Pelanjutan Pengecualian Memperbaharui Lesen Kenderaan Motor Dan Lesen Memandu Malaysia Sehingga 31 Disember 2021


Sistem Guru Online
Sistem Guru Online - "SGO Web Pendidikan No.1 di Malaysia Rujukan Guru, Murid dan Ibu Bapa"

Pelanjutan Pengecualian Memperbaharui Lesen Kenderaan Motor dan Lesen Memandu Malaysia Sehingga 31 Disember 2021. Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT) amat peka dengan maklum balas dan kesukaran orang ramai baru-baru ini dalam menggunakan perkhidmatan agensi-agensi di bawahnya seperti Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) ketika negara dilanda pandemik COVID-19.
Sehubungan itu, MOT telah memutuskan untuk memberi pelanjutan terhadap tempoh pembaharuan Lesen Kenderaan Motor (LKM) dan Lesen Memandu Malaysia (LMM) sehingga 31 Disember 2021. Selaras dengan keputusan ini, mana-mana pemilik LKM dan LMM yang telah tamat tempoh sah tidak akan dikenakan tindakan penguatkuasaan dan pematuhan oleh pihak JPJ serta Polis Diraja Malaysia (PDRM) sehingga 31 Disember 2021.
Pemilik LKM yang telah tamat tempoh sah perlu memastikan kenderaan masing-masing dilindungi insurans yang sah. Sijil Perlindungan Insurans (e-cover note) yang sah perlu dipaparkan dan ditunjukkan bagi tujuan pemeriksaan.

Pembukaan Kaunter JPJ & Rakan Strategik (PUSPAKOM) di Seluruh Negara Mulai 6 September Selain daripada itu, MOT mengambil inisiatif terhadap keperluan orang ramai menerusi pengoperasian semua kaunter JPJ di seluruh negara dan juga kaunter rakan strategik JPJ (Puspakom) dengan kapasiti 100% secara walk-in mulai 6 September 2021. Antara lain ia bertujuan memastikan orang ramai dapat melaksanakan urusan pembaharuan LKM dan LMM dengan lancar dalam tempoh pelanjutan yang dibenarkan.
Pelanggan yang ingin berurusan di kaunter JPJ mestilah mendapat vaksinasi lengkap sebagai langkah berjaga-jaga yang diperlukan bagi menjaga kesihatan dan keselamatan orang ramai termasuk kakitangan yang bertugas. Pada masa yang sama, pelawat juga perlu menunjukkan status Risiko Rendah COVID-19 menerusi aplikasi MySejahtera.
Mulai 6 September 2021 juga, JPJ akan menghentikan sistem janji temu dalam talian untuk memberi sokongan kepada pelanggan yang menerima vaksinasi lengkap untuk berurusan di kaunter JPJ.

Perkhidmatan Secara Dalam Talian Dalam masa sama, orang ramai digalakkan menggunakan perkhidmatan dalam talian menerusi portal mySIKAP JPJ (https://public.jpj.gov.my), atau melalui portal dalam talian rakan-rakan strategik JPJ yang lain seperti Pos Malaysia Berhad, MyEG dan PUSPAKOM untuk membuat apa-apa transaksi JPJ yang berkaitan. Ini bertujuan mengelakkan kesesakan di kaunter JPJ serta memberi kemudahan dan kesenangan kepada orang ramai dalam membuat transaksi pembaharuan LKM dan LMM.
MOT ingin mengingatkan orang ramai supaya sentiasa mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan ketika berurusan di mana-mana kaunter JPJ termasuk memakai pelitup separuh muka, menggunakan cecair pembasmi kuman atau ‘hand sanitizer’, mengamalkan penjarakan fizikal dan mendaftar masuk atau ‘check-in’ menggunakan aplikasi MySejahtera.
Maklumat Lanjut Sebarang maklumat lanjut berkenaan hebahan pelanjutan pembaharuan LKM dan LLM ini boleh dirujuk menerusi pautan SIARAN MEDIA MOT 3 SEPT 2021 – PENGECUALIAN MEMPERBAHARUI LKM DAN LMM DILANJUTKAN SEHINGGA 31 DIS 2021.pdf
Selain itu, anda juga mungkin berminat dengan beberapa perkongsian lain seperti berikut:
Pembayaran Fasa 1 Bantuan Khas Covid-19 Bermula 6 September Temu Duga Pengambilan Khas Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG41 Secara One-Off Tahun 2021 Jawatan Kosong Majlis Perbandaran Muar Semoga perkongsian Pelanjutan Pengecualian Memperbaharui Lesen Kenderaan Motor dan Lesen Memandu Malaysia Sehingga 31 Disember 2021 ini dapat memberi informasi terkini kepada anda semua. Anda semua juga digalakkan untuk berkongsi hebahan maklumat ini kepada sesiapa sahaja yang berkenaan.
Pelanjutan Pengecualian Memperbaharui Lesen Kenderaan Motor dan Lesen Memandu Malaysia Sehingga 31 Disember 2021
Noorazlin Abu Bakar


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.sistemguruonline.my/2021/09/pelanjutan-pengecualian-memperbaharui-lesen-kenderaan-motor-dan-lesen-memandu-malaysia-sehingga-31-disember-2021.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Senarai Penuh Kabinet Malaysia 2021

Senarai Penuh Kabinet Malaysia 2021

papar berkaitan - pada 28/8/2021 - jumlah : 2259 hits
Assalamualaikum dan Selamat Pagi Hai Pembaca Semua Disini Bonde kongsikan Senarai Penuh Kabinet Malaysia 2021 yang telah diumunkan oleh YAB Dato Sri Ismail Sabri Yaakob Perdana This is a content summary only Visit my website for full links ...
Hari Kebangsaan 2021 Keluarga Malaysia Diajak Tekad Pulihkan Negara Bersatumenerajui

Hari Kebangsaan 2021 Keluarga Malaysia Diajak Tekad Pulihkan Negara Bersatumenerajui

papar berkaitan - pada 31/8/2021 - jumlah : 395 hits
Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengajak Keluarga Malaysia untuk bersama sama memulihkan negara dengan berjuang memerangi pandemik COVID 19 sekali gus memerdekakan Malaysia daripada kegawatan ekonomi dan ketidakstabilan polit...
Jawatan Kosong Jabatan Perikanan Malaysia Gaji Rm1 800 Mohon Sebelum 13 September 2021

Jawatan Kosong Jabatan Perikanan Malaysia Gaji Rm1 800 Mohon Sebelum 13 September 2021

papar berkaitan - pada 10/9/2021 - jumlah : 458 hits
Jawatan Kosong Jabatan Perikanan Malaysia Gaji RM1 800 Mohon Sebelum 13 September 2021 Khas kepada anda yang sedang mencari pekerjaan dan berminat untuk menjawat jawatan kosong terkini yang tertera pada halaman Mingguan Kerja Buat makluman ...
5925 Rina Jumpa Ngo Perjuang Nasib Adik Oku Bella Malaysia Gazette 10 09 2021

5925 Rina Jumpa Ngo Perjuang Nasib Adik Oku Bella Malaysia Gazette 10 09 2021

papar berkaitan - pada 11/9/2021 - jumlah : 352 hits
KUALA LUMPUR Menteri Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rina Mohd Harun telah mengadakan pertemuan dengan Penolong Pengarah Bahagian Siasatan Seksual Wanita dan Kanak Kanak Polis Diraja Malaysia serta pertubuhan pertubuha...
5874 Wakam Sumbang Bakul Makanan Kepada Artis Asnaf Utusan Malaysia 23 08 2021

5874 Wakam Sumbang Bakul Makanan Kepada Artis Asnaf Utusan Malaysia 23 08 2021

papar berkaitan - pada 24/8/2021 - jumlah : 441 hits
PETALING JAYA Persatuan Waris Keturunan Anak Minang Malaysia mengagihkan 50 kotak bakul makanan kepada ahli dan asnaf di Lembah Klang bagi membantu meringankan bebanan Presiden Wakam Tuan Putera Jefrizal Jasman berkata selain asnaf pengagih...
5919 Help Lead Taxi Drivers Out Of The Low Income Trap Focus Malaysia 02 09 2021

5919 Help Lead Taxi Drivers Out Of The Low Income Trap Focus Malaysia 02 09 2021

papar berkaitan - pada 4/9/2021 - jumlah : 455 hits
THE Social Security Organisation ought to be applauded for initiating its Golden Jubilee Caring Tour to distribute 900 food baskets nationwide to tourism industry players especially those who contribute to it After handing out 200 food bask...
5872 Ppim Mahu Pm Baharu Bawa Kestabilan Politik Demi Rakyat Nadzim Malaysia Gazette 20 08 2021

5872 Ppim Mahu Pm Baharu Bawa Kestabilan Politik Demi Rakyat Nadzim Malaysia Gazette 20 08 2021

papar berkaitan - pada 21/8/2021 - jumlah : 364 hits
KUALA LUMPUR Persatuan Pengguna Islam Malaysia mahu pemimpin yang dilantik menerajui negara membawa agenda menyatupadukan Melayu bumiputera serta memperkasakan umat Islam dalam segenap segi Ketua Aktivis PPIM Datuk Nadzim Johan berkata siap...
Baby Comel Artis Malaysia Yang Lahir Sepanjang 2021

Baby Comel Artis Malaysia Yang Lahir Sepanjang 2021

papar berkaitan - pada 21/8/2021 - jumlah : 739 hits
Cahaya mata artis dan selebriti Malaysia yang lahir sepanjang tahun 2021 pastinya kehadiran cahaya mata ini memberikan sinar dalam keluarga 1 Raden Seri Raysaa ChanelaAnak Kedua Mawar Rashid Raf YaakobPelakon Mawar Rashid selamat melahirkan...
Ujian Pcr Cvd Akan Ditarik Dari Pasaran Bermula Disember 2021 Selepas Soros Dan Gates Membeli Syarikat Pengeluar Pcr

Ujian Pcr Cvd Akan Ditarik Dari Pasaran Bermula Disember 2021 Selepas Soros Dan Gates Membeli Syarikat Pengeluar Pcr

papar berkaitan - pada 10/9/2021 - jumlah : 244 hits
CDC melaporkan hujung minggu ini bahawa ujian PCR tidak lama lagi tidak lagi tersedia untuk kegunaan kecemasan untuk menentukan sama ada individu telah dijangkiti Cvd19 dan seolah olah secara diam diam mengakui bahawa ujian PCR tidak dapat ...
Umno Must Come First Says Mohamad Hasan Amid Talk Of Internal Sabotage

Upsi Bus Crash Survivors To Get Oku Card Says Noraini

Mayat Wanita Ditemui Lebih 200 Km Dari Lokasi Dilaporkan Hilang

General Service Tax And The Banana Republic Of Confusion

Kekurangan Jururawat Menteri Kkm Dedah Jawatan Ada Tapi Tiada Yang Mahu

Mendaki Bukit Keluang Di Besut

Kari Ikan Chef Anand

Hamzah Denies Plot To Oust Muhyiddin As Pn Bersatu Leader


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Ufanance 8 Ufanance Top 63 By Cortez

Air Tangan Kak Ipar Bahagian 1 2025

Mmu Menyediakan Saluran Melatih Pakar Dalam Kecerdasan Buatan

Udang Goreng Dengan Kacang Dan Karot

Apa Sudah Jadi Madani

Aku Ayah Dan Muzik