Restoran Bandariya Restoran Ayam Kampong Masakan Melayu Kelantan Dan Indonesia
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Kalau cakap pasal ayam kampong memang terliur dan terbayang dah dia punya kesedapan, lagi2 kalau dapat yg panas2 dan pedas.
Nak jadikan cerita aku punya giler craving ayam kampong, apa lagi Sabtu lepas aku terus terjah satu Restoran Ayam Kampong kat KL, Restoran Bandariya. Restoran ni memang pakar dalam sediakan lauk yg berasaskan ayam kampong.
Restoran Bandariya Ayam Kampung, terletak di tengah bandar Kuala Lumpur, sudah beroperasi selama 26 tahun lamanya. Memang antara restoren authentic senior di KL. Gabungan masakan Melayu Kelantan dan Indonesia.
Menu wajib dia mestilah ayam Kampong, saiz potongan ayam kampong dia memang puas hati agak besar, makan pun memang puas. Restoran ni ada 2 tingkat jadi kalau korang yg nak bawak family besar makan kat sini tiada masalah.
Ini adalah antara menu di Restoran Bandariya yang boleh korang cuba
1. Sotong Masak Manis2. Masak lemak telur itik3. Bergedil & telur masin4. Gulai Kawah Daging5. Ayam kampung Tumis Cili Api Hijau6. Ayam kampung Goreng7. Ayam kampung goreng berempah8. Sambal Jawa (Ikan bilis dan kacang)9. Sambal Petai10. Ikan tenggiri masak lemak11. Ulam Timun dan Taugeh Campur12. Kerisik Pedal dan hati ayam13. Kuah Special campuran (Kari gulai ikan, Sotong masak manis dan kuah kerisik) paling ngammm
*** Set menu hidang pelbagai pilihan lauk
Aku datang makan sorang2 biasalah bujang kan, jadi memang kenyang dia tersangat lah sangat. Hahahaha sedap ooooo mahu tak kenyang
*** Senarai harga untuk kemudahan korang
Alhamdulillah kalau dari segi harga, makan kat sini tengah2 KL memang harga dia sangat berpatutan sebab dari segi lauk pauk dia memang sedap dan kenyang oooi.
Koramg kalau yg memang suka makanan ala Melayu Kelantan dam Ayam kampung wajib datang sini. Kat bawah ni aku ada selitkan butiran terperinci Restoran Bandariya ni.
Restoran Ayam Kampung BandariyaNo. 8, Jalan Tun H S Lee, City Centre,
50000 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, Malaysia.
Tel: 03-2031 4931
Waktu operasi: 11.00 pagi - 3.30 petang.Buka : Isnin hingga Sabtu. Tutup : Ahad.
Kalau nak delivery pun boleh, wasap je nombor ni
+60193767051+60193767051+60193767051
Facebook : Bandariya Ayam Kampun Tun HS LeeInstagram : @restoranbandariya
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.ohsemnow.com/2022/08/restoran-bandariya-restoran-ayam.html