Pemansuhan 3g Tahun 2021 Sudahkah Kita Bersedia


Kerajaan Malaysia mengumumkan Rancangan Jalinan Digital Negara (JENDELA) untuk meningkatkan infrastruktur digital negara, dalam fasa dari 2020 hingga 2025, dengan sasaran 100% liputan 4G dan kelajuan 5G melebihi 100Mbps.
Selaras dengan JENDELA, kerajaan memutuskan untuk menghentikan rangkaian 3G di Malaysia secara berperingkat menjelang akhir tahun 2021. Ini bagi memberi ruang kepada capaian rangkaian 5G untuk dirangkainkan ke atas spektrum rangkaian yang sedia ada.
Masalah yang paling ketara dalam proses ini sudah tentulah capaian bagi panggilan suara. Jika 3G dimansuhkan, maka panggilan dari rangkaian 3G tidak ada alternatif lain yang lebih baik. Melainkan, semua rangkaian di Malaysia mula menyokong panggilan suara di rangkaian 4G melalui VoLTE. Kita ada rangkaian 2G GSM, tapi seriuslah? Adakah kita perlu ‘downgrade‘ ke tahap serendah itu demi melaksanakan 5G yang tak pasti sama ada dapat dinikmati semua?
Masalah kedua adalah capaian. Umum mengetahui, capaian 3G adalah satu-satunya capaian yang ada untuk menggunakan internet terutama sekali di kawasan luar bandar. Bagaimana pula dengan nasib pelajar sekolah, IKS dan juga pengguna luar bandar sekirannya capaian ini dimansuhkan? Sudahlah tidak disediakan akses 4G, fiber pula masih berdolak-dalih. Jika 3G dimansuhkan untuk mereka, apa lagi sumber yang mereka ada untuk mendapatkan capaian internet?
Untuk info, VoLTE membenarkan pengguna membuat panggilan suara berkualiti tinggi menerusi rangkaian 4G LTE pada peranti yang menyokong rangkaian 4G. Ini tiada masalah kerana boleh dikatakan hampir kesemua telefon pintar moden masa kini sudahpun sedia menyokong 4G dan LTE. Yang menjadi masalah adalah telco sahaja yang masih tidak memberikan sokongan VoLTE kepada semua pengguna.
Melihat kepada perkembangan semasa inisiatif JENDELA, masih lagi samar-samar siapa yang akan mengambil tanggungjawab dalam memasang infrastruktur 5G di seluruh Malaysia. Diharapkan akan proses ini akan dijalankan dengan lebih telus tanpa campur tangan ahli politik yang ingin mendapatkan keuntungan atas angin mahupun pihak swasta yang inginkan monopoli. Kita sudah cukup terseksa dengan monopoli fiber, jangan ditambah lagi monopoli telekomunikasi yang lain.
Saya juga tidak pasti sama ada saya yang tersalah baca atau matlamat dan rangka kerja JENDELA selalu berubah-ubah.  Pada awalnya, matlamat JENDELA adalah 100% capaian 4G ke seluruh negara dengan 5G akan siap sedia digunakan menjelang akhir 2021. Kini, merujuk kepada laporan suku pertama 2021 JENDELA, matlamat capaian telah diturunkan kepada 96.9% dan tempoh masa telah dianjak kepada tahun 2022.
Ini agak merisaukan dan menimbulkan persoalan sama ada matlamat ini dapat dicapai ataupun akan ada penurunan standard visi dan misi JENDELA di masa akan datang sekiranya tempoh masa masih gagal dicapai kelak. Walau apa jua perubahan politik yang berlaku, saya berharap agar setiap usaha baik untuk kepentingan rakyat akan terus berjalan tanpa perubahan setiap kali kementerian bertukar.
Ingat matlamat utama JENDELA, jadikan telekomunikasi sebagai utiliti ketiga. Oleh itu, kami berharap agar kerajaan kekal menjadikan utiliti ini sebagai satu hak yang layak dinikmati semua tanpa mengira lokasi, bukannya sebagai satu alat korupsi dan ketamakan korporat.
The post Pemansuhan 3G Tahun 2021: Sudahkah Kita Bersedia? appeared first on OMG! Hackers?.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://omghackers.com/pemansuhan-3g-tahun-2021-sudahkah-kita-bersedia/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pencegahan Stunting Dan Pendataan Keluarga Dua Agenda Besar Bkkbn Sepanjang Tahun 2021

Pencegahan Stunting Dan Pendataan Keluarga Dua Agenda Besar Bkkbn Sepanjang Tahun 2021

papar berkaitan - pada 10/3/2021 - jumlah : 261 hits
Pendataan Keluarga yang akan dilakukan BKKBN dimaksudkan untuk memotret kondisi keluarga Indonesia sementara percepatan pencegahan stunting dilakukan salah satunya untuk mempersiapkan SDM unggul
10 Tarikan Pelancongan Baharu Negeri Selangor Untuk Dikunjungi Di Tahun 2021

10 Tarikan Pelancongan Baharu Negeri Selangor Untuk Dikunjungi Di Tahun 2021

papar berkaitan - pada 10/3/2021 - jumlah : 457 hits
Negeri Selangor sememangnya mempunyai tarikan pelancongannya yang tersendiri dari elemen budaya setempat kehijauan alam sekitar yang masih terpelihara kawasan urban dengan gaya hidup moden serta pilihan hidangan dan menu yang pelbagai dari ...
Cara Verify Domain Dan Events Manager Untuk Pixel Fb Tahun 2021

Cara Verify Domain Dan Events Manager Untuk Pixel Fb Tahun 2021

papar berkaitan - pada 11/3/2021 - jumlah : 347 hits
Bagaimana cara untuk anda verify domain dan seterusnya membuat tetapan untuk pilihan 8 slot untuk events manager bagi cara setup pixel FB yang baru untuk tahun 2021 Jika anda perasan sekarang ni cara setup pixel FB sudah berlainan dengan ca...
Permohonan Program Ijazah Dalam Negara Pinjaman Boleh Ubah Jpa Tahun 2021 Kini Dibuka

Permohonan Program Ijazah Dalam Negara Pinjaman Boleh Ubah Jpa Tahun 2021 Kini Dibuka

papar berkaitan - pada 12/3/2021 - jumlah : 553 hits
Jabatan Perkhidmatan Awam mengumumkan permohonan telah dibuka bagi Program Ijazah Dalam Negara secara Pinjaman Boleh Ubah untuk tahun 2021 Permohonan adalah dipelawa kepada calon calon yang sedang mengikuti pengajian di peringkat Ijazah Per...
Pakar Meramalkan Btc Akan Menembusi Halangan As 100k Pada Tahun 2021

Pakar Meramalkan Btc Akan Menembusi Halangan As 100k Pada Tahun 2021

papar berkaitan - pada 16/3/2021 - jumlah : 256 hits
Syiling digital paling berharga di dunia sedang menuju ke rekod tertinggi Pakar meramalkan bahawa BTC bahkan boleh mencapai AS 100K Mata wang kripto paling utama tidak berhenti untuk mengejutkan peserta pasaran kripto Sebenarnya kenaikan to...
Kenali 10 Tempat Menarik Baharu Di Selangor Serta Alamat Lengkap Untuk Tahun 2021

Kenali 10 Tempat Menarik Baharu Di Selangor Serta Alamat Lengkap Untuk Tahun 2021

papar berkaitan - pada 14/3/2021 - jumlah : 640 hits
Kenali 10 Tempat Menarik Baharu Di Selangor Serta Alamat Lengkap Untuk Tahun 2021 Sejak PKP dilonggarkan dan dah boleh rentas daerah sejak 5 Mac lalu telah membuka peluang untuk pelancongan di dalam negeri Lagi berita baik kerajaan dah bena...
Celcom Akan Menamatkan Rangkaian 3g Pada Hujung Tahun 2021

Celcom Akan Menamatkan Rangkaian 3g Pada Hujung Tahun 2021

papar berkaitan - pada 1/3/2021 - jumlah : 275 hits
Selari dengan pengumuman kerajaan sebelum ini Celcom kini sekali lagi mengesahkan yang mana mereka akan menamatkan rangkaian 3G pada hujung tahun 2021 ini Celcom mengatakan pelanggan yang terlibat dan masih menggunakan rangkaian 3G boleh be...
Biasiswa Pinjaman Zakat Dan Bantuan Pelajaran Untuk Tahun 2021

Biasiswa Pinjaman Zakat Dan Bantuan Pelajaran Untuk Tahun 2021

papar berkaitan - pada 7/3/2021 - jumlah : 448 hits
Musim persekolahan dan mahasiswa sudah mula dengan semester baru Jadi disini kami cuba senaraikan pelbagai bantuan pelajaran yang sesuai untuk anda dalam kategori biasiswa pinjaman zakat dan sebagainya untuk tahun 2021 Bantuan ini pastinya ...
Beli Bitcoin Melalui Luno Ini Cara Daftar Luno Buat Pemula Untuk Tahun 2021

Beli Bitcoin Melalui Luno Ini Cara Daftar Luno Buat Pemula Untuk Tahun 2021

papar berkaitan - pada 2/3/2021 - jumlah : 546 hits
Nampaknya matawang digital crytocurrency semakin diterima di Malaysia Kini Malaysia secara sah mempunyai platform jual beli matawang kripto iaitu melalui aplikasi Luno Jika anda ingin cuba boleh daftar bagi pengguna baru disini Sebenarnya d...
Term Limit Culture Emerging With Veteran Dap Trio S Exit Says Analyst

Who Else Nazri Backs Anwar For Second Term As Pm

Sprm Reman 4 Pegawai Ismail Sabri Kes Keluarga Malaysia

Punca Nahas Maut Isteri Tentera Menurut Polis

Macc Arrests Ismail Sabri S Officers

Sambut Raya Dengan Gaya Di Melawati Mall

Siti Kasim Schools Living Under Coconut Shell Muslim Preachers I Owe It To Kafir Britain For Who I M Today

25 Orang Penting Yang Wajib Diketahui


echo '';
Senarai Keputusan Pemenang Calon Top 5 Kategori Persembahan Penyampai Trofi Undian Tarikh Tiket Gempak Most Wanted Awards 2024 2025 Live Di Astro Ria Sooka

10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria


Gula Punca Kulit Cepat Tua Betul Ke

Pea Puffer Fish Facts Carinotetraodon Travancoricus Az Animals

It S My Life I M Taking It Back

Advertise Up To 200 Million Emails

Burung Jatuhkan Tangan Manusia Di Halaman Sekolah

Pergi Luar Negara Isytihar Berbilion Balik Tarik Subsidi