5925 Rina Jumpa Ngo Perjuang Nasib Adik Oku Bella Malaysia Gazette 10 09 2021


 

KUALA LUMPUR – Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Mohd. Harun telah mengadakan pertemuan dengan Penolong Pengarah Bahagian Siasatan Seksual, Wanita dan Kanak-Kanak Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang memperjuangkan nasib kanak-kanak Orang Kelainan Upaya (OKU) Sindrom Down bernama Bella yang telah disyaki menjadi mangsa penderaan.
Jelas beliau, antara NGO yang terlibat dalam pertemuan tersebut adalah Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Persatuan Wanita Ikon Malaysia, Persatuan Helping Shoulder, Pertubuhan Anti Diskriminasi & Salah Laku serta Persatuan Penguna Semboyan 1Malaysia.
Jelas Rina, sebagai menteri yang bertanggungjawab menjaga kebajikan dan kesejahteraan kanak-kanak serta OKU, beliau sentiasa mengikuti perkembangan kes adik Bella yang kini berada di bawah perlindungan, penjagaan dan pengawasan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).
“Alhamdulillah, berdasarkan pemantauan saya, adik Bella kini kembali ceria dan menjalani kehidupan seperti kanak-kanak biasa.
“Saya berharap pertemuan ini, menjadi satu platform bagi mendengar pandangan dan suara NGO-NGO berkenaan. Wakil PDRM dan JKM juga telah menjelaskan intervensi yang telah dilaksanakan dalam mengendalikan kes ini.
“Menerusi pertemuan ini, saya berharap agar kes adik Bella dapat diadili mengikut
lunas perundangan yang sedang berkuatkuasa,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Rina juga ingin mengulangi intervensi yang telah dilaksanakan oleh Kementerian
Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) melalui JKM dalam kes itu selaras dengan akta yang sedang berkuatkuasa antar seperti menyelamatkan kanak-kanak; menempatkan kanak-kanak di tempat selamat; memberikan perlindungan, penjagaan dan pemulihan selaras dengan Akta Kanak-kanak 2001 dan Konvensyen Mengenai Hak Kanak-kanak dan menyita Pusat Jagaan;
“Saya menyeru agar rakyat Malaysia terus menanamkan rasa cintakan keluarga dan menghargai anak-anak terutamanya anak OKU sebagai suatu amanah dan anugerah daripada Tuhan.
“Marilah kita mengambil peluang untuk mengukuhkan semangat agar sama-sama dapat berganding bahu membantu memperkasa dan meningkatkan kualiti hidup semua pihak
dalam Keluarga Malaysia.
“Saya memohon masyarakat awam untuk segera membuat laporan kepada pihak berkuasa PDRM ataupun Talian Kasih 15999 dan Talian Whatsapp 019-26 15999 yang beroperasi 24 jam apabila mengetahui atau mengesyaki apa-apa kes pengabaian dan penganiayaan kanak-kanak.
“Masyarakat awam juga boleh membuat laporan di 108 Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah (PKMD) yang berdekatan di seluruh negara,” katanya.
Pada 20 Ogos lalu, Pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun Ahd Razali didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas pertuduhan mengabaikan seorang remaja perempuan sindrom down sehingga mengalami kecederaan pada Jun lalu.Bagaimanapun, tertuduh yang berusia 29 tahun itu membuat pengakuan tidak bersalah sebaik sahaja pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Izralizam Sanusi.Mengikut pertuduhan, Siti Bainun didakwa sebagai individu yang bertanggungjawab menjaga remaja kurang upaya (OKU) berkenaan dan telah menyebabkan pengabaian sehingga mangsa mengalami kecederaan fizikal dan emosi.Kesalahan itu dibuat di sebuah unit rumah kondominium di Seksyen 10, Wangsa Maju antara bulan Februari sehingga Jun tahun ini yang memperuntukkan hukuman mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001.


Artikel oleh: Malaysia Gazette
RINA JUMPA NGO PERJUANG NASIB ADIK OKU BELLA
https://malaysiagazette.com/2021/09/10/rina-jumpa-ngo-perjuang-nasib-adik-oku-bella/


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://ppim4u.blogspot.com/2021/09/5925-rina-jumpa-ngo-perjuang-nasib-adik.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
5926 Intervensi Kes Bella Selaras Akta Yang Berkuat Kuasa Rina Sinar Harian 10 09 2021

5926 Intervensi Kes Bella Selaras Akta Yang Berkuat Kuasa Rina Sinar Harian 10 09 2021

papar berkaitan - pada 11/9/2021 - jumlah : 385 hits
KUALA LUMPUR Intervensi yang dilakukan Kementerian Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat dalam kes kanak kanak perempuan sindrom down berusia 13 tahun dikenali sebagai Bella adalah selaras dengan ak...
5902 Rakyat Harap Kabinet Baharu Bawa Perubahan Mgflash Malaysia Gazette Tv 28 08 2021

5902 Rakyat Harap Kabinet Baharu Bawa Perubahan Mgflash Malaysia Gazette Tv 28 08 2021

papar berkaitan - pada 30/8/2021 - jumlah : 240 hits
Perdana Menteri perlu mencari perubahan yang luar biasa dalam mentadbir negara berkonsepkan Keluarga Malaysia Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia Datuk Nadzim Johan berpendapat barisan Kabinet yang dilantik oleh Datuk Seri Ismai...
Himpunan Berita Kenaikan Sempena Sambutan Hari Malaysia 2021 Penyyelesaiannya Bagaimana Jawapannya Di Bawah

Himpunan Berita Kenaikan Sempena Sambutan Hari Malaysia 2021 Penyyelesaiannya Bagaimana Jawapannya Di Bawah

papar berkaitan - pada 17/9/2021 - jumlah : 250 hits
NORMAN RADZUAN Sesungguhnya kenaikan yang diperolehi rakyat Malaysia bukannya terhasil dengan mudah Ia terhasil daripada keringat dan air mata rakyat Justeru peranan 2 tokoh besar pemimpin Melayu Isle di bawah harus dihargai dan disyukuri k...
Ngo Lebih Kuat Perjuang Isu Melayu Islam Berbanding Parti Politik

Ngo Lebih Kuat Perjuang Isu Melayu Islam Berbanding Parti Politik

papar berkaitan - pada 31/8/2021 - jumlah : 122 hits
Sukar dinafikan rasa kekesalan apabila parti Melayu Islam sedia ada di negara ini sering mengharap serta menjual alasan hanya boleh melakukan perubahan untuk bangsa jika mendapat sokongan majoriti Keadaan ini amat berbeza dengan parti minor...
Malaysia Quran Hour Sempena Hari Kebangsaan 2021

Malaysia Quran Hour Sempena Hari Kebangsaan 2021

papar berkaitan - pada 31/8/2021 - jumlah : 210 hits
Malaysia QuranHour tahun ke 7 diteruskan lagi dengan tema Formula Menuju Malaysia Berbudi dan Penyayang yang berlangsung pada 30 Ogos Berlangsung selama sejam dari studio TV Al Hijrah sebagai penyiar rasmi Malaysia QuranHour berjaya mengump...
Hari Kebangsaan 2021 Keluarga Malaysia Diajak Tekad Pulihkan Negara Bersatumenerajui

Hari Kebangsaan 2021 Keluarga Malaysia Diajak Tekad Pulihkan Negara Bersatumenerajui

papar berkaitan - pada 31/8/2021 - jumlah : 296 hits
Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengajak Keluarga Malaysia untuk bersama sama memulihkan negara dengan berjuang memerangi pandemik COVID 19 sekali gus memerdekakan Malaysia daripada kegawatan ekonomi dan ketidakstabilan polit...
5919 Help Lead Taxi Drivers Out Of The Low Income Trap Focus Malaysia 02 09 2021

5919 Help Lead Taxi Drivers Out Of The Low Income Trap Focus Malaysia 02 09 2021

papar berkaitan - pada 4/9/2021 - jumlah : 332 hits
THE Social Security Organisation ought to be applauded for initiating its Golden Jubilee Caring Tour to distribute 900 food baskets nationwide to tourism industry players especially those who contribute to it After handing out 200 food bask...
Selamat Hari Malaysia 2021 Ke 58

Selamat Hari Malaysia 2021 Ke 58

papar berkaitan - pada 16/9/2021 - jumlah : 376 hits
Hari ini 16 September Hari Malaysia 2021 ke 58 Ucapan Hari Malaysia untuk seluruh rakyat Malaysia Ayuh imbas semula secara ringkas sejarah Hari Malaysia Hari Malaysia 16 September 1963 merupakan tarikh hari Malaysia pertama Tarikh 16 Septem...
Pelanjutan Pengecualian Memperbaharui Lesen Kenderaan Motor Dan Lesen Memandu Malaysia Sehingga 31 Disember 2021

Pelanjutan Pengecualian Memperbaharui Lesen Kenderaan Motor Dan Lesen Memandu Malaysia Sehingga 31 Disember 2021

papar berkaitan - pada 4/9/2021 - jumlah : 302 hits
Pelanjutan Pengecualian Memperbaharui Lesen Kenderaan Motor dan Lesen Memandu Malaysia Sehingga 31 Disember 2021 Kementerian Pengangkutan Malaysia amat peka dengan maklum balas dan kesukaran orang ramai baru baru ini dalam menggunakan perkh...
8 Karakter Di Drama Korea Ini Bisa Jadi Contoh Bahwa Emansipasi Bukan Cuma Cita Cita Wanita Indonesia

Bukan Ulama Lantikan Politik Sendiri Tu Ular Dalam Semak

La Dolce Vita Cranking The Vespa Gt 200 Up To Eleven

Filem Mustaqim

8 Kelebihan Daun Pudina Untuk Kesihatan Dalaman Dan Luaran

April 18 2024 Pesan Orang Alim

Wee Barking Up The Wrong Tree

Bersih Slams Hulu Selangor Funds Ahead Of Kuala Kubu Baharu Polls



Kisah Restoran Colonel Sanders Selain KFC Yang Tidak Boleh Dikembangkan

Info Dan Sinopsis Filem J2 J Retribution J2 J Retribusi Filem Malaysia 2021 Di Netflix Sekuel J Revolusi

Info Sinopsis Kutipan Sheriff Narko Integriti Filem Malaysia 2024

Info Dan Sinopsis Dough Doh Filem Malaysia 2023 Lakonan Syafiq Kyle Kini Di Netflix

Info Dan Sinopsis The Djinn s Curse Khong Khaek Filem Seram Thailand 2023 Kini Di Netflix Malaysia


Amalan Paling Minima Mendapatkan Lailatul Qadar

Yang Nilai Baik Dan Buruk Itu Dari Allah Bukan Dari Manusia

Oh Baju Melayu

First Blog Post

Pra Pesanan Samsung Ai Tv Berpeluang Memenangi Hadiah Bernilai Rm140 000

Insider Tricks Stylists Use To Make Clothes Fit Perfectly