Pemain Sabah Fc Rizal Ghazali Dalam Bahaya Tolak Panggilan Harimau Malaya


FAM tidak menerima sebarang surat rasmi menyatakan sebab mengapa Rizal menolak pelawaan tersebut. — The Star
klik 👉 Follow Telegram Obsesbola untuk berita bolasepak terkini (large-bt)


Tolak panggilan Harimau Malaya, Rizal Ghazali dalam 'bahaya'? FAM tunggu dan lihat PERSATUAN Bola Sepak Malaysia (FAM) mengambil pendekatan tunggu dan lihat susulan tindakan pemain Sabah FC, Rizal Ghazali menolak pelawaan menyertai kem latihan pusat skuad Harimau Malaya.

Setiausaha Agung FAM, Mohd Saifuddin Abu Bakar berkata, ia berikutan latihan skuad Harimau Malaya tersebut diadakan luar dari tarikh Kalendar Perlawanan Antarabangsa FIFA dengan tiada sebarang tindakan boleh diambil terhadap pemain pertahanan itu.

"Kita hanya boleh mengambil tindakan jika beliau tidak menghadiri latihan kebangsaan pada tarikh FIFA tersebut, jadi apa yang boleh dilakukan hanyalah menunggu sampai tarikh tersebut iaitu pada 21 Mac 2022.

"Jika pada tarikh tersebut beliau tidak menghadirkan diri, kita akan bawa perkara ini kepada jawatankuasa tatatertib yang boleh mengambil keputusan dan sebarang tindakan ke atas beliau," katanya kepada pemberita ketika ditemui di kem latihan pusat skuad Harimau Malaya di Stadium Nasional Bukit Jalil di Kuala Lumpur.

FAM tidak menerima sebarang surat rasmi menyatakan sebab mengapa Rizal menolak pelawaan. - Foto: Instagram @rizalghazali15
Kalendar FIFA bagi bulan ini berlangsung pada 21 hingga 29 Mac 2022.

Mohd Saifuddin berkata, pihaknya pada masa sama tidak menerima sebarang surat rasmi menyatakan sebab mengapa Rizal menolak pelawaan untuk turut serta dalam skuad kebangsaan susulan pemakluman dibuat FAM semalam menerusi kenyataan.


"Saya hanya dimaklumkan oleh jurulatih kebangsaan Kim Pan Gon bahawa pemain itu tidak turut serta hadir," katanya. Ditanya mengenai bentuk hukuman terhadap pemain yang menolak menyertai skuad kebangsaan, beliau berkata tindakan penggantungan bermain dalam liga domestik selain hukuman denda RM25,000 boleh dikenakan.

Mohd Rizal menjelaskan fokusnya kini adalah membantu skuad badak menghadapi musim baharu Liga-M.
Semalam, Pan Gon menerusi kenyataan dikeluarkan FAM memaklumkan, pemain pertahanan Negeri Sembilan FC, Ahmad Khuzaimi Piee, diumum menyertai kem latihan pusat skuad Harimau Malaya yang bermula semalam menjelang kunjungan ke Singapura minggu depan bagi menghadapi saingan Siri Tiga-Negara FAS 2022.

Ahmad Khuzaimi dipilih bagi menggantikan pemain Johor Darul Ta'zim (JDT) Syahmi Safari yang memohon pengecualian susulan kelahiran bayi kembar tiganya.


Menurut kenyataan itu, Pan Gon memaklumkan perancangan asal adalah bagi menggantikan Syahmi dengan seorang pemain pada posisi sama iaitu bek kanan tetapi pemain Sabah FC, Rizal Ghazali menolak pelawaan tersebut. — Bernama

SOURCE: Awani

Kongsikan artikel ini:

Ikuti kami di Facebook, Twitter, dan Telegram untuk berita bolasepak terkini setiap hari.
klik 👉 https://t.me/Obsesbola




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://obsesbola.blogspot.com/2022/03/pemain-sabah-fc-rizal-ghazali-dalam.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Sabah Fc Juga Mahu Penjelasan Rizal Ghazali Yang Kini Berada Di Kedah

Sabah Fc Juga Mahu Penjelasan Rizal Ghazali Yang Kini Berada Di Kedah

papar berkaitan - pada 17/3/2022 - jumlah : 209 hits
Sabah FC perjelas kedudukan Rizal Balik kmpg sat melawat apa yang patut dlu Cuma Tahu Dia Pulang Kampung Sabah FC Juga Mahu Penjelasan Rizal Ghazali Sabah FC hanya tahu Rizal Ghazali balik ke kampung halamannya di Kedah untuk menguruskan ha...
Jadual Perlawanan Bola Sepak Harimau Malaya Di Fas Tri Nations Series 2022

Jadual Perlawanan Bola Sepak Harimau Malaya Di Fas Tri Nations Series 2022

papar berkaitan - pada 23/3/2022 - jumlah : 254 hits
Pasukan Bola Sepak Malaysia akan beraksi dalam dua perlawanan di FAS Tri Nations Series 2022 yang mana bakal bertemu Filipina dan Singapura pada pertandingan tersebut Selain itu kedua dua aksi ini juga berstatus Perlawanan Antarabangsa Tier...
Kim Swee Tuntut Pemain Sabah Fc Segera Capai Keserasian

Kim Swee Tuntut Pemain Sabah Fc Segera Capai Keserasian

papar berkaitan - pada 14/3/2022 - jumlah : 180 hits
Dalam 3 minggu ini saya harap mereka bangkit dan tunjuk lebih keserasian sebelum menentang Melaka nanti Ihsan FB Sabah FC Keserasian dalam kalangan pemain perlu diperbaiki segera Pengendali Sabah FC mengakui masih ada banyak kelemahan meski...
Siapa Dia Syafei Afdal Orang Sabah Pun Tolak

Siapa Dia Syafei Afdal Orang Sabah Pun Tolak

papar berkaitan - pada 17/3/2022 - jumlah : 86 hits
Jeng jeng jeng Hahaha Shafie kata keputusan pilihanraya menunjukkan rakyat mahu perubahan dalam pimpinan PH Pertama sekali dia siapa dalam PH Apa jawatan dia pandai pandai nak komen Penyokong PH pun bukan Memandai pulak dia Kedua dia tak te...
Hujan Lebat Di Litar Mandalika Indonesia Guna Khidmat Bomoh Tolak Hujan

Hujan Lebat Di Litar Mandalika Indonesia Guna Khidmat Bomoh Tolak Hujan

papar berkaitan - pada 21/3/2022 - jumlah : 237 hits
Baru sahaja dirasmikan sekitar beberapa bulan lalu pastinya ramai yang menantikan sambutan dan keunikan litar Mandalika yang baru sahaja dibangunkan di Indonesia Dalam pada itu litar ini nampaknya tidak menunggu lama dalam mencipta keunikan...
Masuk La Mana Parti Pun Yang Pastinya Pas Dah Tolak Akhirnya Jadi Kupang Tembaga

Masuk La Mana Parti Pun Yang Pastinya Pas Dah Tolak Akhirnya Jadi Kupang Tembaga

papar berkaitan - pada 22/3/2022 - jumlah : 121 hits
Desas desus masuk Umno Khairuddin akhirnya bersuaraMarch 21 2022 Ahli Parlimen Kuala Nerus Datuk Mohd Khairuddin Aman Razali teguh dengan pendiriannya dan menegaskan tidak akan menyertai UMNO susulan tindakannya keluar daripada Pas baru bar...
Tak Perlu Beku Akaun Bank Hanya Tolak Jumlah Dituntut Bekas Isteri Kata Peguam

Tak Perlu Beku Akaun Bank Hanya Tolak Jumlah Dituntut Bekas Isteri Kata Peguam

papar berkaitan - pada 22/3/2022 - jumlah : 113 hits
Presiden Persatuan Peguam peguam Muslim Malaysia Zainul Rijal Abu Bakar berkata pembekuan akaun bekas suami perlu melalui proses undang undang tetapi tiada masalah di pihak kerajaan melakukan penolakan gaji PETALING JAYA Sebuah persatuan pe...
Bimbing Anak Anak Muda Tolak Pemimpin Rasuah Sultan Perak

Bimbing Anak Anak Muda Tolak Pemimpin Rasuah Sultan Perak

papar berkaitan - pada 22/3/2022 - jumlah : 122 hits
Anak muda perlu dibimbing agar memiliki tahap literasi politik yang berupaya memahami erti dan amalan demokrasi yang sihat Sultan Perak Sultan Nazrin Muizzuddin Shah bertitah bimbingan itu penting untuk mereka membina memahami sistem keraja...
Ppim Sokong Perdana Menteri Tolak Pindaan Akta 342 Kenyataan Media Ppim 19 03 2022

Ppim Sokong Perdana Menteri Tolak Pindaan Akta 342 Kenyataan Media Ppim 19 03 2022

papar berkaitan - pada 20/3/2022 - jumlah : 170 hits
Persatuan Pengguna Islam Malaysia mengucapkan terima kasih dan bangga dengan kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang memberi jaminan pindaan Akta 342 tidak akan diteruskan di Parlimen Ketua Aktivis PPIM Nadzim Johan to...
Panduan Lengkap Tentang Brand Perlindungan Pendaftaran Dan Penegakan

Zaid Urges Cabinet Transparency On Najib House Arrest Bid

Polis Cari Waris Lelaki Maut Kemalangan

Celebrating Mother S Day With Legumes Dining With The Queens

Ceo Badan Berkanun Ditahan Sprm Disyaki Seleweng Dana Projek Rm1 2 Bilion

Lirik Lagu Dari Jauh Alyph

Kerajaan Lulus Pemanjangan Landasan Ltsip

Langkawi Welcomes The World Residences At Sea And Celebrates Tourism Resurgence



Info Dan Sinopsis Filem Vina Sebelum 7 Hari 2024 Adaptasi Kisah Benar Kini Di Pawagam Malaysia

Biodata Founder Leeyanarahman Nur Liyana Abdul Rahman Yaana Yana Lee Usahawan Tudung Yang Terkenal Bersama Suaminya

Biodata Zubir Khan Penyanyi Lagu Yennode Macha Macha Macha Pemuda Bertangan Kudung Yang Menginspirasikan

Info Penuh Senarai Peserta Juri Hadiah Cara Undi The Hardest Singing Show Astro Ria Sooka Program Realiti Mingguan Terbaru Malaysia

Info Dan Sinopsis Filem Shaitaan 2024 Remake Filem Vash Kini Di Netflix


Sambal Bilis Tempoyak Travel Pack

Kelebihan Menggunakan Paperbag Berbanding Plastik Pilihan Lebih Mesra Alam

Bufet Buka Puasa Kat Hotel Excelsior Ipoh

Hasil Tanaman Dalam Pasu

More Than Genetics How Life Experiences Shape Our Health

Disyaki Seleweng Rm8 Juta Dalam Akaun Amanah 2 Firma Guaman Disiasat