Sri Pahang Tidak Sertai Liga Malaysia Musim 2025 26 Titik Permulaan Fokus Pembangunan Akar Umbi




KUANTAN: Keputusan Sri Pahang FC untuk tidak menyertai saingan Liga Malaysia (Liga M) musim 2025/26 wajar dijadikan titik permulaan kepada usaha memperkukuh pembangunan akar umbi bola sepak negeri itu bagi mengasah bakat pemain tempatan.
Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bertitah persaingan bola sepak moden yang menggunakan pemain import sebagai tonggak utama pasukan memerlukan peruntukan kewangan yang tinggi.
“Saya mengalu-alukan tindakan Sri Pahang (menarik diri)… memang untuk bertanding di peringkat Piala Malaysia atau Liga M memerlukan peruntukan yang besar. Dahulu pun besar juga, tetapi sekarang lebih besar kerana memerlukan tenaga asing (pemain import),” titah baginda.
Sultan Pahang bertitah demikian semasa sesi temu bual khas bersama Bernama di Istana Abdulaziz di sini baru-baru ini sempena hari keputeraan ke-66 baginda.
Justeru, baginda menzahirkan pandangan bahawa lebih banyak akademi dan penganjuran liga di peringkat sekolah serta daerah perlu diwujudkan sebagai platform mencungkil bakat muda sekali gus memperkasakan ekosistem bola sepak tempatan.
“Bukan sahaja pasukan Sri Pahang, pasukan di negeri-negeri lain juga mesti mempunyai liga sendiri. Saya rasa sudah sampai masanya untuk adakan lebih banyak akademi di setiap negeri atau daerah. Tapi saya percaya, keputusan ini memerlukan sumber kewangan yang besar,” titah baginda.
Al-Sultan Abdullah turut berharap tempoh rehat pasukan ‘Tok Gajah’ dapat dimanfaatkan sebaiknya untuk memperkemas struktur kelab termasuk aspek pemain dan kewangan supaya tidak berdepan masalah berulang.
Mengulas dominasi pemain naturalisasi dalam skuad kebangsaan ketika ini, baginda yang pernah menerajui Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) selaku Presiden dari 2014 hingga 2017 berpandangan Harimau Malaya wajar memberikan ruang dan keutamaan kepada pemain tempatan.
“Kalau terlalu ramai pemain naturalisasi, bakat tempatan mungkin akan tenggelam. Jadi, kita tidak ada prospek untuk masa depan dan program pembangunan belia pun mungkin tidak akan menarik minat anak muda.
“Kita memang mahu kejayaan segera, tetapi biarlah ada program akar umbi yang konkrit. Apabila kita berjaya lahirkan pemain berkualiti dari bawah, kita tidak perlu lagi bergantung kepada tenaga asing ,” titah baginda.
Sementara itu, sempena ulang tahun seabad Kelab Polo Diraja Pahang, Pekan yang akan disambut pada tahun hadapan, Al-Sultan Abdullah menzahirkan hasrat untuk bersara daripada sukan berkenaan.
“Sukan kuda ini saya (aktif) sampai tahun 2026 kerana Kelab Polo Diraja Pahang akan menyambut (ulang tahun) 100 tahun di Pekan, kita akan adakan pelbagai tournament (pertandingan), insya-Allah. Itulah tahun saya akan berhenti dan bersara secara total,” titah baginda.
Baginda juga menzahirkan kesyukuran dan bangga terhadap kejayaan melahirkan empat generasi atlet polo serta anak muda dari Pahang serta beraksi di peringkat antarabangsa seperti di Argentina.
“Saya harap program ini dapat diteruskan,” titah Sultan Pahang yang kini aktif bermain sukan golf, pickleball (bola pikel) dan paddle ball bersama anakanda baginda.
Selain itu, baginda turut berkongsi tip untuk kekal sihat seperti bersenam dua hingga tiga kali seminggu di gimnasium serta melaksanakan aktiviti seperti berbasikal dan berkuda.
“Yang penting sekali jaga pemakanan, khususnya nasi. Makan nasi banyak, itu yang punca kita gemuk, jadi masalah nak jaga badan. Kalau kita dapat kawal pemakanan kita, insya-Allah badan kita akan kekal sihat,” titah baginda. #MalaysiaGazette
http://www.pahangdaily.blogspot.com

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://pahangdaily.blogspot.com/2025/08/sri-pahang-tidak-sertai-liga-malaysia.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Jerebu Di Malaysia 2025 Status Terkini Dan Panduan Tindakan

Jerebu Di Malaysia 2025 Status Terkini Dan Panduan Tindakan

papar berkaitan - pada 19/7/2025 - jumlah : 371 hits
Jerebu di Malaysia kembali menjadi isu utama pada tahun 2025 apabila beberapa negeri di Semenanjung dilanda keadaan berjerebu yang semakin membimbangkan Fenomena ini berpunca daripada jerebu rentas sempadan yang dibawa oleh tiupan angin dar...
Malaysia Juara Keseluruhan Kejohanan Boling Remaja Asia 2025

Malaysia Juara Keseluruhan Kejohanan Boling Remaja Asia 2025

papar berkaitan - pada 2/8/2025 - jumlah : 138 hits
Malaysia Juara Keseluruhan Kejohanan Boling Remaja Asia 2025 KUALA LUMPUR 1 Ogos Skuad boling remaja negara sah muncul juara keseluruhan Kejohanan Boling Remaja Asia ke 24 di Doha Qatar selepas menambah tiga lagi pingat emas semalam Berbaki...
Kpn Bawa Mesej Harmoni Minggu Perpaduan 2025 Zahirkan Realiti Masyarakat Malaysia

Kpn Bawa Mesej Harmoni Minggu Perpaduan 2025 Zahirkan Realiti Masyarakat Malaysia

papar berkaitan - pada 19/7/2025 - jumlah : 156 hits
Kementerian Perpaduan Negara terus komited membawa mesej perpaduan yang nyata melalui penganjuran Sambutan Minggu Perpaduan 2025 Peringkat Kebangsaan yang disempurnakan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Utama Anwar Ibrahim Minggu Perpaduan 20
Liverpool Resmi Rilis Jersey Musim 2025 2026 Klasik Elegan Dan Penuh Makna

Liverpool Resmi Rilis Jersey Musim 2025 2026 Klasik Elegan Dan Penuh Makna

papar berkaitan - pada 2/8/2025 - jumlah : 184 hits
Ikuti analisis dan berita bola terkini dari Eksklusif di LigaKampung com Ligakampung com Jakarta Liverpool FC kembali mencuri perhatian dunia sepak bola dengan peluncuran resmi jersey kandang dan tandang untuk musim 2025 2026 Tak hanya mena...
Aesthetic Clinic Malaysia Top Treatments What To Expect In 2025

Aesthetic Clinic Malaysia Top Treatments What To Expect In 2025

papar berkaitan - pada 20/7/2025 - jumlah : 274 hits
aesthetic clinic malaysia If you re searching for a trusted aesthetic clinic in Malaysia you re not alone With rising interest in non surgical facelifts and advanced laser treatments Malaysians are becoming more discerning in their aestheti...
Latihan Pestapora Malaysia 2025 Meriahkan Bukit Jalil Dengan Irama Kesatuan Nostalgia

Latihan Pestapora Malaysia 2025 Meriahkan Bukit Jalil Dengan Irama Kesatuan Nostalgia

papar berkaitan - pada 30/7/2025 - jumlah : 156 hits
KUALA LUMPUR 27 JULAI 2025 Stadium Nasional Bukit Jalil bergema dengan laungan peminat muzik dari segenap pelusuk Malaysia dan juga Indonesia sempena Latihan Pestapora Malaysia 2025 acara festival muzik mega anjuran bersama syarikat penganj...
Sabah Teen Wins Top Prize At Young Creator Fellowship 2025

Sabah Teen Wins Top Prize At Young Creator Fellowship 2025

papar berkaitan - pada 20/7/2025 - jumlah : 271 hits
A hard hitting five minute short film that shows the Sabah state government under a critical lens won first place at the 2025 Young Creator Fellowship programme yesterday The film by 19 year old Duncan Cheng Kai Guan from Sabah clinched the...
Tema Hari Kebangsaan 2025 Malaysia Madani Rakyat Disantuni

Tema Hari Kebangsaan 2025 Malaysia Madani Rakyat Disantuni

papar berkaitan - pada 30/7/2025 - jumlah : 163 hits
Tema Rasmi Hari Kebangsaan 2025Setiap tahun sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia diraikan dengan semangat patriotik yang tinggi Untuk tahun 2025 tema rasmi yang dipilih oleh kerajaan Malaysia ialah Malaysia MADANI Rakyat Disantuni Tem...
Duta Riang Villa Vila Dengan Konsep Tradisional Melayu Dan Rustik

The Decline Of Malaysian Hockey

Kanada Rekod Wabak Campak Terburuk Dengan Lebih 4 500 Kes

Printing Beg Guni Custom Pilihan Ekonomi Berkualiti Untuk Pembungkusan Produk

Pocky Meraikan Hari Kebangsaan Dengan Pocky Durian Dan Pocky Ondeh Ondeh Edisi Terhad

Izzul Islam Dibenarkan Pulang Ke Rumah Malam Tadi Utusan Malaysia

Lirik Doa Mudah Urusan Ustaz Bazli Unic

It S Finally Confirmed That Huawei Pura 80 Series Is Powered By Their Strongest Chipset Kirin 9020


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Cara Menulis Rujukan Dalam Resume

Selamat Hari Lahir Permata Hati Bongsuku Ke 7

Resepi Sambal Belacan Sedap Dan Tahan Lama

Kotak Packaging Barang Kemas Custom Eksklusif Elegan Tingkatkan Nilai Produk Anda

Buah Ceri

How To Spot Genuine Free Money Offers In The Casino World