Coklat Ruby Dari Kit Kat Memang Original Warna Pink Tau


Hi Korang, 
Dah rasa ke coklat RUBY ni??Eh ni bukan nama orang lah tapi coklat ni sememangnya di namakan RUBY ye

Peminat KITKAT dan penggemar coklat kini boleh menikmati wafer bersalut coklat serba baharu dengan ketibaan KITKAT Ruby di Malaysia, yang dilancarkan sebagai varian coklat terbaharu jenama tersebut di KITKAT Chocolatory di Mid Valley baru –baru ini. 
KITKAT Ruby dengan empat jejari yang tersendiri dan dengan warna merah jambu yang semula jadi ini pasti menyerlah. 



Sebagai varian coklat baharu pertama di dunia yang dicipta dalam 80 tahun menyusuli coklat gelap, coklat susu dan coklat putih, coklat Ruby dihasilkan tanpa sebarang perasa, pewarna dan aditif atau pengubahsuaian genetik. 

KITKAT adalah yang pertama di dunia menggunakan sensasi coklat Ruby, yang dihasilkan oleh pemproses coklat dan koko Barry Callebaut dari Switzerland, daripada biji-biji koko terpilih yang terdapat di negara- negara tanaman koko termasuk Ivory Coast, Ecuador dan Brazil. 

Encik Sachin Goel, Pegawai Eksekutif Perniagaan bagi Unit Perniagaan Konfeksi (Pasaran ASEAN), Nestle Malaysia, berkata, "Kami teruja untuk membawa KITKAT Ruby ke pasaran Malaysia! Malaysia merupakan negara pertama di Asia Tenggara untuk memperkenalkan sensasi coklat baharu yang hebat ini. Proses yang digunakan untuk membuat coklat Ruby adalah unik, menghasilkan warna dan perisa yang memang sudah pun wujud secara semula jadi dalam biji-biji coklat. KITKAT sentiasa ingin mencipta waktu santai yang sempurna, dan dengan perisa buah-buahan yang terdapat secara semula jadi dalam coklat Ruby serta teksturnya yang lembut dan keenakannya yang menambat selera, pengguna kami pasti seronok menikmati KITKAT Ruby." 

Pelancaran KITKAT Ruby berlangsung di majlis pembukaan KITKAT Chocolatory Store baharu di Mid Valley, Kuala Lumpur. Dibuka kepada pelanggan pada tahun 2016, KITKAT Chocolatory menawarkan peluang kepada peminat untuk membuat gubahan KITKAT mengikut cita rasa mereka sendiri daripada lebih 10,000 kombinasi coklat dan hias atas (topping) buatan tangan yang berlainan untuk dibungkus mengikut pilihan. Dengan konsep dapur terbuka, KITKAT Chocolatory Store baharu kini membolehkan pengguna menyaksikan proses mencipta produk KITKAT khusus mengikut cita rasa mereka ataupun cuba menghasilkan coklat mereka sendiri. 
Majlis pelancaran ini dihadiri oleh Chef Andy Van den Broeck, Penasihat Teknikal Kanan, Pembangunan Produk Barry Callebaut di Asia Pasifik. Pengalaman dan kepakarannya yang luas dalam proses membuat coklat membolehkan chef kreatif yang berasal dari Belgium ini memukau orang ramai dengan pertunjukan membuat pralin coklat Ruby daripada inti ganace coklat putih berseduh safron. Beliau memperlihatkan proses pengolahan coklat termasuk tempering, pengacuan kulit, inti, penutupan dan pengacuan semula, langkah demi langkah. 
Berminat untuk mencuba produk inovatif daripada KITKAT? 


Kunjungilah satu-satunya KITKAT Chocolatory Store di Malaysia, kedai pertama sepertinya di Asia Tenggara! Kedai coklat ini terletak di F048, Tingkat Satu Mid Valley Megamall. Korang juga boleh membuat pesanan dalam talian (Lazada, Shopee dan 11 Street) untuk penghantaran terus ke depan pintu rumah korang. 

Mari LIKE dan FOLLOW di media sosial berikut : 
Laman Web Rasmi:http://www.KITKAT.com.my 
Facebook Page:http://www.Facebook.com/KITKATMalaysia 
Instagram :https://www.instagram.com/kitkat/?hl=en 
Berehat sebentar, Bersama-sama KITKAT







Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.ciklilyputih.com/2019/01/coklat-ruby-dari-kit-kat-memang.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Coklat Ruby Semula Jadi Keluaran Terbaru Dari Kitkat Dah Rasa Ke Belum

Coklat Ruby Semula Jadi Keluaran Terbaru Dari Kitkat Dah Rasa Ke Belum

papar berkaitan - pada 20/1/2019 - jumlah : 553 hits
Coklat Ruby Semulla Jadi Debut di Asia Tenggara dilancarkan di KITKAT Chocolatory Store Baharu Minggu sudah aku berkesempatan hadiri majlis pelancaran COklat Ruby di KITKAT Chocolatory Mid Valley Ada sesiapa peminat tegar coklat dekat sini ...
Pelancaran Coklat Kitkat Ruby Hasil Semulajadi Menjadi Debut Di Asia Tenggara

Pelancaran Coklat Kitkat Ruby Hasil Semulajadi Menjadi Debut Di Asia Tenggara

papar berkaitan - pada 19/1/2019 - jumlah : 603 hits
Nestle Malaysia baru baru ini melancarkan varian coklat KITKAT terbaharunya yang dikenali sebagai KITKAT Ruby di KITKAT Chocolatory di Mid Valley KITKAT Ruby merupakan wafer empat jejari yang disaluti dengan coklat Ruby berwarna merah jambu...
Kata Setiausaha Politik Lim Kit Siang Bn Memang Rasuah Ph Pula Ada Beza Sikit Ia Bukan Rasuah Hancing Viral

Kata Setiausaha Politik Lim Kit Siang Bn Memang Rasuah Ph Pula Ada Beza Sikit Ia Bukan Rasuah Hancing Viral

papar berkaitan - pada 16/1/2019 - jumlah : 613 hits
Kalaulah Pemimpin PH ini mengatakan taik itu boleh dibuat donut nescaya melompat riang pentaksub mereka mengiyakannya sedangkan mereka tahu taik itu kan busuk dan kotor Inilah masalahnya bila ingin memperbodohkan orang tetapi konar baring t...
Berhijrah Itu Memang Senang Tapi Nelydia Senrose

Berhijrah Itu Memang Senang Tapi Nelydia Senrose

papar berkaitan - pada 22/1/2019 - jumlah : 537 hits
Pelakon cantik Nelydia Senrose yang baru sahaja pulang dari menunaikan ibadah Umrah di Tanah Suci Mekah memohon doa yang baik baik dari semua pihak Saya akui ramai peminat yang menantikan perubahan saya lebih lebih lagi selepas pulang dari ...
Disindir Hamil Palsu Dj Katty Butterfly Dibela Warganet Di Ig Mbah Mijan Ada Ada Saja Memang

Disindir Hamil Palsu Dj Katty Butterfly Dibela Warganet Di Ig Mbah Mijan Ada Ada Saja Memang

papar berkaitan - pada 23/1/2019 - jumlah : 329 hits
Karena kejadian dulu saat DJ Katty Butterfly diramal Mbah Mijan dan dikatakan kalau dia cowok publik makin yakin soal sindir menyindir itu benar adanya
Serang Facebook Israel Tahniah Askar Makcik Bawang Anda Memang Berani

Serang Facebook Israel Tahniah Askar Makcik Bawang Anda Memang Berani

papar berkaitan - pada 22/1/2019 - jumlah : 465 hits
Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad sebelum ini dengan tegas melarang kemasukan atlet dari Israel daripada menyertai Kejohanan Renang Para Dunia yang akan diadakan di Sarawak pada Julai nanti Perkara itu nampaknya telah menimbulkan rasa...
Skuad Bomba Kita Memang Tak Guna Laut Cetek Pun Gagal Nak Cari Chuah Chun Howe

Skuad Bomba Kita Memang Tak Guna Laut Cetek Pun Gagal Nak Cari Chuah Chun Howe

papar berkaitan - pada 22/1/2019 - jumlah : 976 hits
SEORANG lelaki memperlekeh usaha pasukan penyelamat yang bertungkus lumus mencari sebuah kereta yang terjunam ke dalam laut di Jambatan Pulau Pinang awal pagi semalam Lelaki itu Chuah Chun Howe meninggalkan komen pada satu video live yang d...
Rasuah Pembekalan Ni Memang Banyak

Rasuah Pembekalan Ni Memang Banyak

papar berkaitan - pada 23/1/2019 - jumlah : 355 hits
Meminta rasuah bagi kerja kerja pembekalan dan pencetakan empat tahun lalu Utusan Online Bila babit pembekalan atau percetakan dalam agensi kerajaan memang banyak berlaku Kebanyakkan diantara pegawai yang melulus pegawai yang menyenaraikan ...
Memang Lakulah Produk Ni Pada Anak Dara Pecah Lobang

Memang Lakulah Produk Ni Pada Anak Dara Pecah Lobang

papar berkaitan - pada 23/1/2019 - jumlah : 1917 hits
Rasanya dah lama jugak kita tak dengar cerita tentang rakan seangkatan dengan Sajat iaitu Rizulala semenjak dua menjak ni Kalau dulu dia jadi sebutan ramai sebab isu besarkan buah dada kali ni Rizulala sentuh isu dara pulak Apo lagi dia ni ...
Bagaimana Memulakan Perniagaan Kedai Runcit Sendiri

Perak Deputy Speaker Defends Nga Over Abuse Of Power Claims

Take This Gowingo Check And You May See Your Struggles Literally

Kedegilan Ibu Hamil Yang Berbahaya Bikin Doktor Stress

Umno Seeks Court Order To Claim Seri Pacific Hotel Land Held In Trust By Dr Mahathir Daim And Two Others

Madani Govt Finally Eyes Empathetic Ptptn Fix

Roundel Roundup 7 Custom Bmw Motorcycles To Inspire Your Project

Majlis Penyampaian Hadiah Bagi Kempen Double Treats Double Fortune Anjuran Elba Malaysia


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Masuk Usia 40 An Ini 6 Perkara Penting Yang Kebanyakan Orang Cari

Buasir Otak Tv Roblox Lawan Alien Dalam Perang Dunia Live

Digital Double Meanings What Garden Gummies Say About Today S Social Media Culture

71 Peratus Rakyat Austria Sanggup Boikot Barangan As Tinjauan

7 Destinasi Bajet Mesra Di Kl Bamboo Playhouse Taman Botani Perdana 6 30 Pagi

Muhyiddin Shahidan Sah Hadir Majlis Pembukaan Kapsul Masa 2020 Di Menara Kl