Sejak 2017 Hutang Belum Selesai Mara Failkan Kebankrapan Terhadap Che Ta Dan Anak


Bahagian undang-undang Majlis Amanah Rakyat (MARA) sedang mengambil langkah untuk memfailkan kebankrapan terhadap pelakon terkenal, Rozita Che Wan, 51, atau Che Ta, bersama anak sulungnya, Ammar Effendy, 28, selepas gagal melunaskan pinjaman berjumlah hampir RM1 juta yang tertunggak sejak tahun 2017.
Tiada siapa yang mahu hidupnya diuji dengan dugaan sebesar ini. Di sebalik kemelut yang berlaku, pasti berat untuk Cha Ta  dan anaknya memikul beban ini, apatah lagi dengan pandangan serta tekanan daripada masyarakat.

Dalam pada itu, tindakan tersebut adalah langkah susulan oleh MARA selepas selebriti itu gagal menyelesaikan hutangnya selama tujuh tahun, meskipun pelbagai usaha telah dilakukan untuk mendapatkan semula bayaran termasuk membawa kes ini ke peringkat mahkamah.
Difahamkan, pinjaman MARA sebanyak RM960,000 itu dibuat oleh syarikat milik Rozita, RCW Worldwide Sdn Bhd, dengan Rozita dan anak sulungnya, Ammar Effendy, bertindak sebagai penjamin.
Menurut maklumat, pada Julai tahun lalu, MARA telah memfailkan notis kebankrapan terhadap Rozita dan anaknya. Namun, notis tersebut terpaksa ditarik balik pada bulan lalu akibat isu teknikal sebelum tindakan Writ Penyitaan dan Penjualan (WSS) ke atas harta milik pelakon itu dilaksanakan pada Selasa lalu.
Memetik laporan Berita Harian, Pengerusi MARA, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki, berkata tindakan kebankrapan kali ini hanya akan dihentikan jika Rozita membayar sepenuhnya pinjaman itu susulan MARA tidak lagi memberi pelanjutan tempoh pembayaran hutang terbabit selepas mahkamah membuat keputusan muktamad mengenainya.

Beliau berkata, tindakan itu adalah proses sama yang diambil MARA terhadap mana-mana peminjam yang enggan atau gagal melunaskan hutang mereka seperti terkandung dalam perjanjian ditandatangani selepas pelbagai pemudah cara pembayaran diberikan.
“Saya sudah mengarahkan bahagian undang-undang MARA mengambil tindakan muflis terhadap pelakon itu kerana kita sudah memberi tempoh secukupnya untuk beliau melunaskan hutang pinjaman hampir RM1 juta yang dibuatnya sejak tujuh tahun lalu.
“Tiada siapa boleh menghalang tindakan MARA ini kerana ia perintah mahkamah. Sebenarnya, kita tidak sewenang-wenangnya mengambil tindakan terhadap peminjam yang culas atau memilih bulu dalam tindakan dilakukan.
“Ini kerana MARA terikat dengan prosedur dan proses yang ketat menurut lunas undang-undang, malah sebelum sebarang tindakan perundangan dilakukan, nilai ‘ihsan’ juga diutamakan dengan memberi ruang kepada peminjam yang bermasalah untuk datang ke MARA berunding mengenai penjadualan dan penstrukturan hutang mereka,” katanya kepada BH, hari ini.
Asyraf Wajdi berkata, tindakan perundangan adalah jalan terakhir diambil pihaknya jika semua usaha dilakukan MARA untuk pembayaran semula pinjaman tidak diendahkan peminjam dan ketegasan ini bagi memastikan setiap sen wang rakyat dapat dikutip semula untuk manfaat orang lain pula.
Beliau berkata, MARA sebelum itu sudah membuka pintu rundingan supaya penjadualan dan penstrukturan semula pinjaman dapat dilakukan jika mereka menghadapi masalah.
“Bagaimanapun, bagi kes pelakon ini, saya difahamkan dia tidak memberi kerjasama sepatutnya, malah kes berlarutan lama kerana banyak kali mahkamah ditangguhkan kerana dia membuat pertukaran peguam,” katanya.
Mengulas serbuan dibuat di rumah Rozita di Kota Damansara, Petaling Jaya, Asyraf Wajdi berkata, ia susulan alamat yang tertera pada perjanjian ditandatangani dengan MARA membabitkan rumah berkenaan.
“Nilai sebenar barangan yang disita dari rumah itu pula hanya diketahui selepas lelongan dibuat nanti. Setakat ini, jumlah itu jauh lebih rendah daripada hutang sebenar yang perlu dibayarnya kepada MARA,” katanya.
Jumlah pinjaman RM960,000

Sementara itu, sumber berkata, pinjaman berjumlah RM960,000 dibuat di MARA Selangor dengan pelakon itu dan anaknya sebagai penjamin, selain simpanan tetap RM80,000 dijadikan cagaran.
Bagaimanapun, katanya, simpanan tetap itu sudah dicairkan MARA sebelum ini.
“Tidak dinafikan pelakon itu pernah beberapa kali memohon untuk mengurangkan bayaran pinjaman dan membuat penjadualan semula, tetapi selepas itu dia senyap begitu saja.
“Penghakiman terhadap Rozita dan anaknya dibuat mahkamah pada Mei tahun lalu. Peguam Rozita juga ada menghubungi MARA tetapi arahan yang diterima ialah pelakon terbabit perlu melunaskan hutang itu sepenuhnya,” katanya.
Sumber berkata, antara barangan yang disita di rumah Rozita pada Selasa lalu termasuk sebuah kereta, perabot, kasut dan peralatan rumah.
Katanya, mereka hanya menunggu tarikh daripada mahkamah untuk melakukan lelongan barangan berkenaan yang akan ditentukan kemudia
The post Sejak 2017, Hutang Belum Selesai, MARA Failkan Kebankrapan Terhadap Che Ta dan Anak appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/sejak-2017-hutang-belum-selesai-mara-failkan-kebankrapan-terhadap-che-ta-dan-anak/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Mara Fail Bankrap Terhadap Che Ta Amp Anak Lelaki Gagal Bayar Hutang Hampir Rm1 Juta

Mara Fail Bankrap Terhadap Che Ta Amp Anak Lelaki Gagal Bayar Hutang Hampir Rm1 Juta

papar berkaitan - pada 13/12/2024 - jumlah : 200 hits
Bahagian undang undang Majlis Amanah Rakyat fail bankrap terhadap Che Ta atau Rozita Che Wan 51 dan anak sulungnya Ammar Effendy 28 Langkah itu adalah prosedur susulan kegagalan aktres jelita itu membayar pinjaman hampir RM1 juta sejak 2017...
Mara Mula Proses Fail Kebankrapan Ke Atas Che Ta Anak

Mara Mula Proses Fail Kebankrapan Ke Atas Che Ta Anak

papar berkaitan - pada 13/12/2024 - jumlah : 131 hits
Rozita Che Wan atau lebih dikenali Che Ta dan anaknya Amar Effendy akan dikenakan tindakan kebankrapan jika gagal melunaskan semua baki pinjaman dengan Mara PETALING JAYA Majlis Amanah Rakyat dalam proses pemfailan kebankrapan ke atas pelak...
Perisian Intip China Ditemui Sasar Pengguna Android Sejak 2017 Versi Ios Belum Dikesan

Perisian Intip China Ditemui Sasar Pengguna Android Sejak 2017 Versi Ios Belum Dikesan

papar berkaitan - pada 13/12/2024 - jumlah : 134 hits
Penyelidik keselamatan telah menemui alat pengawasan baharu yang didakwa telah digunakan oleh penguatkuasa undang undang China untuk mengumpul maklumat sensitif daripada peranti Android di China Perisian hasad itu yang dikenali sebagai 8220...
Che Ta Dan Anak Sulungnya Ammar Effendy Bakal Diisytiharkan Bankrap Oleh Mara 7 Tahun Sudah Berhutang

Che Ta Dan Anak Sulungnya Ammar Effendy Bakal Diisytiharkan Bankrap Oleh Mara 7 Tahun Sudah Berhutang

papar berkaitan - pada 13/12/2024 - jumlah : 170 hits
Berita terbaharu dari dunia hiburan melibatkan pelakon terkenal Rozita Che Wan atau lebih dikenali sebagai Che Ta yang kini berdepan dengan proses pemfailan kebankrapan oleh Majlis Amanah Rakyat Tindakan ini datang setelah pelakon berusia 5...
Tak Bayar Hutang Pinjaman Hampir Rm1 Juta Rumah Che Ta Diserbu Mara

Tak Bayar Hutang Pinjaman Hampir Rm1 Juta Rumah Che Ta Diserbu Mara

papar berkaitan - pada 10/12/2024 - jumlah : 120 hits
Gara gara tak bayar hutang pinjaman kediaman pelakon sensasi Rozita Che Wan diserbu oleh pihak Majlis Amanah Raya pada pagi ini Menurut laporan Kosmo Online serbuan itu dibuat gara gara Rozita atau lebih mesra disapa Che Ta gagal melunaskan...
Bukan Soal Dendam Terhadap Mahathir Jawablah Di Akhirat Borang Belum

Bukan Soal Dendam Terhadap Mahathir Jawablah Di Akhirat Borang Belum

papar berkaitan - pada 15/12/2024 - jumlah : 112 hits
Antara paparan Sekilas Fakta 13 Disember 2024 1 Kes VLN Zahid Kredibiliti AGC berada pada titik terendah Muda 2 RCI Batu Puteh Bukan soal dendam terhadap Mahathir kata Anwar 3 Laporan tersebut telah dimulakan sewaktu zaman PM 9 Fahmi 4 Bica...
Che Ta Baru Tahu Anak Tak Boleh Makan Ketam Muka Aaisyah Habis Bengkak Bengkak

Che Ta Baru Tahu Anak Tak Boleh Makan Ketam Muka Aaisyah Habis Bengkak Bengkak

papar berkaitan - pada 4/12/2024 - jumlah : 133 hits
Che Ta Baru Tahu Anak Tak Boleh Makan Ketam Muka Aaisyah Habis Bengkak bengkak Anak perempuan Che Ta Aaisyah Dhia Rana mengalami bengkak bengkak di bahagian muka selepas makan ketam Che Ta Baru Tahu Anak Tak Boleh Makan Ketam Muka Aaisyah H...
Pengerusi Mara Boleh Peraga Kemewahan Di Media Sosial Tapi Hutang Wajib Bayar

Pengerusi Mara Boleh Peraga Kemewahan Di Media Sosial Tapi Hutang Wajib Bayar

papar berkaitan - pada 11/12/2024 - jumlah : 151 hits
Hasimi MuhamadKUALA LUMPUR Pengerusi Majlis Amanah Rakyat Datuk Asyraf Wajdi Dusuki menegaskan mana mana pihak yang berhutang wajib membayar pinjaman tersebut Kewajipan Membayar Hutang Datuk Asyraf Wajdi Dusuki menegaskan bahawa semua pihak...
Rumah Che Ta Diserbu Pinjam Mara Hampir Rm1 Juta

Rumah Che Ta Diserbu Pinjam Mara Hampir Rm1 Juta

papar berkaitan - pada 10/12/2024 - jumlah : 117 hits
Kediaman pelakon sensasi Rozita Che Wan atau lebih dikenali sebagai Che Ta telah didatangi pihak Majlis Amanah Rakyat pada pagi ini Tindakan tersebut dipercayai diambil susulan kegagalan pelakon itu melunaskan hutang pinjaman dengan agensi ...
Millennium Hotels And Resorts Marks Three Decades In Hospitality

Risiko Asteroid Hentam Bumi Meningkat Nasa

Pac Urges Govt To Tap Local Firms To Cut Healthcare Costs

Online Presence Is Critical For Business

Sambal Tempe Kangkung Buat Pedas Lagi Sedap

Tekanan Perasaan Masalah Kewangan Punca Lelaki Bunuh Isteri

Huawei Mate Xt Dengan Inovasi Tri Fold Mencuri Tumpuan Di Pavilion Kuala Lumpur

Gummy Eyeball Bawa Maut Mak Ayah Minta Haramkan Penjualan Jajan Merapu


echo '';
10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria

Siti Saleha Kahwin Ini Biodata Suami Barunya Joshua Fitton


A Trip In Time The Cichlid Hunters Of Caquet Practical Fishkeeping

Jika Semua Peniaga Burger Tepi Jalan Bergabung Saiznya Jauh Lebih Besar Dari Mcdonald

Jagung Rebus Ala Pasar Malam

Pgzeed42 Bonuses Promotions Your Ticket To Jackpot Success

Bekas Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob Tak Sedarkan Diri Dikejarkan Ke Hospital

Ura Kekalkan Ambang Persetujuan 100 Peratus Pemilik Tanah Akmal