Masa Anak Masih Kecil Buat Perkara Ini Barulah Dia Akan Rapat Dengan Adik Beradik Sampai Besar


Memang kadang-kadang akan ada perbalahan kecil sesama anak-anak. Namun, jika anda sejak daripada awal, sudah mendidik mereka erti kasih sayang antara adik-beradik, tidak mustahil mereka akan berbaik dalam masa yang singkat lantaran tahu menilai kasih sayang yang telah anda terapkan dalam diri mereka.

Berikut adalah antara perkara yang perlu dilakukan semasa anak-anak anda masih lagi kecil. Diharapkan ia dapat membantu anda membina hubungan adik-beradik yang kukuh sepanjang hayat.
1. Makan bersama
Dalam sehari, pastikan anda dan anak-anak berkumpul seisi keluarga untuk makan bersama-sama. Selesai makan, anda dan mereka boleh saling berbual dan bercerita tentang apa sahaja yang berlaku pada hari kejadian. Dengan yang demikian, semua ahli keluarga berasa seronok apabila dapat terlibat dalam aktiviti seharian masing-masing.
2. Jaga antara satu sama lain
Sentiasa ingatkan anak-anak untuk menjaga diri mereka antara satu sama lain. Yang lebih berusia perlu tengok adiknya yang lebih kecil. Malah anak yang lebih muda pun boleh melakukan perkara yang sama juga.

Sebelum tidur katakan pada anak-anak “Abang atau kakak perlu jaga adik. Begitu juga adik. Perlu juga jaga abang atau kakak.” Percayalah jika dari kecil anda sudah ingatkan perkara ini kepada anak-anak, apabila mereka dewasa kelak, pesanan ini akan sentiasa kukuh dalam ingatan mereka.
3. Berlaku adil
Tanpa sedar, kadang-kadang ibu bapa itu sendiri berlaku tidak adil kepada anak-anaknya.
Paling biasa dilakukan ialah apabila adik buat silap, kakak atau abangnya akan dipersalahkan. Hal sebegini akan membuatkan anak yang tua berasa kecil hati dan berdendam kepada adiknya.
Sama juga halnya apabila membeli sesuatu barangan. Pastikan anda sentiasa berlaku adil. Hal ini penting untuk tidak menimbulkan perasaan cemburu di antara mereka. Tidak kira apa-apa pun, sebenarnya setiap anak mahu dihargai secara sama rata. Untuk itu, anda perlu bijak mengawal keadaan.
4. Tolong-menolong
Biarpun anak-anak masih kecil tetapi sikap tolong-menolong perlu diajar daripada awal. Antara yang boleh anda lakukan ialah meminta adik dan kakak atau abangnya sama-sama mengemas alat permainan yang telah digunakan semasa bermain bersama-sama. Sambil mereka mengemas, jangan lupa selitkan kata-kata pujian kepada mereka. Pastikan mereka bangga dapat berbuat baik sesama sendiri.
5. Tunjukkan contoh baik
Jika mahu anak-anak berhubungan baik antara satu sama lain, anda sendiri pun perlu menjaga hubungan dengan adik-beradik. Sikap saling tolong-menolong, ziarah-menziarahi dan saling berhubung antara anda dan adik-beradik, secara tidak langsung menunjukkan bahawa ikatan kekeluargaan yang ada itu perlu dijaga setiap masa. Contoh yang baik seperti ini dapat mereka jadikan panduan di masa hadapan mereka.

Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
The post Masa Anak Masih Kecil, Buat Perkara Ini. Barulah Dia Akan Rapat Dengan Adik Beradik Sampai Besar appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/masa-anak-masih-kecil-buat-perkara-ini-barulah-dia-akan-rapat-dengan-adik-beradik-sampai-besar/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Masa Anak Kecil Bawa Mereka Ke Zoo Pengalaman Anak Di Zoo Bantu Perkembangan Otak Mereka

Masa Anak Kecil Bawa Mereka Ke Zoo Pengalaman Anak Di Zoo Bantu Perkembangan Otak Mereka

papar berkaitan - pada 11/12/2021 - jumlah : 331 hits
Memperkenalkan jenis jenis haiwan secara real kepada anak anak yang sedang membesar sebenarnya sangat bagus untuk perkembangan mereka Bukan hanya untuk perkembangan otak mereka malah untuk kemahiran motor mereka Salah satu cara untuk perken...
Masa Anak Kecil Ni Lah Kita Kena Jaga Hubungan Rugi Kalau Ayah Tiada Masa Untuk Anak Anak

Masa Anak Kecil Ni Lah Kita Kena Jaga Hubungan Rugi Kalau Ayah Tiada Masa Untuk Anak Anak

papar berkaitan - pada 8/12/2021 - jumlah : 308 hits
Sememangnya seorang ayah sentiasa sibuk setiap hari keluar mencari rezeki Kadang kadang keluar sebelum subuh balik selepas maghrib Boleh dikatakan masa bersama anak anak sangat limited Namun bagi seorang anak lebih lebih lagi anak yang masi...
Api Apabila Kecil Jadi Kawan Besar

Api Apabila Kecil Jadi Kawan Besar

papar berkaitan - pada 10/12/2021 - jumlah : 266 hits
ANGKA 73 calon Parti Bumi Kenyalang dicampur 15 calon lagi dari Parti Aspirasi Rakyat Sarawak sudah jadi 88 orang Dua parti ini menerusi kumpulan besar calon mereka cuba membangkitkan isu referendum tepatnya mahu bawa keluar Sarawak dari Ma...
Pandai Akademik Bukan Tiket Anak Berjaya Sampai Besar Adab Dulu No 1

Pandai Akademik Bukan Tiket Anak Berjaya Sampai Besar Adab Dulu No 1

papar berkaitan - pada 14/12/2021 - jumlah : 279 hits
Silap kalau kita bangga anak pandai dengan akademik tapi gagal ajar bab adab Masa anak kecil lagi ni lah kena banyak tegur tertib kelakuan dia Cuba semak Anak bagi barang macam mana pada kita atau orang lain Campak Jangan sentuh suruh dia d...
Kan Sudah Selalu Kata Pas Tetap Betul Dalam Semua Perkara Masa Bersama Pr Gitulah Perangai

Kan Sudah Selalu Kata Pas Tetap Betul Dalam Semua Perkara Masa Bersama Pr Gitulah Perangai

papar berkaitan - pada 10/12/2021 - jumlah : 219 hits
BILA NAJB KENA MENIKUS DENGAN FATWA AGAMATimbalan Presiden Pas Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata apabila seseorang yang tidak bersalah telah dibuktikan bersalah maka itulah keputusannya Namun katanya untuk menjatuhkan hukuman bersala...
Potret Luna Maya Saat Masih Remaja Masa Masa Kemana Mana Masih Doyan Naik Motor

Potret Luna Maya Saat Masih Remaja Masa Masa Kemana Mana Masih Doyan Naik Motor

papar berkaitan - pada 13/12/2021 - jumlah : 234 hits
Sosok Luna Maya sudah tidak asing lagi di dunia hiburan tanah air Namanya dikenal sebagai aktris dan juga model Penampilan Luna Maya selalu mencuri perhatian lantaran parasnya yang cantik Tak hanya sekarang Luna Maya dipuji cantik sejak dul...
Suka Beli Tapi Tak Suka Pakai Mulakan Yang Kecil Buat Pelaburan Masa Depan

Suka Beli Tapi Tak Suka Pakai Mulakan Yang Kecil Buat Pelaburan Masa Depan

papar berkaitan - pada 16/12/2021 - jumlah : 236 hits
Ada orang suka pakai perhiasan barang kemas namun ada pula yang sekadar menyimpan untuk hari mendatang Tak mengapa ikutlah selesa masing masing Namun jadikanlah mengumpul emas sebagai satu langkah menyimpan cara yang bijak Perkongsian yang ...
Top 10 Lokasi Glamping Di Malaysia Harga Kelebihan

Rahsia Kek Butter Jadi Lembut Moist Tak Retak Tak Bantat

Retaining Top Talent For Businesses

Southwest Passenger Says She Was Ejected From Flight Based On Her Race

Sarawakian Ngo Need To Clear Health Confusion Of Malaysians Associating Palm Oil With High Cholesterol

Menginap Di Bei Boutique Hotel Muar Jalan Jalan Ke Tomisstan Resort Muar

Menu Menu Dari Bunga Kantan

Navigating By Nature How To Find Your Way Without Gps


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Obey The Law Top Cop Tells Turun Anwar Rallygoers

Anwar S Tribute Pre Election Relief Or Long Term Reform

Haze Faced By Malaysia And Singapore Due To Forest Fires From A Neighbouring Country

Tempat Tempat Menarik Di Beijing China

Konsert Dia Misha Omar 2025

Doa Ketika Hujan Lebat Takut Berlaku Mudarat