Pelantikan Latheefa Atas Keputusan Saya Sendiri Dr Mahathir


9Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, pelantikan Latheefa Beebi Koya sebagai Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) yang baharu dibuat atas keputusannya sendiri.
Perdana Menteri berkata, pelantikan berkenaan tidak dibincangkan dengan anggota Kabinet.
“Saya tidak berbincang dengan Kabinet. Biasanya saya membuat keputusan sendiri kerana saya tidak perlu bertanya kepada Kabinet mengenai siapa yang saya pilih,” katanya ketika ditemui pemberita di Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Perdana Menteri dan Jemaah Menteri di Seri Perdana, di sini hari ini.
Beliau diminta mengulas pelantikan Latheefa, bekas Pengarah Eksekutif Lawyers for Liberty, sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM berkuat kuasa 1 Jun, menggantikan Datuk Seri Mohd. Shukri Abdull.
Yang di-Pertuan Agong telah memperkenankan permohonan Mohd. Shukri untuk memendekkan tempoh kontrak beliau yang sepatutnya berakhir 17 Mei 2020.
Bagaimanapun, Dr. Mahathir berkata beliau telah mendengar pandangan pelbagai pihak dan membuat penilaian sebelum membuat keputusan.
“Saya tak payah tanya Kabinet, saya tanya orang-orang lain yang mempunyai pengetahuan tentang karakter-karakter orang ini dan tak perlu Kabinet buat keputusan (kerana) kalau Kabinet buat keputusan, ia menyekatkan (keputusan) saya. Jadi, saya bebas untuk menilai sesiapa yang dicadang dan saya pilih,” katanya.
Ditanya mengapa Latheefa dipilih, beliau berkata : “Sebab dia sangat tegas terhadap apa dilihat benar…kita perlukan seseorang yang mempunyai karakter yang sangat tegas,” katanya.
Mengenai lantikan itu yang dikatakan bercanggah dengan manifesto Pakatan Harapan pada Pilihan Raya Umum ke-14 di mana lantikan jawatan utama suruhanjaya itu perlu dirujuk kepada Parlimen, Dr. Mahathir menganggap ia tidak adil kepada mereka yang mempunyai kelayakan.
“Semasa kami berusaha untuk memenangi pilihan raya, orang-orang ini bekerja keras untuk memastikan kemenangan kami tetapi manifesto kami menyatakan mereka yang bekerja untuk kami tidak boleh memegang sebarang jawatan, itu tidak adil.
“Sudah tentu kami tidak menjadikan mereka ketua jabatan atau syarikat, kita menjadikan mereka anggota lembaga pengarah tetapi dalam kes-kes tertentu jika mereka mempunyai kualiti yang sesuai, kami akan melantik walaupun mereka yang dalam politik,” katanya.
Dr. Mahathir berkata, jawatan dalam setiap agensi kerajaan bukannya satu monopoli dan tidak semestinya hanya individu nombor dua atau tiga dilantik untuk naik ke jawatan nombor satu.
“Ada masanya kita melantik mereka yang di luar…kita mempunyai hak untuk memilih siapa yang kita rasakan layak,” katanya.
Dr. Mahathir berkata Mohd. Shukri telah memaklumkan kepadanya untuk meletak jawatan dari tahun lepas.
“Jadi saya mengambil masa untuk mencari pengganti. Beliau berkata beliau telah terlalu lama di situ,” katanya.
Mengulas mengenai ramai jemaah menteri yang dilapor terkejut mengenai pelantikan berkenaan, beliau dengan nada bergurau berkata: “Ada kalanya ia berlaku.”
“Sebagai contoh, DAP mencadangkan saya sebagai Perdana Menteri, ia suatu yang mengejutkan malah saya sendiri, yang kadang kalanya kita mendapat kejutan.
“Mereka (menteri Kabinet) tidak boleh berpuas hati dan fikir apa yang mereka minta akan diluluskan,” katanya. – BERNAMA


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2019/06/05/pelantikan-latheefa-atas-keputusan-saya-sendiri-dr-mahathir/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hormati Keputusan Pm Atas Pelantikan Latheefa

Hormati Keputusan Pm Atas Pelantikan Latheefa

papar berkaitan - pada 11/6/2019 - jumlah : 334 hits
ARAU 10 Jun Setiap pihak hendaklah menerima dan menghormati keputusan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berhubung pelantikan Latheefa Beebi Koya sebagai Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia yang baharu kata Timbala...
Dr M Keputusan Pelantikan Latheefa Koya Muktamad

Dr M Keputusan Pelantikan Latheefa Koya Muktamad

papar berkaitan - pada 9/6/2019 - jumlah : 454 hits
Pelantikan Latheefa Koya sebagai Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia yang baru adalah keputusan muktamad kata Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad hari ini Perdana menteri berkata lantikan itu dibuat seperti mana beliau ...
Saya Pilih Sendiri Latheefa Tanpa Perlu Kelulusan Kabinet Mahathir

Saya Pilih Sendiri Latheefa Tanpa Perlu Kelulusan Kabinet Mahathir

papar berkaitan - pada 6/6/2019 - jumlah : 468 hits
PUTRAJAYA Tun Dr Mahathir Mohamad berkata pelantikan Latheefa Beebi Koya sebagai Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia yang baharu dibuat atas keputusannya sendiri Perdana Menteri berkata pelantikan berkenaan tidak dibincan...
Pelantikan Latheefa Koya Bolehkah Sprm Jadi Badan Bebas

Pelantikan Latheefa Koya Bolehkah Sprm Jadi Badan Bebas

papar berkaitan - pada 5/6/2019 - jumlah : 512 hits
KUALA LUMPUR 4 Jun 8211 Perlantikan Pengarah Eksekutif Lawyers for Liberty Latheefa Beebi Koya sebagai Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia yang baharu untuk tempoh kontrak selama dua tahun berkuat kuasa 1 Jun 2019 menja...
Dr M Saya Sendiri Pilih Latheefa Tak Bincang Dengan Kabinet

Dr M Saya Sendiri Pilih Latheefa Tak Bincang Dengan Kabinet

papar berkaitan - pada 6/6/2019 - jumlah : 508 hits
Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad mengesahkan bahawa beliau sendiri yang memilih Latheefa Koya untuk dilantik sebagai ketua pesuruhjaya SPRM Pengerusi PH itu juga berkata bahawa keputusan itu dibuatnya tanpa berbincang dengan kabinet Saya...
Pelantikan Latheefa Beri Isyarat Pertembungan Pasukan Tun M Dan Anwar Wiranita Putra

Pelantikan Latheefa Beri Isyarat Pertembungan Pasukan Tun M Dan Anwar Wiranita Putra

papar berkaitan - pada 5/6/2019 - jumlah : 499 hits
Wiranita Parti Bumiputera Perkasa Malaysia mendakwa pelantikan Latheefa Koya sebagai sebagai Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia merupakan satu lagi isyarat pertembungan pasukan Tun Dr Mahathir Mohamad dan pasukan Datuk...
Terkini Saya Ke Umrah Tidak Tahu Tentang Pelantikan Latheefa Azmin Ali

Terkini Saya Ke Umrah Tidak Tahu Tentang Pelantikan Latheefa Azmin Ali

papar berkaitan - pada 6/6/2019 - jumlah : 554 hits
Menteri Ekonomi Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mengakui dirinya tidak tahu menahu tentang pelantikan Latheefa Koya sebagai Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Sebaliknya kata Timbalan Presiden PKR itu ketika keputusan berhubung...
Nik Nazmi Cara Pelantikan Latheefa Tak Selari Janji Ph

Nik Nazmi Cara Pelantikan Latheefa Tak Selari Janji Ph

papar berkaitan - pada 6/6/2019 - jumlah : 490 hits
Ahli Majlis Pimpinan Pusat PKR Nik Nazmi Nik Ahmad menyifatkan cara pelantikan Latheefa Koya sebagai ketua pesuruhjaya SPRM tidak selari dengan janji yang dibuat PH dalam manifesto pilihan raya Memetik janji ke 14 Buku Harapan Nik Nazmi men...
Pelantikan Latheefa Kejutan Untuk Pastikan Menteri Kabinet Tidak Terlalu Selesa Dr M

Pelantikan Latheefa Kejutan Untuk Pastikan Menteri Kabinet Tidak Terlalu Selesa Dr M

papar berkaitan - pada 6/6/2019 - jumlah : 874 hits
Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini mengakui bahawa pelantikan peguam dan bekas ahli PKR Latheefa Koya sebagai ketua pesuruhjaya SPRM itu mempunyai unsur kejutan Kadang kadang perkara seperti itu terjadi Sebagai contoh apabila ...
Cuti Santai 2 Hari 1 Malam Di Aloft Kuala Lumpur Sentral Makan Rehat Lepas Penat

Analisis Perlawanan No 32 Liga Wanita Nasional 2025 Pertarungan Kekuatan Dan Taktik

Hiburan Ni Tak Lawak Tapi Biadab Netizen Kritik Nabil Ahmad Bergurau Dengan Sherry Alhadad Isu Tak Ada Rumah Tangga

Criticise Education System Not Solehah

Hiburan Tiada Istilah Sondol Menyondol Bella Astillah Minta Netizen Henti Kecam Ami Ilana

Gaji Kecil Bukan Alasan Ramai Anak Muda Dah Mula Simpan Emas Rm10 Je

Festival Pelancongan Saudi 2025 Kembali Ke Malaysia Dengan Program Arab Saudi Winter Is Alive

Kerjasama Antarabangsa Siasatan Terhadap Prince Holding Group Oleh As Uk Dan Negara Asia Tengah


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Dilema Agen Dropship Masalah Perang Harga

Blues Lebih Mencabar Untuk Dihasilkan Berbanding Macai Pengarah

Gaya Hidup Minimalis Jalan Tenang Ke Finansial Bebas

Ketahuilah Akan Perbezaan Lafaz Doa Antara Jenazah Lelaki Dan Wanita

Sawan888 17 Nov 68 Sawan888 3 Sawan888 300 Top 32 By Stevie Sawan 888

168 6 25 Website Top 75 By Kristian