Pembangkang Berpecah Gps Dijangka Menang Besar



(Bernama) – DENGAN detik penentuan siapa yang dipilih pengundi Sarawak untuk menerajui negeri ini bagi tempoh lima tahun akan datang semakin hampir, dua cendekiawan berkongsi pandangan yang sama, yakni Gabungan Parti Sarawak (GPS) pasti muncul juara pada Pilihan Raya Negeri Sarawak ke-12 (PRN12) Sabtu ini, namun persoalannya berapa banyak kerusi yang akan menjadi miliknya nanti.
Saintis politik Universiti Putra Malaysia, Prof Datuk Dr Jayum Jawan dan Felo Kanan Majlis Profesor Negara, Dr Jeniri Amir senada bahawa GPS tidak mempunyai masalah untuk menjadi yang pertama meraih majoriti mudah dalam pungutan jumlah kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada pilihan raya ini.
“GPS dijangka menang mudah, malah perolehan dua pertiga majoriti juga bukan masalah besar bagi GPS, disebabkan oleh perpecahan dalam kalangan pembangkang,” kata Jayum kepada Bernama.
Beliau berkata walaupun GPS baru ditubuhkan beberapa tahun lepas, namun ia dianggotai parti yang cukup matang yakni Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Parti Rakyat Sarawak (PRS), Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) dan Parti Progresif Demokratik (PDP) yang mendominasi kerajaan sejak 1970an.
“Mereka mempunyai rangkaian kerja yang luas di peringkat akar umbi, jentera hebat yang bergerak lancar untuk berdepan dengan lawan mereka. Di samping itu tidak ada pertelagahan dalaman yang boleh melemahkan usaha mereka kelihatan, kecuali mungkin di beberapa kawasan, tidak banyak,” katanya.
Jayum berkata, GPS mempunyai kelebihan sebagai penyandang, dan dalam situasi kempen yang dihadkan pelaksanaan Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ketat, kelebihan ini adalah “aset yang sangat besar.”
Katanya, apabila GPS mengumumkan barisan mereka dua hari sebelum penamaan calon, mereka mengekalkan 58 penyandang sebagai calon mereka, dan 24 muka baharu.
Beliau berkata, parti pembangkang sebaliknya bercelaru dengan ada yang bertanding dan menentang antara satu sama lain di kawasan yang sepatutnya boleh bekerjasama dan menyatukan sumber mereka bagi memiliki peluang yang lebih baik untuk menang.
Beliau menjangka, PBB akan dapat menyapu bersih semua kawasan majoriti Melayu/Melanau, namun beliau memberi amaran bahawa beberapa kekalahan boleh dialami oleh parti komponen GPS, khususnya di kawasan dominan kaum Dayak.
Jayum berkata, beliau melihat PDP adalah antara parti komponen GPS yang dijangka menghadapi cabaran hebat, dengan tiga kerusi yang perlu diperhatikan dengan teliti ialah Krian, Dudong dan Ba’ Kelalan.
Beliau berkata, SUPP juga dijangka tidak akan berjaya di beberapa DUN , manakala PRS akan menghadapi pilihan raya tanpa pemimpin utama yakni presiden parti, Mendiang Tan Sri Dr James Masing, yang meninggal dunia beberapa hari sebelum DUN dibubarkan.
 


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.malaysia-today.net/2021/12/16/pembangkang-berpecah-gps-dijangka-menang-besar/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Gps Menang 76 Kerusi Pembangkang Hanya 6 Kerusi

Gps Menang 76 Kerusi Pembangkang Hanya 6 Kerusi

papar berkaitan - pada 19/12/2021 - jumlah : 259 hits
GPS menang 76 kerusi pembangkang hanya 6 kerusi Gabungan Parti Sarawak memenangi lebih dua pertiga kerusi Dewan Undangan Negeri negeri itu Menurut keputusan rasmi yang diumumkan lewat malam ini parti itu menang di 75 daripada keseluruhan 82...
Prn Sarawak Mampukah Gps Kembali Berkuasa Peroleh Majoriti Besar

Prn Sarawak Mampukah Gps Kembali Berkuasa Peroleh Majoriti Besar

papar berkaitan - pada 17/12/2021 - jumlah : 189 hits
Oleh RAMALAN bahawa Gabungan Parti Sarawak kembali berkuasa selepas meraih kemenangan pada Pilihan Raya Negeri ke 12 Sarawak menimbulkan persoalan utama sama ada ia mampu memperoleh majoriti besar untuk tampil sebagai gabungan politik perta...
Bn Menang Besar Tapi Tetap Bergolak

Bn Menang Besar Tapi Tetap Bergolak

papar berkaitan - pada 19/12/2021 - jumlah : 146 hits
ZUWAIRI MOHD YUSOFHrmmmm BN yang menang majoriti besar PRN MELAKA kekal bergolak di dalam UMNO antara KLUSTER MAHKAMAH vs KLUSTER PRO MAHIADDIN Patutlah tiba tiba 20 MP BBC buat sidang media hari tu kehkehkeh Rakyat yang 20 juta layak undi ...
Ma63 Pembangkang Perjuang Gps Jangan Ambil Kelebihan

Ma63 Pembangkang Perjuang Gps Jangan Ambil Kelebihan

papar berkaitan - pada 17/12/2021 - jumlah : 332 hits
Pindaan Perlembagaan Persekutuan berhubung Perjanjian Malaysia 1963 yang meletakkan Sarawak setaraf Semenanjung serta mengiktiraf MA63 seiring Perjanjian Persekutuan 1948 dan Perjanjian Persekutuan 1957 tidak wajar diambil kredit secara ber...
Pasangan Eur Usd Di Bawah Tekanan Besar

Pasangan Eur Usd Di Bawah Tekanan Besar

papar berkaitan - pada 22/12/2021 - jumlah : 257 hits
Pasangan mata wang EUR USD didagangkan dalam warna merah semasa penulisan ekoran daripada Indeks Dolar telah berjaya melonjak lebih tinggi dalam beberapa jam terakhir Dalam jangka pendek pasangan itu masih terperangkap dalam corak julat lan...
Masa Anak Masih Kecil Buat Perkara Ini Barulah Dia Akan Rapat Dengan Adik Beradik Sampai Besar

Masa Anak Masih Kecil Buat Perkara Ini Barulah Dia Akan Rapat Dengan Adik Beradik Sampai Besar

papar berkaitan - pada 21/12/2021 - jumlah : 243 hits
Memang kadang kadang akan ada perbalahan kecil sesama anak anak Namun jika anda sejak daripada awal sudah mendidik mereka erti kasih sayang antara adik beradik tidak mustahil mereka akan berbaik dalam masa yang singkat lantaran tahu menilai...
Atta Halilintar Bertemu Kembali Keluarga Besar Momennya Penuh Haru

Atta Halilintar Bertemu Kembali Keluarga Besar Momennya Penuh Haru

papar berkaitan - pada 22/12/2021 - jumlah : 285 hits
Kini sudah menjadi seorang suami dan sebentar lagi akan jadi ayah Atta menangis bahagia akhirnya bisa memeluk anggota Gen Halilintar satu per satu
Bendang

Strategi Ampuh Mengatasi Ketakutan Untuk Tindakan Proaktif

Santai Dan Rehat Walupun Dekat Tapi Menyeronokkan Di Putrajaya Marriott Hotel

Pengeluaran Ssp Bsn Cara Syarat Perlu Dipatuhi

Kepimpinan Malaysia Di Asean Harapan Baharu Keamanan Myanmar

Gerakan Or Mipp In Penang Urimai S Answer Both Irrelevant

Makan Nasi Ayam Gepuk Top Global Yang Viral Masa Cuti Chinese New Year

Aktiviti Joging Bertukar Tragedi Wanita Maut Dirempuh Kereta


echo '';
Kenapa Sistem Pemarkahan Sukan Tenis Pelik dan Aneh

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Jadikan Aku Bidadari Slot Akasia TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 11 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Separuh Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

10 Drama Melayu Terbaru TV3 2024 2025 Best Mesti Tonton Juga Tersedia Online


Jazakallah Khairan Mendoakan Kebaikan Orang Lain

Gunawan Lida Karmamu Chord

Doa Untuk Anak Anda Bacaan Rumi Makna Makna Doa

Selamat Ulangtahun Kelahiran Anak Mama

Aaliyah Massaid Umumkan Hamil Anak Pertama Tepis Gosip Miring Di Awal Pernikahan

Mihun Goreng Melimpah