Pemansuhan Minit Dan Surat Sokongan Jadikan Menteri2 Pakatan Harapan Tiada Kuasa




Salah satu peraturan yang ditetapkan oleh Pakatan Harapan sebaik mengambil alih kerajaan pada pilihanraya lalu ialah menghapuskan amalan menulis minit dan surat sokongan bagi sebarang urusan yang berkaitan tender, projek dan hal-hal yang melibatkan kewangan.


Ia bermakna Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri, Menteri, Timbalan Menteri, pegawai menteri dan lain-lain seperti pengrusi agensi kerajaan  tidak boleh lagi menulis apa-apa minit berbentuk sokongan atau arahan bagi sebarang permohonan yang dibawa rakyat sama ada untuk mendapatkan kontrak, lesen, tender perniagaan atau sebarang hal yang melibatkan kewangan kerajaan.


Turut tidak dibenarkan ialah menulis surat sokongan atas sebarang permohonan yang dikemukakan oleh rakyat atas urusan yang sama iaitu untuk mendapatkan kontrak, lesen, tender perniagaan dan sebarang hal yang melibatkan kewangan kerajaan.


Alasannya peraturan ini diperkenalkan ialah kerana kerajaan Pakatan Harapan ini ingin menjadi kerajaan yang bersih dan para pemimpinnya tidak dibenarkan terlibat dalam sebarang urusan yang memungkinkan ada konflik kepentingan, membolot peluang perniagaan atau "menyamun" atas jawatan yang disandang.


Sekali pandang dan dari segi idealismenya, peraturan itu memang nampak cantik dan ada baiknya, tetapi ia juga sebenarnya paling merugikan Pakatan Harapan sendiri.


Untuk apakah parti politik bertanding dalam pilihanraya dan menjadi kerajaan kalau bukan untuk mendapatkan kuasa?


Kenapakah semua parti yang bertanding berebut-rebut serta merayu-rayu kepada rakyat atau pengundi agar mereka diberikan kuasa sebagai kerajaan?


Tetapi, apakah pula gunanya kuasa yang sudah diperolehi itu jika ia tidak dapat dimanfaatkan untuk menolong rakyat dan penyokong sendiri?


Bagi penjawat-penjawat politik dalam kerajaan yang memperolehi kuasa melalui pilihanraya, satu-satunya kelebihan atau gahnya mereka ialah apabila boleh menulis minit dan surat sokongan atas sebarang permohonan atau membantu apa juga masalah yang dibawa oleh rakyat.


Ada surat permohonan dalam bentuk meminta sokongan tender, memohon kontrak, lesen, tuntutan bayaran, rayuan projek dan 1001 urusan lain yang kebanyakannya sudah tentu ada melibatkan kewangan kerajaan.


Selalunya melalui minit dan surat sokongan itulah ahli-ahli politik yang ada jawatan boleh menolong rakyat atau mereka yang datang untuk memerlukan pertolongan.


Bukanlah semua minit atau surat sokongan itu pasti akan beroleh kelulusan atau kejayaan kerana pegawai kerajaan atau agensi yang meluluskan itu biasanya terikat dengan peraturan-peraturan tertentu yang perlu dipatuhi.


Namun demikian, mereka yang datang itu akan berasa separuh lega apabila surat mereka sudah diminit oleh menteri atau timbalan atau diberikan surat sokongan yang ditandatangi oleh setiausaha politik atau setiausaha sulit kanan menteri, meskipun akhirnya apa yang dipohon atau dihajati itu menemui kegagalan.


Jika apa yang dipohon itu berjaya, tentulah lagi gembiranya mereka itu.


Begitulah bagaimana selama ini sistem parti politik menguasai kerajaan berjalan dalam sebuah negara demokrasi seperti Malaysia ini.


Bagaimanapun, dengan peraturan baru yang memansuhkan amalan menulis minit dan surat sokongan itu, kerugian bukan saja kepada mereka yang ada jawatan dalam kerajaan, tetapi juga penyokong dan rakyat yang selama ini menyokong perubahan.


Ramai yang datang menemui menteri, timbalan menteri atau setiausaha politik misalnya, untuk tujuan meminta pertolongan terpaksa pulang dengan tangan kosong kerana tiada apa-apa bantuan yang boleh mereka perolehi.


Menteri atau timbalan menteri dalam kerajaan baru ini tiada kuasa lagi untuk menulis minit kepada ketua setiausaha, pengerusi agensi di bawah kementeriannya sendiri, pengarah atau pelbagai penjawat jawatan kanan lain yang ada kuasa dari segi pentadbiran dan meluluskan sesuatu perkara.


Begitu juga dengan setiausaha politik dan setiausaha sulit kanan menteri, mereka juga tiada hak lagi menulis surat sokongan kepada pengarah atau pengerusi agensi kerajaan jika ada sesiapa datang meminta pertolongan.


Dalam waktu yang sama, tiadanya lagi amalan menulis minit itu seperti melepaskan menteri, timbalan menteri dan lain-lain penjawat itu daripada bebanan peranan menolong rakyat, meskipun ketika berkempen sebelum ini laungan meminta kuasa itulah yang dijerit ke sana sini.


Apa jadi akhirnya?


Akhirnya yang pasti ialah sistem parti menguasai kerajaan dengan sendirinya sudah pun terhapus dan yang benar-benar berkuasa dalam kerajaan sekarang tentulah ketua setiausaha, pengarah-pengarah, setiausaha bahagian dan penjawat kanan lainnya dalam kementerian itu.


Di peringkat agensi atau GLC pula, sudahnya yang benar-benar ada kuasa, walaupun setelah kerajaan bertukar tangan ialah ketua pengarah, pengarah urusan dan CEO yang bukan daripada kalangan orang politik.


Tetapi, siapa yang bertanding dalam pilihanraya dan siapa yang akhirnya dapat kuasa secara percuma?


Sihatkah perkara ini kepada masa depan Pakatan Harapan?


Mampukah Pakatan Harapan terus bertahan dalam pilihanraya akan datang, sedangkan rungutan sudah semakin banyak kedengaran, malah ada yang sudah mula bosan dengan menteri dan timbalan menteri Pakatan Harapan yang tiada kuasa ini. (ShahbudinHusin 02/11/2018).


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://shahbudindotcom.blogspot.com/2018/11/pemansuhan-minit-dan-surat-sokongan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Felda Cara Kerajaan Pakatan Harapan Hendak Tipu Pengundi

Felda Cara Kerajaan Pakatan Harapan Hendak Tipu Pengundi

papar berkaitan - pada 2/11/2018 - jumlah : 388 hits
Oleh Mohd Sayuti OmarMazlan AlimanANTARA orang yang berkobar kobar memberi keyakinan dan harapan baharu kepada kira2 130 000 warga peneroka ialah sdr Mazlan Aliman Beliau yang juga sebagai Presiden Anak sebuah Ngo yang ditubuhkan untuk memp...
Pas Tolak Pembentukan Pakatan Harapan

Pas Tolak Pembentukan Pakatan Harapan

papar berkaitan - pada 21/10/2018 - jumlah : 262 hits
Pakatan Harapan yang dibentuk oleh pembangkang hari ini bagi menggantikan Pakatan Rakyat gagal mempengaruhi Pas untuk turut serta dalam kerjasama baharu itu Sebaliknya kekosongan tersebut diisi parti serpihan Pas yang diketuai Mohamad Sabu ...
Rumusan Belanjawan 2019 32 Intipati Utama Belanjawan Pertama Kerajaan Pakatan Harapan Ph

Rumusan Belanjawan 2019 32 Intipati Utama Belanjawan Pertama Kerajaan Pakatan Harapan Ph

papar berkaitan - pada 3/11/2018 - jumlah : 1161 hits
Rumusan Belanjawan 2019Belanjawan 2019Berikut merupakan intipati utama Belanjawan negara bagi tahun 2019 yang dibentangkan oleh Menteri Kewangan Lim Guan Eng di Dewan Rakyat semalam Lim Guan Eng1 Sekolah Bantuan Penuh Kerajaan Sekolah Keban...
40 Penyamun Mencari Pintu Pakatan Harapan

40 Penyamun Mencari Pintu Pakatan Harapan

papar berkaitan - pada 2/11/2018 - jumlah : 409 hits
Hasmi Hashim ULASAN Kata watak saudagar unta dalam filem klasik Tiga Abdul arahan P Ramlee Jual orang lagi untung dari niaga unta Kita pun ketawa Orang yang boleh dijual beli dalam era Malaysia baharu ini bukanlah hamba abdi di pasar sepert...
Pakatan Harapan Bukan Parti Untuk Pelarian Politik

Pakatan Harapan Bukan Parti Untuk Pelarian Politik

papar berkaitan - pada 1/11/2018 - jumlah : 273 hits
Oleh Wartawan MySuara KUALA LUMPUR Pakatan Harapan bukan tempat untuk mana mana individu menjadikan parti itu sebagai destinasi pelarian politik Timbalan Presiden Parti Amanah Negara Datuk Seri Salahuddin Ayub meminta PH membincangkan satu ...
Adakah Felda Lebih Baik Di Bawah Pakatan Harapan

Adakah Felda Lebih Baik Di Bawah Pakatan Harapan

papar berkaitan - pada 29/10/2018 - jumlah : 347 hits
FELDA yang pernah menjadi benteng ampuh Barisan Nasional khususnya UMNO menjadi sebaliknya dalam Pilihan Raya Umum ke 14 Buat pertama kalinya sebanyak 27 daripada 52 kawasan penempatan FELDA yang pernah menjadi kubu kuat UMNO bertukar tanga...
Ahli Parlimen Kerajaan Kosong Adakah Kaki Ponteng Pihak Pakatan Harapan

Ahli Parlimen Kerajaan Kosong Adakah Kaki Ponteng Pihak Pakatan Harapan

papar berkaitan - pada 24/10/2018 - jumlah : 583 hits
YB Dato Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang Ahli Parlimen Marang merangkap Presiden PAS Membahas Kajian Separuh Penggal RMKe 11 24 Oktober 2018 Video p s Kita melihat tiada kelibat Menteri atau Timbalan Menteri di pihak Kerajaan Rakyat pasti me...
Pakatan Harapan Failed To Implement Its Own Proposals

Pakatan Harapan Failed To Implement Its Own Proposals

papar berkaitan - pada 3/11/2018 - jumlah : 309 hits
The Pakatan Harapan led government tabled its first ever national budget on Friday after several years of drafting its own alternative budgets Now that it is in government getting what it wants should be a done deal right Unfortunately it m...
Ismail Seru Pm Terus Angkat Cadangan Jadikan Bm Bahasa Kedua Asean

Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Dr M S Lawyer Why Did Pm Keep Silent On Rushed Prosecution In 2018

Some 2018 Cases Rushed Flawed And Tainted By Venom Enmity Pm

Ismail Sabri Ajak Pemimpin Asean Berucap Dalam Bahasa Melayu Di Sidang Kemuncak 2024 Di Malaysia

Arsenal Selesa Tewaskan Crystal Palace Kali Kedua

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment


echo '';
10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3

6 Tapak Buangan Produk Manusia Yang Bersaiz Gergasi

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Lirik Lagu Kupupu Dani Kurama

Filem Strike Silat Cult Master

Radja Apa Sih Chord

Zikir Inna Fatahna Laka Fathan Mubina Tanda Kemenangan Islam

Funtasi Land Waktu Operasi Harga Tiket Aktiviti Menarik