Anak Beranak Cipta Legasi Keluarga Di Majlis Konvokesyen Univerisiti Malaysia Sabah Ke 26


Dr. Azmi (kanan) bersama anaknya Aleeya Balqis. (📸 ©Universiti Malaysia Sabah) klik 👉 Follow Telegram SabahUp2date (large-bt) Oleh : Muhammad Fakhrul Hakim Nasrudin ( Pelajar Program Komunikasi, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, UMS) KOTA KINABALU – Sepasang anak-beranak mencipta legasi keluarga cemerlang apabila ayahnya berjaya menamatkan Ijazah Doktor Falsafah (PhD) manakala anaknya berjaya memperoleh Ijazah Sarjana Muda Kelas Pertama pada Majlis Konvokesyen Univerisiti Malaysia Sabah (UMS) ke-26 yang berlangsung baru-baru ini.

Dr. Azmi Abd Majid, 52, merupakan graduan PhD dalam bidang perbankan dan kewangan di bawah Fakulti Perniagaan Ekonomi Dan Perakaunan (FPEP), manakala anaknya Aleeya Batrisyia 22, merupakan graduan Fakulti Psikologi dan Pendidikan dengan PNGK 3.83.

Azmi ketika berkongsi kejayaan mendapatkan PhD berkata, beliau mula menjadikan gelaran PhD sebagai cita-cita peribadi setelah mula beralih ke bidang akademik sebagai pensyarah pada tahun 2016 setelah berkhidmat selama 19 tahun dalam industri kewangan dan perbankan sebelum itu.


“Saya percaya dengan memiliki PhD dapat meningkatkan keyakinan yang lebih sebenarnya dan juga memberi ruang untuk menerapkan pengalaman dalam konteks keilmuan yang lebih luas.

“Saya menekankan kepentingan keseimbangan terhadap tanggungjawab akademik dan keluarga.

“Apabila anak-anak sudah dewasa, saya dapat menfokuskan kepada penyelesaian tesis sepenuhnya walaupun umur meningkat naik.

“Ramai orang kata bila tua, kita perlu berehat, tetapi bagi saya, ia bergantung kepada motivasi, yang penting, mahu atau tidak mahu habiskan,” katanya.

Sebagai seorang ayah, Azmi sering berkongsi kata-kata motivasi di Facebook agar anak-anaknya dapat melihat dan mengambil inspirasi daripadanya, selain turut menasihati mereka supaya tidak menghadkan impian dan sentiasa bercita-cita tinggi, serta abaikan pandangan negatif orang lain dan terus fokus kepada matlamat yang ingin dicapai.

Nasihat tersebut turut mempengaruhi Aleeya Batrisyia, yang menyifatkan kejayaannya sebagai hadiah untuk ibu bapanya.

“Saya gembira dapat habiskan pengajian bersama ayah dan bangga dapat hadiahkan ijazah kelas pertama pada mereka.

“Nasihat ayah saya “belajar sebanyak mungkin” menjadi motivasi cemerlang dalam akademik sekali gus dapat memberikan keseriusan dalam akademik,” katanya.

Aleeya turut merancang mengikuti jejak ayahnya untuk melanjutkan pengajian ke peringkat lebih tinggi.


“Saya merancang untuk melanjutkan pengajian ke peringkat sarjana dalam bidang yang sama tetapi lebih spesifik iaitu terapi berbual.

“Minat saya lebih kepada bidang terapi dan saya ingin mendalaminya dengan lebih mendalam,” ujarnya lagi.

Kisah inspirasi Dr. Azmi dan Aleeya Batrisyia menjadi bukti bahawa sokongan keluarga memainkan peranan masing-masing dan dedikasi tersebut mampu menjadikan impian satu kenyataan dan membina generasi keluarga ke arah kecemerlangan.

SOURCE: facebook.com

Kongsikan artikel ini:
Ikuti kami di Facebook, Twitter, and Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah:
klik 👉 https://t.me/SabahUp2Date




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://sabahup2date.blogspot.com/2024/12/anak-beranak-cipta-legasi-keluarga-di.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bantuan Yayasan Keluarga Malaysia Jenis Bantuan Permohonan

Bantuan Yayasan Keluarga Malaysia Jenis Bantuan Permohonan

papar berkaitan - pada 16/12/2024 - jumlah : 201 hits
Yayasan Keluarga Malaysia merupakan sebuah organisasi kebajikan tidak berasaskan keuntungan yang telah diperkenalkan oleh Perdana Menteri Kesembilan YB Dato Sri Ismail Sabri bin Yaakob yang memberi bantuan kepada kanak kanak yang terkesan d...
Aktiviti Majlis Pelancaran Buku Coffee Table Polis Diraja Malaysia Ppim 12 10 2024

Aktiviti Majlis Pelancaran Buku Coffee Table Polis Diraja Malaysia Ppim 12 10 2024

papar berkaitan - pada 10/12/2024 - jumlah : 259 hits
Ketua Aktivis PPIM Nadzim Johan toqqi menghadiri ke Majlis Pelancaran Buku Coffee Table Polis Diraja Malaysia di Mandarin Oriental Hotel Kuala Lumpur Sultan Perak DYMM Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berkenan melancarkan buku tersebut yang be...
Kak Km Seronok Hadiri Konvokesyen Anak Sulung Kebanggaan Mama

Kak Km Seronok Hadiri Konvokesyen Anak Sulung Kebanggaan Mama

papar berkaitan - pada 9/12/2024 - jumlah : 160 hits
Usahawan terkenal Kak KM seronok hadiri konvokesyen anak sulungnya dan memuji bahawa puteri tersayang seorang yang bijak Dalam perkongsian Kak KM di Instagram dia mengatakan bahawa anak gadisnya yang dikenali sebagai Nabila Razman merupakan...
Kelantan Keluarga Minta Polis Selamatkan Anak Kononnya Terperangkap Banjir Rupanya Sedang Main Bola Sepak

Kelantan Keluarga Minta Polis Selamatkan Anak Kononnya Terperangkap Banjir Rupanya Sedang Main Bola Sepak

papar berkaitan - pada 6/12/2024 - jumlah : 168 hits
Nor Fazlina Abdul Rahimam hmetro com myANGGOTA Bomba dan Penyelamat Malaysia negeri Kelantan Pasir Mas Sebanyak 114 panggilan palsu berkaitan banjir termasuk dakwaan penemuan empat mayat antara cabaran yang dihadapi polis sepanjang berdepan...
Syrians In Malaysia Celebrate End Of Assad Regime By Changing To Rebel Flag At Embassy Sharing Food And Prayers

Syrians In Malaysia Celebrate End Of Assad Regime By Changing To Rebel Flag At Embassy Sharing Food And Prayers

papar berkaitan - pada 9/12/2024 - jumlah : 156 hits
Syrians in Malaysia came together to celebrate the end of decades of Assad family rule at the Syrian Embassy in Kuala Lumpur Video screenshots via X flowrsun iraqiKUALA LUMPUR Dec 8 Syrians in Malaysia came together to celebrate the end of ...
Bah Malaysia Terima Bantuan 40 Tan Pertama Dari Pakistan

Bah Malaysia Terima Bantuan 40 Tan Pertama Dari Pakistan

papar berkaitan - pada 9/12/2024 - jumlah : 175 hits
Pakistan akan hantar bantuan keseluruhan 80 tan susulan hasrat Perdana Menteri Pakistan Shehbaz Sharif meringankan beban rakyat Malaysia terkesan banjir SEPANG Pesawat kargo khas dari Pakistan membawa sumbangan banjir peringkat pertama untu...
Foto Berita Pengeluaran Beras Putih Malaysia Hanya 56 Berpunca Dari Perubahan Cuaca Kemarau Di Kelantan Mohamad Sabu

Foto Berita Pengeluaran Beras Putih Malaysia Hanya 56 Berpunca Dari Perubahan Cuaca Kemarau Di Kelantan Mohamad Sabu

papar berkaitan - pada 8/12/2024 - jumlah : 159 hits
FOTO BERITA Program Lawatan Turun Padang Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan YB Datuk Seri Mohamad Sabu ke Projek Tanaman Padi Terachi di Kuala Pilah Negeri Sembilan 7hb Disember 2024 Harga beras tidak naik tinggi kerana beras import...
Malaysia Punyai Potensi Perdagangan Halal Lebih Usd 1 Trilion Anwar

Malaysia Punyai Potensi Perdagangan Halal Lebih Usd 1 Trilion Anwar

papar berkaitan - pada 8/12/2024 - jumlah : 408 hits
PUTRAJAYA Malaysia mempunyai potensi besar dalam perdagangan halal melebihi USD 1 trilion berdasarkan kekuatan serta pengiktirafan pensijilan yang dimiliki Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata halal bukan sekadar pensijilan teta...
The Right Types Of Bets For Beginners On Slot Deposit Qris Sites

Lirik Lagu Aku Penat Alita Nidya

Bufet Ramadan 2025 Tradisi Warisan Di Four Points By Sheraton Puchong

Term Limit Culture Emerging With Veteran Dap Trio S Exit Says Analyst

Tiada Syarat Sokong Pm Untuk Dapat Peruntukan Anwar Beritahu Pn

Lirik Lagu Suara Rindu Khalis Real Spin

Wan Fayhsal Soundly Defeated In Race For Machang Bersatu Chief S Post

Trump Revives Probe Over Digital Taxes


echo '';
Senarai Keputusan Pemenang Calon Top 5 Kategori Persembahan Penyampai Trofi Undian Tarikh Tiket Gempak Most Wanted Awards 2024 2025 Live Di Astro Ria Sooka

10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria


Memang Tiada Kekasih Sampah Bertimbun Ahli Running Man Terkejut Lihat Rumah Kim Jongkook

Ulaq Dalam Semak

Sprm Tahan Empat Pegawai Terkait Bekas Perdana Menteri

Didie Alias Datang Lawat Amyza Aznan Beri Semangat Rai Hari Jadi Ke 19 Andre Di Wad

Misi 2025 Tingkatkan Kemahiran Untuk Pencapaian Peribadi

A Guide To Caring For The Borneo Redline Halfbeak Practical Fishkeeping