Pelantikan Latheefa Mungkin Hakis Sokongan Kepada Ph Kata Ahli Akademik



Melissa Darlyne Chow
-June 8, 2019 4:46 PM

Penganalisis berkata, cara bagaimana Latheefa Koya dilantik sebagai ketua pesuruhjaya SPRM bertentangan dengan janji PH dalam pilihan raya umum tahun lepas.
PETALING JAYA: Seorang ahli akademik mengingatkan tentang kemungkinan merosotnya keyakinan rakyat kepada Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad dan Pakatan Harapan (PH) sekiranya ia terus tidak memenuhi janji yang dibuat sebelum pilihan raya umum ke-14 tahun lepas.

Ini susulan pengakuan Mahathir bahawa beliau memutuskan melantik Latheefa Koya sebagai ketua pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tanpa terlebih dahulu berunding dengan Kabinetnya.

Awang Azman Awang Pawi dari Universiti Malaya berkata, isu pelantikan Latheefa tidak ada kaitan dengan kelayakan beliau, tetapi cara bagaimana ia dibuat.

Beliau berkata, secara literal, Akta SPRM 2009 memperuntukkan bahawa Yang di-Pertuan Agong hendaklah melantik ketua pesuruhjaya agensi itu atas nasihat perdana menteri.

Awang Azman berkata, Latheefa jelas memiliki kelayakan yang diperlukan untuk mengetuai agensi berkenaan, tetapi cara beliau dilantik adalah bertentangan dengan janji PH.

“Sebelum ini mereka menubuhkan Jawatankuasa Khas Parlimen mengenai Pelantikan Awam bagi memastikan wujudnya semak dan imbang serta ketelusan dalam pelantikan yang dibuat.

“Bagaimanapun nampaknya jawatankuasa itu tidak mempunyai apa-apa makna dan impaknya minimum.

“Tampak janji yang dibuat hanyalah kosmetik dan jani manis PH yang terdesak mendapatkan undi rakyat Malaysia.

“PH harus berhati-hati. Asas sokongannya tidak kukuh. Jika mereka terus melakukan perkara yang tidak disenangi rakyat, mereka mungkin kalah pilihan raya akan datang,” katanya kepada FMT.

Dalam perkembangan sama, seorang lagi ahli akademik kurang yakin tindakan Mahathir itu akan menghakis keyakinan rakyat kepada dirinya dan pakatan politik yang dipimpin beliau.

Felo kanan di Institut Hal Ehwal Antarabangsa Singapura, Oh Ei Sun berkata, Latheefa merupakan peguam hak asasi manusia dihormati, yang antara lain pernah membela individu yang didakwa kerana mendedahkan amalan rasuah dan kleptokrasi dalam pentadbiran sebelum ini.

“Hanya mereka yang menjadi sasaran kritikan tajam beliau dan oportunis dalam kerajaan lepas yang cuba membuat bising berhubung pelantikannya,” kata beliau.

Oh berkata, walaupun lebih manis sekiranya Mahathir berunding dengan Kabinet dan PSC terlebih dahulu, namun jawatankuasa itu tidak diberi kuasa sah pada waktu ini.

“Tindakan Mahathir itu tipikal, iaitu melantik pelawan arus ke jawatan penting bagi menggerakkannya sedikit.

“Ini samalah dengan Anwar Ibrahim pada 1980-an dulu, Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman; Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Yeo Bee Yin dan sekarang, Latheefa.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wak-labu.blogspot.com/2019/06/pelantikan-latheefa-mungkin-hakis.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Mari Bincang Isu Matrikulasi Secara Terus Terang Kata Ahli Akademik

Mari Bincang Isu Matrikulasi Secara Terus Terang Kata Ahli Akademik

papar berkaitan - pada 2/6/2019 - jumlah : 394 hits
Denison Jayasooria PETALING JAYA Seorang pakar sosiologi menggesa diadakan perbincangan terus terang mengena isu pengekalan kuota kaum untuk progra matrikulasi universiti dan perkara lain yang boleh memberi kesan ke atas peruntukan penting ...
Terkini Saya Ke Umrah Tidak Tahu Tentang Pelantikan Latheefa Azmin Ali

Terkini Saya Ke Umrah Tidak Tahu Tentang Pelantikan Latheefa Azmin Ali

papar berkaitan - pada 6/6/2019 - jumlah : 543 hits
Menteri Ekonomi Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mengakui dirinya tidak tahu menahu tentang pelantikan Latheefa Koya sebagai Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Sebaliknya kata Timbalan Presiden PKR itu ketika keputusan berhubung...
Pelantikan Latheefa Atas Keputusan Saya Sendiri Dr Mahathir

Pelantikan Latheefa Atas Keputusan Saya Sendiri Dr Mahathir

papar berkaitan - pada 6/6/2019 - jumlah : 688 hits
9Tun Dr Mahathir Mohamad berkata pelantikan Latheefa Beebi Koya sebagai Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia yang baharu dibuat atas keputusannya sendiri Perdana Menteri berkata pelantikan berkenaan tidak dibincangkan deng...
Pelantikan Latheefa Kejutan Untuk Pastikan Menteri Kabinet Tidak Terlalu Selesa Dr M

Pelantikan Latheefa Kejutan Untuk Pastikan Menteri Kabinet Tidak Terlalu Selesa Dr M

papar berkaitan - pada 6/6/2019 - jumlah : 857 hits
Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini mengakui bahawa pelantikan peguam dan bekas ahli PKR Latheefa Koya sebagai ketua pesuruhjaya SPRM itu mempunyai unsur kejutan Kadang kadang perkara seperti itu terjadi Sebagai contoh apabila ...
Penganalisis Pelantikan Latheefa Ketuai Sprm Bukan Konspirasi Sekat Anwar

Penganalisis Pelantikan Latheefa Ketuai Sprm Bukan Konspirasi Sekat Anwar

papar berkaitan - pada 7/6/2019 - jumlah : 534 hits
Penganalisis menolak andaian bahawa pelantikan Latheefa Koya sebagai ketua pesuruhjaya SPRM merupakan konspirasi besar untuk menghalang Anwar menjadi perdana menteri menggantikan Dr Mahathir Mohamad PETALING JAYA Penganalisis menolak andaia...
Pelantikan Latheefa Macam Tak Ada Orang Lain Bidas Pas

Pelantikan Latheefa Macam Tak Ada Orang Lain Bidas Pas

papar berkaitan - pada 7/6/2019 - jumlah : 413 hits
Iskandar Abd SamadKUALA LUMPUR Naib Presiden Pas Datuk Iskandar Abdul Samad hari ini mempersoalkan niat sebenar Pakatan Harapan melantik Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia yang baharu dalam kalangan orang politik Ujarn...
Pelantikan Latheefa Beri Isyarat Pertembungan Pasukan Tun M Dan Anwar Wiranita Putra

Pelantikan Latheefa Beri Isyarat Pertembungan Pasukan Tun M Dan Anwar Wiranita Putra

papar berkaitan - pada 5/6/2019 - jumlah : 481 hits
Wiranita Parti Bumiputera Perkasa Malaysia mendakwa pelantikan Latheefa Koya sebagai sebagai Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia merupakan satu lagi isyarat pertembungan pasukan Tun Dr Mahathir Mohamad dan pasukan Datuk...
Nik Nazmi Cara Pelantikan Latheefa Tak Selari Janji Ph

Nik Nazmi Cara Pelantikan Latheefa Tak Selari Janji Ph

papar berkaitan - pada 6/6/2019 - jumlah : 469 hits
Ahli Majlis Pimpinan Pusat PKR Nik Nazmi Nik Ahmad menyifatkan cara pelantikan Latheefa Koya sebagai ketua pesuruhjaya SPRM tidak selari dengan janji yang dibuat PH dalam manifesto pilihan raya Memetik janji ke 14 Buku Harapan Nik Nazmi men...
Pelantikan Latheefa Koya Bolehkah Sprm Jadi Badan Bebas

Pelantikan Latheefa Koya Bolehkah Sprm Jadi Badan Bebas

papar berkaitan - pada 5/6/2019 - jumlah : 502 hits
KUALA LUMPUR 4 Jun 8211 Perlantikan Pengarah Eksekutif Lawyers for Liberty Latheefa Beebi Koya sebagai Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia yang baharu untuk tempoh kontrak selama dua tahun berkuat kuasa 1 Jun 2019 menja...
Sheraton Johor Bahru Opens A New Luxury Landmark For Families Foodies Weekend Getaways

Sungguh Allah Mengampuni Seluruh Dosa

Sapp Defers Response On Expulsion From Grs Pending Party Meet

Murid Tahun Empat Meninggal Dunia Selepas Pengsan Dalam Tandas Sekolah Di Seremban Pada 1 10 2025

Illegal Tyre Imports Exposed During Raids On 3 Shah Alam Outlets

Hunter Nabbed In Bangkok Says Thai Cops Don T Know Why They Were Arresting Him

Asia S Brightest Young Builders Crowned At Legoland School Challenge 2025

Lirik Lagu Sampaikan Rindu Ippo Hafiz


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Lirik Lagu Hael Husaini Nadeera Peluk

Sejarah Dan Asal Usul Flotilla Ke Gaza

Greta Thunberg Dan Krisis Iklim Dari Mogok Sekolah Ke Gerakan Dunia

Salah Faham Tentang Prosedur Biopsi

Kotak Packaging Minuman F B Custom Pilihan Tepat Untuk Usahawan Baru

Proded888 5 September Proded888 Top 90 By Ona