02/apa-perlunya-pakatan-baru.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bolehkah Pakatan Baru Dibentuk

Bolehkah Pakatan Baru Dibentuk

papar berkaitan - pada 5/2/2020 - jumlah : 221 hits
PANASGempar politik Malaysia apabila kononya akan ada gabungan baru untuk membentuk kerajaan pintu belakang 1 PPBM UMNO KartelSemburit PAS GPS WARISAN TOTAL 124MIC MCA TOTAL 127Persoalan yang timbul 1 Adakah kesemua MP UMNO ini berpihak kep...
Malaysia Baru Of Pakatan Harapan Sudah Gila

Malaysia Baru Of Pakatan Harapan Sudah Gila

papar berkaitan - pada 1/2/2020 - jumlah : 261 hits
In short Malaysia is in a financial mess which is why toll charges cannot be abolished and needs to be retained and extended for 40 years from 2018 to 2058 and the financial mess is because of the old Barisan Nasional leaders who are now th...
Umno Pas Sertai Pakatan Baru Ph Cuma Gimik Alih Perhatian

Umno Pas Sertai Pakatan Baru Ph Cuma Gimik Alih Perhatian

papar berkaitan - pada 6/2/2020 - jumlah : 283 hits
By 5 February 2020Setiausaha Otai Reformis 1998 Abdul Razak Ismail bercakap pada sidang media khas mengenai video seks melibatkan seorang menteri Kabinet di Restoran Amjal Kuala Lumpur foto HAZROL ZAINAL 14 JUN 2019 KUALA LUMPUR Kumpulan Ot...
Pakatan Baru Tanpa Restu Pengundi Akan Terima Padah Mohamad

Pakatan Baru Tanpa Restu Pengundi Akan Terima Padah Mohamad

papar berkaitan - pada 7/2/2020 - jumlah : 231 hits
Ura ura kerjasama politik antara Umno dan Bersatu yang kononnya akan membentuk kerajaan baharu akan mendapat tentangan pengundi dalam pilihan raya umum ke 15 Timbalan Presiden UMNO Datuk Seri Mohamad Hasan memberi amaran tindakan tersebut b...
Hello Asraf Wajdi Banyak Kaji Dulu Baru Cakap Ya

Hello Asraf Wajdi Banyak Kaji Dulu Baru Cakap Ya

papar berkaitan - pada 1/2/2020 - jumlah : 380 hits
Mohd Shah Rim YTH ditubuh pada tahun 2016 Dakwaan salahlaku berlaku tahun 2017 dan laporan polis dibuat pengurusan baru TH tahun 2018 30 November 2018 TH buat 2 laporan polis terhadap Abdul Azeez dua bekas CEO Ismee Ismail dan Johan Abdulla...
Penampilan Baru Ussy Sulistiawaty Pakai Cadar Tuai Pujian Dari Warganet

Penampilan Baru Ussy Sulistiawaty Pakai Cadar Tuai Pujian Dari Warganet

papar berkaitan - pada 1/2/2020 - jumlah : 232 hits
Terbaru Ussy Sulistiawaty kembali menjadi perbincangan publik Hal ini terkait unggahan terbarunya di instagram Ussy mengunggah foto mengenakan cadar Penampilan baru Ussy itu menuai banyak pujian
Pln Sebut Ibu Kota Baru Bakal Bebas Dari Mati Listrik

Pln Sebut Ibu Kota Baru Bakal Bebas Dari Mati Listrik

papar berkaitan - pada 1/2/2020 - jumlah : 275 hits
PT PLN membangun sistem kelistrikan ibu kota negara baru Penajam Peser Utara dan Kutai Kartanegara Kalimantan Timur lebih baik Bahkan PLN mengklaim di sana akan menjadi wilayah yang terbebas pemadaman listrik
Agong Pembangunan Semula Kampung Baru Ambil Kira Hak Dan Kepentingan Orang Melayu

Agong Pembangunan Semula Kampung Baru Ambil Kira Hak Dan Kepentingan Orang Melayu

papar berkaitan - pada 1/2/2020 - jumlah : 303 hits
PUTRAJAYA Yang di Pertuan Agong Al Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al Mustafa Billah Shah menitahkan Kampung Baru yang juga merupakan ikon di Kuala Lumpur dibangunkan serta dimajukan seiring dengan pembangunan pesat Kuala Lumpur dengan mengamb...
Edisi Triggered Ubah Mindset Fikir Murid Dulu Baru Guru

Edisi Triggered Ubah Mindset Fikir Murid Dulu Baru Guru

papar berkaitan - pada 1/2/2020 - jumlah : 373 hits
Ada pulak hat triggered bila abam share cerita semalam Sampai pm tepi bagai curah perasaan Mohon baca betui betui ye Fokus utama dia yelah abam nak bagitau macam mana murid mencabar sebegitu membantu bina skil kemahiran dan kreativiti abam ...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids

Fort Kemar Pusat Operasi Di Tengah Belantara

10 Laluan Penerbangan Antarabangsa Tersibuk Di Dunia Bagi Tahun 2024

Prosedur Pengesahan Lafaz Cerai

Duna Dara Asam Maram Chord

Terima Kasih Allah Kerana Menjadi Satu Satunya Harapanku Khaby Lame Tunai Ibadah Umrah Di Mekah