Bimbing Anak Anak Muda Tolak Pemimpin Rasuah Sultan Perak


 
Anak muda perlu dibimbing agar memiliki tahap literasi politik yang berupaya memahami erti dan amalan demokrasi yang sihat.
Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah bertitah, bimbingan itu penting untuk mereka membina, memahami sistem kerajaan, sistem pentadbiran, proses pembentukan kerajaan dan elemen-elemen yang wajib dimiliki oleh pemimpin.
“Anak muda perlu dibimbing untuk memiliki jati diri dan nilai-nilai moral yang betul, berpaksikan undang-undang, menolak rasuah dan sogokan, memiliki kematangan menilai antara yang makruf dengan yang mungkar, arif membezakan antara fakta dengan fitnah, bijaksana mengenali antara permata dengan kaca,” titah baginda.
Baginda bertitah demikian selepas berkenan melancarkan buku Pilihan Raya Demokrasi Malaysia tulisan Bekas Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Ab Rashid Ab Rahman dan Penganalisis politik, Dr G Manimaran di Hotel Majestic di sini pada Isnin.
Menurut baginda, anak muda perlu diberikan cukup pendedahan dan pengetahuan mengenai elemen-elemen kenegaraan dan tatanegara.
“Untuk itu, pembentukan sahsiah dan jati diri perlu dipupuk dan dijadikan komponen dalam kandungan pendidikan negara,” titah baginda.
Sultan Nazrin bertitah, tarikh 16 Julai 2019 merupakan detik penting dalam sejarah politik negara.
“Seramai 32 ahli Dewan Rakyat membahaskan Rang Undang-undang (RUU) menurunkan had usia layak mengundi daripada 21 tahun kepada 18 tahun.
“Ahli-ahli Dewan Rakyat baik daripada parti pemerintah mahupun parti pembangkang telah mencapai kata sepakat meluluskan RUU tersebut.
“Parlimen Malaysia, di peringkat Dewan Rakyat dan Dewan Negara, sebulat suara bersetuju dengan cadangan Pindaan kepada Perkara 119(1)(a) dan Perkara 119(4)(b) Perlembagaan Persekutuan, yang membolehkan mereka yang berumur 18 tahun dan ke atas untuk didaftarkan secara automatik sebagai pengundi,” titah baginda.
Baginda bertitah, susulan pindaan tersebut, lebih tujuh juta orang dijangka terdaftar secara automatik sebagai pengundi baharu dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
“Ia meningkatkan bilangan pengundi lebih 50 peratus daripada bilangan pengundi berdaftar semasa PRU.
“Diunjurkan, seramai 15 juta atau 66 peratus pengundi berada dalam zon usia 18 hingga 40 tahun. Bermakna golongan muda akan memiliki suara politik yang lebih dominan untuk memilih pemimpin dan menentukan kerajaan,” titah baginda.
Tambah baginda lagi, keputusan tersebut hendaklah dilihat bukan sekadar memberi hak mengundi kepada golongan remaja, tetapi ditafsirkan sebagai peluang yang memberikan kuasa lebih besar kepada anak muda untuk memilih pemimpin dan mencorakkan kerajaan.
Sumber – https://www.google.com/amp/s/www.sinarharian.com.my/ampArticle/193961






Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2022/03/bimbing-anak-anak-muda-tolak-pemimpin.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Siapa Sangka Rupanya Anak Zarina Zainudin Nikah Dengan Kerabat Di Raja Sultan Perak

Siapa Sangka Rupanya Anak Zarina Zainudin Nikah Dengan Kerabat Di Raja Sultan Perak

papar berkaitan - pada 23/3/2022 - jumlah : 287 hits
Pelakon dan selebriti tanah air tidak tersinggung dengan pertanyaan ramai orang yang rupa rupanya masih curiga dengan status perkahwinannya sehingga kini
Tsunami Anak Muda Terbentuk Jika Semua Keluar Mengundi Kata Penganalisis

Tsunami Anak Muda Terbentuk Jika Semua Keluar Mengundi Kata Penganalisis

papar berkaitan - pada 12/3/2022 - jumlah : 625 hits
March 12 2022 Seorang penganalisis berkata rakyat Johor bertuah kerana boleh memilih berdasarkan pengalaman ditadbir tiga buah kerajaan negeri sebelum ini PETALING JAYA Jika semua anak muda Johor laksanakan tanggungjawab dan keluar mengundi...
Bala Tolak Pemimpin Yang Tak Berkebolehan

Bala Tolak Pemimpin Yang Tak Berkebolehan

papar berkaitan - pada 9/3/2022 - jumlah : 131 hits
Banjir dikira bala Ribut pun bala Pendek kata asal ada perkara yang tak elok semua nak dikaitkan dengan bala daripada Allah sebagai balasan daripada kesalahan kita Sebab bala pula pelbagai Ikutlah siapa yang cakap soal bala tu Ada yang kata...
Fahmi Zainol Dan Rakan Rakan Janji Tingkatkan Sokongan Anak Muda Kepada Keadilan

Fahmi Zainol Dan Rakan Rakan Janji Tingkatkan Sokongan Anak Muda Kepada Keadilan

papar berkaitan - pada 28/3/2022 - jumlah : 155 hits
AMK SEHARUSNYA menjadi sekeras zaman Ezam Mohd Nor Bukan sekdar lantang tetapi dapat menghidupkan suasana reformasi pada zaman awal Keluar masuk penjara adalah hal biasa Jika itu dapat dilakukan maka perjuangan AMK tidak dianggap lembik Men...
Sumbangan Kepada Rumah Anak Anak Yatim Kediaman Cahaya Ain Di Bagan Serai Perak

Sumbangan Kepada Rumah Anak Anak Yatim Kediaman Cahaya Ain Di Bagan Serai Perak

papar berkaitan - pada 26/3/2022 - jumlah : 328 hits
Kepada anda yang ingin menderma bersedekah wakaf dan sebagainya bolehlah salurkan sumbangan anda kepada Kediaman Cahaya Ain Rumah anak yatim ini terletak di Bagan Serai Perak Semoga dengan sumbangan anda dapat membantu dan menggembirakan an...
Pendidikan Politik Demokrasi Abim Sokong Pendirian Sultan Perak

Pendidikan Politik Demokrasi Abim Sokong Pendirian Sultan Perak

papar berkaitan - pada 24/3/2022 - jumlah : 134 hits
Angkatan Belia Islam Malaysia menyokong titah Sultan Perak Sultan Nazrin Muizzuddin Shah yang menegaskan bahawa anak muda perlu dibimbing dengan program literasi politik agar mereka mampu memahami erti dan amalan demokrasi yang sihat Menuru...
Enam Ketua Pemuda Bn Dilantik Exco Johor Dinasihat Tolak Rasuah

Enam Ketua Pemuda Bn Dilantik Exco Johor Dinasihat Tolak Rasuah

papar berkaitan - pada 26/3/2022 - jumlah : 147 hits
SHAH ALAM Enam ketua Pemuda Barisan Nasional yang dilantik sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Johor dinasihatkan agar menolak sebarang bentuk rasuah dan salah guna kuasa ketika menjalankan tugas Pengerusi Pemuda Barisan Nasional Dr Asyr...
Majoriti Anak Muda Mengundi Bn Di Prn Johor

Majoriti Anak Muda Mengundi Bn Di Prn Johor

papar berkaitan - pada 21/3/2022 - jumlah : 173 hits
PETALING JAYA Barisan Nasional berjaya memenangi tujuh kerusi berdasarkan keputusan pengundian di 10 kerusi Dewan Undangan Negeri Johor dengan bilangan pengundi terbanyak berumur antara 18 dan 20 tahun Tujuh kerusi itu adalah Tiram Bukit Pe...
Lelaki Didakwa Bunuh Ibu Mentua

Kempen Keselamatan Dalam Talian Anjuran Mcmc Disambut Para Baik Ibu Bapa

Relationship 4 Horsemen Overcoming The Four Horsemen

Top Marketing Strategies For Buzz

Ayu Raudhah Reda Pemergian Anak Bongsu Dia Adalah Pinjaman Allah

Persediaan Persekolahan

Skill Issue Memes The Power Of Skill Based Memes

Bisnes Yang Macam Mana Lagi Nak Dicari


echo '';
Info Dan Sinopsis Filem Perayaan Mati Rasa 2025 Adaptasi Lirik Lagu Berjudul Sama Kini Di Pawagam Malaysia

Info Dan Sinopsis Filem Sumala 2024 Adaptasi Kisah Nyata Dari Kabupaten Semarang Kini Di Platform Online Netflix Malaysia

Ramalan Peserta Gegar Vaganza 2025 2026 Musim 12 GV12

Keputusan Markah Konsert Akhir Final Gegar Vaganza 2024 2025 GV 11 Juara Pemenang Finalis

Senarai Lagu Tugasan Konsert Akhir Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Minggu 12


Tutorial Popular Post Yang Stylo

Teka Teki Benda Uk

Bebas Lampin Pakai Buang Di Usia 5 Tahun

Google Family Link Brings New Supervision Tools For Parents

Persatuan Ibu Tunggal Amanah Ikhtiar Koperasi

Walking The Silk Road Malaysia Kazakhstan Ties And The Path To Muslim Unity