Nik Nazmi Cara Pelantikan Latheefa Tak Selari Janji Ph



Ahli Majlis Pimpinan Pusat PKR Nik Nazmi Nik Ahmad menyifatkan cara pelantikan Latheefa Koya sebagai ketua pesuruhjaya SPRM tidak selari dengan janji yang dibuat PH dalam manifesto pilihan raya.

Memetik janji ke-14 Buku Harapan, Nik Nazmi mengingatkan ikrar PH untuk memastikan SPRM melapor terus kepada parlimen dan bukan lagi kepada perdana menteri.

"Benar bahawa pindaan undang-undang belum lagi dilakukan untuk memberi ruang kepada janji-janji ini, termasuk pengesahan Pesuruhjaya oleh Parlimen.

"Walau bagaimanapun, pelantikan tersebut sepatutnya dirujuk kepada Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen untuk Melantik Jawatan-Jawatan Utama Perkhidmatan Awam untuk menunjukkan bahawa kerajaan pusat Pakatan Harapan berniat untuk mengotakan janji-janjinya," katanya dalam kenyataan media hari ini.

Janji ke-14 Buku Harapan, antara lain menyatakan: “SPRM akan melapor terus kepada Parlimen, dan bukan lagi kepada Perdana Menteri. Untuk memastikan semak imbang yang efektif, bilangan Pesuruhjaya SPRM akan ditambah dengan mewujudkan kuota untuk pertubuhan masyarakat sivil menjadi ahli SPRM. Salah seorang dari mereka akan menjadi Pengerusi SPRM, dan semua pesuruhjaya akan mempunyai jaminan pelantikan tetap (security of tenure). Pelantikan Pesuruhjaya-Pesuruhjaya SPRM perlu disahkan secara demokratik oleh Parlimen.”
Semalam, Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad mengesahkan bahawa beliau sendiri memilih Latheefa untuk jawatan itu tanpa berbincang dengan menteri kabinet.

Dr Mahathir berkata pelantikan itu dibuat dengan mengambil kira perwatakan tegas Latheefa.

Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen untuk Melantik Jawatan-Jawatan Utama Perkhidmatan Awam dan menteri kabinet turut mengesahkan bahawa mereka tidak dimaklumkan tentang pelantikan itu.

Mengulas aspek sama sebelum ini, peguam Syahredzan Johan berkata terdapat salah faham berhubung fungsi Jawatankuasa Khas Pemilihan Parlimen.

Jelas Syahredzan, jawatankuasa itu tidak mempunyai peranan dalam pelantikan awam atau meluluskan sesuatu pelantikan.

Sebaliknya, kata Syahredzan, jawatankuasa itu adalah untuk semak dan imbang keputusan eksekutif.

Bagaimanapun, tambah Syahredzan, Jawatankuasa Pemilihan Parlimen boleh meminta kerajaan menjelaskan sesuatu pelantikan dan memintak saksi termasuk ketua setiausaha negara untuk tampil disoal siasat berhubung pelantikan itu.

Tak boleh pandang sebelah mata

Pelantikan Latheefa turut dipertikai kerana latar belakangnya dalam politik sebagai bekas ahli PKR yang pernah memegang pelbagai jawatan dalam parti.

Mengulas lanjut, Nik Nazmi berkata, Latheefa meletakkan jawatan daripada PKR selepas mendapat tahu tentang pelantikan itu.

"Oleh itu, kebimbangan terhadap ketidakadilan beliau sebagai ketua pesuruhjaya SPRM—yang merupakan institusi awam yang penting dalam proses reformasi negara—tidak boleh dipandang sebelah mata," katanya.

Tambah Nik Nazmi lagi, pelantikan Latheefa menjadi tumpuan perhatian kerana ia menimbulkan persoalan tentang komitmen kerajaan kepada agenda reformasi.

Nik Nazmi menggesa agar PH mengambil perhatian isu berkenaan untuk mengekalkan sokongan rakyat.

"Kita telah dilantik atas dasar reformasi institusi dan ekonomi. Kekurangan kemajuan kita dalam kedua-dua aspek tersebut amat membimbangkan.

"Kerajaan PH harus mengambil perhatian akan isu ini sekiranya berhasrat mengekalkan sokongan rakyat Malaysia untuk maju ke hadapan, dan lebih penting lagi, memastikan kita tidak mengulangi kesilapan yang lepas," katanya.

Pelantikan Latheefa berkuat kuasa 1 Jun lalu untuk kontrak selama dua tahun sebagai menggantikan Mohd Shukri Abdull yang meminta tempoh perkhidmatannya dipendekkan.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wak-labu.blogspot.com/2019/06/nik-nazmi-cara-pelantikan-latheefa-tak.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pelantikan Latheefa Bercanggah Janji Ph Ramai Rakyat Tidak Setuju

Pelantikan Latheefa Bercanggah Janji Ph Ramai Rakyat Tidak Setuju

papar berkaitan - pada 8/6/2019 - jumlah : 359 hits
KUALA LUMPUR Ahli Jawatankuasa Kerja Pas Pusat Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali menyifatkan pelantikan Pengarah Eksekutif Lawyers for Liberty Latheefa Koya sebagai Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia bercanggah deng...
Penganalisis Pelantikan Latheefa Ketuai Sprm Bukan Konspirasi Sekat Anwar

Penganalisis Pelantikan Latheefa Ketuai Sprm Bukan Konspirasi Sekat Anwar

papar berkaitan - pada 7/6/2019 - jumlah : 440 hits
Penganalisis menolak andaian bahawa pelantikan Latheefa Koya sebagai ketua pesuruhjaya SPRM merupakan konspirasi besar untuk menghalang Anwar menjadi perdana menteri menggantikan Dr Mahathir Mohamad PETALING JAYA Penganalisis menolak andaia...
Pelantikan Latheefa Macam Tak Ada Orang Lain Bidas Pas

Pelantikan Latheefa Macam Tak Ada Orang Lain Bidas Pas

papar berkaitan - pada 7/6/2019 - jumlah : 347 hits
Iskandar Abd SamadKUALA LUMPUR Naib Presiden Pas Datuk Iskandar Abdul Samad hari ini mempersoalkan niat sebenar Pakatan Harapan melantik Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia yang baharu dalam kalangan orang politik Ujarn...
Pas Alu Alukan Pelantikan Latheefa Koya

Pas Alu Alukan Pelantikan Latheefa Koya

papar berkaitan - pada 7/6/2019 - jumlah : 816 hits
DATO TAKIYUDDIN HASSAN06 JUNE 2019PAS mengalu alukan pelantikan Peguam Latheefa Koya sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM yang baru Mengikut Seksyen 5 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah 2009 Yang di Pertuan Agong melantik Ketua Pesuruhjaya SPRM a...
Pelantikan Latheefa Sudah Tepat Salahnya Sikit Sahaja

Pelantikan Latheefa Sudah Tepat Salahnya Sikit Sahaja

papar berkaitan - pada 7/6/2019 - jumlah : 384 hits
ULASANDALAM status FB pagi ini saya mempertikaikan sikap para menteri yang tidak bersuara langsung menegur tindakan Dr Mahathir Mohamad melantik Latheefa Bibee Koya sebagai Ketua Pengarah Suruhanjaya Pencegahan Malaysia dan menganggap merek...
Pelantikan Latheefa Kejutan Untuk Pastikan Menteri Kabinet Tidak Terlalu Selesa Dr M

Pelantikan Latheefa Kejutan Untuk Pastikan Menteri Kabinet Tidak Terlalu Selesa Dr M

papar berkaitan - pada 6/6/2019 - jumlah : 778 hits
Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini mengakui bahawa pelantikan peguam dan bekas ahli PKR Latheefa Koya sebagai ketua pesuruhjaya SPRM itu mempunyai unsur kejutan Kadang kadang perkara seperti itu terjadi Sebagai contoh apabila ...
Pelantikan Latheefa Koya Drastik Dan Perlu Dalam Reformasi Ezam

Pelantikan Latheefa Koya Drastik Dan Perlu Dalam Reformasi Ezam

papar berkaitan - pada 6/6/2019 - jumlah : 438 hits
Ezam Mohd NorKUALA LUMPUR Pelantikan peguam Latheefa Beebi Koya sebagai Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia sebagai keputusan drastik dan perlu dalam proses pembaharuan serta reformasi Sekretariat penaja Parti Negara se...
Pelantikan Latheefa Atas Keputusan Saya Sendiri Dr Mahathir

Pelantikan Latheefa Atas Keputusan Saya Sendiri Dr Mahathir

papar berkaitan - pada 6/6/2019 - jumlah : 391 hits
9Tun Dr Mahathir Mohamad berkata pelantikan Latheefa Beebi Koya sebagai Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia yang baharu dibuat atas keputusannya sendiri Perdana Menteri berkata pelantikan berkenaan tidak dibincangkan deng...
Kalahkan The Glory Squid Game When Life Gives You Tangerines Cipta Rekod Bersejarah Buat Netflix

Buruh Mengaku Salah Culik Kanak Kanak Lelaki Curi Kereta Bapa Mangsa

Petronas Batal Rumah Terbuka

From Pas Donating Rm100 To Cyberbullying Sim S Adopted Child Is Now Depressed

Open House Raya 2025

Berzodiak Aries 5 Artis Ini Buktikan Lahir Untuk Bersinar

Pengumuman Penting Berkaitan Page Orang Wangsa Maju

Agong Visits Putra Heights Blaze Site


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Lirik Lagu Cukup Kita Ayu Damit Emeer Bakri

Ipank Apakah Itu Cinta Chord

This Lavish Harley Davidson Street Bob Is Peak Rough Crafts

Ragam Anak Anak Saudara Datang Beraya

Taniah Kpm Yb Menteri Fadlina Sidek Macam Ni La Bertindak Tak Payah Baik Sangat Dengan Kaki Fitnah

Perasan Bagus Mp Pn Claim Pembatalan Rumah Terbuka Aidilfitri Madani 2025 Peringkat Selangor