Ma63 Pembangkang Perjuang Gps Jangan Ambil Kelebihan



Pindaan Perlembagaan Persekutuan berhubung Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) yang meletakkan Sarawak setaraf Semenanjung serta mengiktiraf MA63 seiring Perjanjian Persekutuan 1948 dan Perjanjian Persekutuan 1957 tidak wajar diambil kredit secara berlebihan oleh Gabungan Politik Sarawak (GPS)
Menurut Ketua Penerangan KEADILAN Sarawak, Abun Sui Anyit, GPS diketahui umum tidak banyak berusaha memperjuangkan MA63. Manakala perjuangan ke arah mengiktiraf MA63 di sisi Perlembagaan lebih banyak dilakukan oleh KEADILAN dan parti parti pembangkang lain di Sarawak.
Katanya, malah percubaan untuk meminda Perlembagaan pertama kali pada 2019 oleh kerajaan Pakatan Harapan (PH) tidak mendapat sokongan GPS.
Usaha itu, katanya, diteruskan dalam Memorandum Kerjasama (MoU) antara PH dan Kerajaan Persekutuan yang ditandatangani pada 13 September lalu, yang meletakkan salah satu fokus kepada pindaan Perlembagaan MA63.
“Presiden Parti KEADILAN Datuk Seri Anwar Ibrahim dan blok PH hakikatnya sudah lama memperjuangkan isu MA63 untuk rakyat Sarawak dan Sabah.
“Isu MA63 turut merupakan agenda utama dalam MoU anyara blok PH dengan kerajaan PN pada bulan September lalu.
“Walau bagaimanapun, kita harus ingat pada tahun 2019, apabila kerajaan PH berusaha untuk membuat pindaan MA63, blok GPS telah menolak pindaan tersebut.
“GPS gagal memberikan alasan munasabah di atas penolakkan tersebut. Namum pada hari ini, ahli parlimen GPS yang sama menyokong pindaan tersebut setelah isu ini banyak diperjuangkan oleh pemimpin KEADILAN dan PH. Ahli Parlimen GPS tidak harus mempermainkan isu MA63 demi kepentingan sendiri,” katanya dalam satu kenyataan.
Bagaimanapun, Abun Sui tetap menyambut baik pindaan yang berjaya dilakukan pada 14 Disember lalu.
Cuma tambah beliau, pindaan tersebut jangan dipergunakan oleh rejim yang rakus dan korup untuk terus menekan rakyat Sarawak dan memperkayakan pemimpin elit dan kroni sebagaimana sebelum ini.
“Kuasa MA63 harus diberi kepada rakyat untuk memperkasakan komuniti akar umbi dan bukan di tangan pemimpin yang hanya menjaga kepentingan sendiri
“Selama lebih 5 dekad, kekayaan Sarawak telah dimonopoli oleh beberapa keluarga pemimpin, kroni dan tauke balak. Sarawak amat kaya dengan sumber semulajadi dan tanah yang luas. Namun ia adalah antara tempat yang paling miskin di Malaysia.
“Sarawak juga sering dibelenggu projek sakit dan terbengkalai terutamanya dalam pembinaan klinik, hospital dan sekolah. Walaupun rakyat dijanji peruntukan berbilion-bilion untuk pembangunan, namun selepas masa 10 atau 20 tahun, projek-projek tersebut terus gagal diselesaikan,” katanya sinis.
Sehubungan itu, Abun Sui berharap selepas ini kerajaan Sarawak akan diterajui oleh pemimpin yang lebih bersih, telus dan cekap membangunkan penduduk peribumi agar mengecap kemajuan yang setaraf dengan Semenanjung.
“Peruntukan berbilion ringgit setiap tahun yang datang dari hasil Sarawak dan cukai pendapatan rakyat adalah duit rakyat yang harus digunakan untuk membangunkan Sarawak dengan cekap termasuk menyediakan infrastruktur asas seperti air yang bersih, elektrik, membaik pulih klinik kesihatan dan sekolah daif.
“Dewan Undangan Sarawak juga harus membentangkan audit dengan segera yang melaporkan belanjawan untuk semua projek sakit serta syarikat-syarikat yang telah gagal untuk menepati jadual projek.
“Langkah ini akan memastikan kuasa MA63 dikembalikan kepada rakyat Sarawak dan bukan digunakan sebagai tirai untuk terus dengan monopoli ‘state resource capture’ sebuah regim yang gagal dan korup,” katanya lagi.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://suarapakatandaily.com/archives/33676

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pembangkang Berpecah Gps Dijangka Menang Besar

Pembangkang Berpecah Gps Dijangka Menang Besar

papar berkaitan - pada 16/12/2021 - jumlah : 177 hits
DENGAN detik penentuan siapa yang dipilih pengundi Sarawak untuk menerajui negeri ini bagi tempoh lima tahun akan datang semakin hampir dua cendekiawan berkongsi pandangan yang sama yakni Gabungan Parti Sarawak pasti muncul juara pada Pilih...
Pindaan Ma63 Telah Selesai Masa Untuk Ubah Kerajaan Gps

Pindaan Ma63 Telah Selesai Masa Untuk Ubah Kerajaan Gps

papar berkaitan - pada 15/12/2021 - jumlah : 224 hits
Rakyat Sarawak yang mendapat semangat baharu selepas lulusnya pindaan Perjanjian Malaysia 1963 semalam seharusnya meneruskan perubahan dengan melantik Kerajaan Negeri baharu dalam Pilihan Raya Negeri pada 18 Disember ini Menurut Ketua Pemba...
Gps Menang 76 Kerusi Pembangkang Hanya 6 Kerusi

Gps Menang 76 Kerusi Pembangkang Hanya 6 Kerusi

papar berkaitan - pada 19/12/2021 - jumlah : 256 hits
GPS menang 76 kerusi pembangkang hanya 6 kerusi Gabungan Parti Sarawak memenangi lebih dua pertiga kerusi Dewan Undangan Negeri negeri itu Menurut keputusan rasmi yang diumumkan lewat malam ini parti itu menang di 75 daripada keseluruhan 82...
Isi Nenas Kita Makan Kulit Jangan Buang Jadikan Baja Organik Suburkan Pokok Buah Sayur

Isi Nenas Kita Makan Kulit Jangan Buang Jadikan Baja Organik Suburkan Pokok Buah Sayur

papar berkaitan - pada 13/12/2021 - jumlah : 204 hits
Selepas mengupas nenas kulit nenas yang terbuang jangan dibiarkan sebegitu sahaja Rupanya dari kulit nenas ini dapat dijadikan baja organik untuk suburkan pokok buah dan juga sayur sayuran Nak tahu macam mana caranya Jom ikuti perkongsian I...
Timbalan Presiden Umno Sanggah Projek 5g Oleh Dnb Jangan Percaya Umno Kaki Putar Alam

Timbalan Presiden Umno Sanggah Projek 5g Oleh Dnb Jangan Percaya Umno Kaki Putar Alam

papar berkaitan - pada 14/12/2021 - jumlah : 235 hits
Kerajaan telah menubuhkan Digital Nasional Berhad untuk melaksanakan perlaksanaan jaringan 5G Syarikat SPV milik penuh Kementerian Kewangan telah diperuntukkan spectrum 5G secara percuma dan eksklusif Ia kemudian akan dijual kepada syarikat...
Nusi Hang Jangan Dok Buat Tercengang Bodo Sepat Pulak Macam Kisah Raptor Di Juru Dulu Hang Kena Habaq Betoi Betoi

Nusi Hang Jangan Dok Buat Tercengang Bodo Sepat Pulak Macam Kisah Raptor Di Juru Dulu Hang Kena Habaq Betoi Betoi

papar berkaitan - pada 14/12/2021 - jumlah : 169 hits
Sanusi digesa perjelas status sebenar projek litar lumba di Sungai PetaniOleh MOHD ALI HASHIM December 13 2021Setelah dua Pilihan Raya Umum berlalu janji untuk membina Litar Lumba Antarabangsa Sungei Petani Kedah masih lagi menjadi igauan k...
Jangan Membahayakan Nyawa Anda Dengan Melintas Dari Lorong Ke Lorong

Jangan Membahayakan Nyawa Anda Dengan Melintas Dari Lorong Ke Lorong

papar berkaitan - pada 15/12/2021 - jumlah : 139 hits
PERKONGSIAN Pihak PLUS bagi beritahu jika kita exit tol dan tiba tiba baki tak cukup kita perlu tekan button intercom dan tunggu runner PLUS dtg Runner akan bantu kita untuk topup dan serahkan semula kad TnG kita Untuk semua pengguna jalan ...
Jangan Teruja Sangat Jumpa Muntah Ikan Paus Konon Boleh Jadi Kaya Tetiba Mengaku Sedara Ekspress

Jangan Teruja Sangat Jumpa Muntah Ikan Paus Konon Boleh Jadi Kaya Tetiba Mengaku Sedara Ekspress

papar berkaitan - pada 15/12/2021 - jumlah : 197 hits
The ReporterOrang ramai dinasihatkan agar tidak terlalu teruja dengan berita penemuan muntah ikan paus atau ambergris yang kononnya boleh mengubah nasib sesiapa sahaja yang menemuinya dengan menjadi kaya sekelip mata Ini kerana tiada lagi r...
Keluar Mengundi Jangan Hirau Berita Palsu

Keluar Mengundi Jangan Hirau Berita Palsu

papar berkaitan - pada 15/12/2021 - jumlah : 115 hits
BH ONLINE Dr Sim melawat Pusat Pengundian Awal Kem batalion 11 PGA Batu Kawah hari ini Foto BERNAMA KUCHING Pengundi di Sarawak perlu keluar menunaikan tanggungjawab memilih wakil rakyat pada Pilihan Raya Negeri Sarawak ke 12 Sabtu ini dan ...
Addressing Flaws In Mrt3 S Strategy

Lirik Lagu Rasa Lia Aziz Ft Treehill

Yoursay Will Anything Come Out Of Ayer Keroh Accident Probe

Makan Tengah Hari Di Jeti Nelayan Kesang

Comment On Nasihat Untuk Mereka Yang Ingin Berkunjung Ke Sungai Kedondong Batang Kali Selangor By Zul

Merry Christmas And Happy New Year

Rakyat Digital Cara Daftar Senarai Kursus Percuma

Hiking Gunung Bubu Gerik


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Lirik Lagu Suara Hati Repvblik

Lirik Lagu Aiman Tino Wani Kayrie

We Didn T Force Staff To Attend Xmas Do Says Ministry

Criminal Lawyer Defends Public Whipping Of Man Convicted Of Khalwat

No Projects No Kemasukan Rm400k Linked To Kuamut Rep

Cat888 1 2024