Syamsul Haris Sering Diejek Diprovokasi Ibu Kadet Palapes Harian Metro 12 08 2025


 

Kuala Lumpur: Allahyarham Syamsul Haris Shamsudin, 22, seringkali diejek dan diprovokasi dengan panggilan nama tertentu.
Mendedahkan perkara itu, ibunya, Ummu Haiman Bee Daulatgun, 45, mendakwa ada pihak tertentu yang melakukan provokasi terhadap anaknya.
"Dia (arwah) pernah memberitahu saya ada beberapa individu yang tidak berpuas hati dengannya, perkara itu dimaklumkan dari semasa ke semasa kepada saya.
"Tetapi saya maklumkan kepadanya jika kamu minat (PALAPES) kamu perlu hadapi. Ada orang panggil dia nama lain sedangkan nama dia Haris," katanya pada sidang media bagi menuntut keadilan Syamsul Haris di sini, hari ini.

Ummu Haiman Bee Daulatgun pada sidang media kematian anaknya. FOTO SAIFULLIZAN TAMADI
Syamsul Haris meninggal dunia pada 28 Julai lalu di Hospital Kota Tinggi (HKT) selepas selesai menjalani latihan di Lapang Sasar Inokulasi Tempur, Pusat Latihan Tempur Tentera Darat (PULADA) di Johor.
Ummu turut mendakwa anaknya tidak mempunyai penyakit sawan seperti yang dimaklumkan oleh pihak PALAPES.
"Anak saya tidak pernah ada sawan atau penyakit serius lain, jika ada hanya selsema dan demam sahaja.
"Naluri seorang ibu memang mengatakan anak saya bukan meninggal akibat sawan namun ada sesuatu yang berlaku," katanya.
Menurutnya, lebih menghairankan apabila kadet PALAPES yang hadir ketika pengebumian itu dilarang untuk mendekati keluarga.
"Ketika kami cuba tanya, mereka cepat-cepat masuk ke dalam kumpulan, ada yang hanya menjawab dia tidak tahu serta tidak nampak apa yang berlaku.
"Saya juga sedih kerana tidak ada rakan-rakan dari UTM datang untuk menziarahi kami sekeluarga, seolah-olah mereka ini dikunci mulut oleh pihak berkepentingan," katanya.
Sebelum ini, Harian Metro melaporkan Ummu menuntut siasatan segera dijalankan berhubung kematian anaknya ketika menjalani latihan di PALAPES UTM Pulada, Lapang Sasar Inokulasi Tempur, Pulada, Ulu Tiram, Johor, dengan sebab kematian belum jelas.
Katanya, pemerhatian terhadap jenazah anaknya sewaktu menjalani bedah siasat di Jabatan Perubatan Forensik, Hospital Sultan Ismail, Johor, mendapati kecederaan teruk pada tubuh yang tidak selaras dengan maklumat awal bahawa kematian berpunca daripada sawan.
Artikel oleh: Harian Metro
'SYAMSUL HARIS SERING DIEJEK, DIPROVOKASI' - IBU KADET PALAPES
https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2025/08/1251440/syamsul-haris-sering-diejek-diprovokasi-ibu-kadet-palapes?source=widget


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://ppim4u.blogspot.com/2025/08/syamsul-haris-sering-diejek-diprovokasi.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pelbagai Lapisan Masyarakat Sertai Himpunan Malaysia Bangkit Untuk Gaza Harian Metro 09 08 2025

Pelbagai Lapisan Masyarakat Sertai Himpunan Malaysia Bangkit Untuk Gaza Harian Metro 09 08 2025

papar berkaitan - pada 11/8/2025 - jumlah : 962 hits
Kuala Lumpur Hujan lebat tidak menghalang kira kira 2 000 orang membanjiri Dataran Merdeka di sini setakat 6 petang hari ini bagi menghadiri Himpunan Perdana Nasional Malaysia Bangkit Untuk Gaza sekali gus membuktikan solidariti padu rakyat...
Ibu Allahyarham Syamsul Haris Mohon Perintah Kubur Anak Digali Semula

Ibu Allahyarham Syamsul Haris Mohon Perintah Kubur Anak Digali Semula

papar berkaitan - pada 15/8/2025 - jumlah : 777 hits
Ibu Allahyarham Syamsul Haris Mohon Perintah Kubur Anak Digali Semula KUALA LUMPUR 15 Ogos Ibu kepada Allahyarham Syamsul Haris Shamsudin pelatih Pasukan Latihan Pegawai Simpanan Universiti Teknologi Malaysia Skudai Johor memfailkan notis u...
Aktiviti Sidang Media Kes Arwah Syamsul Haris Ppim 12 08 2025

Aktiviti Sidang Media Kes Arwah Syamsul Haris Ppim 12 08 2025

papar berkaitan - pada 13/8/2025 - jumlah : 1414 hits
12 Ogos 2025 Ketua Aktivis PPIM Nadzim Johan toqqi menghadiri ke Sidang Media Kes Arwah Syamsul Haris di Banquet Hall Syed Bistro KL Sidang media bertujuan menuntut keadilan dan pembelaan ke atas kematian Allahyarham Syamsul Haris
Acl Elit Ujian Getir Jdt Tetap Optimis Alistair Edwards Harian Metro

Acl Elit Ujian Getir Jdt Tetap Optimis Alistair Edwards Harian Metro

papar berkaitan - pada 16/8/2025 - jumlah : 894 hits
Harian Metro Stadium Astro Sinar Harian Berita Harian Jabatan Penyiaran Malaysia
Nepal Govt Rejects Malaysia S New Labour Requirements

Kim Poong Dari Webtoon Ke Dapur Presiden Korea Dan Netflix

Bomboloni Si Donut Montel Yang Jadi Kesukaan Ramai

Parents Of Taiwanese Influencer Nurse Goddess Unable To Travel To Malaysia Rep Appointed To Handle Matters Says Manager

Senarai Lengkap 24 Hotel Resort Chalet Di Teluk Nipah Pulau Pangkor Perak Beserta Contact Number Maklumat Pool

Malaysia Menyeru Agar Asean Lebih Bersatu Di Tengah Persaingan Kuasa Global

Viral Video Shows How A School Bus For The Rich Looks Like

King Wraps Up Four Day Saudi State Visit Continues Regional Tour In Bahrain


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Kangmimpi Mempunyai Layanan Cs Aktif 24 Jam Siap Mengawalmu

Luckin Coffee X Butterbear Siri Minuman Perayaan Paling Comel Di Malaysia 2025

Bertemu Kembali Sahabat Baik Zaman Sekolah

Bisikan Qarin

Ayam Perap Mayo Sedap Mudah Resipi Ringkas Menjilat Jari

Aset Selamat Masih Bersinar Emas Naik Tengah Ketidakpastian Politik