Pelancaran Coklat Kitkat Ruby Hasil Semulajadi Menjadi Debut Di Asia Tenggara
Nestle Malaysia baru-baru ini melancarkan varian coklat KITKAT terbaharunya yang dikenali sebagai KITKAT Ruby di KITKAT Chocolatory di Mid Valley. KITKAT Ruby merupakan wafer empat jejari yang disaluti dengan coklat Ruby berwarna merah jambu dan merupakan produk pertama dikeluarkan di rantau Asia Tenggara.
Pelancaran Coklat KITKAT Ruby Hasil Semulajadi Menjadi Debut di Asia Tenggara
KITKAT Ruby merupakan varian coklat baharu di dunia selepas coklat gelap, coklat susu, coklat putih dalam tempoh 80 tahun penciptaan coklat. Ianya dihasilkan dengan semulajadi tanpa sebarang perasa, pewarna dan aditif atau pengubahsuain genetik. KITKAT adalah yang pertama di dunia mengunakan sensasi coklat Ruby, yang dihasilkan oleh pemproses coklat dan koko terpilih yang terdapat di negara-negara tanaman koko termasuk Ivory Coast, Ecuador dan Brazil. coklat Ruby dihasilkan daripada pemprosesan biji coklat terpilih dan koko Barry Callebaut dari Switzerland
Pelancaran Coklat KITKAT Ruby Hasil Semulajadi Menjadi Debut di Asia Tenggara
Pelancaran Coklat KITKAT Ruby Hasil Semulajadi Menjadi Debut di Asia Tenggara
Pelancaran Coklat KITKAT Ruby Hasil Semulajadi Menjadi Debut di Asia Tenggara
Pelancaran Coklat KITKAT Ruby Hasil Semulajadi Menjadi Debut di Asia Tenggara
"Kami teruja untuk membawa KITKAT Ruby ke pasaran Malaysia! Malaysia merupakan negara pertama di Asia Tenggara untuk memperkenalkan sensasi coklat baharu yang hebat ini. Proses yang digunakan untuk membuat coklat Ruby adalah unik, menghasilkan warna dan perisa yang sudah wujud secara semulajadi dalam biji-biji coklat. KITKAT sengtiasa ingin mencipta waktu santai yang sempurna dan dengan perisa buah-buahan yan terdapat secara semulajadi dalam colat Ruby serta teksturnya yang lembut dan keenakannya yang menambat selers, penggun kami pasti seronok mwnikmati KITKAT Ruby" Sachin Goel, Pegawai Eksekutif Perniagaan, Unit Perniagaa Konfeksi (Pasaran ASEAN), Nestle Malaysia
Memang disyorkan peminat KITKAT mencuba makan KITKAT Ruby ni sebab punya rasa yang sangat unik dan sedap serta sangat berbeza dengan coklat yang lain. Kalau tengok memang macam air bandung tapi tambahan safron tu membuat rasa dia sangat ekslusif
Pelancaran Coklat KITKAT Ruby Hasil Semulajadi Menjadi Debut di Asia Tenggara
Tak payah nak perkenalankan KITKAT kat orang ramai sebab semua orang kenal tapi pernah tak cuba KITKAT dengan rasa nasi lemak, durian, ais kacang, cherry blossom dan banyak lagi. Kena cuba tau sebab kombinasi rasa yang sangat unik dan sedap. KITKAT merupakan produk konfeksi nombor satu di Malaysia dan kilang pengeluarannya di Chembong, Negeri Sembilan serta mempunyai pengiktirafan HALAL malah turut dieksport ke 14 negara lain di seluruh dunia
Pelancaran Coklat KITKAT Ruby Hasil Semulajadi Menjadi Debut di Asia Tenggara
KITKAT Chocolatory Store di Mid Valley, Kuala Lumpur telah dibuka kepada pelanggan pada tahun 2016 menawarkan peluang kepada peminat untuk membuat gubahan KITKAT mengikut cita rasa kita sendiri daripada lebih 10,000 kombinasi coklat dan hias atas (topping) buatan tangan yang berlainan untuk dibungkus mengikut pilihan. Dengan konsep dapur terbuka, KITKAT Chocolatory Store membolehkan kita menyaksikan proses mencipta produk KITKAT khusus mengikut cita rasa ataupun cuba menghasilkan coklat kita sendiri
Orang ramai yang berminat untuk mencuba produk inovasi daripada KITKAT, silalah berkunjung satu-satunya KITKAT Chocolatory Store di F048, tingkat Satu Mid Valley Megamall dan pertama sepertinya di Asia Tenggara! Peminat coklat KITKAT boleh juga membuat pesanan dalam talian antaranya Lazada, Shopee dan 11Street. Untuk maklumat lanjut tentang KITKAT dan Chocolatory, layari https://www.facebook.com/KITKATMalaysia/
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.umifuzy.com/2019/01/pelancaran-coklat-kitkat-ruby-hasil.html