Beli Bitcoin Melalui Luno Ini Cara Daftar Luno Buat Pemula Untuk Tahun 2021
Nampaknya matawang digital/crytocurrency semakin diterima di Malaysia. Kini Malaysia secara sah mempunyai platform jual beli matawang kripto iaitu melalui aplikasi Luno. Jika anda ingin cuba, boleh daftar bagi pengguna baru disini.
Sebenarnya di dunia terdapat banyak matawan kripto dan antara yang terkenal seperti Bitcoin (BTC), Ethereum (ETH), Ripple (XRP) dan beberapa lagi. Tetapi yang paling terkenal sudah pastinya Bitcoin. Ini kerana sudah banyak platform jual beli sudah menerima pembayaran melalui bitcoin dan katanya Paypal pun terima Bitcoin. Jika tak silap, Patin Gobang Maju juga menerima pembayaran melalui Bitcoin. Maju tak majunya.
Berbeza dengan tunai,urusan cryptocurrency adalah melalui digital atau melalui ewallet sahaja. Setakat ini tiada wang kertas, atau wang syilling bitcoin dikeluarkan. Masa depan, kita tak tahu. Oleh itu, untuk melayakkan anda menyimpan matawang ini, anda perlu sebuah ewallet.
Ewallet juga banyak terdapat di dunia ini tetapi hanya 1 yang sah dan dipantau oleh kerajaan Malaysia iaitu melalui Suruhanjaya Sekuriti (SC) yang telah bermula sejak tahun 2019 lagi iaitu LUNO. Ewallet lain bukan tidak sah, tetapi dari segi keselamatan tiada jaminan yang diberikan seperti yang diperoleh LUNO.
BACA : Cara Jana Pendapatan Melalui Affiliate Klikjer Sehingga 4 Angka
Jadi jika anda bercadang untuk mula menyimpan matawang kripto seperti Bitcoin ini, nasihat saya, anda boleh mula dengan daftar menggunakan LUNO. Ianya percuma sahaja.
Matawang Kripto Dalam Aplikasi LUNOSeperti yang diberitahu pada awalnya, di dunia terdapat banyak jenis matawang kripto tetapi di aplikasi Luno hanya terdapat 4 sahaja yang kesemuanya adalah antara yang terkenal. Ianya adalah
Bitcoin (BTC)Ethereum (ETH)Ripple (XRP)Litcoin (LTC)Selain jaminat keselamatan, aplikasi Luno juga membenarkan anda membeli dan menjual serta withdraw menggunakan bank tempatan. Jadi anda boleh beli bitcoin guna Maybank2u, CIMB Click dan sebagainya atau anda ingin jual Bitcoin dan withdraw duit tersebut juga ke akaun bank anda.
Cara Daftar Akaun Luno Untuk Tahun 2021Untuk menggunakannya, anda perlu download aplikasi Luno di Play Store atau App Store kemudian ikuti langkah untuk daftar dibawah:
Langkah 1 - Klik sini dan tekan "Get Started" kemudian masukkan email beserta password dan klik butang "Sign Up"
Jangan lupa masukkan kod CH9A4 pada bahagian tab promotions di dalam aplikasi Luno nanti untuk dapatkan bitcoin yang berharga RM25 alert-info
Langkah 2 - Anda akan menerima emel dan di dalamnya terdapat link untuk proses verifikasi. Anda klik sahaja link tersebut.
Langkah 3 - Kemudian anda perlu tetapkan nombor PIN bagi tujuan sekurit bagi urusan segala transaksi di dalam aplikasi Luno. Untuk tetapkan, anda perlu masukkan 4-pin kemudian nombor telefon dan disudahi dengan TAC nombor.
Langkah 4 - Akhir sekali, untuk anda mulakan transaksi jual beli matawang kripto, anda perlu lengkapkan profile seperti masukkan nama penuh dan nombor kad pengenalan. Kena verified dulu tau. Tunggu beberapa hari (3-5 hari waktu bekerja)
Jika sudah verified, barulah anda boleh beli bitcoin dan anda dah wallet untuk simpan crytopcurrency anda.
▶️ Cara Beli Bitcoin Guna LunoUntuk panduan dan cara beli ini, ianya bukan terpakai kepada Bitcoin sahaja tetapi untuk keempat-empat matawang kripto yang ada dalam Luno (BTC, ETH, XRP, LTC). Sebab saya pernah beli Ethereum (ETH), saya tunjukkan caranya disini.
Langkah 1 - Buka aplikasi Luno, pergi ke tab Wallets dan pilih Ethereum (kripto yang anda mahu beli)
Langkah 2 - Anda boleh bayar menggunakan duit melalui MYR Wallet. Pastikan anda topup terlebih dahulu dengan cara menggunakan FPX instant transfer (Maybank2u, cimb click dan sebagainya). Klik MYR Wallet
Langkah 3 - Kemudian masukkan jumlah ETH yang anda ingin beli sama ada dalam nilai RM atau nilai ETH. Pada bahagian frequency tu, biarkan je Once off. Jika sudah selesai, klik Next
Langkah 4 - Pada bahagian ini, sebelum buat bayaran akan dipaparkan jumlah ETH yang anda beli mengikut currency semasa iaitu RM1000 = ETH 0.017351309. Jika sudah ok, klik Confirm.
Akhir sekali masukkan 4-pin yang anda tetapkan tadi. Selesai! Anda dah ada matawang kripto ETH sekarang. Kalau anda beli bitcoin, dapatlah bitcoin dan sebagainya.
▶️ Cara Jual Bitcoin Di LunoSama seperti buat pembelian, untuk buat jualan pun cara ini terpakai untuk keempat-empat kripto tersebut (BTC, ETH, XRP, LTC). Sebab saya pernah jual Bitcoin (BTC), jadi saya tunjukkan cara disini.
Langkah 1 - Pergi Wallets > kemudian Buy > pilih Bitcoin (kripto yang anda ingin jual)
Langkah 2 - Kemudian pilih MYR Wallet. Untuk memudahkan anda withdraw nanti ke akaun bank. Kemudian masukkan nilai BTC yang anda ingin jual
Langkah 3 - Pada bahagian ini akan dipaparkan jumlah RM yang anda terima hasil penjualan BTC mengikut currency. 2% caj dikenakan tau. Jika sudah, klik Confirm dan jangan lupa masukkan 4-pin nombor anda tersebut. Selesai!
Duit akan masukkan ke MYR Wallet dan anda boleh withdraw bila-bila masa sahaja. Harap perkongsian cara daftar, cara beli dan jual bitcoin ini bermanfaat.
Nampaknya harga Bitcoin dan wang kripto yang lain semakin menuru, mungkin sesuai untuk beli? Itu terletak pada anda. Saya bukan seorang trader keh!
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.aimanabdullah.com/2021/03/cara-daftar-luno-untuk-beli-bitcoin.html